Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
SAYO-NARA [CETAK]

SAYO-NARA [CETAK]

79,190 1,169 12

Cover by : @MrsSufiKerana sebuah tragedi, hidup seorang Addin seperti diganggu mimpi. Dia tidak tenteram saat mahu melelapkan mata. Sudahnya dia membuat keputusan untuk mencari kisah di balik tragedi hingga dia jatuh cinta pada tulusnya si gadis buta.Mereka ditakdirkan serasi bersama, namun sebuah rahsia dan pengkhianatan membuat Addin terluka. Dia bangkit menuntut hak yang dirampas dan mengharapkan kemaafan setelah segalanya terbongkar.Addin menebus kesalahan dengan membuat si gadis buta mampu tersenyum semula apabila melihat sinar mentari yang selama ini cahayanya adalah sebuah kegelapan."Maafkan kesilapanku. Aku janji akan menebusnya"- ADDIN. "Haruskah aku berterima kasih padanya setelah aku tahu siapa dia? Namun apa daya, aku mencintainya..." AINNARA. Walau sudah bahagia, namun ada saja yang menghalang. Kisah silam menjadi duri dalam sebuah kebahagiaan. Hadirnya Marsyanda si bekas kekasih bersama Aqief sang adik, menggugat keharmonian rumahtangga yang dibina Addin dan Ainnara. Akhirnya sebuah perpisahan dipinta sang isteri. Remuk jiwa menahan rasa sakitnya sebuah pengkhianatan si adik dan bekas kekasih. Pelbagai cara dicari untuk memujuk namun akhirnya dia pasrah. Hanya takdir yang menentukan semuanya. Rupa-rupanya ada sesuatu yang berlaku di sebalik sebuah pengkhianatan yang diduga selama ini. Segalanya terjawab saat Aqief ditemui semula setelah berapa lama menghilang. Bahagia mungkin menjelma semula. Ainnara sudah tahu cerita sebenar lalu sekeping hati dibuka semula buat seorang Amar Addin.…

DUDA TIGA HENGGET [EBOOK]

DUDA TIGA HENGGET [EBOOK]

106 7 1

Kata orang, menjadi duda tidak sesukar memegang gelaran janda. Ternyata itu juga meleset. Parah juga menjadi duda yang hidup sederhana. Lainlah kalau duda kaya, petik jari saja, sudah ada yang menunggu ingin menjadi ratu.Hail Amir, lelaki sederhana yang hanya manis paras rupa. Dipandang unik hanya kerana namanya seperti penyanyi. Dia dilamar mak cik penjual nasi lemak dan lauk pauk yang dilanggan saban hari untuk dijadikan suami kepada anak gadisnya."Aduh, mak cik. Seganlah saya. Kalau anak mak cik tolak, malulah saya. Mak cik janganlah berharap sangat." HAIL AMIR"Jangan risaulah. Mak cik hanya mencuba. Hajjar mesti suka. Mak cik berkenankan kamu, Amir." - MAK CIK HAMIDAH.Benar dugaan Amir, anak gadis Mak Cik Hamidah menolak lamaran ibunya sendiri. Katanya pelik bila timba pula yang mencari perigi."Saya tak naklah. Awak tu entah-entah ada anak ramai. Senang awak kahwin dengan saya untuk jaga anak awak aje. Sorry eh, saya tak berminat. Mentang-mentang ibu bagi awak beli lauk tiga ringgit, awak nak ambil kesempatan. Duda Tiga Hengget tak sedar diri!" - HAJJAR NAZEERA.Kerana penolakan Hajjar, Mak Cik Hamidah kecewa. Impiannya untuk bermenantukan Hail Amir hanya tinggal kenangan. Lebih parah apabila Eyka Naziha, janda Amir pula datang untuk kembali bersama setelah dua tahun berpisah.Hingga satu hari, berlaku tragedi yang membawa kepada penyesalan Hajjar, dia bertekad untuk meraih cinta Amir semula. Lagi pula dulu dia yang menolak, kali ini biar dia pula yang melamar Amir. Mustahil kalau Amir tidak memberinya peluang kedua. Amir tidak menolak, tapi dia tidak yakin dengan perubahan mendadak Hajjar berjuang untuk memilikinya. Penasaran pula dia apa penyebab Hajjar berubah fikiran? Kerana itu dia menuntut jawapan sebelum memberi persetujuan kerana emaknya juga menaruh harapan untuk dia menikah semula.…

TUAN JEBAT IZRAEL : Teruna Antik [EBOOK]

TUAN JEBAT IZRAEL : Teruna Antik [EBOOK]

144 14 3

Kisah di ladang bunga mawar milik Tuan Jebat Izrael. Antara kisah kehidupan, perjuangan dan cinta Jebat kepada pekerjanya Huda Hanani.Perjuangan Jebat untuk memiliki Huda banyak likunya kerana kebahagiannya ditunda dengan beberapa insiden yang membuat Jebat pergi meninggalkan Huda.Bagaimana Huda menjalani hidup tanpa Jebat? Bilakah lelaki itu akan kembali?…

SAYANGKU ABANG SIPUT 2 [ EBOOK ]

SAYANGKU ABANG SIPUT 2 [ EBOOK ]

243 26 8

Bahagia sudah ada di depan mata. Cuma tinggal menambah rencah dan bumbunya saja. Tiada apa lagi yang harus diresahkan. Cukup saling percaya membina ikatan. Namun, kata bahagia itu cuma satu sandaran. Di baliknya akan ada luka yang tersimpan. Mungkin lebih hebat dari yang pernah dipendam."Abang khilaf sayang... maafkan abang..." JAY RAZWIL.Setiap masa dia ukir senyum dan beri kata cinta. Tanpa diduga badai melanda menguji kesetiaan yang kejap digenggam. Hingga akhirnya hampir terlepas dari tangan."Kalau Ana bukan lagi yang utama, biarlah kita macam ni saja." JIHAN ANATASHA.Hati yang sedikit terusik, ingin dibawa pergi untuk melupakan. Namun dua permata cinta menjadi penghalang. Dia berpaling semula untuk mencuba kali kedua. Namun mampukah dia bertahan saat ada insan lain yang turut sama ingin menggenggam bahagia bersama abang siputnya?"Aku cuma mendambakan lelaki seperti Jay. Lelaki pemalu yang takkan berpaling bila sudah dimiliki." EMILIA.Jihan Antasha yang sudah rapuh jiwanya, bangkit kembali untuk sebuah hubungan yang hampir kecundang. Kenapa harus dia mengalah sedangkan Emilia yang bersalah? Jay cuma tersepit di tengah-tengah saat cinta mereka diuji dengan masalah. "Sayang, kita cuma diuji. Jangan cepat buat kesimpulan. Abang takkan tinggalkan sayang..." JAY RAZWIL.Berbekalkan janji suami tersayang, Jihan Anatasha memutuskan untuk bertahan. Dia, mampu atau kecundang?…

DATO' KHALEED PUTRA

DATO' KHALEED PUTRA

306 25 9

Syarifah Daneen Kesuma. Gadis moden namun dibesarkan dengan budaya klasik dalam susur galur keluarganya. Dia hadir dalam kehidupan Dato' Khaleed Putra dengan keserasian yang sama. Namun kenapa pula hati gadis itu begitu payah untuk dimiliki?"You kena tolong I, DK. I tak nak balik rumah bonda. Nanti I kena paksa kahwin dengan Tengku botak tu semula." SYARIFAH DANEEN KESUMABersahaja Dato' Khaleed Putra yang lebih sinonim dipanggil DK melayan kerenah gadis berbaju kebaya itu demi rasa cinta yang disemai pada jati diri Daneen yang dia suka. "I boleh je tolong you lepas dari Tengku Muzaffar tu Daneen, tapi I ada syarat. Syarat I tak susah pun. Selama you keluar dengan I, I nak you pakai baju kebaya. Bukan hanya nama you, tapi diri you sendiri tu unik di mata I dalam baju kebaya tu, Daneen Kesuma." DATO' KHALEED PUTRADaneen Kesuma naik rimas. Demi melarikan diri daripada pertunangan yang dia tidak suka dengan Tengku Muzaffar, terpaksa pula dia melayan kehendak DK yang sangat menjengkelkan. Lari dari peraturan klasik ahli keluarganya, Daneen Kesuma terjerat dengan DK yang ternyata lebih klasik menyukai baju kebayanya. Tak ubah bak kata orang, lari dari mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau. DK pula tidak memaksa namun berusaha memikat Daneen Kesuma dengan pelbagai cara hingga gadis itu akur yang dia sudah mula jatuh cinta kepada lelaki itu juga.Namun, sesuatu terbongkar sebelum Daneen Kesuma dan DK ke jinjang pelamin. Mampukah Daneen menghela nafas lega? Kenapa pula DK dan Tengku Muzaffar punya kaitan antara keduanya? Adakah Daneen Kesuma ditipu dan menjadi mangsa DK pula?"Kita ke rumah bonda you, Daneen. Dekat sana I akan ceritakan segala-galanya. Lepas you tahu, you buat keputusan untuk pilih I atau dia." DATO' KHALEED PUTRADaneen Kesuma pening kepala. Mahu tak mahu dia harus terima. Antara DK dan Tengku Muzaffar , hanya kata hati yang mampu membuat keputusan.…

SAYANGKU ABANG SIPUT [ EBOOK]

SAYANGKU ABANG SIPUT [ EBOOK]

164 31 13

BLURBSAYANGKU ABANG SIPUTARENA YIDINDia, Si jejaka pemalu yang dikenali Jay Razwil. Aku gelarkan Abang Siput kerana sikapnya yang terlalu lambat dalam membuat keputusan. Dia lambat pick up tapi sikap itu yang buat aku terpikat. "Tak faham aku dengan kau ni Jihan. Kau biar betul nak dekat mamat lembut tu?" FIDA."Apasal tak boleh? Dia okey apa? Bukan lembutlah Fida, lambat pick up je. Tapi kan kau tahu tak Fida, ada satu aura tau dalam diri dia. Aku suka sangat." JIHAN ANATASHA.Paling aku suka, dia lelaki yang alim walaupun dia masih muda. Kerana keunikan yang susah ditemukan itu, bak kata pepatah, dia lelaki limited edition. Kerana itu aku suka padanya. Dia satu dalam seribu. "Awak... tak baik tau. Perempuan tak boleh macam ni. Tak boleh kasar-kasar. Kena lembut. Tu, kenapa pakai seluar ketat? Astaghfirullahhal Adzim! Dosa tau. Tukar balik." JAY RAZWIL.Hmm... apa pun, aku tetap suka dia. Walaupun dia slow macam siput, aku nak dia jadi pendamping aku sekalipun cuma dalam mimpi.Paling penting, aku nak ubah dia jadi lelaki yang benar sejati. Gagah dan berani. Laju dalam tindakan. Dia, Abang Siput yang aku minat.Mampukah aku untuk berganding dengan dirinya sedangkan aku sendiri berpewatakan ganas seperti lelaki? Aku menyimpan angan untuk merubah hidup Jay Razwil namun kerana satu tragedi, sebaliknya yang berlaku. Akulah yang berubah. Itu takdir yang harus aku terima.Hingga satu hari, Jay meminta aku menutup aurat bermula dari seluar koyak dekat lutut supaya ditutup dari pandangan ajnabi, aku mulai berfikir. Lelaki ini lain dari yang lain. Adakah aku bakal mendapat hidayah melalui lelaki ini?…

Tak Berhenti Mengharap [ TERBIT ]

Tak Berhenti Mengharap [ TERBIT ]

26,751 34 14

SEBUAH penyesalan berawal dari kesilapan yang memang disengajakan. Hanya kerana cuba membutakan mata untuk merelakan, satu hati menjadi mangsa. Sudahnya, memori meninggalkan luka. Parut yang tidak mampu ditanggalkan buat selamanya. Satu angan dibina untuk menebus kesilapan lalu. Namun pahitnya harus ditelan bagai hempedu. "Kita pernah bersama walau tidak sekata. Maafkan aku untuk kali ini..." IZAD FAHIM.Jika dulu sedikit dibuka minda dan mata, hati si dia takkan sebegini terluka. Perginya si dia untuk waktu yang lama, menambah sengsara dan juga dosa. "Hubungan kita dah berakhir. Jangan cari walau di mana saya berada..." ALISA AMANDA.Sekeping hati yang dulunya lebar terbuka demi susuk lelaki yang dicintainya, kini tertutup rapat dan kejap. Hanya masa yang mampu mengubat."Dulu Intan Najwa yang awak sayangi, saya yang cuma memandang dari tepi. Kini rasa itu tak ada lagi. Jangan pujuk saya kembali." ALISA AMANDA."Tolong jangan pergi lagi. Kalau aku berhenti, kasihku akan mati..." IZAD FAHIM.Kasih Alisa Amanda kian pudar. Sebuah noktah sudah dia pilih dalam sedar. Izad Fahim hanya tinggal kenangan. Lukanya sudah ditampal dengan dua tapak tangan.Mereka berdua takkan lagi mencipta memori. Walaupun Izad Fahim tak berhenti mengharap untuk memiliki. Namun takdir Tuhan hebatnya di lain sisi. Keduanya diperlukan untuk sebuah lagi cerita yang baru akan diisi.Alisa Amanda merenung kembali sumpah yang pernah dia pegang. Apakah Izad Fahim benar-benar orang yang dia sayang?Atau teman baik yang paling dia sayang akan jadi pilihan?"Saya boleh jadi kawan baik awak, asalkan awak gembira." Benjamin Fawaz.…

Gadisku Miss Latah [TERBIT]

Gadisku Miss Latah [TERBIT]

142,371 250 41

~ Kau yang sengal, aku yang angau! ~"Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!" Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah Raisudin. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula orangnya. "Kau ni lainlah. Aku suka. Jadi girlfriend aku nak?" Asyraf Daniel. "Eei tak nak. Saya ni pelik. Nanti hidup awak susah! Takde orang yang akan sanggup dengan saya. Saya ada penyakit." Siti Sarah. Namun Asyraf tidak berputus asa. Semakin Siti Sarah menolak, semakin dia teruja untuk memikat. Sudahnya lelaki itu rela hidup dengan pelbagai kerenah Siti Sarah yang mengundang pelbagai peristiwa pelik di sekelilingnya. Namun, semakin disakat lelaki itu, lama kelamaan, Siti Sarah tidak mampu untuk berundur lagi. Dia mula jatuh cinta. Hatinya sudah sedikit terbuka. Sayangnya, satu peristiwa mengguris hatinya. Dia kecewa dengan sikap Asyraf yang sebelumnya menerima kekurangannya. Kini punca keretakan hubungan mereka dari latah Siti Sarah. Itu yang Asyraf berikan sebabnya. "Mulai hari ini abang tak akan dengar semua ini lagi. Perempuan bodoh ini tak akan menyusahkan hidup abang lagi. Jangan cari Sarah..." Siti Sarah. Asyraf merasa bersalah. Hanya kerana ingin menjaga air mukanya sendiri, hati si isteri ditolak ke tepi. Sudahnya hubungan mereka bagai berada pada seutas tali. Siti Sarah membawa diri, Asyraf pula menyesali kekhilafan diri. Entah bagaimana harus menyatukan kembali hati si gadis yang pernah dia sayangi.Namun, itu pada pandangan semua yang nampak pada zahirnya, namun situasi sebenarnya cuma Asyraf yang tahu. Asyraf mengharapkan takdir agar dia dan Sarah kembali bersatu.Namun, adakalanya apa yg dilakukan di luar dugaan pemikiran. Apa yang berlaku sebenarnya adakah dari keinginan Asyraf sendiri? Kenapa Sarah tidak menyedari? Demi sayang dan kasihnya pada isteri, Asyraf sanggup melepaskan andai tu harga yang harus dibayar...…

TIKA RINDU MENJAUH ( TERBIT - EBOOK )

TIKA RINDU MENJAUH ( TERBIT - EBOOK )

220 12 7

Kisah Emelda dan Badlishah…

JOHAN : ABANG SADO TAKUT BINI? [ TERBIT ]

JOHAN : ABANG SADO TAKUT BINI? [ TERBIT ]

341 28 17

BLURB : Abang Sado Takut BiniArena Yidin"Tak ada lelaki dalam dunia ni yang takut bini. Cuma itu cara diorang menghargai dan menghormati pasangan. Itulah yang abang lakukan. Kalau orang lain tersalah tafsir, apa boleh buat..." JOHAN.Hayati sakit hati gara-gara menjadi umpatan jiran tetangga. Puncanya hanya satu dari secebis kisah rumah tangganya. Johan yang hilang pekerjaan menawarkan diri untuk membantu menguruskan rumah tangga namun menjadi bualan mak cik bawang pula. "Kenapa abang biarkan semuanya? Hati Yati sakit bila diorang mengumpat kita. Abang ni hati kayu ke apa? Tak ada perasaan?" HAYATIJohan tidak ambil pusing. Dia malas hendak melayan. Baginya itu semua asam garam kehidupan. Yang penting dia sayang pada Hayati dan keluarga kecilnya.Sudahnya satu hati sudah terluka. Hayati ingin mengakhiri semuanya. Barulah Johan sedar yang dia juga sepatutnya bersama menepis setiap badai rumah tangga. Gelaran 'Johan takut bini' tidak sepatutnya ada dalam rumah tangga mereka.Dalam tekad untuk memujuk, dia kehilangan separuh nyawanya. Mampukah Johan hidup sendirian? Akan pulangkah Hayati di pangkuan? Hanya masa menentukan segalanya.…

SAYANGKU ABANG SIPUT [ TERBIT ]

SAYANGKU ABANG SIPUT [ TERBIT ]

37,667 39 14

Kisah Jay Razwil dan Jihan Anatasha…

MISI ALMOND LONDON ( EBOOK)

MISI ALMOND LONDON ( EBOOK)

77 4 2

Kisah Siti Saliha, Izhan dan Arief di bulan ramadan dan syawal.…

HIJRAHMU SEMANIS KURMA [ EBOOK ]

HIJRAHMU SEMANIS KURMA [ EBOOK ]

64 5 2

Kisah Aidan dan Melur Arina…

EJAD MONTEL NAIK PELAMIN [ EBOOK -  TERBIT ]

EJAD MONTEL NAIK PELAMIN [ EBOOK - TERBIT ]

245 39 11

"Kalaulah Cik Lily tahu kenapa semua ni terjadi, Cik Lily pasti takkan sanggup nak bentak-bentak saya macam ni. Tapi apa boleh buat kan? Mata Cik Lily tu dibutakan dengan prasangka. Kesian!" EJAD MONTEL."Apa kau cakap? Kesian? Kau tu yang dibutakan mata hati. Tak sedar diri. Dah driver tu, buat cara driver jelah. Berangan nak jadi menantu majikan. Nak muntah aku!" LILY KATRINA.Bila hati dah tak suka, apa pun di depan mata ditolak ke tepi. Itu yang terjadi pada si gadis ini. Namun, dia tidak tahu apa alasan yang wujud di sebalik semua yang terjadi. Gemuk. Satu alasan Lily Katrina beri untuk dia tolak pilihan keluarganya. Sedangkan Ejad Montel sendiri menerima Lily demi sebuah amanah dan tanggungjawab yang diberi. Mampukah si Ejad Montel bergandingan dengan Lily di atas pelamin? Bagaimana pula dengan hero idaman Lily yang tak pernah dia temu namun telah mencuri hati?…

Saat Harus Memilih [ TERBIT ]

Saat Harus Memilih [ TERBIT ]

7,265 158 50

Teaser by bab."Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH.Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya merasakan dirinya lelaki paling sempurna. Punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang.Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia redha dengan jalan hidupnya. Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu.Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa. "Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor?" DHANI.Keegoan Dhani menghalang nyawa si anaknya diselamatkan.Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi."Mulai hari ini, Sya buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Jika begini, lebih baik Sya pergi!" AISYA.Demi Tuhan, Ahmad Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri?Dua-dua dia sayang. Dua-dua cahaya hidupnya.Hanya pilihan menjadi penentu segalanya. Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama.…

Encik Abang Lurus Bendul ( Ebook )

Encik Abang Lurus Bendul ( Ebook )

163 20 7

Jodoh adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Tidak ada siapa yang tahu siapa bakal jodoh mereka. Zahirah juga tidak menyangka bakal berjodoh dengan lelaki yang pertama kali dia jumpa dalam satu peristiwa tragis yang menimpa dirinya. Namun dia tidak menduga, lelaki yang dia suka itu lurus bendul orangnya. Sangat taat pada emaknya. Prinsip hidup lelaki itu buat Zahirah menelan rasa. Mereka seperti tidak boleh bersama. "Terima kasih pernah tolong saya. Awak baik, Achid. Saya je yang jahat. Saya tak layak untuk sesiapa pun. Biar saya mati je." ZAHIRAH.Rashid buntu. Dia bukan tidak sayang. Namun selagi emaknya meletakkan syarat, dia harus akur. Perkahwinannya hanya boleh berlangsung setelah kakaknya berkahwin terlebih dahulu. Namun dia tidak berani untuk berterus-terang kepada Zahirah. Itulah kesilapannya."Saya cuma belum sedia. Awak jangan salah faham. Saya tak nak buat keputusan terburu-buru." RASHID.Akhirnya Zahirah buat tindakan untuk mengakhiri segalanya. Hampir luruh jantung Rashid dengan tindakan gadis itu.Lelaki lurus bendul itu harus membetulkan semuanya. Dia harus berani membuat keputusan demi Zahirah. Satu kata putus dibuat, dia harus melihat Zahirah tersenyum semula."Asalkan awak setuju dengan syarat mak saya. Lepas kakak saya kahwin, baru saya boleh ada hubungan serius dengan mana-mana gadis yang saya suka." RASHID.Mampukah Zahirah untuk berlapang dada? Bolehkah dia menerima seadanya lelaki yang dia cinta?…

Arenayidin Info Dan Cerita

Arenayidin Info Dan Cerita

1,081 50 62

Info story arenayidin dan yang berkaitan dengannya.…

DUA CINTA (EBOOK)

DUA CINTA (EBOOK)

1,881 20 20

Kala itu bahagia hanya milik mereka berdua. Tak ada racun hanya madu sahaja. Maya gembira, bahagia dan teruja. Dengan limpahan kasih yang Firhan persua.Kini semuanya sudah berbeza. Tiba badai datang melanda. Maya dikejutkan dari tidur yang lena. Dia terima 'madu' yang tidak lagi manisnya.Begitulah kehidupan seorang Maya dalam mengharungi hidup bersama Firhan. Datang Syakilla di tengah kebahagiaan membawa penderitaan.Poligami membawa penyesalan buat Firhan. Kegilaannya kepada Syakilla membunuh rasa cinta di hati Maya."Sampai bila Killa nak merajuk ni? Killa tak kasihankan abang ke? Abang tidur kat luar, selimut pun tak ada. Sejuk tau." FIRHAN."Padanlah muka abang tu. Kenapa tak balik rumah Maya saja? Kat sana kan banyak selimut." SYAKILLA.Firhan benar-benar terjerat dalam dua cinta ini. Dia hilang punca. Maya dengan dunianya sendiri tanpa cinta dan Syakilla dengan perangai yang semakin tak terkendali membuatnya sakit kepala. "Abang minta maaf, Maya.""Maya dah terima semuanya. Abang tak payah minta maaf lagi." MAYA.Firhan tahu Maya hanya bersandiwara. Jikalau Maya belum memaafkannya, cuma satu dia ingin meminta kepada Allah. Bukakan pintu hati Maya untuk pulang!Bagaimanakah pengakhiran hidup mereka? Firhan tetap berjuang walau nafasnya hampir hilang.…

KETUPAT TERAKHIR IBU ( Ebook Cerpen Kompilasi Raya) - #klikonraya

KETUPAT TERAKHIR IBU ( Ebook Cerpen Kompilasi Raya) - #klikonraya

232 11 9

Indahnya ramadhan dan hari raya. Itu yang keluarga Khairudin rasakan setiap tahun. Saat syawal menjelang, ketupat dari air tangan ibu sangat dinantikan. Akan dirindui untuk tahun-tahun syawal yang akan datang.Namun keindahan mulai tercalar saat Khairudin mendirikan rumah tangga bersama Hanis."Kenapa ibu nak paksa Hanis makan ketupat tu? Hanis tak naklah. Raya tak semestinya kena makan ketupat. Kenapa kolot sangat?" HANIS.Kata-kata Hanis menyentak perasan Khairudin. Apa lagi ibunya. Kegembiraan di pagi syawal tercalar dengan sikap Hanis."Tolonglah jangan buat perangai. Satu minggu je. Lepas tu kita balik rumah kita." KHAIRUDINHanis tidak peduli. Dia tetap dengan pendiriannya. Dia tidak suka dengan makanan kegemaran suami dan keluarga mentuanya itu. Sudahnya, satu hati parah terluka."Biarlah tahun ni kali terakhir ibu buat ketupat. Ibu tak mahu kerana ibu kamu bergaduh." MAK CIK NORIAHKhairudin pening kepala. Dia mengatur rencana untuk mengembalikan silaturrahim yang hampir putus.Kerana ketupat ibunya mengundur diri, kerana ketupat hatinya dilukai. Apa yang Khairudin lakukan demi menjaga hati ibu dan isteri sendiri?Hanis lambat menyedari namun ketegasan Khairudin mula membuat Hanis mencuba untuk perbaiki kesilapan diri.…

DIA SI MANIS SEMPERIT ( EBOOK KOMPILASI)

DIA SI MANIS SEMPERIT ( EBOOK KOMPILASI)

160 9 16

BLURBDIA SI MANIS SEMPERITARENA YIDINLelaki itu semakin bingung. Bulan Ramadan tiba dengan sikap mamanya yang semakin tidak mampu untuk dia urus. Satu-satunya yang dia mahu elakkan dalam hidupnya adalah pergi ke Bazar Ramadan. Tempat itu dipenuhi kerumunan orang hingga mampu buat nafasnya sesak. "Ala mama ni, lecehlah. Nak kena pergi Bazar Ramadan bagai. Beli kuih tepung pelita pulak tu. Macamlah kat tempat lain tak ada jual. Fiq tak sukalah pergi Bazar Ramadan. Orang ramai dekat situ. Leceh, rimas." SHAFIQNamun, demi membuat mamanya gembira, dia terpaksa menurut segala permintaan Puan Aini. Terjerat Shafiq di Bazar Ramadan, berlanjutan ke hari-hari berikutnya kerana dia gagal mendapatkan apa yang diminta Puan Aini hingga wanita itu merajuk dengannya. Namun di sebalik pencarian kuih tepung pelita, satu cerita lain pula yang mengusik jiwa. Pertemuan Shafik dengan gadis penjual biskut raya membuahkan bibit-bibit rasa antara keduanya."Saya andaikan kehadiran kamu sebagai hadiah untuk hari raya tahun ni. Kamu jodoh Shafiq. Saya mahu hari raya kali ni ada orang yang menggantikan suami saya yang dah pergi." PUAN AINI."Saya harap awak tak jemu dengan saya. Lebih-lebih lagi dengan biskut semperit saya." AMEENA.Itu harapan si gadis semperit. Tanpa dia tahu, Shafiq sendiri sudah menanam janji, persamaan Ameena dengan mamanya telah membuat pintu hatinya terbuka untuk menerima jodoh di hari raya.…