Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Panahan Asmara Hitam [ TERBIT]

Panahan Asmara Hitam [ TERBIT]

75,251 177 41

💎Excellent Gifted Author 2019 ( EGA Award - Tempat Kedua )Kerana satu kesilapan akibat kebodohan diri sendiri, Deana terjerat dalam kancah dosa yang berat. Demi membahagiakan suami tercinta dan ibu mertua, dia lupa pada batas dan hukum agama.Lalu, tanpa berfikir dua kali, saran Hanis teman baiknya diterima tanpa usul periksa. Natijahnya, hidupnya diburu derita. Dia menanggung dosa kerana melanggar hukum agama.Hingga kini, dia merana. Hidup sendirian tanpa teman. Kerana satu kesilapan, Firash sudah jauh darinya."Aku tak beranilah, Hanis... boleh ke?" Deana. "Kau minta aku tolong kan, Dee? Ini jalan yang aku nampak. Kita buat je. Jangan fikir lagi. Nanti tak jadi." Hanis"Tapi... ""Tak ada tapi-tapi dah. Jom ikut aku!"Akhirnya, Deana memejamkan matanya membelakangkan semuanya. Yang penting, Firash harus bahagia bersamanya. Tidak bersama orang lain.Namun, segalanya di luar jangkaan. Semuanya terbongkar tanpa diduga. Kemarahan Firash semakin memuncak. "Nur Insyirah Deana Binti Muhammad Kamil, aku ceraikan kau dengan talak satu." FIRASH AMSYAR.Deana jatuh terduduk. Dia kini dibuang dari hidup orang yang dia sayang. Penyesalan tidak berguna lagi. Namun, saat cinta dan rindu masih kuat, kedua mereka saling mengharap. Kata rujuk diluah Firash buat Deana. Mampukah Deana menerima setelah dibuang dengan cara yang hina? Apakah kata rujuk terlafaz dengan persetujan Deana? Hanya hati Deana yang menentukan segalanya...…

MASIH BELUM TERLEWAT (Ebook Kompilasi Cerpen)

MASIH BELUM TERLEWAT (Ebook Kompilasi Cerpen)

492 10 8

BLURBMASIH BELUM TERLEWATAntara kemahuan hati dan keluarga sendiri, aku terjerat di tengah-tengah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Sudahnya aku terhenyak sendiri."Selamat bercuti. Gembiralah sebab dah sakitkan hati I sebelum you bergelar isteri I lagi. Apa pun I akan tunggu you balik walaupun I rasa nak muntah!" ZULFI.Sakit hati aku. Zulfi tidak menghormati aku. Apa lagi perasan ayah. Jika begini, apa kesudahan hubungan kami?"Ayah perjuangkan minat ayah demi kesedaran keluarga kita untuk mengenang sejarah. Tapi tunang kamu perjuangkan kamu demi membuang sejarah yang pernah kamu ada. Nilaikan sendiri, Aleeza!" AYAH.Akhirnya aku mengerti. Selama ini Zulfi tidak ikhlas mencintai. Dalam diam dia ada agenda tersendiri. "Cukuplah Zul. Leez takkan pergi dengan Zul dan jadi anak derhaka. Zul sendiri tahu apa niat Zul pada Leez. So, cukuplah. Maafkan Leez." ALEEZA.Dalam berduka atas sebuah kehilangan, tanpa diduga ada rencana lain yang Tuhan kirimkan. Aku yakin, inilah jalan menuju kemenangan.…

SETELAH KAU PERGI (TERBIT) - KKR

SETELAH KAU PERGI (TERBIT) - KKR

882 18 38

Menampilkan 10 penulis dan 10 cerita yang berbeza dalam 2 siri. Cici AidaDalila ZamriSyamin HazamWardina AisyahRaisyas Azliey NovelisNoriss IlianiArena YidinMiss CactusElla SyasdhiaNorShiemah Md Yasan…

Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ]

Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ]

65,768 782 66

"Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH.Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya merasakan dirinya lelaki paling sempurna. Punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang.Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia redha dengan jalan hidupnya. Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu.Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa. "Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor?"Keegoan Dhani menghalang nyawa si anaknya diselamatkan.Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi."Mulai hari ini, Sya buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Jika begini, lebih baik Sya pergi!"Demi Tuhan, Ahmad Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia kembali memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri?Dua-dua dia sayang. Dua-dua cahaya hidupnya.Hanya pilihan menjadi penentu segalanya. Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama.…