Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
HILANG (bacaan awal)

HILANG (bacaan awal)

4,467 675 6

Kau pernah dengar kes tentang orang-orang Kampung Jalan Mati yang hilang tanpa jejak? Pihak polis pun sudah buntu dalam menyelesaikan kes misteri itu. Khabar angin kata, pada setiap tahun pasti ada sekurang-kurangnya seorang yang hilang tanpa jejak. Orang-orang kampung pula tidak pernah berputus asa mencari mereka yang hilang. Hampir setiap petang, pencarian dilakukan. Tetapi, tidak ada apa yang ditemui. Solat hajat untuk memohon pertolongan Tuhan pula dibuat pada setiap minggu, malam Jumaat. Namun, itu hanya jalan terakhir mereka menyerah segalanya pada Illahi.Dikatakan, bermulanya kejadian 'Hilang' itu pada dua puluh tahun yang lalu. Seorang budak lelaki yang tidak suka keluar rumah, hanya berkurung di dalam bilik menghadap permainan video dan televisyen. Apabila ibunya memanggil untuk makan malam, dia tidak menjawab. Selalunya, dia akan segera keluar dan mengambil makanan sebelum dibawa masuk ke dalam bilik. Namun, kali ini dia tidak menjawab. Tatkala ibunya membuka pintu, dia sudah hilang. Hanya televisyen sahaja yang dibiarkan terpasang.Ada orang kampung yang cuba berpindah kerana takut ahli keluarga mereka menjadi mangsa Kejadian Hilang meskipun mereka semua maut dalam kemalangan jalan raya. Ada orang cakap, Kampung Jalan Mati sudah terkena sumpahan kerana sesiapa sahaja (orang kampung yang menetap) yang keluar dari kampung, akan mati. Tetapi, sebaliknya pula jika orang luar yang masuk ke kampung hanya sekadar ingin melawat. Berpusu-pusu kumpulan 'jejak paranormal' cuba merungkai misteri Kampung Jalan Mati tetapi apa yang mereka dapat hanya rakaman video yang tidak layak dimuat naik ke dalam media sosial. Tidak ada jawapan kepada misteri kehilangan penduduk kampung sejak dua puluh tahun yang lalu. Ke mana mereka menghilang? Adakah mereka masih hidup? Apakah yang menyebabkan penduduk Kampung Jalan Mati terkena 'sumpahan' yang diomong-omong oleh mulut mereka sendiri? Namun, ada sahaja yang tidak percaya dengan cerita ini.…

MAFIA GAME

MAFIA GAME

12,734 2,341 34

Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang kemenangan bernilai 10 juta USD. Setiap pemain diberikan peranan masing-masing: Penduduk, Doktor, Polis dan Mafia. Namun, sudah pasti ada yang tidak berpuas hati, menyesal dan ketakutan kerana ianya melibatkan nyawa."Kita diculik dan dibawa ke sini? Bangunan yang berkunci dan dikelilingi oleh hutan tebal pula. Sudah tidak ada cara lain lagi untuk keluar selain menyelesaikan semua misi." - Yuri."Penipu! Aku ialah Detektif! Kau mesti Mafia kan?" - Irene."Bingo! Nampaknya, tikus sudah masuk perangkap." - Mikhail."Villager atau Non-Villager, aku dah tak kisah. Yang penting, aku akan menang dengan mudah!" - Lutfi"Aku ada jumpa satu mayat di dewan makan dan aku tahu siapa orang terakhir bersama dengan si mati." - Xin."Aku dah tak sanggup! Aku tak sanggup lagi! Sesiapa! Mafia, bunuh jelah aku!" - Fiqa."Korang bertengkarlah sampai ke pagi! Aku sudah tahu, salah seorang daripada kalian ialah Mafia!" - Ivan."Kan bagus kalau korang semua mati. Sudah sah yang aku akan menang." - Eden."Aku nak menang! Aku nak keluar dari tempat ni dan menang duit tu!" - Harisya.…

The Arcane Beast

The Arcane Beast

302 31 3

Di sebalik dunia nyata yang mampu dilihat dengan mata kasar, tersembunyi sebuah kebolehan luar akal yang hanya mampu dilihat dengan mata hati. Arcane Beast, kebolehan yang dimiliki oleh orang-orang tertentu. Tidak ramai namun mampu memusnahkan sesebuah negara. The Arcane Hunter, sebuah organisasi rahsia yang ditugaskan oleh gabungan negara-negara di dunia telah ditubuhkan untuk membendung situasi seperti itu terjadi. Meskipun, tidak semua Beast User memberi kerjasama. Perang dan pembunuhan bakal tercetus jika ada yang melawan secara radikal. Dalam novel ini, anda bakal menempuh sepuluh cerita watak penting yang bakal memainkan peranan sebelum terjadinya perang besar The Arcane Beast.…

HATRED

HATRED

143 23 1

"Even in the light, there is still darkness."Darah merah itu bukan milik aku, tetapi kau. Jangan kau tanam buah kebencian dalam orang yang sabar, kerana ia akan tumbuh menjadi syaitan tidak bertanduk. Jiwa yang dipenuhi kasih itu bakal menjadi sebuah taman api dendam penuh kebencian. Sudahkah kau bersedia bertemu "malaikat maut" yang kau hajatkan? Loved to Hatred.…

LOVED

LOVED

135 21 1

"Even in the darkness, you still hope for the light."Hati ini milikku. Kau tanam pohon keindahan dalam hati yang rapuh, lalu ia tumbuh menjadi debunga tidak berdahan. Jiwa yang dipenuhi kelam itu bakal menjadi sebuah taman penuh harapan. Sudahkah kau bersedia bertemu "sang malaikat" yang kau hajatkan? Hatred to Loved.…