2.0 - Genre
...
Setelah tahu peranan watak masing-masing, perkara kedua pula ialah genre! Genre ini macam... ah, macam apa ya? *tengok google*
Jangan ada yang kata gak bisa bahasa inggeris sudahlah.
Ha, genre ini dia kira kategori untuk sesebuah novel. Contoh kalau buku atau telefon kau orang dipenuhi semut, itu bermakna buku yang kau orang baca itu genre Romancelah.
Tanpa genre yang tetap, buku kau orang lagi memeningkan daripada buku teks Addmath. Sekejap plot Romance, sekejap plot Fantasi, kemudian tiba-tiba bertukar menjadi Sci-Fiction. Ha, memang termenung pembaca hujung dinding setahun.
(Berdasarkan kisah benar TvT)
Tanpa membuang masa, mari kita mengenali dengan anak-anak encik genre ini!
.
1. Action / Aksi
- Aksi ini ibarat filem Tamil. Banyak tumbuk-tumbuk, seni pertahankan diri dan apa-apa sahaja melibatkan lawan-lawan. Tapi kau orang jangan buat luar dari fizik pula. Contohnya watak utama tahan peluru dengan mulut.
- Melainkan buku anda buku fantasi :V. Itu boleh diterima luar dari kotak.
- Aksi ini bukan tumbuk dan tendang sahaja. Banyak lagi benda tentang aksi. Kalau kau orang nak buat cerita aksi, disarankan banyak tengok video perlawanan seni pertahankan diri.
Contoh macam Taek wan do, Karate, Jeet Kune Do, Silat dan filem Hindustan.
- Aksi pun boleh dikaitkan dengan tembak-menembak, letupkan bangunan sekolah dan bukan aksi tidak senonoh 18 tahun ke atas.
Kau buat, jangan tanya ada pocong atas siling bilik kau.
- Aksi ini boleh digabungkan dengan semua genre. Jangan risau, dia friendly.
.
2. Non-Fiction / Bukan fiksyen
- Cerita ini berdasarkan kisah benar. Kalau nak cerita fasal pengalaman hidup kau orang pun boleh. Pengalaman hidup kawan-kawan ke. Bagi yang berkahwin, boleh cerita macam mana kau jumpa pasangan hidup kau orang.
- Yang pakai singlet itu, tulis fasal jamuan raya sekolah pun kira memandai.
- Tetapi pastikan fakta itu seratus peratus tepat. Jangan kau tambah alien datang ajak kau kahwin pula. Dah jadi genre lain pula.
.
3. Short Story / Cerpen
- Bagi genre ini, semua genre boleh masuk.
- Bab maksimum ialah sebanyak 20 bab. Kalau lebih itu sudah tidak dikira short story. Itu sudah kira novellah.
- Kau orang boleh juga buat komplikasi cerpen. Ikutlah cerpen apa kau orang hendak kumpulkan. Cerpen sekolah rendah pun kira bolehlah. Sebagai contoh, buku De Cuento karya ShaDhia.
.
4. Fantasy / Fantasi
- Kalau kau orang peminat Harry Potter, memang perkataan fantasi dan magik tidak terasa asing di telinga kau orang. Genre ini paling menyeronokkan bagi pendapat aku selepas genre aksi. Uhuk! Uhuk!
- Imaginasi-imaginasi kau orang yang terkubur masa kanak-kanak boleh dimasukkan dalam ini. Cermin bercakap? Tongkat sakti? Naga? Pemerintahan raja-raja magis?
- Ha, semua boleh masuk. Tetapi jangan keliru. Kalau ada kuasa yang hidup di zaman moden (seperti Jujutsu Kaisen), itu genre supernatural.
.
5. Fanfiction / Fiksyen Peminat
- Genre ini merupakan genre kesukaan bagi peminat-peminat anime ataupun animasi. Bahkan kalau kau orang minat selebriti macam BTS, Twice, Blackpink. Kau orang boleh tulis cerita fasal dia orang.
Tidak kira genre apa pun. Genre horror, genre romance, genre fantasi, genre mystery dan thriller, semua dapat dituliskan. Itulah keseronokan menulis. Lagi lagi tulis watak yang kita sukai!
- Namun, aku bagi amaran kat kau orang. Kalau watak anime kau orang itu bawah 18 tahun, janganlah seksualkan dia orang 😭. Malah ada watak yang straight macam BoBoiBoy kau orang pergi ship dia dengan Fang.
- Bayangkan kalau ada budak-budak baca. Boleh terpengaruh dia orang TvT. Silap silap ada yang terikut-ikut nak tulis.
- Sebab itulah kita sebagai penulis, kena buat genre Fanfiction ini tidak boleh dipandang rendah. Yeah!
.
6. Science-Fiction / Fiksyen Sains
- Berdasarkan google, fiksyen sains bermaksud satu bentuk fiksyen yang terutama berkaitan dengan kesan sains sebenar atau yang dibayangkan kepada masyarakat atau individu.
- Boleh dikaitkan dengan mesin. Kiranya seperti mesin masa. Tertukar roh dan ada juga alien! Budak-budak sains dipersilakan menjalankan tugas anda!
.
7. Historical Fiction
- Bila kita buka buku Sejarah, mesti terus tertidur, bukan? Itulah keajaiban buku bernama Sejarah itu. Akan tetapi, lain pula dengan genre ini.
- Bila tulis atau baca genre ini, pasti terbeliak mata dan rasa macam balik ke masa lalu. Zaman Dinastilah, Zaman Melayu Melakalah, zaman Tanah Melayu dijajah. Bayangkan kalau boleh balik tahun 2019, mesti ada masa nak bom China. Uhuk! Uhuk! Astagfirullah.
- Paling unik jika kau buat fakta sejarah yang betul. Macam zaman hitam Tanah Melayu, semua kaum bermusuhan antara satu sama lain. Kemudian watak utama terbalik ke zaman itu.
Tidak silap aku, ada cerita itu dekat Wattpad.
- Contoh drama Korea, The Scarlet Heart. Watak utama jatuh dalam kolam lepas itu lemas. Dia pun duduk dalam badan perempuan korea pada zaman dahulu kala.
.
8. Fiction / Fiksyen
- Fiksyen sangat kontra berbanding bukan Fiksyen. Kalau bukan fiksyen, dia berdasarkan kisah benar. Manakala fiksyen ini berdasarkan imaginasi penulis semata-mata.
- Sedarlah, Nooroo. Watak Kris itu milik kenhendri semata-mata. Dia dah suka orang lain pun, bukan kau. Huhuhu... *nangis di penjuru dinding*
.
9. Teen Fiction / Fiksyen remaja
- Ah, genre ini memang akan mengingatkan zaman sekolah. Persahabatan, cinta monyet masa sekolah. Genre ini kira agak ringan kalau digabung dengan genre Romance.
Melainkan kalau watak kau orang tidak complicated orangnya. Ada ke orang sakit kanser sorokkan. Bagitahu sahajalah. Nanti diri sendiri merana pula. 😔
- Lagi unik kalau dikaitkan dengan masalah yang lain daripada yang lain. Seperti buli, anxiety, pelajar yang kecacatan fizikal (tiada tangan, tiada kaki ataupun lumpuh) ataupun lembap dalam pelajaran. Masalah yang remaja sekarang ada.
- Boleh baca Anxiety Love. Hehehe, cerita aku itu!
.
10. Spiritual / Kerohanian
- Genre ini boleh jadi hijrah seorang watak utama. Genre ini boleh menjadi penyebab ramai pembaca menangis mahupun sebagai comfort novel bagi mereka.
- Contohnya, Dari watak utama yang selalu tiru cerita orang menjadi penulis yang berjaya dengan menghasilkan novelnya sendiri.
- samperitmilo banyak buat novel macam itu. Boleh jenguk akaun dia kalau hendak dapat rujukan. Jangan main kopi bulat-bulat pula. Aku block kau nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro