Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38: Goodbye, guys...

Setelah pertarungan selesai, Dania menghealkan Rai, dia menyuruh Rai memanggil Heal Angle untuk membantu mereka.

Setelah memindahkan mereka ke bilik rawatan istana, perawat memulakan tugas untuk merawat.

Sementara mereka semua dirawat, Dania, Diana, Damia dan Daniel sedang berbincang di bilik perbincangan.

" Nampaknya Is tak sabar-sabar betul nak mulakan peperangan ni." Diana memulakan kata.

"Betul tu. Kita deal masa tu dari tempoh 3 bulan. Sekarang tinggal 2 bulan lagi kot. Tak reti sabar betul." Damia meluahkan rasa tidak puas hatinya.

" Mungkin Is akan memulakan peperangan lebih awal?" Duga Daniel. Semua memandang Daniel.

" Boleh jadi jugak tu. Is tu kalau nak, dia buat je." Kata Diana.

Mereka memandang Dania yang senyap daripada tadi.

"Kita tak de masa. Kemungkinan besar, memang Is akan mulakan peperangan lebih awal dari perjanjian. Kita kena latih diaorang dari sekarang."

Diana, Damia dan Daniel mengangguk.

Dania bangun dari duduk. "Korang pergi rest dulu. Petang ni kita akan buat latihan."

Mereka bergerak ke bilik masing - masing. Dania bergerak ke bilik kerjanya. Dia duduk di kerusi.

Dia melihat bebola kaca yang diambil semasa bertarung tadi. Fungsi sebenar bola tu, untuk mengunci kuasa mereka. Tetapi Dania rasa, Rozie berubah tadi sebab bola ni. Mybe Is dah tukar fungsi bola ni.

Dania bergerak menghadap cermin. Dia menyelak rambut yang menutupi mata kanannya. Matanya kini berubah. Berwarna dark purple diikuti sedikit warna merah dan hitam. Dania mengeluh.

Dia berlalu masuk ke biliknya dan terus baring.

Pukul 04:45 p.m.

Dania memanggil adiknya serta Daniel untuk berlatih. Yang lain masih lagi berehat.

Mereka mula mengatur strategi untuk peperangan tersebut. Kemudian barulah mereka berlatih. Sedang mereka berlatih, muncul pula si Zhafran, Zaim dan Zahri. Dania, Diana dan Damia membuat muka menyampah. Daniel pula buat muka selamba.

" Korang buat apa kat sini? Gi rehat lah!" Damia berkata kasar. Riak muka Zahri berubah.

"Entahnya, kang sakit orang tu jugak yang tergedik-gedik." Sambung Diana geram. Zaim terkejut.

" Irin!" Dania menoleh apabila namanya dipanggil. Dia sudah tahu siapa yang memanggilnya kerana hanya seorang sahaja yang memanggilnya Irin.

" Mana Aireen dengan Hana?" Nada suara Leo kedengaran risau.

Tetiba Daniel menyampuk. " Haah, Nia. Mana Hana?"

Dania hanya tersenyum. Dia bergerak ke Leo lalu membisikkan sesuatu kepada Leo. Leo hanya tersenyum sambil memandang Daniel. Daniel cuak. Jangan-jangan Dania sudah memberitahu rahsianya.

Leo pula berbisik kepada Daniel. " Jangan risau. Aku okay je kalau kau dengan Hana." Merah padam muka Daniel.

Daniel membuat gerak mulut. Siap-kau-Nia!

Dania hanya menjelirkan lidah.

Diana dan Damia tergelak melihat gelagat 3 orang itu.

Zhafran, Zaim dan Zahri pula seperti patung. Bahagia sungguh tunang mereka.

Izzue yang melihat gelagat adiknya dari atas hanya mengeluh. Bahagia sungguh adiknya bila bersama Leo.

" So, apa korang buat kat sini ni?" Tanya Zahri.

" Berlatih. Jadi jangan ganggu boleh tak?" Balas Damia.

" Untuk?" Soal Zaim pula.

Diana membuat muka menyampah. Pelupa betul mamat ni.

" Untuk peperangan yang kau dah deal dengan Is tu lah!" Naik seoktaf suara Diana. Zaim pula menunduk. Zhafran geram adiknya diperlukan sebegitu.

" Korang tak puas hati benda hah?" Marah Zhafran. Yang lain terkebil-kebil kemudian tergelak.

" Apa benda yang tak puas hati? Kau putar balik ingatan kau tu. Kau rasa, apa yang kitaorang ni tak puas hati kat korang. Kan Niel?" Dania menyiku Daniel. Daniel hanya mengangguk.

Kemuadian Dania, Diana, Damia dan Daniel sambung berlatih tanpa menghiraukan Zhafran, Zaim dan Zahri. Leo duduk di tepi sambil memakan epel.

" Abang Leo!!" Panggil 2 orang gadis yang sedang berlari lalu memeluk Leo. Terbaring ke belakang Leo.

" Hai Aireen, Hana." Sapa Dania lembut sambil membelai rambut Aireen dan Hana.

" Hai, kak Irin." Balas Hana.

" Hana, abang je boleh panggil Irin. Hana hanya boleh panggil kak Rossa atau kak Nia." Tegur Leo.

" Kenapa?"

"Adalah~."

" Erm abang, mana Darwish?" Aireen bertanya malu. Pipinya menjadi merah.

Leo, Dania, Diana, Damia, Daniel dan Hana senyum mengusik.

" Kenapa tanya?" Tanya Daniel.

" Nak ucap terima kasih sebab tadi tolong waktu lawan." Pipi Aireen semakin merah.

"Sama-sama. Tak perlu berterima kasih. Hal kecik je tu." Semua menoleh apabila mendengar suara seseorang jejaka.

Pipi Aireen memang dah merah habislah. Darwish yang berplaster di dahi itu melangkah ke arah mereka.

" Siapa nak tahu satu rahsia!!" Tiba - tiba Diana menjerit. Daniel menikam tajam mata Diana.

" Putera Daniel Eriq suka Puteri Hana Farella!!" Jerit Damia seolah-olah mahu semua orang di istana itu dengar jeritannya.

Mata Daniel membuntang. Dia mengetap bibir tanda geram yang amat.

" Kau!! Ah!!" Daniel terlampau geram lalu mengejar Damia. Hana pula tertunduk malu. Malu lah woi!

" Okaylah tu. Dariwsh dengan Aireen, Daniel dengan Hana." Kata Leo sebelum tergelak.

" Nia." Panggil seseorang. Dania menoleh dan melihat Hezriq, Zaqwan, Qaisara dan Syakira berjalan ke arahnnya.

" Kitaorang kena balik ni." Semua terus kaku. Daniel yang sedang mengejar Damia dan Diana turut terhenti.

" Kau nak balik ke mana? Kenapa?" Soal Zhafran bertubi - tubi.

" Aku rasa nak rest dulu lah." Jawab Zaqwan.

" Kau nak tinggalkan kitaorang?" Soal Diana.

" Balik ke tempat asal kami lah. Jangan risau nanti, kitaorang datang balik." Pujuk Qaisara.

Meskipun hubungan Dania, Diana dan Damia agak keruh dengan Zhafran, Zaim dan Zahri, namun hubungannya dengan Zaqwan, Hezriq, Qaisara dan Syakira masih elok.

" Balik lah. Nanti jangan lupa kat kitaorang tau." Pesan Dania. Mereka berempat mengangguk. Dania hanya tersenyum.

Dania dan Zhafran membuka teleport ke Wings Kingdom. Ye, mereka berempat berasal dari Wings Kingdom di mana negara asal Damia yang kini berada di bawah pemerintahan abangnya, Putera Ashraf.

Mereka berempat melangkah masuk dalam teleport sambil melambaikan tangan. Mereka semua membalas lambaian mereka. Kini Zaqwan, Hezriq, Qaisara dan Syakira hilang di balik pemandangan mereka.

Hai guys. Baru author perasan satu benda. Sebutan 'Irin' dan 'Aireen' sama lah. Mungkin Aireen author akan tukarkan kepada 'Reen'.

Jangan risau, mungkin waktu perang 4 orang tu akan datang balik.

One more thing, yang peperangan tu 5 bulan kan? Author tukar jadi 3 bulan lah. Lambat sangat. Mean sekarang lagi 2 bulan.

Typo abaikan.

Keep reading and vote!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro