Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11 SISI LAIN AQIF

Di sebuah dewan yang besar kelihatan suasana nya sungguh meriah. Ramai yang datang . Tidak kira pangkat darjat dan keturunan.

Sebab apa pulak ada pangkat ni...???

Ada wakil anak diraja datang  majlis Ayumi ini sebenarnya. Sebab apa Ayumi ni satu satu nya anak perempuan jutawan terkenal tau .. Sape lagi kalau bukan Ayah dia.

Dewan yang terang benderang tadi terus bertukar gelap apa bila raja sehari mula melangkah masuk bersama ratu di hati. Lampu dipasang semula tapi di halakan hanya pada pengantin baharu itu.

"Awak..ss..saya takut.."Bisik Ayumi saat pintu dewan terbuka luas khas untuk mereka.

Faris di sebelah sudah menarik senyuman nipis.

"Jangan takut aku ada.."Ujar Faris lembut. Lalu kaki di atur melangkah masuk ke dalam dewan. Pelamin yang elok dihias oleh wedding planner yang ditempah oleh Datin Sri Suraya. Yang bertemakan alam semula jadi. Sejuk je mata memandang.

Setelah mendengar kata kata semangat dari Faris tangan kanan yang melingkari tangan kiri Faris dipeluk erat.

Faris yang segak mengenakan tuxedo berwarna hitam dan Ayumi cantik memakai busana pengantin berwarna putih serta memakai selendang yang dililit kemas menampakkan lagi keanggunan yang dia miliki.

Senyuman manis dihadiahkan kepada semua tetamu yang hadir sehingga mereka berdua sampai ke arah pelamin.

Setelah selesai sesi yang telah dirancang. Faris dan Ayumi mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir

                           *****

Earphone yang berada di setiap telinga ahli silent killer mula digunakan oleh Raikal.

"Dorang datang dengan jumlah ramai.."Ujar Raikal mengejutkan semua yang berada di setiap posisi yang telah di tetapkan.

Siapa dorang..??

"Siapa..?"Tanya Aqif yang berada di sisi Ayumi segak memakai tuxedo berwarna putih.

"Cobra "Jawap Raikal sepatah.

Tersentak semua yang mendengar jawap ringkas Raikal itu. Penumbuk digenggam erat.

                       

                            *****

Lalu Aqif membawa tangan kakak kembar kedalam pegangan Faris. Senyuman manis dihadiahkan pada abang ipar nya itu.

"Kenapa pula dengan kau ni..?"Dahi dikerut kan saat soalan ditanyakan oleh Faris. Begitu juga Ayumi hairan akan tindakan adik nya itu.

"Jaga kembar aku..di sakit aku juga sakit.." Bisik Aqif tepat pada telinga Faris saat Aqif berjalan meninggal mereka. Ada benda dia nak ambil.

Tersentak Faris saat mendengar kata kata itu. Namun riak wajah nya sedaya upaya di kekalkan.

Ayumi pula dia tak dengan apa apa. So diam je.

Sehinggalah...

Bang..Bang...BOOOMMM..

Bunyi tembakan dan letupan membuatkan para tetamu yang hadir berlari bertempiaran keluar dari dewan perkhawinan itu.

Badan Ayumi mula menggigil bukan takut tapi aura yang di bawa oleh kumpulan yang menyerang itu membuatkan dia menggigil.

Tangan Ayumi, Faris genggam erat. Tangan lagi satu naik memeluk bahu Ayumi. Gigi diketap menahan geram. Mata nya melilau mencari kelibat Hafiz dan Naufal. Namun kelihatan kedua rakan nya itu sibuk mempertahankan diri dari pada di bunuh oleh Cobra .

"Awak saya takut" Ujar Ayumi tiba tiba. Ya walaupun bukan kehendak dia untuk mengatakan perkataan yang sama sekali tiada dalam kamus hidup nya.

"Shhh...aku ada"Tenang Faris memujuk. Otak nya ligat memikirkan cara bagaimana untuk keluar dari dewan perkhawinan nya kerana pintu utama telah pun di sekat.

Zul pula telah pun menggenggam erat pergelangan tangan Arissa. Takut perkara yang berada di luar jangkaan berlaku dia tak nak.

Setiap ahli silent killer sudah pun mengeluarkan pistol masing masing termasuk Zul. Membuatkan Arissa terkejut namun di diamkan diri takut di apa apakan oleh Zul.

"Habiskan cepat elakkan nawa banyak yang terkorban.."arah Haikal tegas di dalam talian. Yang lain hanya mengangguk.

Faris , Hafiz dan Naufal terkejut saat kumpulan Evil Rose memunculkan diri.

'Apa yang Evil Rose buat kan sini' desis hati Faris.

Lalu kaki nya melangkah menuju ke pintu dapur hotel namun di sekat oleh salah satu ahli Cobra .

"Nak ke mana tu Irwan..??" Tanya dia sinis.

"Diam aku tak -" Kata kata Faris terhenti saat salah satu ahli Cobra mati ditembak di bahagian kepala.

"Lari " Arah Khairul di sebalik mask

Faris menganguk . Lengan isterinya di gengaman erat . Takut tertinggal.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Saat Ayumi menyedari sesuatu. Terus mata Ayumi membulat.

Badan Faris di dakab erat.

Faris tersentak akan tindakan isteri nya. Memandangkan sekarang ni mereka berdua betul betul di tengah tengah dewan akibat laluan dapur tadi disekat semula oleh ahli Cobra.

BANG..!!!

Waktu seakan berhenti. Aqif yang sedang sibuk menghalang pihak musuh dari terus maju kearah pengantin terkejut. Mata nya membulat besar.

Ayumi , dia telah pun berjaya di tembak oleh pihak musuh di bahagian belakang badan. Darah memercik ke muka Faris. Tangan nya menggigil ketakutan. Takut kehilangan.

Pantas saja Faris memeluk tubuh lemah isteri nya. Badan nya juga turut terduduk akibat terkejut yang amat. Darah yang membuak buak keluar di tahan menggunakan tangan.

Tengku Afiq yang menyaksikan itu juga turut terkejut. Pistol yang telah lama disorok di keluarkan lalu dia menembak semua musuh yang ada di hadapan nya.

Affina, Ummi Khadijah serta Tengku Maisarah telah pun selamat ke luar dari dewan. Jadi mereka tidak menyaksikan peristiwa itu.

"Awak maaf .."Ujar Ayumi tersekat sekat. Perhhhh...sakit juga..lama tol badan aku tak kena peluru ni. Monolog Ayumi.

"Ayumi jangan tinggal kan aku...weii bangun.."Tangan di tepuk tepuk perlahan pada pipi mulus Ayumi.

Darah yang banyak keluar membuatkan Faris seakan akan hilang setengah jiwa nya.

Aqif yang melihat mengetap gigi. Topeng King dikeluarkan nya di sebalik tuxedo . Mata nya mula menghitam. Aura dingin nan suram menyelubungi dewan hotel tersebut.

Dan tanpa sesiapa sedari satu persatu pihak musuh di bunuh dengan kejam sekali.

Jumlah pihak musuh semakin berkurangan. King melangkah ke arah kembarnya.

"Angkat dia..bawa pergi hospital.."Arahnya dingin.

Faris terkejut namun tetap menurut akan arahan King .

Dengan selamba peluru pistol nya menembusi kepala pihak musuh yang menghalang pintu utama.

Sempat Faris berasa curiga akan tindak tanduk King itu. Namun dia lebih risaukan isteri nya itu. Ayumi di bawa ke dalam dakapan nya. Bibir tidak putus mendoakan isteri nya tidak apa apa.

Setelah sampai keluar. Kereta yang bercorak bunga ros merah di pandu King keluar dari tempat parking yang di sediakan.

Pintu bahagian belakang kereta Audi dibuka oleh nya.

"Cepat masuk kan dia..jangan risau aku tak kan bunuh kau.." Dingin saja yang diturunkan oleh sisi lain Aqif itu.

Faris yang tadi nya teragak agak itu akhirnya bersetuju. Kereta dipandu dengan laju . Semua kereta yang ada dipotong secara selamba saja.

Yang penting nyawa kembar nya.

Hidung yang berdarah di sebalik topeng tidak Aqif hiraukan. Itu lah efek sekiranya Ayumi tercedera.

Sama sama sakit.

#######

Jangan kecam Ifa pasal Ayumi tu kena tembak..

Korang yang nak dia update sangat kat..

Kha..Kha...Kha..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro