BAB 15
"Okay la tanpa membuang masa la kan, hajat kami ke sini pun sebab nak bincangkan pasal perkahwinan anak kami dengan anak Ki dan Katrina. Jadi marilah kita bincang apa yang patut", Tengku Shah memulakan perbincangan.
"Jadinya kita tak boleh sangat memandai nak membuat keputusan tema, lebih baik kita tanya tuan punya badan yang nak kawin", kata Datin Katrina kepada semua yang berada di situ.
Kini, semua mata tertumpu kepada Aizat dan Reene. Tanpa disedari, mereka berdua menjawab, "Ikutlah.", dengan serentak. Perkara itu mengejutkan Aizat dan Reene, sekali gus mengejutkan semua yang berada di situ.
Giliran Datin Juliana pula bersuara, "Eh kamu berdua tak boleh main ikutlah-ikutlah. Ni hari bahagia you all. Kita ni kalau boleh kawin tu biarlah sekali sahaja seumur hidup. So, kena la buat betul-betul, tak boleh cincai. Tak gitu Katrina?", kata Datin Juliana sambil memandang bakal besannya.
Semua yang berada disitu mengiakan apa yang dikata oleh Datin Juliana. Empat pasang mata memandang dua pasang mata itu semula dan akhirnya Reene bersuara, "Sebenarnya Reene teringin nak buat tema ala la kayangan, all white. Because I wanna look like fairytale.", kata Reene dengan senyuman.
<3
Di rumah Amsyar...
Amsyar ingin mencuba nasibnya pada hari ini. Dengan yakin dia menghantar chat melalui whatsapp kepada gadis yang diminatinya.
"Hai Reene, awak tengah buat apa? Bila-bila free saya nak ajak awak keluar.", inilah chat yang dihantar Amsyar. Amsyar menunggu dengan penuh sabar, dia hanya merenung last seen. Tiba-tiba, pop up 'online'. Bersemangat Amsyar jadinya.
Dia hanya menunggu chatnya itu dibaca oleh Reene. 'bluetick', menandakan Reene dah baca, tapi lebih kurang tiga minit kemudian dia melihat 'offline'. Reene hanya sekadar seen chat dia sahaja tanpa membalas apa apa.
Amsyar mencampakkan semua bantal yang berada di sofa. Nafasnya menjadi turun dan naik. "Tak guna Reene! Kau seen je chat aku. Kau ingat aku akan berhenti dengan apa yang aku buat sekarang, kau silap la Reene. Aku akan tetap tunggu kau!", kata Amsyar di dalam hati dengan wajah yang sedang menahan marah.
<3
Aizat yang mendengar akan apa yang diluahkan oleh Reene itu berkata di dalam hati, "Ha, ada pun idea. Ingatkan saja nak kenakan aku.". Tanpa disuruh Aizat membalas, "Aizat ikut je apa bakal wife Aizat nak, asalkan perkahwinan tu jadi", kata Aizat sambil memandang Reene.
Reene seakan tidak percaya Aizat akan setuju dengan idea yang dilontarkan olehnya. "Eh dia ni bagi statement macam dah nak sangat kawin dengan aku, dulu-dulu kata berlakon je", Reene mengomel di dalam hati.
Pada masa itu juga, Iphone X nya berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk. Dia membuka fonnya untuk melihat mesej tersebut. "Haih. Apa lagi la Amsyar ni", keluh Reene di dalam hati.".
Dia malas hendak layan Amsyar dan terus keluar daripada aplikasi whatsapp dan focus kepada perkara yang bakal menjadi detik-detik terindah dalam hidupnya, harapnya begitu.
"Hm so Kak Ju dah kalau Aizat kata setuju dengan tema tu, why not kita proceed je dengan tema all white. Ayah-ayahnya macam mana pula? Ada bantahan tak?", kata Datin Katrina dengan bersemangat.
Ayah-ayah yang tadinya senyap kini bersuara, "Eh kita orang setuju je, kan Ki?", tanya Tengku Shah. Dato' Muhamad Zaki membalas, "Of course la setuju.". Mereka semua tergelak melihat telatah dua insan yang sudah melewati umur 50-an.
"So Reene, majlis belah mummy, mummy nak buat grand sikit. Memandangkan Aizat seorang je anak kami dan tak lama lagi nanti dia akan ambil alih syarikat daddy, so semua orang akan kenal dia. Reene tak kisah kan? Mummy ingat nak buat dekat hotel.", kata Datin Juliana sambil memegang tangan bakal menantunya.
Tidak kurang juga Datin Katrina ingin menambah, "Ha, majlis belah mama pulak Aizat, mama ingat nak buat dekat rumah ni je. Last kami guna rumah ni untuk buat majlis pun lima tahun lepas, itupun kenduri masuk rumah, kan Pa? So Aizat tak kisah kan", kata Datin Katrina dengan penuh semangat.
Reene dan Aizat yang tidak diberi kesempatan untuk membantah itu terus mengiakan segala cadangan yang diberi sambil mengangguk kepala dan tersenyum.
Terbit rasa bersalah di dalam hati Aizat dan Reene. Mereka tahu dari awalnya mereka tidak sangka akan disatukan begini. Aizat tak tahu kalau mummynya begitu serius untuk bermenantukan Reene sehingga menyuruhnya untuk bertunang manakala Reene pula tidak sangka perkara ini akan mengheret dirinya ke alam perkahwinan yang dia sendiri tidak pernah terfikir untuk berkahwin di usia yang muda sebegini.
Tapi Reene percaya semua ini ada hikmah, kalau dah tertulis jodohnya dengan 'Mamat Kaya' ni, maka 'Mamat Kaya' inilah yang akan dikahwininya.
Aizat yang melihat kesungguhan mummy dan daddynya dalam mengatur majlis perkahwinannya ini, mula terdetik di dalam hatinya sebuah perasaan, dimana dia tidak akan mensia-siakan hajat mummy dan daddynya untuk dirinya berkahwin dengan Reene.
<3
Sebelum tidur, Reene akan pergi ke dapur untuk meminum susu segar di dalam peti ais. Itu sudah menjadi rutinnya setiap malam sebelum tidur, sesudah itu barulah dia akan menggosok gigi.
Reene teringat akan rumahnya yang dikunjungi bakal mertuanya itu segera mencapai tudung sarung, lalu disarungkan ke kepala dan terus menuju ke dapur di tingkat bawah.
Setibanya di dapur, dapurnya gelap kerana setiap malam sebelum semua tidur, bibiknya akan mengemas dapur dan menutup lampu sebelum masuk ke biliknya.
Reene yang memang penakut itu menjadi lagi penakut apabila dia nampak susuk tubuh seseorang yang tegap yang berdiri membelakangkannya di singki. Dia pun apa lagi, terus terjerit, "Arghh siapa tu! Bibik jangan main-main bik, saya suruh mama papa pecat karang!", jerit Reene kepada susuk tubuh tersebut.
Apa yang membuatkan Reene lagi nak pitam apabila tiada sahutan yang diterima oleh Reene sebaliknya susuk tubuh itu semakin dekat dan Reene menjerit sekali lagi, "Arghh! Jangan dekat! Bibik! Bibik! Tolonggg!," jerit Reene dengan suara nyaring. Dia terus terduduk sambil menutup matanya.
Seisi rumah yang terdengar suara Reene menjerit itu segera keluar daripada bilik masing-masing dan menuju ke dapur. Datin Katrina antara orang pertama yang sampai dan diikuti yang lain. "Adik..kenapa ni dik? Kenapa adik jerit-jerit ni? Terkejut mama.", tanya mama Reene dengan wajah yang risau sambil memegang tangan anaknya yang tidak berhenti menutup matanya.
"Ad..ad..adikk nampak han..hantuu mama!", balas Reene dengan takut-takut. Papa Reene terus membuka lampu dan, "Awakk!! Awak buat apa kat sini! Awak nak kenakan saya ke apa ni?", kalini Reene berkata dengan suara yang hampir separuh menjerit.
Papa Reene berkata, "Mana ada hantu adik, papa dah bukak lampu ni ha. Bakal suami kamu ada la, dia tengah minum air depan singki tu tadi.", balas Dato Muhamad Zaki.
"Ha Reene, saya minum air pun awak nak menjerit-jerit ni kenapa? Saya haus je.", balas Aizat bersahaja. Datin Juliana yang terpandang akan anak lelakinya terus pergi ke arahnya dan mencubit kecil lengan anaknya, "Ke kamu yang mengusik Reene ni Aizat. Jangan ingat mummy tak tahu Aizat kuat mengusik.".
"Tak la mummy, mana ada", balas Aizat menidakkan. Tengku Shah berkata, "Hahahaha, kamu berdua ni kelakar la. Dah Ju, mari masuk tidur, esok pukul 12 kita nak bertolak balik", Tengku Shah terus menarik tangan isterinya untuk masuk tidur.
"Okay la Aizat, adik. Mama papa masuk dulu ye. Jangan lama-lama kat bawah ni.", kata papa Reene.
Reene tahu kini tinggal dia dan Aizat sahaja kat dapur ni dan apa lagi, "Awak ni kenapa Aizat?", kata Reene dengan wajah yang garang. Aizat yang sedikit pun tak gentar dengan wajah itu terus membalas, "Kenapa apanya cik kak? Nak minum air je pun salah.".
Reene yang nampak Aizat bersahaja itu terus membalas, "Yela, bukak la lampu kalau ye pun dahaga sangat macam tak minum sebulan.", kata Reene sambil mencapai gelas berwarna pink lalu membuka peti ais dan menuang susu fresh milknya.
Aizat yang ralit melihat perbuatan Reene itu membalas, "Lupa la sorry.". "Haih minum susu pun cantik. Pakai tudung sarung makcik bawang pun lawa.", bisik hati merah Aizat.
Aizat tersedar yang hatinya berdegup tidak normal dan cepat-cepat berkata, "Er, okay la. Aku masuk bilik dulu. Goodnight wife-to-be."
Reene hanya sekadar mengangguk dan membalas, "Goodnight too husband-to-be". Aizat dapat mendengar jelas apa yang dikatakan oleh Reene dan terus beredar menuju ke bilik tidurnya dengan senyuman lebar.
Reene yang pada awalnya konon-konon taknak layan itu terus tersengih, "Apa dia panggil aku tadi? Wife-to-be? Auch! Haih sedar jugak dia yang aku ni bakal jadi wife dia.", kata Reene di dalam hati sambil menggigit hujung jari telunjuknya.
Tiba-tiba dia teringat yang dia seorang diri di dapur. Cepat-cepat dia membasuh gelas yang sudah dipakai dan meletakkan ke tempat asalnya.
Dalam kiraan tiga, dia terus memecut ke tingkat atas di mana biliknya berada. Malam itu, kedua-dua bakal pasangan raja sehari tidur ditemani senyuman.
#Rindaennaa #XoXo #TakSabarNakTungguMerekaKahwin?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro