Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 57

Senyuman tidak lekang dari bibir Delysha. Entah kenapalah dia rasa sangat bertuah kerana dapat suami seperti Darren. Serius sweet nak mampus. Walaupun annoying juga kadang-kadang. Tapi dia bahagia! Alhamdulilah.

Sepanjang lima hari di sini, Delysha rasa dia sudah terlalu jatuh cinta pada Darren, suaminya. Bukan sahaja sikapnya, tapi perangai dan percakapan semua baik-baik sahaja. Kadang tu suka mengusik juga. Cis!

Rasa cepat sahaja masa berlalu, esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Lima hari di sini, rasa macam tak cukup. Yelah kalau dah bercinta, semuanya terasa indah. Orang kata, bau kentut pun wangi. Ahaks. Angau kedaunlah tu sampaikan bau kentut pun wangi.

Bila terpandangkan wajah sang suami, kejadian yang terjadi malam tadi terlayang di mindanya. Dia tersenyum nipis. Semalam menjadi sejarah memori cinta mereka. Dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sebenar. Erti kata lain, isteri yang melayan kehendak suami. Nafkah batin telah mereka jalankan. Entah kenapa dia rasa malu sangat bila teringatkan hal semalam. Haih, lupakan... lupakan!

"Hubby," panggil Delysha. Entah kenapa dia semakin hari semakin terbiasa memanggil begitu. Walaupun kadang-kadang panggilan 'awak, saya' itu masih digunakan juga.

Malu? Semestinya masih ada. Tetapi sudah berkuranglah dari sebelum ini. Dari masa ke semasa, ianya akan berkurang.

Darren memandang wajah sang isteri. Lalu dia tersenyum penuh makna. "Yes, sayang. Kenapa? Malam ni nak sambung macam semalam ke? Hubby on." Darren tersenyum gatal.

Puk!

Lengan Darren dipukul dengan kuat. Eeee, tak senonoh! Gatalnya! Tak ada benda lain ke yang dia nak fikir? Tahu tak dia malu?

Eeee, suami siapa la ni!

"Ish, diamlah awak. Gatal tak habis-habis." Darren tersengih-sengih. Itu pun nak malu. Haihlah isteri hamba. Kenapalah comel sangat? Rasa geram nak gomol-gomol saja pipi tembam itu. Geram!

"Sayang nak apa?"

"Kita buat apa dekat pantai ni?" Ombak yang kuat menjadikan kedinginan petang semakin terasa.

Tiba-tiba terasa pinggangnya dipeluk. Erat. Siapa lagi kalau bukan Darren. Hilang sedikit rasa sejuk apabila Darren memeluknya begini.

"Saja. Esok kita nak balik dah. Sayang ingat tak tempat ni?" Gila tak ingat!

"Masa awak buat candle light dinner? Mestilah saya ingat. Baru je beberapa hari lepas. Kenapa?" Diletakkan kepalanya di atas bahu Darren. Dari jauh sudah nampak mereka seperti pasangan bahagia. InsyaAllah sampai syurga hubungan halal mereka ini.

Kekalkanlah kebahagiaan ini sehingga akhir hayat, ya Allah. Aamin!

"Sayang ingat tak sayang pernah tanya hubby pasal Arissa, ayah, dan papa? So, hubby dah ready nak cerita. Sayang nak dengar yang mana satu dulu?" Darren menongkat dagu.

Dia sudah bersedia untuk menceritakan segalanya. Yang nak tahu pun isteri sendiri kan? Jadi, tiada halangan untuk dia masih merahsiakan hal tersebut.

"Saya nak tahu pasal uncle Hadi dulu. Dia dekat mana sekarang? Saya tak faham macam mana awak boleh jadi anak angkat papa dan saya tak faham kenapa awak kata yang awak nak pindah dari kampung tu... kenapa awak kata yang awak nak pindah? Macam mana dengan ayah awak. Dan macam ma..."

"Sayang, satu-satu please. Macam mana aku nak jawab ni? Haih, kau ni pun. Banyak sangat tanya." Dicubit sedikit pipi isterinya.

Delysha sudah mencebik bibir.

"Jawab jelah!"

Darren pasrah. "Okay biar aku cerita. Ingat tak kali terakhir kita jumpa dekat sungai kampung dulu? Aku cakap apa dekat kau? Aku cakap yang aku nak pindah kan? Kau tahu tak, aku bukannya nak pindah pun, tapi aku kena halau dari rumah dengan ayah aku, pasal aku kena tuduh mencuri. Padahal aku tak buat pun semua tu. Entah siapalah yang fitnah aku masa tu. Ayah betul-betul marahkan aku masa tu, dan kau tahu kan yang ayah aku berkahwin dengan mak cik Nina selepas mak aku meninggal?"

Delysha angguk laju. Ya, dia masih ingat dan dia tahu akan hal itu.

"Sejak dia kahwin dengan si Nina tu, ayah aku dah berubah seratus-peratus. Dia jadi kaki judi, kaki botol. Yang bini muda dia pula sibuk nak mengikis harta ayah aku. Jadi, lepas ayah aku kahwin dengan Nina tu, dia dah mula bencikan aku. Lepas tu, dia halau aku dari rumah tanpa sempat aku jelaskan apa-apa. Dia tuduh aku pula yang teruk selama ni sebab malukan dia. Sejak tu aku mula bencikan ayah aku bila aku dah tinggalkan kampung tu." Darren menarik nafas kemudian hembus. Tak cukup kuat untuk dia teruskan bercerita, tetapi demi isterinya, dia sanggup.

"Tapi memang patut pun aku dibuang oleh ayah, sebab aku ni anak luar nikah je. Mak aku pun selalu kena pukul dengan ayah aku tu. Disebabkan itu jugalah aku buat keputusan aku nak ke KL. Nak cari kerjalah kononnya. Tapi kau bayangkan la umur 13 tahun macam aku dulu, siapa je yang sudi nak ambik bekerja? Budak masih mentahlah katakan."

Delysha tersenyum kecil. Tangan suaminya digenggam erat.

"Tapi nak dijadikan cerita, masa satu hari aku tengah cari kerja kan, ada sepasang suami isteri ni, dia hampir nak terlanggar aku masa aku nak melintas jalan, lepas tu diorang serba salah dengan aku, jadi diorang pun nak tahu kenapa aku lari dari rumah. Dan diorang pun time tu nak ambil aku jadi anak angkat diorang. So mama, papalah yang banyak bantu aku masa aku kecik sampailah aku besar. Bagi aku makan, tempat tinggal, kasih sayang yang cukup dan juga pelajaran."

Kekura isterinya dikucup berkali-kali.

"Aku pun dah janji nak belajar bersungguh-sungguh dan balas balik jasa diorang pada aku. Sekarang ni aku dah jadi CEO dekat syarikat papa. Tapi serius aku terkejut bila papa dan mama ada kaitan dengan kerabat diraja. Diorang pun nak aku ada kaitan dengan semua tu, jadi nama aku pun ada 'tengku' jugalah atas permintaan papa. Papa selalu ingatkan aku supaya tak benci ayah kandung aku sendiri, aku cuba ikut cakap papa, jadi sebab tulah aku tak pernah berdendam dengan ayah aku sendiri."

Darren mengeluh. Minta dijauhkanlah. Mana mungkin dia berdendam dengan ayah kandungnya sendiri. Buruk macam mana pun, lelaki itu tetap ayahnya.

"Setahun selepas tu, papa bawa aku jenguk ayah aku. Masa tu aku terkejut gila bila orang kampung kata ayah aku dah meninggal sebab kemalangan jalan raya sekali dengan mak tiri aku. Aku tak sempat nak minta maaf dengan ayah aku..."

Darren tahan diri dari menitiskan air mata. Delysha mengusap lengan suaminya untuk memberikan kekuatan. Menyesal pula dia suruh Darren cerita. Dia tak nak Darren sedih.

"Jadi macam tu la ceritanya. Papa pun ambik aku jadi anak dia terus. Aku pun tak kisah masa tu, sebab aku pun dah mula sayang mama dengan papa. Sekali dengan adik-adik angkat aku."

Delysha mengangguk faham. Jadi macam itulah kisah kehidupan suaminya. Patutlah mama, papa sayang sangat dekat Darren. Rupanya dari kecil lagi memang mereka dah didik dengan betul dan curahkan kasih sayang secukupnya pada Darren.

Nasib juga Elmira dan Rykal masa itu masih kecil. Haih, rasa serba salah pula pada Darren kerana dia sibuk nak tahu kisah hidup suami sendiri. Tapi dia berhak tahu. Sungguh dia simpati terhadap nasib suaminya dulu. Patutlah sekarang dah berjaya, dia tak lupakan mama dan papa. Rupanya mereka banyak berjasa pada Darren dulu.

"You... still hate your real father?"

Delysha meramas tangan suaminya, cuba untuk mengenangkan lelaki itu. Darren tersenyum kecil. Kepala digeleng perlahan. Dia tak akan benci ayah kandungnya sendiri. Tak akan!

Delysha juga mengukir senyuman lebar. Syukur sangat.

"Arissa pula macam mana?"

"Kalau kau nak tahu, Arissa sekarang dah kahwin. Setahun yang lepaslah. Tapi suami dia tak datang masa majlis resepsi kita. Dia seorang je yang hadir. Dia nak jumpa pengantin perempuan sekali masa tu, tapi kau pula yang tuduh aku dengan dia ada hubungan. Haih, isteri siapalah ni?" Delysha mencebik manja.

Ala, tak cakap pun yang Arissa datang nak jumpa dia sekali. Tak panggil pun masa tu. Manalah dia tak sangsi apa-apa ketika itu.

"Arissa sekarang dah banyak berubah. Kalau kau perasan, mama pun banyak berubah. Kau tahu tak masa kita tak jadi kahwin dulu angkara siapa? Mama dengan Arissa. Diorang yang rancang semua tu. Dengan si Serra tu sekali diorang upah. Padahal dia tu mengandung anak orang lain. Patutlah dulu aku terserempak dengan dia, dia cepat-cepat larikan diri dan tak nak jumpa aku. Sebab dia rasa serba salah dan takut dengan aku agaknya."

Delysha tergamam. Semua ni angkara mama dan Arissa? Allah... sukar untuk dia percaya. Tapi dia sebenarnya dapat agak juga. Siapa saja yang tak suka mereka bersama? Hanya mama dan Arissa saja. Alhamdulilah, sekarang semuanya sudah baik-baik sahaja.

"Serius, masa aku suruh penyiasat aku siasat siapa punya angkara semua ni, aku dengan papa terkejut gila. Sanggup mama buat aku macam tu sekali hanya disebabkan janji dia dengan arwah mummy Arissa. Dia pun setuju dengan plan bodoh Arissa tu untuk kau hilang kepercayaan pada aku. Dan senanglah dia masuk jarum. Entah apa punya idea la macam tu. Dah sah-sah plan dia tu akan menguntungkan Serra kan? Aduh apalah diorang ni . Masa papa tahu tu, papa mengamuk besar. Siap ugut nak ceraikan mama lagi masa tu." Delysha hanya tekun mendengar. Dia mengetap bibir. Terkejut. Sampai ugut cerai. Fuh, dasyat.

"Lepas tu, masa tu pun mama beria kata dia akan insaf dan tak akan buat jahat lagi. Yang Arissa tu pula, kantoi yang dia mengandung anak jantan lain masa tu. Mama pun dah hilang kepercayaan pada Rissa masa mama tahu yang dia mengandung anak orang lain. Anak tu pula anak suami Rissa yang sekarang. Dan sebab tulah mama dengan Rissa betul-betul menyesal dan nak sangat mintak maaf dekat kau. Rissa nak jumpa kau pun sebab nak mintak maaf. So, macam tu la ceritanya." Darren memandang wajah sang isteri. Dia tersentak.

Delysha menangis?

"Sayang, kenapa ni?" Diseka air mata Delysha. Tidak suka melihat air mata wanita itu mengalir.

"Awak, saya nak minta maaf dekat awak. Saya banyak buat dosa dengan awak. Kalau bukan benda bodoh saya tinggalkan awak, saya tak percayakan awak, mesti semua ni tak akan jadi dulu kan? Kita mesti dah lama bahagia dulu. Maafkan saya, hubby." Tangan suaminya diambil dan dikucup lama. Darren tersenyum nipis. Diseka lagi air mata dipipi isterinya.

"No, sayang. Kau tak salah pun. Listen here, benda yang dah jadi ni sebenarnya mengajar kita banyak perkara. Yang penting sekarang ni, kau ada dengan aku. Selalu. InsyaAllah sampai syurga ya sayang?" Delysha mengulum senyuman dan mengangguk kecil.

"Tapi betul ke awak tak pernah jual saya pada Black dulu?" Tiba-tiba dia teringatkan hal satu itu.

"Hah? Ya Allah, mana ada aku jual isteri aku ni. Itu sebagai ganti rugi yang ayah kau pernah pinjam dekat dia dulu. Susah sangat dia nak lepaskan kau, jadi aku pun bagilah dia duit. Baru dia pandai nak lepaskan kau."

"Betul ke ni?" Tajam panahan mata Delysha pada Darren.

"Betul sayang. Nak aku gigit dulu ke baru kau nak percaya?" Delysha mencebik.

"Tak nak gigit nak cium!" 

Manja saja suaranya.

Darren tergelak lepas. Pipi tembam Delysha digomol-gomol geram.

"Eee, gatal juga eh isteri hubby seorang ni." Namun, dahi isterinya tetap dikucup sekilas.  Delysha sengih. Gatal ikut perangai Darren jugalah ni. 

"Nanti kita ziarah kubur ayah awak okay?" pinta Delysha lembut.

Darren tersenyum nipis dan mengangguk. "Ayah kita sayang. Now, his is your father in law okay, my baby?" Kekura Delysha dikucup.

"Okay, husband!"

"Yeah, good girl. Dah, jom cepat." Lengan Delysha ditarik-tarik.

"Eh, nak pergi mana?"

"Laaa, kan hubby nak anak cepat. So, jomlah kita usaha lebih sikit. Nanti cepatlah berhasil sayang. Dah, come on. Let's go, wifey."  Dengan wajah masam, Delysha menurut dan berjalan di belakang suaminya.

"Pagi-pagi macam ni dah nak usaha lebih konon! Semalam tak cukup lagi ke? Gatal betul hubby ni!" Namun, dia tetap turutkan permintaan suaminya. Gila nak tolak ajakan suami? Tak bau syurga pula nanti.

***

Vote dan comments okay.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro