Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° L A P A N

Kerja 'mereka' akan mula digiatkan di sini 😎

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 08

"Nah ambil ni, Tyler" kepala ditoleh ke arah Randy, selaku rakan penjenayah tatkala nama samarannya diseru. Sebekas sebatian yang mengandungi kloroform kini diberikan kepada Tyler.

"Aku nak kau lempar benda alah ni dalam lubang udara atas butik tu. Kalau boleh, kau pergi panjat tangga sana"

"Weyh jauhlah dari lokasi butik tu" keluh Tyler tidak berpuas hati mendengarkan arahan daripada Randy.

"Kau nak kena tangkap kalau pergi dekat-dekat? Ikut sajalah cakap aku kalau kau nak selamat" ugut Randy diselitkan amaran buat anak buahnya.

"Yelah" Tyler keluar dari perut kereta lalu menghempaskan pintu penuh geram. Dalam ramai-ramai rakan jenayah, kenapa dirinya terpanggil untuk giatkan kerja ini?

Tanpa berbasi-basa di lorong gelap yang sunyi ini, tubuhnya meloncat untuk mencapai tangga binaan sementara yang diletak pada sisi bangunan. Apabila sudah digapai, tangga yang berlipat-lipat itu sudah membentuk dengan sempurna seperti tangga-tangga lain.

Seusai memanjat anak tangga yang berkarat itu, akhirnya dia tiba aras bumbung sebuah bangunan. Mata Tyler yang sedia sepet dikecilkan bagi memfokuskan pandangannya.

Nampaknya perjalanannya untuk ke sampai lubang udara butik mungkin mengambil masa memandang 12 blok bangunan terpaksa ditempuh.

Seusai melompat melepasi bangunan, blok demi blok, dia sudah menghampiri lubang udara diperkatakan si ketua. Bekas yang dipenuhi larutan kloroform terus dicampak ke dalam lubang tersebut.

"Aku dah masukkan" bicara Tyler kepada Randy menerusi walkie talkie.

"Ok, kerja kau dah selesai di sini"


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·


Tik tik. Jam digital yang menjerut bahagian pergelangannya dikerling sekilas, sudah menginjak ke jam 12:00. Setelah puas menjamu pandangan pada barangan kemas swarovski itu, dia pun melangkah keluar dari premis perniagaan tersebut lalu berjalan menghampiri kereta yang diparkir seberang jalan sana.

Setelah tubuhnya selamat memasuki perut kereta, satu butang yang tersedia pada jam ditekan bagi mengaktifkan semburan kloroform dan secara tak langsung menyahaktifkan kamera litar tertutup yang berada sekitar premis perniagaan itu.

Dia sekadar tersenyum apabila kepulan gas berupa kloroform mula berasak dalam butik berkenaan. Akibat dengan itu, penghujung premis itu mula terkulai pengsan setelah menghidu sebatian tersebut.

Lantas dia mendail nombor seseorang.

"Suruh Ethan, Adam, Spencer, Victor dan Rafael datang segera. Pastikan semuanya kebas diambil sebelum polis datang"


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Aduhhh" kepala yang tidak gatal aku garu penuh buntu.

Panggilan daripada mangsa rompakan diterima lambat ekoran mereka baru sahaja sedar daripada pengsan. Jadi, pihak berkuasa pun tidak sempat mengejar perompak.

"Kenapa ni?" tanya Chaeyoun yang sibuk menangkap gambar di lokasi kejadian rompakan.

"Inilah butik yang aku datang semalam untuk intip dia orang berdua"

"APA?" terbeliak mata Chaeyoun akan perkhabaran yang baru aku ungkapkan.

"Jadi kau dah selesai pasal scanning tu?" 

"Baru saja HongJoong dengan Seonghwa aku sempat buat. Yang lain belum lagi" jawapanku diterima decitan daripada Chaeyoun, sesekali dahinya dipicit-picit.

"Tak kira aku nak kau settlekan malam ni jugak" desaknya.

🍉🍉🍉🍉🍉

Setakat ini, UI dan UI 2 antara plot paling payah nak dihuraikan kalau dibandingkan fanfic-fanfic lain😓.

Jadi, tak salahkan kalau korang hadiahkan vomment sebagai penghargaan atas penulisan che garapkan dalam fanfic ni walaupun tak gempak mana🌸

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro