Darlingku Mr Aariz Nadwa (ONGOING)
(BOOK 2 : DARLINGKU MR COLD MAFIA)Dia... AARIZ NADWA. Perangainya tak ubah seperti papanya sendiri. Beku dingin dan adakalanya kejam. Darah, pistol, jeritan dan seksaan sudah menjadi darah dagingnya. Disebabkan sifat nya yang licik telah membuatkan kumpulan Black Rose menjadi kumpulan mafia yang paling berkuasa di dunia.Kontra pula dengan ANNUR HAYAT seorang gadis yatim piatu yang tidak mempunyai pangkat dan harta. Di sebalik kenaifan gadis itu, tersembunyi rahsia hitam dan gelap yang sudah tersimpan kemas. Perwatakan yang ceria, nakal dan bermulut bising membuatkan seorang lelaki mafia yang beku ingin mengenali dirinya.Disebabkan desakan hidup, Annur Hayat terpaksa berhenti belajar dari universiti dan menerima dua kerja dalam satu masa iaitu menjadi pengawal keselamatan dan pelayan bar.Pertemuan tidak sengaja antara Aariz Nadwa dan Annur Hayat menyebabkan lelaki itu tekad untuk memiliki gadis itu dengan apa cara sekalipun. "Kenapa Tuan Aariz selalu ikut saya, hah? Please stop that! It so annoying!" - ANNUR HAYAT"Sebab aku tak boleh kalau tak tengok 'budak pau' aku setiap hari. " - AARIZ NADWADisebabkan sikap diktator Aariz Nadwa menyebabkan Annur Hayat terpaksa bersetuju berkahwin dengan lelaki mafia itu. Sudah banyak cara Annur Hayat cuba mengelak, tapi kalau dah jodoh tidak kemana.Kebenaran dan rahsia gelap Annur Hayat tersebut akhirnya terbongkar. Satu persatu kejadian menyebabkan kedudukan Black Rose semakin goyah dan kepercayaan Aariz Nadwa terhadap isterinya semakin rapuh. "Kau penipu! Kau memang penipu!" - AARIZ NADWA"Saya terpaksa..." - ANNUR HAYATBagaimanakah nasib rumahtangga antara Aariz Nadwa dan Annur Hayat? Siapakah dalang di sebalik goyahnya kumpulan Black Rose itu?"I'll never let you go." - AARIZ NADWA"Why?" - ANNUR HAYAT"Because you're the one, cutie pie." - AARIZ NADWASTART : 17/09/2022END :GENRE : Action RomanceSTATUS : Ongoing…