Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

three

jaemin dibawa ke bilik kesihatan dan dirawat oleh cikgu yang berada disana . jisung dan jeno setia menunggu jaemin yang masih dirawat .

"macam mana dia boleh kena belasah teruk" tanya jeno memecahkan hening .

"hyunjin tu tiba tiba je cari pasal dengan jaemin , padahal jaemin tak buat apa apa pun" ucap jisung kesal .

"haih , kau tunggu sini kejap lagi aku datang balik" jeno hilang sekelip mata .

"kau nak...." belum sempat lagi jisung bertanya jeno sudah berjalan laju .

"tak rilek" gumam jisung .

- Stuck With You -

pakk !

pakk !

pakk !

jeno menampar satu persatu orang yang terlibat dengan kejadian jaemin tadi . jeno mendapatkan hyunjin , minho dan changbin lalu membawa mereka ke rooftop .

mereka bertiga hanya mampu pasrah dan tidak melawan jeno kerana mereka tahu jeno lebih kuat berbanding tenaga mereka bertiga .

"kenapa kau belasah jaemin ?"

"kalau aku belasah jaemin pun buat apa kau nak kisah , kau kan memang tak kisah pasal orang lain" kata hyunjin menyindir .

sekali lagi jeno melempang muka hyunjin dengan kuat . bibir hyunjin menjadi pecah kerana terlalu kuat di tampar .

"aku bukan nak cakap apa lah , sekali lagi kalau kau kacau jaemin siap siap la kau tempah kubur masing masing" kata jeno lalu meninggalkan mereka dengan amaran .

"heh tiba tiba nak m hal orang apahal , gila kau agak nya" ngumpat minho .

sementara itu jisung sedang meratapi jaemin yang masih tidak menyedarkan diri . selepas sahaja jeno pergi , cikgu yang merawat jaemin memanggil jisung untuk menjenguk jaemin . tiba tiba jeno merempuh pintu bilik itu .

"macam mana dengan jaemin ? cikgu kata apa ?" tanya jeno cemas .

"cikgu kata dia dah okay , cuma sekarang kita kena tunggu dia sedarkan diri . luka sikit sikit jela dekat luaran tapi dalaman rasanya tak ada apa apa" terang jisung .

"ouh faham" jeno duduk di sebelah jaemin yang terbaring .

"terima kasih tolong kitorang , kalau kau takda tadi aku rasa jaemin dah koma da" kata jisung .

"hm" jeno hanya berdehem kecil .

dia sendiri tidak tahu kenapa dia mahu menolong budak baru ini .  jeno bukan la sebarangan orang yang suka menolong nolong . bahkan jeno juga sering memukul pelajar yang mencari pasal dengan nya .

"aku pun taktau lah kenapa tiba tiba aku baik sangat nak tolong dia ni , kenal pun tak" kata jeno perlahan .

"entah entah korang jodoh agak nya" usik jisung .

"erh , aku straight okay" kata jeno malas .

kerana mereka dua asyik bising di kedua belah telinga jaemin , dia terbangun dari pengsan nya .

"argh sakit nya.." jaemin mengerang sakit .

"jaemin ! aku rindu kau" tanpa sedar jisung terus memeluk tubuh jaemin .

"aduh aduh ! sakit laa jisung" jaemin menepuk nepuk bahu jisung .

"eh hehe saya minta maap tak terkawal tadi"

jaemin hanya mendepakan bibir nya kerana kesal dengan perbuatan jisung .

"aduh aku rasa nak terkencing la , korang borak la dulu berdua eh aku nak pergi tandas" jisung tanpa lengah terus meninggalkan jaemin bersama jeno .

jeno hanya menggeleng kecil dengan perangai jisung yang tak semenggah itu .

"macam mana sekarang ? dah makin okay ke makin teruk ?" tanya jeno lembut .

"hm makin la okay la sikit , terima kasih sebab tolong aku sekali lagi" jaemin senyum kecil .

"baguslaa tu , terima kasih terima kasih jugak ingat tak payah bayar ke ?" usik jeno .

"okay nanti aku belanja kau makan"

"apa apa pun , kalau tiga ekor tu masih kacau kau report je dekat aku . aku tahu la macam mana nak bantai diorang tu nanti" kata jeno semangat .

"HAHA tak apaa lah jeno , susah kan diri kau je aku ni pun bukan la sapa sapa bagi kau" kata jaemin perlahan .

"hey ! siapa kata bukan sapa sapa , kau kawan aku mulai harini . siapa yang berani nak cari gaduh dengan kau diorang kena hadap aku dulu"

jaemin terharu mendengar kata kata jeno yang mendalami hati nya . tidak sangka orang seperti jeno sudi berkawan dengan nya .

"lagipun kau kan baru lagi dekat sini , so memang susah la nak cari kawan . orang orang dekat sini selek selek tau semuanya" kata jeno lagi .

"hehe baiklah kalau macam tu , hum kau taknak masuk kelas ke ? nanti cikgu cari pulak tak pasal pasal kena cop ponteng"

"taknak ! aku nak teman kau dekat sini"

"aish dia ni" jaemin mencebik .

- to be continue -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro