Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MDH | THIRTY TWO

Day 1 of being ignored.

Tangannya berhenti menarik selimut tika Deana yang tadinya berbaring, kini bangun dan berjalan tanpa memandangnya. Matanya menatap wanita itu masuk ke dalam bilik mandi dan hilang buat beberapa minit.

Aku ada tersalah cakap ke?

Gumam hatinya sambil memandang ruang di mana hilangnya bayang Deana. Selimut dibetulkan dan telefonnya dibuka. Saja dia memeriksa semula jadual kerjanya. Selepas beberapa ketika, isterinya kembali dan berbaring di sebelahnya.

Jungkook berkalih memandang Deana yang tidur membelakinya. Telefon diletakkan ke tepi, lampu tidur dipadam sebelum tubuhnya turut berbaring. Entah mengapa, suasana ketika ini buatkan dia teragak-agak untuk menyentuh Deana. Macam ada satu aura yang sedang menghalangnya.

"Nak peluk boleh?" Soalnya.

Jungkook menelan air liur tika tak mendapat balasan dari wanita itu. Baru sahaja semalam mereka berdua berbaik setelah dia betul-betul berusaha menunjukkan yang dia tak marahkan Deana tentang hal gugur tapi kenapa tiba-tiba Deana macam dingin?

"Awak okay?"

"Awak tak percaya apa yang saya cakap semalam ke?"

"Deana?"

"Hm, sayang?" Mencuba nasib.

"Tidurlah, awak."

Tersentak Jungkook dibuatnya saat dia disuruh tidur. Itulah banyak sangat tanya tadi kan? Kan dah kena. Bibirnya tercebik sedikit namun selepas beberapa saat riak wajahnya berubah biasa tika Deana berkalih menghadapnya. Namun riak wajahnya berubah kecewa pula saat Deana meletakkan bantal diantara mereka.

Okay, memang ada benda yang tak kena.

Takpe, tidur je dulu Jungkook. Esok elok la tu.

Kan?

m y  d u a l i t y  h u s b a n d

Day 2 of being ignored.

Dengan hanya tuala yang melilit pinggang, Jungkook keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Terjenguk-jenguk kepalanya mencari kelibat Deana. Mana tahu ada dekat dapur tengah buat sarapan ke kan?

Namun saat kakinya tiba di hadapan kaunter dapur, matanya jatuh pada makanan yang terhidang di bawah tudung saji. Sarapan dah siap tapi mana tuan yang masak sarapan ni? Kakinya berjalan pula ke arah pintu utama dan bekas yang menjadi tempat simpan segala kunci dipandang.

Ah.

Deana dah keluar.

Dia tak kejut aku bangun, dia tak panggil aku sarapan dan dia tak tunggu aku hantar dia.

Jungkook berjalan semula ke arah tangga untuk naik ke biliknya semula. Sekarang masih awal untuk dia masuk ke pejabat. Memikirkan betapa awalnya Deana bangun, bersiap dan masak sarapan untuknya agak mengecilkan hati Jungkook. Sampai begitu Deana bertindak untuk mengelak.

Sudahlah dia tak tahu sebab apa.

"Let's see if she acts differently if Ethan comes out."

Kepalanya dikalihkan ke arah pintu pejabat tika  pembantu peribadinya mengetuk. Kebenaran masuk dilaung dan wajah Ivy memenuhi ruang.

"Ya?"

"Miss Deana dah naik atas tadi. Tuan dah boleh balik." Tutur Ivy sambil senyum. Jungkook segera bangun dan rambutnya dibetulkan. Tubuhnya berkalih menghadap Ivy.

"Betul saya nampak macam Ethan?"

"Ya, betul. Driver Tuan pun cakap Tuan nampak macam Tuan Ethan. Jangan risau." Jungkook mengangguk. Ingatkan senang nak pura-pura walaupun semua benda dia dengan Ethan sama je. Tapi risau juga kalau personaliti mereka berdua buatkan Deana dapat cam.

"Okay, saya naik dulu. Awak dah boleh balik." Ivy mengangguk dan menunduk hormat. Dia mengikut langkah Jungkook dari belakang hinggalah ke hadapan pintu lif. Sebaik sahaja kelibat bosnya hilang, dia pulang ke mejanya dan barangnya dikemas untuk pulang.

"Ehem." Tali leher dilonggarkan.

"Love, I'm home~"

Hanya Tuhan sahaja tahu betapa dia terasa sangat cringe dengan diri sendiri sebab terpaksa tutur kata-kata tersebut. Semua salah Ethan sebab terlalu riang dan ringan mulut nak cakap benda-benda cringe. Jungkook mengukirkan senyuman tika Deana berada di hadapannya.

"Hey," sapa Deana dan bibir Jungkook diciumnya sesaat.

"Saya baru je nak mandi, tak sempat masak untuk makan malam lagi. Awak lapar?" Soal Deana sambil memeluk lengan suaminya, berjalan seiringan menuju ke ruang tamu. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa.

"Awak tak payah masak lah, kita makan luar nak tak?" Soalnya sambil mengerling jam tangan.

"Nak makan luar? Boleh je. Tapi saya nak mandi dulu. Nak tukar baju."

"Sebelum awak mandi, saya nak minta tolong boleh?" Soal Jungkook sambil memandang Deana. Perubahan wajah? Biasa? Deana tak menunjukkan reaksi yang begitu teruja apabila dia nampak Ethan. Tapi ya dari segi perbualan mereka. Deana tampak lebih senang untuk bercakap dengan Ethan.

"Tolong apa?"

"Trim sideburn, dah panjang. Gatal telinga saya dia cucuk-cucuk. Boleh?" Deana senyum dan mengangguk. Mereka berdua bangkit dari sofa dan mulai memanjat anak tangga. Menuju ke bilik dan terus masuk ke dalam bilik mandi.

Deana berkalih untuk membuka butang baju Ethan namun tangannya jatuh semula. Ethan dah pun buka butang bajunya sendiri. Okay, dia yang terlalu fikir negatif atau memang kalini Ethan rajin nak buka baju sendiri. Sebabnya setiap kali nak buka baju tak pernah dia nak buka sendiri sampai tak payah minta pun Deana tahu dah.

"Duduk sini." Pinta Deana sambil menepuk ruangan tepi bathtub. Disebabkan tiada kerusi jadi duduk saja lah di situ. Jungkook hanya diam merenung tubuh Deana yang berada di tepat di hadapannya. Kalau boleh nak saja dia sentuh, selak dan buka baju Deana. Malah kalau boleh dia nak Deana berada lebih dekat, duduk di atas ribanya.

No touching?

Taubat dah ke Ethan ni? Selalu tangan tu tak pernah duduk diam.

"Nak tanya boleh?" Soal Jungkook. Deana hanya menggumam memandangkan dia sedang fokus.

"Awak dengan Jungkook okay ke?" Soalnya. Inilah sebab utama dia pura-pura jadi Ethan. Sebab dia nak tahu punca Deana abaikan dia dari semalam. Puas dia fikir apa yang dia buat sampai Deana taknak bercakap dengan dia tapi dia tak tahu.

"Okay je, kenapa awak tanya? Jungkook ada tinggalkan apa-apa dekat awak ke?"

"Eh takde pun. Saja nak tahu, lama kan saya tak muncul lately ni?" Deana hanya diam. Dia dapat rasakan sesuatu. Cara Ethan bercakap agak lain. Namun dia masih fokus pada rambut suaminya yang sedang dipotong. Nanti tak sama dua-dua belah tak kacak pula.

"I miss you, Love."

"I miss you too." Deana menahan ketawa saat terlihat telinga dan leher lelaki itu memerah. Alalala malu ke?

"Nak buka butang ni boleh?" Tangannya berhenti bergerak. Soalan yang terasa lebih kurang sama dia dengar sebelum dia tidur semalam. Tapi itu Jungkook. Kerjanya disambung semula sambil mengiyakan soalan tadi. Satu-persatu butang bajunya dibuka.

"Perut awak makin kempis."

Deana mengemam bibir tika bibir Ethan menyapa kulitnya. Tangan yang memegang gunting jatuh ke sisi dan tangannya yang sebelah lagi mengusap perlahan kepala Ethan.

"Saya tak siap lagi potong rambut awak ni, Ethan." Tuturnya saat tangan lelaki itu mulai menarik tubuhnya lebih dekat. Deana memandang kedua belah bahu Ethan yang kotor dengan rambutnya yang jatuh ketika dipotong tadi.

Perlahan-lahan tangannya mencapai shower head dan tubuh lelaki itu dijurus agar rambut-rambut tadi jatuh ke lantai. Malah rambut Ethan turut dibasahkan buatkan air yang mengalir ke dahi lelaki itu turun membahasahi wajah. Buatkan perutnya terasa sejuk disapa air.

"Can't we just do it?"

"Tak boleh. Saya tak habis pantang lagi." Mulut kata tak boleh, tapi tipulah kalau tubuh dia taknak sebenarnya kan?

"I want you."

"Tak boleh. Dua minggu je lagi." Tika Ethan menggeleng, Deana mengemam bibir. Comel la pulaaaaa! Namun kepalanya tetap menggeleng. Ethan bangun buatkan kepalanya kini berubah melangut sedikit.

"Then, do me."

t o  b e  c o n t i n u e

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro