-'➒'-
Hwa Ra membuka pintu bila terdengar loceng rumahnya ditekan. Melihat Hyunjin yang berdiri di depan pagar rumah, dia meminta diri untuk memanggil Ji Ah yang berada di dalam. Tidak lama kemudian, Ji Ah menampakkan dirinya.
"Ji Ah, boleh kita jumpa sekejap?" Tanya Hyunjin dan Ji Ah mengangguk. Mereka berdua membuat keputusan untuk pergi ke taman yang berhampiran perumahan itu.
Sebuah bangku yang terletak di bawah sebatang pokok besar menjadi tempat mereka berteduh. Ji Ah hanya mendiamkan diri menunggu Hyunjin membuka bicara.
"Ji Ah, saya nak minta maaf sebab tinggalkan awak malam semalam. Saya tak patut pergi macam tu je. Saya betul-betul minta maaf pasal," ujar Hyunjin. Dia menundukkan kepalanya, memandang lantai.
"Lah, kenapa pulak? Awak tak buat salah apa-apa pun dengan saya," kata Ji Ah dengan bersungguh.
"Lagipun nak buat macam mana. Erika accident, mestilah awak kena pergi tengok keadaan dia," sambung Ji Ah lagi.
Hyunjin mengangkat wajahnya lalu tersenyum lega. "Terima kasih, Ji Ah sebab maafkan saya."
Ji Ah mengerutkan dahinya. Kenapa Hyunjin berasa bersalah begitu seolah-olah membuat kesilapan besar padanya? Boleh saja Hyunjin meminta maaf secara santai tanpa perlu mengajaknya ke taman itu.
"Sebenarnya, saya bertengkar dengan Iyen. Kalau bukan sebab dia, mesti saya tak sedar dengan kesalahan saya semalam." Hyunjin menerangkan apa yang terjadi.
"Apa maksud awak? Bertengkar dengan Iyen?" Ji Ah mengajukan soalan kerana tidak faham dengan apa yang Hyunjin cuba sampaikan.
"Dia marah saya tinggalkan awak sebab melawat Erika dekat hospital." Hyunjin menghela nafas perlahan.
"Hubungan dia dengan Erika tak baik ke?" Sekali lagi Ji Ah bertanya. Dia masih ingat cara Jeongin memandang Erika semasa hendak berkhemah dulu. Hyunjin mengangguk tanda mengiyakan soalan Ji Ah.
"Erika tu bekas tunang saya tapi, lima bulan lepas dia buat keputusan untuk putuskan pertunangan kita orang sebab nak fokus pada kerjaya model dia." Hyunjin mula menceritakan kisah silamnya supaya Ji Ah faham dengan apa yang berlaku.
"Sejak tu, Iyen bencikan Erika sebab tinggalkan saya. Masa kita berkhemah haritu pun, Iyen tak nak bersemuka apatah lagi bercakap dengan Erika. Dia masih belum lupakan dengan apa yang Erika dah buat pada saya," tambah Hyunjin.
Mata Ji Ah tertumpu pada Hyunjin yang duduk di sebelahnya. "Sekarang Iyen ada dekat mana?"
Hyunjin mengangkat bahu tanda tidak tahu keberadaan adiknya ketika itu. "Salah saya jugak sebab tinggikan suara dekat Iyen. Sekarang, saya tak tahu macam mana nak pujuk dia semula."
"Saya rasa buat masa ni, awak biar Iyen sejukkan hati dia dulu. Nanti bila dia dah okey, awak cubalah bercakap dengan dia." Ji Ah memberi cadangan.
Hyunjin menguntumkan senyuman. "Terima kasih, Ji Ah sebab sudi dengar cerita saya."
Telefon Hyunjin berdering yang mana membuatkan perbualan mereka tergantung. Hyunjin tidak menjawab panggilan itu bila nama Erika terpapar di skrin telefonnya. Ji Ah memandang hairan bila Hyunjin hanya membiarkan telefonnya terus berbunyi.
"Awak tak nak jawab?" Ji Ah memberanikan dirinya untuk bertanya.
"Tak penting. Disebabkan dia, saya bergaduh dengan Iyen," jawab Hyunjin. Ji Ah memerhati wajah Hyunjin dan pada pandangannya, dia seperti menahan perasaan. Perasaan sebenar yang tidak terluah dari lubuk hatinya.
"Awak... Masih ada perasaan pada Erika?" Soal Ji Ah.
"Entahlah... Saya malas nak ambik tahu pasal tu. Nanti lama-lama perasaan tu hilanglah sendiri. Saya tak nak dengan pilihan yang saya buat, jadikan hubungan dengan Iyen macam sekarang." Hyunjin meluahkan perasaannya.
Ji Ah hanya mampu tersenyum. Benarlah seperti apa yang dikatakan Hwa Ra, Hyunjin masih mencintai Erika. Untuk melupakan seseorang yang dicintai bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi bila hati sudah diberikan sepenuhnya kepada orang itu. Sekarang, Ji Ah perlu terima yang hati Hyunjin masih ada pada Erika.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Jeongin memandang laut biru yang menghiasi pandangannya. Cahaya matahari yang terik itu menandakan sudah masuk waktu tengahari. Perutnya mula berbunyi, minta diisi. Dia hanya meminum jus pagi tadi tanpa menjamah makanan.
Satu plastik yang berisi sebungkus makanan dihulur kepadanya. Jeongin menoleh ke arah pemberi itu lalu tersenyum kecil.
"Jomlah balik. Buat apa broken dekat sini." Han menarik lengan baju Jeongin, mengajaknya pulang.
"Abang Han buat apa kat sini? Broken jugak ke?" Sindir Jeongin. Han menarik muncung bila Jeongin memerlinya. Memang dia sedang broken sekarang cuma bukan kerana putus cinta tetapi, disebabkan perasaannya yang tidak terluah.
Jeongin tertawa perlahan melihat wajah Han. Mendengar Jeongin tertawa, Han menarik nafas lega. Nampaknya mood Jeongin sudah membaik. Tidak sia-sia dia merisikokan nyawanya dengan menegur Jeongin tadi.
"Erm... Iyen dah okey?" Tanya Han dengan berhati-hati. Risau jika dia tersalah tanya, Jeongin akan menjamunya pasir pantai sebagai makan tengahari.
Jeongin tidak menjawab soalan Han sebaliknya bertanya semula. "Abang macam mana?"
"Dia pergi jumpa Ji Ah. Nak minta maaf katanya tapi, masa Abang Han keluar tadi dia tak balik lagi," beritahu Han. Jeongin mendiamkan dirinya. Pertengkaran dengan Hyunjin malam tadi, dikenang semula. Timbul rasa bersalah kerana melampiaskan marahnya pada Hyunjin.
Han mengintai wajah Jeongin sambil tersengih. "Jomlah balik. Boleh hitam duduk sini lama-lama. Abang Han dah belanja nasi goreng USA untuk kita bertiga. Ingat senang ke nak belanja?"
"Ya lah. Aiskrim yang Abang Han janji tu jangan lupa pulak." Jeongin mengingatkan Han tentang aiskrim yang dijanjikan malam semalam.
"Makan nasi dulu baru boleh makan aiskrim, okey?" Ujar Han dengan nada ceria seolah-olah sedang berinteraksi dengan kanak-kanak.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Kepulangan Hyunjin disambut oleh Han. Beria Han memberitahu yang dia membelikan nasi goreng USA sebagai menu makan mereka tengahari itu. Hyunjin mematikan senyuman sebaik saja melihat Jeongin yang berada di meja makan.
Menyedari kepulangan Hyunjin, Jeongin menoleh seraya tersenyum. "Abang, jomlah makan sekali. Iyen dah lapar ni tunggu Abang.",
Hyunjin terkedu. Benarkah apa yang didengarinya ketika itu? Kemudian dia memandang Han dengan penuh tanda tanya. Seakan-akan memahami riak wajah Hyunjin, Han mengangguk.
Perlahan-perlahan Hyunjin menghampiri meja makan. Kerusi di sebelah Jeongin, ditarik. "Abang mintak maaf."
"Iyen pun. Jadi, kosong-kosong ya?" Kata Jeongin sebelum mengukirkan senyuman kecil. Hyunjin mengangguk dengan gembira.
Han membuka bungkusan nasi goreng USA untuk disantap. "Jangan lupa, aku yang pujuk Iyen menangis tepi pantai tadi."
Hyunjin segera memandang Jeongin dan adiknya menggeleng, menafikan tuduhan yang dibuat itu. Kemudian Han tertawa kerana Hyunjin mempercayai kata-katanya. Mereka bertiga menikmati juadah tengahari itu sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan petang nanti.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Beg yang berisi baju tambahan sudah dikeluarkan. Mandi pantai merupakan aktiviti mereka pada petang itu. Han juga mengajak Hwa Ra dan Ji Ah untuk menyertai mereka. Katanya lagi ramai lagi seronok. Hyunjin dan Jeongin pula hanya mengikut kehendak Han.
Ji Ah memandang Jeongin tetapi, Jeongin hanya berkelakuan seperti biasa.
Macam mana dia boleh buat tak tahu je lepas confess dekat aku semalam?
Lamunan Ji Ah terhenti sebaik saja Hwa Ra melanggar bahunya. Han melambaikan tangan dengan penuh bersemangat ke arah Hwa Ra yang baru saja keluar dari rumahnya. Hyunjin yang berdiri tidak jauh dari Han, menggeleng perlahan. Melambai bagai nak tercabut tangan, luahkan perasaan tidak juga.
Tiba saja di pantai, mereka berlima meletakkan beg baju di satu tempat. Hyunjin membuka beg galasnya lalu mengeluarkan krim pelindung UV yang dibawa.
"Sebelum tu, jangan lupa pakai sunblock ya, kawan-kawan." Hyunjin mengingatkan. Han menghampiri Hyunjin untuk meminta sedikit krim pelindung UV itu oleh kerana dia terlupa untuk membawanya.
"Lepas tu kita pakai dekat bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari terutama sekali pada bahagian muka. Ha, macam ni." Hyunjin menunjukkan langkah-langkah memakai krim pelindung UV.
Hwa Ra, Han dan Ji Ah tertawa secara serentak bila melihat wajah Hyunjin. Akibat memakai terlalu banyak, wajah menjadi putih dan anak rambut juga terkena cecair putih tadi. Jeongin hanya mampu menggelengkan kepalanya menyaksikan Hyunjin ditertawakan secara berjemaah.
Mereka berempat sudah pun terjun ke dalam air kecuali Jeongin. Dia membuat keputusan untuk berjalan di sekitar itu saja.
Kaki Jeongin memijak permukaan pasir tanpa beralaskan selipar. Sengaja dia membiarkan air laut mengenai kakinya sambil memejam mata, menikmati angin petang itu.
Jeongin membuka matanya bila merasai kehadiran seseorang. Dia segera mengalihkan pandangannya bila melihat Ji Ah yang dalam keadaan basah itu. Sweater yang dipakainya, ditanggal lalu dia menutup badan Ji Ah.
"Terima kasih," kata Ji Ah. Rasa malu serta merta menyerbunya. Jeongin meneruskan langkah tanpa menunggu Ji Ah.
"Awak memang suka buat macam tu, ya?" soal Ji Ah sebaik saja menghampiri Jeongin.
"Buat apa?" tanya Jeongin pula. Ji Ah tidak menjawab sebaliknya melakonkan semula apa yang dilakukan Jeongin sebentar tadi. Jeongin terdiam. Bagaimana Ji Ah tahu apa yang selalu dibuatnya ketika bersendiri hingga dia meniru dengan baik sekali.
"Macam mana awak tahu? Saya rasa ni kali pertama saya buat depan awak." Jeongin mengutarakan soalan dengan rasa ingin tahu yang mendalam.
Ji Ah menggeleng. "Kali kedua. Kali pertama saya nampak waktu kita berlanggar malam tu. Awak tak ingat?"
"Tapi, awak kan langgar saya macam mana boleh nampak saya buat macam ni?"
"Sebenarnya, saya perhatikan awak sebab tak pernah nampak sebelum ni. Lepastu Hwa Ra tiba-tiba kejar saya dengan siput jadi, saya larilah sampai kita bertembung tanpa sengaja. Begitulah ceritanya." Ji Ah menceritakan perkara sebenar di sebalik perlanggaran itu berlaku.
Jeongin hanya mengangguk mendengar cerita itu. Kemudian dia menarik tangan Ji Ah sebelum meletakkan sesuatu di tapak tangan gadis itu. Senyuman nakal juga tidak dilupakan.
"Iyen!!" Ji Ah menjerit kegelian bila seekor siput kecil diletakkan di atas tapak tangannya.
Jeongin hanya mengekalkan riak wajah yang bersahaja. Disebabkan geram dengan Jeongin, Ji Ah mengejar Jeongin sepanjang persisiran pantai itu. Pemandangan matahari terbenam di ufuk barat menjadi latar belakang mereka. Bunyi ombak laut menghempas pantai dan kicauan burung-burung yang pulang ke sarang, seakan-akan meraikan kehadiran pasangan itu.
Malam mula membuka tirai. Bulan juga bersinar terang, menerangi kegelapan malam. Bintang-bintang juga jelas kelihatan di langit kerana tiada awan yang melindungi.
Hyunjin dan Jeongin duduk di depan unggun api yang dinyalakan. Mata Jeongin hanya tertumpu pada Ji Ah yang sibuk membina istana pasir walaupun hari sudah malam.
"Bagi Iyen, Ji Ah tu macam mana?" tanya Hyunjin kerana sejak tadi lagi Jeongin hanya tertumpu pada Ji Ah.
"Iyen sukakan Ji Ah. Iyen pun dah luahkan pada dia semalam." Jeongin menjawab tanpa berselindung. Ji Ah mahu menerimanya atau tidak, itu terpulang pada gadis itu.
Hyunjin menepuk bahu Jeongin. Tidak sangka yang Ji Ah mampu membuka hati Jeongin tanpa melakukan apa-apa pun. Jika Jeongin berkata begitu, dia juga turut menumpang gembira bagi pihak adiknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro