Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 26

(Syaz P.O.V)

Aku memandang Aisy yang dari tadi diam saja. Dari semalam, balik saja sekolah dia terus masuk dorm. Kitorang pelik dengan dia. Walaupun aku sama dorm dengan dia, dia tak nak berbual dengan aku.

Dalam kelas pun sama, dia diam saja. Aku melihat Leha disebelahnya. Leha cuba untuk berbual tapi aku nampak yang suasana memang awkward.

Aku terus memandang buku di atas meja. Latihan addmath yang baru diberi tadi aku cuba siapkan. Aku tak jamin boleh siap kalau buat dekat dorm. Nanti ada banyak dugaan syaitan jadian. Dah lah tiga- tiga syaitan jadian tu tak cukup kasih sayang.

"Syaz, " rakan sekelas ku memanggil.

"Ya saya? " aku memandangnya.

"Urm, you sibuk ke? " dia menyoal dengan takut.

Aku pelik. Apehal pula takut- takut ni? Aku bukannya nak pukul pun, "Tak ada lah sibuk sangat. Kenapa ya? "

Pergh, kalau yang tiga ketul tu nampak aku cakap lembut macam ni, 7 keturunan di cerita. Pelik kan? Cakap lembut je, sampai 7 keturunan tapi itulah hakikatnya, ZIQHAS memang begitu ye anak- anak.

"Urm, I nak tanya you sesuatu, boleh? " Dia memandangaku.

"Yeah, go on, "

Dia terus duduk di hadapan mejaku menggunakan kerusinya. Terkejut aku, nampak tak kegigihan dia untuk cuba berbual dengan aku? Aku tak riak, cuma aku terkejutlah. Dia sanggup tarik kerusi dia ke tempat duduk aku. Bagi aku, dia boleh je guna kerusi orang lain yang penggunanya tak ada.

Kalau dalam ZIQHAS lah, langsung tak ada yang gigih macam budak depan aku ni. Ehh aku yang gigih macam dia.

Kalau Aisy, kemungkinan dalam 30% dia akan tarik kerusi dia macam budak depan aku ni. Biasalah, Aisy tu noob sikit.

Kalau Izla pula, dia sanggup berdiri semata- mata malas nak tarik kerusi. Kononnya exercise berdiri untuk kurus. Jadah dia lah exercise untuk kurus. Cakap jelah kau malas nak ambil kerusi. Aku rasa dia tu macam tak boleh pikir, kau berdiri sejam lagi penat berbanding kau tarik kerusi dua minit.

Kalau Hara pula, dengan tak malunya minta nak duduk dekat kerusi orang . Kalau semua kerusi berdekatan ada orang, dia akan cuba sedaya upaya untuk cari kerusi untuk diduduk. Dan yang paling penting, bukan kerusi dia. Katanya, kerusi dia tu untuk 'cop' tempat duduknya. Aku pelik betul dengan dia tu, dah memang tempat duduk kau dalam kelas, tak ada siapa nak rampas lah.

Kalau Zedi pula, haih. Sama macam Hara, dia memang takkan guna kerusi dia walau apa jua berlaku. Dia sanggup minta orang punya kerusi ataupun share kerusi yang sama dengan aku. Aku pernahlah tanya dekat dia, kenapa tak nak guna je kerusi dia, tarik ke tempat aku. Dia punya jawapan, 'nanti habis tenaga aku tarik kerusi je'. Aku agak terkejut lepastu aku suruh lah dia angkat, dia boleh balas 'penat nak angkat. Nanti tak ada semangat nak bergossip'. Aku macam nak hempuk je.

Dan kalau Qari pula, dia punya pemalas nak guna kerusi sendiri, sampai dia sanggup tarik kerusi cikgu untuk dia duduk. Dia akan cuba elakkan guna kerusi sendiri. Aku agak tak paham, apa masalah empat ketul tu. Pemalas tahap gaban betul.

Kalau akulah kan, terus je tarik kerusi aku nak duduk. Malas nak buang masa cari kerusi kosong. Kalau aku, kalau diorang, hmm. Payah lah terangkan benda yang complicated.

"Urm Syaz? Ooo Syaz, " rakan ku memanggil.

"Haa ye ye? Sorry sorry, awak nak tanya saya apa ye? " aku mengetap bibir. Disebabkan nak terangkan pasal perangai 5 ketul tu, aku boleh termenung pula. Haduh!

"I nak tanya you something about, " dia terdiam.

"About? " aku menjongketkan keningku.

Well, aku dah pandai set timing nak jongket kening setelah di ajar oleh Zedi 7 hari berturut- turut menggunakan video call. Actually, aku tak minta pun dia ajar. Dia yang tiba- tiba tawarkan kelas 'menjongket kening' untuk aku. Dan dia kata, dia malas nak berjalan ke dorm aku. Baik tak payah ajar kalau macam tu. Tapi disebabkan keberkatan dia, aku dah pandai. Salute!

"Urm, " dia ragu- ragu untuk berkata. Aku dah geram ni, aku nak siapkan addmath, dia boleh pula ber urm- urm dengan aku.

"Urm, by the way, my name is Fiyaz, " Fiyaz memperkenalkan dirinya.

"Ohh, hi Fiyaz, mine is Syaz, " aku memberikan senyuman terhadapnya.

" Syaz, I want to ask you something about your friend, " Fiyaz membuat muka serius nya.

Aku terkejut, amboi serius betul ni, "What do you mean? Which one? "

"I don't know her name yet, " Fiyaz mengeluh.

Aku pelik, apehal dengan budak lelaki ni, nampak macam badboy tapi dalam hati, penakut. Pergi jelah tanya nama orang kalau nak tahu, ni tak. Haduih haduih!

" Describe about her, " aku mengarah dengan muka kosong. Haa, nampak sikit berkuasa di situ. Mengarah budak lelaki dengan bangganya.

Fiyaz menarik nafas, " Her hair is brown colour, she's cheerful person and-- "

"Wait wait a minute! " aku terus memotong percakapannya. Aku rasa aku dah tahu siapa kawan aku yang dia describe tu.

"Are you talking about Zedi? " aku terus menyoal dengan terkejut.

"Zedi? Her name is Zedi? " Fiyaz menyoalku. Aku menepuk dahi, he is hopeless!

" Saya ada 5 orang kawan, Aisy yang dibelakang tu, rambut dia warna pastel pink. Seorang lagi Izla, rambut blue black. Hara pula rambut dia all black, rambut saya pula grey and the other one is light brown. So, yang rambutnya brown is Zedi. She is cheerful too, crazy and savage! " Aku menerangkan satu- persatu untuk bagi Fiyaz ni paham. Kalau dia tak paham juga, aku lambung dia ke atap sekolah! Aku serius!

"And one more! Kitorang semua kecuali Zedi, sama kelas dengan awak. Jadi, memang Zedi lah yang awak cakapkan. Awak tahu kan nama kami berlima? "

"Berlima? I just know four of you. And if you talk about new student, yeah and Qari too. She's your friend too? I don't see like one, not just me. The whole class think that four of you are not Qari's friend, " Fiyaz memberikan pandangan pelik terhadapku.

Aku terkedu, yeah! I should go back to reality. Qari is no longer our friend. But ZIQHAS always together forever! We will make sure Qari gonna back to ZIQHAS!

"Just forget about the other one, she's literally not the one you talk about! We talk about Zedi right? " aku terus menukar topik.

Aku nak masalah ZIQHAS ni hanya ZIQHAS je yang tahu. Aku takut kalau satu sekolah tahu, habis masalah. Kalau kitorang berlima yang kena, aku tak kesah sebab kitorang selalu bersama- sama. Tapi kalau Qari, aku takut dia kena kecam. Dia masih lagi tak ada kawan dekat sini.

How did I know she don't have any friend? She's always alone duh!

"Yeah, I guess her name is Zedi. One of your friend, " Fiyaz nampak seperti puas hati. Mungkin sebab dia dah tahu nama Zedi?

"Yeah, by the way, macam mana awak tahu yang Zedi tu kawan saya? Bila awak nampak dia? " aku menyoal dengan hairan. Jangan cakap dia stalk Zedi.

Kalau dia cakap dia stalk Zedi, aku belasah dia. Aku memang tak benarkan sesiapa stalk kelima- lima kawanku. Aku dah janji dengan seseorang, bersedia fizikal dan mental untuk lindungi diorang berlima. Aku tahu, aku kena bersedia dari awal untuk menjadi pelindung kerana pada masa hadapan nanti, ada lagi besar masalah yang akan datang. Aku pasti! Teramat pasti!

"Yesterday, I saw Zedi in this class, "

"Huh? "

"You tak ada dalam kelas when Zedi is here. Dia berbual dengan Aisy and Leha. The way she talk with Aisy and Leha are different. Dia berbual casual dengan Aisy tapi bila dengan Leha, dia berbual dengan formal, so I-- I started-- "

"Fall in love with her? " aku teka. Fiyaz terdiam. Ya, betul lah tu.

Aku mengeluh, "so, awak nak confess dengan dia? " Fiyaz mengangguk.

"Then? What are you waiting for? Go ahead! " aku menyoal dengan hairan.

"But--but I need your help, Syaz, "

Aku mengeluh, "Jom! "

Aku berdiri diikuti dengan Fiyaz, aku toleh ke belakang. Mana Aisy? Aku hanya nampak Leha saja. Mungkin ke tandas! Aku tengok pula Izla, haih! Dari cikgu tak ada tadi, dia tidur je tak ingat dunia.

"Leha! Kalau cikgu datang, kejutkan Izla ye, " Aku meminta tolong Leha. Leha mengangguk. Aku terus keluar dari kelas diikuti Fiyaz, menuju ke 5 Kasturi.

Haih, what a mess day!

(End Syaz P.O.V)

------

(Zedi P.O.V)

Disebabkan hari ini pun semua cikgu masih ada mesyuarat hari sukan, aku pun dengan gembiranya tawaf satu sekolah. Pelikkan, mesyuarat hari sukan sampai dua hari.

Firdaus kata, sports day Diamond High memang kena buat gilang- gemilang. Ramai badboy di sekolah suka bertanding acara balapan, sudah semestinya ramai pelajar perempuan menjadi penyorak yang gedik lagikan minta penampar dan kaki.

"Hei! Kau nak jadi penyelamat? Hah! Amik kau! " Aku terdiam. Aku dengar ada bunyi orang kena tumbuk dan seorang budak perempuan menangis. Dan paling penting, ramai lelaki ketawa jahat. Aku dengar semua suara tu dekat belakang bangunan yang aku berdiri ni.

"Kenapa aku macam kenal suara budak perempuan tu? " Dari cara budak perempuan tu menangis, aku teringat seseorang dalam ZIQHAS yang hatinya lembut. Ehh kejap! Jangan cakap!

Aku terus berlari ke bangunan belakang itu. Aku terkejut melihat situasi di hadapan ku.

Aisy menangis dengan kuat. Dia dipegang oleh seorang lelaki. Ada seorang lelaki dibelasah dengan badboy- badboy sekolah. Bukannya sedikit tetapi ramai. Seramai 7 orang belasahnya. Budak lelaki yang dibelasah itu sudah terkulai layu di lantai bangunan sekolah.

"Hei si lembik! Tengok budak perempuan yang kau nak selamatkan ni! Dia menangis kuat ni! Kau tak nak bangun? Lawan kitorang untuk selamatkan dia? She's so cute when she's crying~~ " Lelaki yang memagang Aisy itu bersuara. Aku yakin dia dalang semua ni berlaku.

Aku tanpa buang masa pergi ke arah Aisy dan lelaki yang memegangnya. Aku meletakkan tangan kananku di bahunya walaupun dia tinggi teramat dariku.

Lelaki itu menoleh dan dia terkejut. Kawan- kawannya berhenti belasah lelaki yang sudah terkulai layu itu. Aisy terkejut melihatku.

"Siapa-- "

"Kalau kau nak tahu, aku pun comel tau. Tapi aku comel bila aku belasah orang! " Aku terus berpusing 360 darjah lalu aku pun menendang pinggangnya. Lelaki itu menjerit. Pegangan Aisy dilepaskan.

Aisy terus berlari sambil menangis ke belakang ku. Aku menumbuk muka lelaki itu dengan kuat sekali.

"Haa, amik kau sepadu Yaya lagikan Haruno Sakura ku beri tumbukan ini! MUAHAHHAHA, " aku memberikan senyuman jahat lalu aku pun berdiri melindungi Aisy dari mereka berlapan.

"Kau siapa perempuan tak guna? " Lelaki itu menyoal dengan marah sambil dibantu bangun oleh dua orang kawannya.

"I is sedih lah bila dipanggil perempuan tak guna~ By the way, siapa aku tu tak penting! Yang penting nya, kenapa kau kacau dia dengan lelaki tu? " Aku pula menyoal dengan keadaan marah. Ya, darah aku menggelegak panas bila nampak Aisy dibuli, begitu juga dengan lelaki yang dipukul itu.

"Itu bukan masalah kau! Aku buli budak perempuan tu! Bukan kau! Kenapa kau nak kacau? Kau cemburu sebab lelaki handsome macam kitorang tak kacau kau? Nak perhatian ke? " Lelaki itu menjongketkan keningnya. Badboy- badboy itu tersenyum mengejek terhadapku. Mungkin semua berpikiran sebegitu.

Aku mengeluh, haih! "Tinggi betul imaginasi korang ye? Siapa yang handsome? Korang ke? Celah mana handsome nya? Siapa yang cakap korang handomse? Mak cik cafeteria? Kalau setakat peminat- peminat buta korang yang cakap, pergi baliklah! Aku malas nak layan budak noob! "

Mereka semua kelihatan marah. Aisy menggigil ketakutan. Aku dapat rasa kegigilan dia tu sebab dia cengkam baju sekolah aku.

Sekali lagi aku mengeluh, " Korang ni tak ada kerja ke membuli anak orang 24 jam? Kalau tak dapat perhatian sekalipun, jangan lah tunjuk sangat. Cover lah sikit perasaan kurang kasih sayang korang tu, "

"APA KAU CAKAP? " Badboy- badboy di hadapanku memandang geram terhadapku. Makin kuat gigilan dan cengkaman Aisy.

Aku memandang Aisy dibelakang. Aku menepuk perlahan tangannya, cuba untuk menenangkan dirinya, "it's okay, Aisy. I'm here now, "

Aisy mengangguk lalu dia pun kembali tenang. Aku pun terus memandang ke depan semula, "Susah betullah semua badboy dekat depan aku ni. Dahlah kurang kasih sayang, hodoh, pekak pula tu, "

"Ze-- zedi! Apa kau cakap ni? Kau tak takut ke? " Aisy menyoal ketakutan.

"Shh, " aku menyuruh Aisy diam.

"I know what to do, " aku terus melangkah ke hadapan, cengkaman Aisy di baju ku terlerai.

"Well well, " Aku bersuara seperti maleficent, " aku paling tak suka ada orang dibuli depan mata aku, jadi-- "

Kami semua berhenti apabila terdengar orang berdehem dibelakang aku dan Aisy. Semua badboy itu mengeluh manakala lelaki yang dibuli itu kelihatan lega. Aku dan Aisy terus memandang belakang untuk melihat gerangan yang berdehem itu.

"How are you? " lelaki itu menyoal sinis. Aku mengeluh manakala Aisy terkejut.

"Not this again! " aku menjerit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro