Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: Epilogue :::

"Hyung, bogosipda."

Suara tu. Suara kecil tu. Betulkan apa yang dia dengar? Dia dengar suara itu bukan? Suara yang dia sangat rindukan.

"Bogosipdagoyo, Wonwoo hyung."

Chan menantikannya dengan pakaian seraba putih. Tahulah dia kini mereka di mana. Kembali ke suatu dunia yang dia pernah tinggal.

"Chan-ah.. Jaljinae?"

Bergenang air mata Wonwoo. Pantas Chan yang berada di hadapannya di peluk kejap. Sungguh! Dia sangat rindukan susuk tubuh itu. Dia rindukan Chan.

"Chan-ah, hyung rindu kamu.."

Rambut Chan dielus perlahan. Sebak dirinya. Berapa lama dia tunggu untuk semua ni? Akhirnya.. Semuanya jadi kenyataan.

"Yah.. Uljima.."

Mingyu di belakang Chan mengelap air mata Wonwoo. Wonwoo ketawa perlahan. Mingyu yang berlinang air mata cuba menahan daripada jatuh.

"Ey, uljima.."

Jihoon yang datang ke arah mereka memeluk mereka. Wonwoo menangis sambil tersenyum. Mimpi jadi nyata. Mereka dah banyak terseksa selama ni. Jihoon, Mingyu, Chan dan Wonwoo, terima kasih kerana percaya pada kebahagiaan.

Jungin memerhati dari jauh. Dia sudah tahu perkara sebenar dan dia tak sangka itu sebenarnya apa yang berlaku. Peristiwa gila.

"Nuna, iluwa.."

Chan memanggil Jungin. Jungin menggeleng. Dia sudah menyumpah seranah. Dia berlaku kejam. Terlampau kejam sebenarnya ayat-ayat yang pernah keluar dari bibirnya.

Sungguh, dia kejam.

Chan meleraikan pelukan mereka. Dia berjalan perlahan ke arah Jungin. Tangan Jungin ditarik. Sekali lagi, pelukan berkumpulan. Kali ini mereka tersenyum. Hanya Jungin yang menitiskan air mata.

"Aku tak layak.. "

Mingyu memeluk Jungin erat. Kepala Jungin diusap perlahan. Tahulah dia mengapa. Mingyu memujuk Jungin. Dia tak menyalahkan Jungin. Dia masih orang luar meskipun dia sudah berada di dalam keluarga mereka.

"Mian.."

"Mwosun mianhae? Kenchana.. Kita kan keluarga? Keuretchi?"

Jihoon membuatkan keadaan yang kelam dan suram bertukar gembira. Dia pun sudah kembali kepada Jihoon yang asal. Jihoon yang periang.

Sudah mereka melepaskan rindu masing-masing. Secara tiba-tiba, bagaikan ada taufan yang melanda awan. Pasti, Wonwoo pasti. Mesti dia.

"Cheonsa Lee! Illuwa!"

Cheonsa Yun memulas telinga Wonwoo. Wonwoo diheret. Mingyu dan yang lain melihat Wonwoo pelik dan akhirnya mereka ketawa.

"Cheonsa Yun, appeo!"

"Tahu pun kau sakit.."

Wonwoo di heret sehingga ke Erudeong. Di Erudeong, Cheonsa Shin yang dikenali dengan rupa yang menakutkan sedang menunggu.

Wonwoo menelan liur. Berani buat, berani tanggung. Sudahlah dia habiskan nyawa seorang makhluk yang tidak bersalah. Soonyoung, jinjja mianhae!

"Cheonsa Shin, saya dah bawakan Cheonsa Lee. Jam 0001, Cheonsa Lee tiba di Ijubong."

Wonwoo menggigit bibirnya. Tahulah sudah mengapa dia dipanggil. Dia lewat! Habislah..

"Tak apa Cheonsa Yun, biar saya uruskan. Awak boleh pergi."

"Nae.."

Sejurus satu tudukkan 90 darjah, Cheonsa Yun beredar. Sesudah sahaja dia beredar, Cheonsa Shin tersenyum lebar. Wonwoo sendiri pelik sebenarnya.

"Jalhaesseo, Cheonsa Jeon.."

Wonwoo tersentak. Akhirnya, dia mendapat kembali namanya. Sudah berapa lama dia tunggu untuk mendapatkan kembali namanya. Cheonsa Jeon. Bukannya Cheonsa Lee.

"Gumawoyo, Cheonsa Shin."

Satu tundukkan hormat 90 darjah diberikan kepada Cheonsa Shin. Dia patut di hormati bukan kerana pangkat. Tapi kerana keprihatinan terhadap setiap anak buahnya.

Cheonsa Shin bangun dari duduknya. Tiba-tiba sahaja wajahnya bertukar masam. Perlahan dengan mukanya yang garang itu menapak ke arah Wonwoo. Bahu Wonwoo dipegang.

"Sakit sangat ke semua yang kamu tangung selama ni? Kenchana. Kamu takkan disakiti lagi sekarang. Kamu boleh mula percaya dengan apa yang kamu ada sekarang. Kesedihan kamu dah berakhir Cheonsa Jeon."

Satu pelukan hangat diberikan oleh Cheonsa Shin. Sungguh, muka garang yang sangat berbeza dengan hatinya yang sangat baik. Benarlah kata orang, jangan menilai sesuatu hanya daripada luaran.

"Jinjja gumawoyo, Cheonsa Shin."

Wonwoo membalas pelukan dengan pelukan. Dapat juga dia merasai kasih seorang yang memahaminya selain daripada Chan, Mingyu dan Jihoon. Tak lupa dengan orang baru, Jungin. Pelukan dileraikan.

"Cuma.. Tentang Soonyoung. Dia mungkin akan mengalami satu tamparan yang hebat bila dia bangun nanti."

Wonwoo terkedu. Bangun? Apa maksud Cheonsa Shin? Tubuh yang dia pinjam itu bukan satu tubuh rekaan? Cheonsa Shin maksudkan yang dia pinjam tubuh sebenar? Kehidupan sebenar?

"Tolong periksa semula data dan file Kwon Soonyoung. Saya juga pasti bahawa dia cuma cyborg, bukannya manusia. Tolong periksa di Zion dan Felysium sekali. Takut ada maklumat yang terlepas pandang."

Wonwoo mengangguk. Sebagai rakan, dia Jeon Wonwoo. Sebagai pari-pari, dia Cheonsa Jeon. Tapi, pelik juga. Dia sudah pastikan berkali yang Soonyoung cumalah cyborg. Bukannya manusia. Ciptaan terbaru oleh Cheonsa Hong.

Tapi bagaimana semua maklumat boleh bertukar 360 darjah? Pelik tahap drakula minum sirap! Tak apa, dia kan buat pemeriksaan semula di semua tempat. Yang pasti, maklumat di Zion dan Felysium pasti sudah diseleweng. Tapi.. kerja siapa?

Wonwoo menunduk hormat dan beredar pergi. Dia masih ligat berfikir. Sungguh, betul ada yang tidak kena. Mingyu, Chan, Jihoon dan Jungin mengintip dari jauh. Gamaknya masih baru dengan keadaan di awan. Mereka gelar tempat ini awan tetapi para Cheonsa menggelar tempat ini Sky-Paradise.

"Wonwoo macam ada masalah je. Nak tolong dia?"

Mingyu menyuarakan pendapatnya. Malang yang amat apabila pendapatnya ditentang keras oleh Jihoon dan Jungin. Langsung mereka berdua tidak bersetuju. Bangkang lagi ada.

"Mingyu, tu kerja dia. Mungkin tugas dia sebagai cheonsa bermula semula? Kita manusia biasa. Bukan berpangkat cheonsa seperti dia. Kau kena faham."

Jihoon mula berfalsafah. Sudah, parah juga bila kembali ke keadaan asal. Pelik pula rasanya bila dia menjadi diri sendiri. Cuma, sudah terlalu biasa dengan Jihoon yang emosional. Perubahan positif bukan?

Wonwoo bergerak pantas ke Zion. Setibanya di Zion, Cheonsa Hong disapa. Dia sedang cuba pulihkan cyborg-cyborg yang meletup akibat litar pintas. Jangan pelik, dekat Sky-paradise ni bukan setakat litar pintas, bom atom meletup pun ada. Tiada radiasi sahaja.

"Hong, kau pasti yang Soonyoung to cyborg yang kau sendiri bina bukan? Aku dah berkali teliti maklumat tentang Soonyoung dan aku pasti dia cyborg. Macam mana boleh jadi aku pinjam badan manusia? Bukan cyborg?"

Cheonsa Hong agak terkejut dengan soalan Wonwoo. Sudah pastilah dia yang bina Soonyoung dan dia sendiri mengaktifkan cyborg itu di hadapan Wonwoo. Bagaimana keadaan boleh terbalik sebegini?

"Aku aktifkan SY-JS10 depan kau kan? Tak, sekarang ni macam mana boleh jadi terbalik ni? Macam mana kau tahu?"

Cheonsa Hong mencari tempat dan punggungnya dihenyak perlahan ke atas sebuah kerusi kayu. Wonwoo menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Runsing sebenarnya.

"Cheonsa Shin, dia bagitahu aku.. Hong, aku dah dapat nama aku.."

Cheonsa Hong tersenyum lebar. Dia tahu benar perasaan rakan cheonsanya itu. Lama Wonwoo tunggu untuk mendapatkan namanya. Sekejap, apasal semua orang cakap pasal benda ni?

"Jalhaesseo, Jeon.."

Hong bangun dan berjalan ke arah Wonwoo. Bahu Wonwoo ditepuk. Penumbuknya dilagakan dengan penumbuk milik Wonwoo.

Secara tiba-tiba satu letupan menggegarkan ruangan di Zion. Bukan sekadar Zion, Felysium, Ijubong dan Erudeong turut bergegar. Seluruh Sky-Paradise bergegar kuat.

Setahunya, tidak pernah sekalipun, letupan di Zion dapat menggegarkan seluruh Sky-paradise. Cheonsa Hong berlari ke arah cyborg yang paling baharu dalam ciptaannya. Meletup, padanlah. Tetapi, Sky-paradise bergegar?

Ini betul ajaib!

"Woi Jeon! Tolong aku kat belakang ni! Cyborg BSK - JH17 meletup! Dah kenapa benda alah ni nak meletup pulak dah.. Bawak AR6-Box aku sekali!"

Wonwoo pantas berlari mendapatkan Cheonsa Hong. Wonwoo terhenti apabila mendengar jeritan kuat Cheonsa Hong di belakang. Ah sudah! Menjerit dah kenapa?

"Yah! Augh jinjja!"

Kuat sahaja suara Cheonsa Hong di ruangan belakang. Kecut juga bila Gentleman bertukar jadi Beast-Man. Wonwoo menapak perlahan ke arah rakannya itu.

Kejap.. Macam kenal. Kejap.. Aku memang kenal! Chan, Mingyu, Jihoon dengan Jungin! Diorang buat apa dekat Zion ni? Tadi tak silap aku, aku jumpa mereka di Erudeong kan? Sudahlah jauh Erudeong dari Zion.

"Neo nawa..."

"Cha- cha- chakaman chakaman hyung-..ie?"

Mingyu yang sudah hitam mukanya itu bersuara. Chan rambutnya sudah seperti terkena renjatan elektrik. Jihoon habis terbatuk akibat tertelan debu. Jungin seperti orang minyak yang masih dalam kebingungan.

Laa... Kerja korang rupanya!

"Neo! Electric hair! Nawa!"

Chan menunjukkan giginya yang putih itu. Bahu Mingyu ditolak-tolak. Mingyu menjegilkan matanya. Jihoon turut berinteraksi sama. Jungin sudah memuncung dan mencebik sambil memandang ke arah mereka.

'Hyung, hyunglah pergi!' Chan memerikan isyarat mata.

'Apa aku pulak! Jihoon! Kau pergi, kau yang tekan butan Self-distruction. Apa aku pulak..' Mingyu meletakkan salah atas Jihoon.

'Eh? Aku pulak? Jungin yang suruh datang sinikan? Salah kau!' Jihoon menolak-nolak bahu Jungin.

'Aku? Chan la! Dia yang nak jumpa Wonwoo!' Jungin memberi isyarat lagi.

Sudah, bergaduh!

"Keuman! Aku kira sampai tiga, salah seorang tak datang sini, habis korang."

Mereka masih membalas pandangan. Masing-masing menyalahkan sesama sendiri. Aduh korang ni! Dengan Chan pun tak nak mengalah.. Apa kes la..

"Hana.."

Mereka masing-masing makin cemas. Dah karang Cheonsa ni bunuh mereka untuk kali kedua.

"Dull...."

Mereka masih berjegil dan berkeras menyuruh Chan yang menampilkan diri. Wonwoo yang di belakang melihat dengan senyuman. Budak-budak!

"Se- ... YAH!"

Chan berlari pantas dengan ketawa yang tidak dapat ditahan. Mingyu, Jungin dan Jihoon ketawa besar. Wonwoo, menganga dia melihat muka Hong yang sedari tadi putih bertukar menjadi Men In Black.

"Neo chugeosseo!"

"Mianhae, hyung!!"

Chan berlari dan menyorok di belakang Wonwoo. Cheonsa Hong sudah menyelintingkan tangan bajunya. Ey, betul budak ni nak kena!

"Neo pikyeo, Jeon."

Chan masih bersembunyi di belakang Wonwoo.

"Sabar, Hong. Boleh selesai. Pff.."

Wonwoo mengumam bibirnya takut tawanya terlepas. Habis satu Sky-paradise Hong kejar dia nanti!

"Electric hair, neo nawa.."

Chan bergerak ke tepi dan Hong membaling debu hitam ke arah Chan. Malang yang Chan menarik baju Wonwoo ke tepi.

Jadi.. Yang hitam sekarang ni Wonwoo. Hahaha, habislah..

Wonwoo yang ketawa tadi mati. Aii, nak kena budak-budak ni. Kepalanya di lentok ke kiri dan ke kanan. Chan yang melihat hyungnya sudah begitu menapak pergi perlahan. Kini dia berada di belakang Hong. Takut.. Hahahahha.

"YAH! YELDERA, ILLUWA! NEO CHUGEOSSEO!"

Wonwoo mengejar mereka semua. Habis mereka semua dipenuhi dengan hitam debu. Ah, lama dia tidak rasa begini. Kibbuni jeoha.

"Dapat pun!"

Chan ditangkap dan pinggangnya digeletek.

"Hyung! Jebal! Hahaha! Ani hyung! Keuman! Hahaha! YAH!"

Kepala Mingyu di bawah kaki kannya. Belakang Jihoon di kaki kirinya. Hong di tangan kanannya, headlock. Begitu juga dengan Jungin di tangan kirinya. Chan di perutnya, digeletek.

"APPEO!"

Serentak mereka semua berkata sekali. Wonwoo ketawa terbahak-bahak. Sudah lama dia tidak menyakat antara satu sama lain.

"Hahahaha."

Mereka yang memasam berkata serentak lagi.

"Ha! Gelak, gelak!"

Wonwoo betul terhibur harini. Aye, bertullah mereka ni..

"Gumawo... Nan haengbokhae.."

-----

[Author]

Hehet~~ Yeldera T.T Gumawo-yo for 4K view T.T jinjja gumawoyo.

Nantikan special episode!

Jumpa lagi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro