❣ Bab 3
YANNIS kalut mencari telefon pintar yang nyaring berdering minta diangkat dari dalam beg tangan. Beg tangan yang jatuh melorot ke lengan disangkut kembali di bahu.
'Apa benda yang banyak sangat dalam handbag ni? Dari tadi cari tak jumpa-jumpa,' rungut Yannis dalam hati.
Sentuh saja telefon pintar bersaiz nipis itu, terus ditarik keluar dan ditekap ke telinga tanpa melihat si pemanggil.
"Hello?" Sambil berjalan, Yannis menyapa si pemanggil.
Buk!
Lagi sekali, dahi licin Yannis terlanggar 'sesuatu' yang keras. Genggaman pada telefon juga melonggar.
Belum pun sempat telefon Yannis jatuh menyembah bumi, satu tangan kekar dan berurat kemas menangkap telefon dia.
Yannis tergamam. Muka ni... Muka yang dia nampak seminggu lepas.
"Ehem."
Deheman kuat daripada lelaki bert-shirt kolar hitam dan berseluar khaki itu serta-merta menyedarkan Yannis. Diukir senyum nipis.
"Hai, Encik Hayyan! Tak sangka kita jumpa lagi, kan?"
Mesra suara Yannis menyapa. Hayyan jeling.
"Kau tak payah nak berencik-encik sangat dengan aku. Acah formal konon, padahal hari tu ikut sedap mulut kau je mengata aku depan-depan," sinis Hayyan.
Yannis jongket kening ke atas. Ditayang riak selamba.
"Bila pula saya mengata awak depan-depan ni? Seingat saya, tak ada pula saya kata apa-apa pada awak."
"Buat-buat lupa pula minah ni. Kau dah lupa atau kau pura-pura lupa?"
"Hesy, tak kan lah saya pura-pura lupa pula. Mestilah saya betul-betul tak ingat," balas Yannis dengan nada serius.
Muka Yannis yang tersenyum sinis buatkan Hayyan rasa mendidih. Dia tahu Yannis sengaja nak mencuri masa dia.
"Sorry, but no sorry. Aku tak ada masa nak tolong refresh otak kau yang dah berkarat tu."
Bila Hayyan nak melangkah pergi, segera Yannis menahan. "Eh, nanti dulu!"
"Kau nak apa lagi?" Malas-malas Hayyan bertanya.
"Saya rasa, saya dah ingat yang saya pernah mengata awak tu. Mungkin otak saya ni automatic lost connection bila jumpa awak yang handsome."
Yannis kenyit mata. Hayyan rasa nak muntah. Yannis kasi dia punchline macam ni ingat lutut dia ketar ke? Tak goyang derr.
"Kau tak payah nak flirt dengan aku sangat. Aku tak hadap pun nak tangkap cinta dengan kau. Hati aku ni, tak ada rasa berbunga langsung bila tengok muka kau yang perasan cantik tu."
Mata Yannis membuntang. 'Dia kata aku perasan lawa? Eh, tak boleh jadi ni!'
"Excuse me, Encik Hayyan Iskandar Dato' Mikhael!
Mata Hayyan membalas pandangan mata Yannis. "Yes, Miss Mulut Murai?"
Jari telunjuk Yannis dihalakan ke arah muka Hayyan. Tapi Hayyan cuma tayang senyum sinis yang jelas-jelas mencabar Yannis untuk meneruskan kata.
"Muka perasan cantik saya ni lah yang awak akan angau nanti," keras Yannis bersuara.
Hayyan gelak sarkastik. "Wah, tinggi betul level confident kau! Kau jangan nak merepek, boleh tak? Kau tu siapa je aku nak kena angau bagai? Muka pun macam maid rumah aku ada hati nak perasan lagi."
Kalau tadi mata Yannis sekadar membulat, sekarang ni Yannis rasa anak mata dia dah nak melaser nak menikam mata Hayyan. Hayyan ni suka-suki taik hidung masin dia je samakan Yannis dengan bibik.
"Awak jangan cakap besar, Hayyan."
Yannis beri amaran. Tangan naik memeluk tubuh sambil mata masih tajam menikam Hayyan.
Hayyan jongket kening. Oh, reti juga Yannis marah! Dia ingat Yannis pandai nak menggeletis je.
"Aku tak cakap besar. Aku cakap benda betul. It's a fact that I would never ever fall in love with you," balas Hayyan.
Ah, Yannis rasa nak menjerit! Boleh tak kalau dia nak cekik-cekik Hayyan ni sampai lidah Hayyan terjelir?
Boleh tak kalau dia jual muka Hayyan yang perasan handsome tu dekat Thailand?
Sumpah, Yannis rasa geram yang amat dengan Hayyan sekarang ni.
"Kalau satu hari nanti awak angaukan saya, awak jangan salahkan saya."
"Wah, beraninya pengacara kesayangan rakyat Malaysia ni cakap macam tu! Sangat impressive. So, kau nak buat apa?" tanya Hayyan.
Disebabkan Yannis rasa tercabar, laku mulut dia menjawab.
"I'll make you fall in love with me."
"Oh, really?! Mummy, Hayyan taaakuuut," ejek Hayyan.
Kuat Yannis gempal tangan dia. Geram. Tu yang Yannis rasa. Kalau boleh, nak je dia tumbuk-tumbuk muka berlagak Hayyan tu. Lepas tu ketuk-ketuk kepala Hayyan. Barulah ada common sense sikit anak Dato Mikhael ni.
"Awak jangan cabar saya, Hayyan!" hambur Yannis.
Hayyan senyum sinis. "Cabar? Bila masa pula aku cabar kau?"
"Ergh! Awak jangan terkejut kalau satu hari nanti saya berjaya buatkan awak jatuh cinta pada saya." Sekali lagi Yannis beri amaran.
Hayyan angkat bahu. Muka jengkel ditayangkan.
"Then, make it real," cabar Hayyan.
"Baik. Dua bulan lagi kita bertunang," tutur Yannis.
Hayyan terkejut. Tu... Tunang?!
"W- What?!" jerit Hayyan. Terkejut. Sumpah terkejut.
Yannis ni dah hilang akal ke nak ajak bertunang? Mereka baru jumpa tak sampai dua minggu tau. Dah tu, baik dan buruk Yannis pun Hayyan tak tahu lagi.
"Ya, dua bulan lagi kita bertunang. Hujung minggu ni, awak bawa parents awak datang rumah family saya," putus Yannis.
Lidah Hayyan kelu nak menjawab. Otak dia masih belum dapat mencerna apa yang Yannis baru cakap.
"Gila! Kau memang gila!" Hanya itu yang mampu Hayyan balas.
"Haah, saya memang gila. Awak tak tahu ke yang saya ni dah tergila-gila sangat nak bersuamikan awak." Dengan tak tahu malu, Yannis membalas.
Orang bongkak macam Hayyan ni memang kena ajar sikit. Biar Hayyan tahu langit tu tinggi ke rendah walaupun tinggi dia cuma separas dada Hayyan.
Hayyan mendengus kasar. Apa lah nasib dia ditakdirkan bertemu semula dengan Yannis yang kurang siuman ni.
"Kau." Lurus jari Hayyan menunding muka Yannis.
Yannis senyum senget. "Kenapa, abang Hayyan sayang?"
Rambut diramas kasar. Bercakap dengan Yannis betul-betul boleh buatkan Hayyan naik darah.
"Gila. Kau sumpah gila. Hey, perempuan! Kau ni dah desperate sangat nak kahwin ke, hah?!" tengking Hayyan.
Yannis toleh ke kiri dan kanan. Nampaknya, Hayyan dah berjaya buatkan mereka berdua jadi tumpuan pelanggan yang berkunjung ke restoran ini.
Segera, lengan Hayyan yang berlapik kemeja itu dipegang dan diheret untuk mengikut langkah Yannis.
"Hey, lepas lah! Kau dah kenapa nak pegang-pegang aku?! Kau lepas sekarang," bentak Hayyan.
"Ikut je saya, Hayyan. Awak jangan nak banyak bunyi."
Dan entah kenapa, boleh pula mulut Hayyan dengar cakap Yannis.
-------
SEBAIK sahaja mereka berhenti di tepi kereta Yannis, Yannis lepaskan pegangan pada lengan Hayyan. Sengaja dia tarik Hayyan jauh daripada orang ramai.
"Cakaplah apa awak nak cakap tadi," suruh Yannis.
Hayyan terpinga-pinga. "Hah???"
"Tadi kan mulut awak tu riuh sangat nak bercakap. Sekarang ni awak cakaplah apa yang awak nak cakap tu."
Hayyan berdehem sekali. Hesy, boleh pula dia blur-blur biawak depan Yannis. Buat malu keturunan Vista Group je.
"Kau ni dah desperate sangat ke nak kahwin? Kalau ya pun kau terdesak sangat nak kahwin, kau jangan nak heret aku sekali!" luah Hayyan.
"Desperate lah juga sebab mak saya dekat kampung tu hari-hari telefon tanya bila nak bawa balik menantu. Kira, saya sekarang ni desperate yang gila-gila punya desperate."
"Tak, sekarang ni... Kenapa kau heret aku sekali dalam masalah kau? Aku tak boleh kahwin dengan kau," tutur Hayyan.
Dahi Yannis berlapis. "Kenapa pula kita tak boleh kahwin?"
"Sebab aku tak cintakan kau." Macam tak ada perasaan Hayyan luah.
"Then, I'll make you fall in love with me. Selesai masalah."
"Amboi, amboi! Kau ingat, jatuh cinta ni senang macam belajar ABC ke?" perli Hayyan.
"Kalau jatuh cinta tu senang macam ABC, saya tak ajak awak bertunang dulu, Hayyan. Saya bawa awak pergi rumah tok kadi je terus."
Naik pusing kepala Hayyan melayan Yannis. Ada saja mulut Yannis nak membidas apa yang dia cakap.
"Eh, perempuan! Kau..."
Mati kata-kata Hayyan apabila Yannis mencelah.
"Perempuan... perempuan! Nama saya Yannis lah. Y. A. N. N. I. S. Yannis. Nak sedap lagi, bakal isteri awak. Kalau nak islamik sikit, habibati awak." Yannis kenyit mata kepada Hayyan.
Bingit pula telinga dia ni. Dari tadi Hayyan asyik panggil dia, 'perempuan.' Nama dia sikit punya glamour. Jantina dia juga yang disebut-sebut.
Membuntang mata Hayyan. Diramas kasar rambut hitam keperangan milik dia.
"Ah, kisah pula aku apa nama kau! Sekarang ni, kau dengar sini baik-baik apa aku nak cakap."
"Ya, silakan. Telinga saya ni memang dah bersedia nak dengar mulut basi awak tu cakap."
Hayyan buat tak dengar dengan perlian Yannis.
"Aku. Tak. Nak. Kahwin. Dengan. Kau. Tunang ke, kahwin ke... Aku tetap tak nak. Faham?!" jerit Hayyan.
"Jerit, jerit. Anak tekak awak tu nasib baik ada lagi dalam tekak. Kalau terkeluar, tak pasal-pasal bisu," provok Yannis selamba.
Hayyan tak membalas tapi tajam dia menjeling Yannis.
"Awak nak ke, awak tak nak ke, ada saya kisah? Saya tetap nak bertunang dengan awak. Saya ajak awak tunang je, Hayyan. Bukan kahwin terus," sambung Yannis.
Hayyan sebal. Yannis ni tak faham bahasa ke? Dia rasa dia cakap guna Bahasa Melayu, bukan bahasa Adudu.
"Tak, sekarang ni apa yang terdesak sangat kau nak kahwin? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ajak aku kahwin."
Hayyan cuma berdiplomasi. Dia masih tak faham apa yang Yannis fikir sampai Yannis boleh ajak dia tunang macam ajak dia pergi makan.
"Siapa kata tak ada angin, tak ada ribut?"
"Dah tu?"
"Awak lupa ke deal kita tadi?" ungkit Yannis.
"Kenapa dengan deal tu?" Hayyan balas dengan soalan.
"Kalau saya berjaya buatkan awak jatuh cinta, kita kahwin." Sekali lagi, Yannis ulang ayat yang sama sewaktu mereka berada di depan restoran tadi.
"What if kau kalah?" Sengaja Hayyan bertanya.
"Awak tentukan rewards."
Bagus. Ayat tu yang Hayyan nak dengar sangat.
"Kalau kau kalah, kita tak payah kahwin. Pertunangan bodoh ni pun putus," jawab Hayyan.
Yannis jatuhkan kepala. "Okey, deal."
"Deal!" sahut Hayyan, bersemangat.
Hayyan yakin, Yannis pasti kalah. Yannis baru kenal dia tak sampai sebulan. Macam mana Yannis nak buatkan dia jatuh cinta pada Yannis?
Lagipun, Hayyan lebih kenal diri dia daripada Yannis. Dia bukanlah seorang yang mudah untuk jatuh cinta. Lebih-lebih lagi, ada batu yang menjadi penghalang untuk dia bercinta.
"Saya gerak dulu. Ada kerja," pamit Yannis.
"Silakan. Tak ada siapa halang."
Yannis menjeling. Tak habis-habis nak sinis dia.
------
HAYYAN mengeluh. Tak pasal-pasal dia terikat dalam perjanjian bodoh Yannis. Hilang terus mood dia nak melepak dengan Naufal dan Edirul Fahmi.
"Macam mana kalau perempuan tu berjaya buat aku jatuh cinta?" monolog Hayyan.
Dia geleng.
"Tak, tak. Tak mungkin aku jatuh cinta pada mak cik mulut murai tu."
Sambil berjalan ke kereta, Hayyan bermonolog lagi. Nadib baik tak ada orang yang lalu-lalang dekat sebelah dia sekarang ni. Kalau tak, free-free je dia kena cop gila.
"Tapi kan Hayyan, tak mustahil hati kau tu boleh berubah 360 darjah. Kau lupa ke, hati ni milik Al-Muqollib?"
Dah macam gasing berpusing kepala Hayyan menggeleng.
"No. No. Aku yakin perempuan tu takkan berjaya. Tak semudah tu untuk dia cairkan hati aku ni. Lagipun, dia tu bukan taste aku. Aku kan suka perempuan yang ayu-ayu. Bukan yang tak tahu malu macam Miss Mulut Murai tu."
Hayyan sedapkan hati sendiri. Tiba-tiba, dia berhenti melangkah.
"Kalau dia menang, aku kena kahwin dengan dia. Aku yakin ke aku boleh menang ni?"
Hayyan serba-serbi tak kena. Menggerutu dia seorang diri. Akal dia buntu. Otak dia pun dah mula kusut. Semuanya gara-gara deal Yannis.
Spontan, tangan kanan Hayyan naik mengetuk kepala.
"Aduh! Apa benda keras sangat yang ketuk kepala aku ni?" desis Hayyan.
Tangan kanan yang tadi digunakan untuk mengetuk kepala tadi dibawa ke hadapan muka. Serta-merta mulutnya ternganga luas.
"Oh, shit! Tak pasal-pasal telefon minah tu ada dengan aku. Ni semua deal bodoh tu punya pasal. Habis aku terlupa pasal telefon dia ni."
Hayyan berjalan ke arah kereta Audi A5 yang diparkir berhampiran restoran. Badan diloloskan ke dalam perut kereta. Telefon Yannis dicampak ke seat di sebelah.
"Sekarang ni, macam mana aku nak pulangkan telefon minah tu? Aku bukan kenal dia pun," gumam Hayyan.
Berkali-kali dahi diketuk dengan jari. Akal turut dikerah untuk berfikir cara nak pulangkan telefon Yannis.
"Ah, tengok je lah latest contact log dia! Mesti orang yang latest dia call tu orang yang dia kerja sekali, kan? Sebab tadi dia ada cakap dia nak pergi kerja," Hayyan buat telahan sendiri.
Telefon Yannis dihidupkan. Mujur Yannis tak letak kata laluan. Kalau tak, memang telefon Yannis ni dia simpan jadi pekasam dekat rumah.
Jari Hayyan terhenti apabila melihat sebaris nama di dalam log panggilan. Tertera sepuluh minit yang lepas di bawah nama kenalan yang paling atas.
"Alif? Kalau dia dah ada teman lelaki kenapa dia ajak aku kahwin? Ajak je lah Alif tu kahwin. Kan senang," bebel Hayyan seorang diri.
Hayyan tak pasti apa hubungan Yannis dan Alif. Tapi Yannis simpan nombor telefon Alif sebagai 'Alif B.' Jadi, Hayyan buat andaian sendiri yang Alif tu teman lelaki Yannis.
Belum pun sempat jari Hayyan nak mendail nombor Alif, panggilan daripada Alif masuk. Speak of the devil betul.
Lama Hayyan berkira-kira sama ada mahu mengangkat atau tak panggilan daripada Alif. Risau juga kalau dia tiba-tiba jadi duri dalam daging untuk hubungan Yannis dan Alif.
"Kalau Alif tu datang tumbuk muka aku macam mana? Hesy, pecah muka aku yang handsome ni nanti!" Hayyan mula merapu.
Apabila tak ada tanda-tanda Alif akan meletak panggilan, Hayyan paksa diri untuk menjawab panggilan Alif.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro