
2019 part 4
Azlan
Aku dan abang aku, Aziz ke Stadium Wanda Metropolitano, Madrid untuk menyaksikan perlawanan akhir Champions League antara Liverpool dan Tottenham Hotspurs.
Memandangkan aku beli tiket box VVIP, aku dapat beli tiket berhampiran dengan lagenda Liverpool yang lain macam Ian Rush, Kenny Dalglish dan Steve McManaman.
Merlina dan Jessica fan Manchester United, Alif fan Chelsea, dan yang lain-lain tak minat bola, jadi mereka ada program sendiri.
Gol dijaringkan oleh Mohamed Salah dan Divock Origi, dan Aziz begitu seronok sekali apabila melihat pasukan kegemaran arwah ayah menjulang piala Eropah kali keenam.
Lagi seronok bila Aziz sempat bergambar dengan lagenda Liverpool macam Kenny Dalglish, Ian Rush dan John Barnes.
Tapi masa Aziz pergi toilet kejap, aku sempat bergambar dengan Steven Gerrard.
Saat Jordan Henderson, kapten pasukan menjulang piala, Aziz merasa amat seronok. Sudahlah dapat bergambar dengan ramai lagenda, dapat pulak menyaksikan pasukan kegemaran menjulang piala.
Kalaulah arwah ayah masih ada lagi, dia mesti seronok. Dia tu memang peminat Liverpool.
Aku dan Aziz pergi berasingan, sebab lepas ni dia, isterinya Asmah dan anaknya Abel akan ke Liverpool untuk tengok dorang julang piala di sana pula.
Aku pulak bersama-sama yang lain akan ke Palma de Mallorca untuk menyaksikan perkahwinan Donita dengan bekas pemain bolasepak Real Mallorca yang aku tak ingat siapa namanya.
--
Disebabkan Mili tak mahu pergi ke majlis perkahwinan Donita, Jugra mengambil keputusan untuk menemaninya. Aku pulak rasa pelik dengan Alif yang memang nak pergi. Rachel jadi flower girl, maka mungkin la sebab tu dia nak ikut.
Jessica dan Donita seronok kerana dapat jumpa kawan lamanya, sementara Art berbual dengan suami Donita.
Aku macam biasa, duduk di penjuru paling hujung sekali dan duduk seorang diri. Kemudian ada perempuan yang bayanya nak dekat tengah 50an, duduk sebelah aku.
"You look familiar. I saw you on TV."
"Probably about GH17 plane crash?"
"Yes, I guess. You're the leader of Gelanggayu, right?"
"Yes. But I'm on vacation, and visiting Donita for her wedding."
"I used to live in Gelanggayu when I was a kid. In the 70s my dad was working at British High Commissioner and my mum was working at British Council."
Aku terdiam kejap.
"Cleo?"
"How do you know my name?"
Aku senyum.
"Remember your cat Mr Snuggles?"
"Alan?"
"Yes."
"Oh my God! It's you! It's been a long time since I haven't meet you. 19..."
"1979."
"Darn it's already 40 years! Oh I miss Mr Snuggles. I hope you taking care of him while he was there with you."
Kalau dia tahu apa jadi pada Mr Snuggles, mesti dia marah aku. Tapi benda pun dah lepas. Jeneral Firdaus anak tiri kepada si pembuat onar pun dah jadi Presiden Republik.
Aku dapat tahu dari Cleo lepas dia jadi model, dia kahwin dengan jutawan sana, kemudian beli rumah di sini, buat vila. Dan Donita ni pulak tempah vila ni untuk buat wedding dia di sini.
Dia cakap mujur suami dia sempat pindahkan semua hartanya ke Sepanyol sebelum Brexit berlaku. Katanya ramai billionaire di UK keluarkan duit mereka dari sana ke negara-negara EU macam Sepanyol dan Ireland.
Aku beritahu la Cleo kalau berminat nak beli tanah kat Ireland, beritahu aku sebab bini aku ada banyak tanah kat sana. Dublin tengah nak naik tu.
Aaahhh, Cleo. Siapa yang tahu kisah awal aku, tahu la kenapa aku jadi segan terserempak dengan dia ni. Yang tahu kisah aku masa aku muda je lah tahu.
Arwah Ali dengan Aziz je yang tahu cerita.
--
"Kenapa awak tak nak pergi wedding tu, Jugra?" tanya Mili sambil berjalan di tepi pantai bersama Jugra berpimpin tangan.
"Malas lah. Baik temankan awak. Awak kan girlfriend saya," kata Jugra yang berjalan sambil pakai baju tak kancing butang untuk tunjuk abs enam ketul di perutnya.
Mereka berdua berjalan di tengah terik tengah hari, dan orang ramai sedang berjemur di tepi pantai Ciudad Jardin, iaitu pantai yang popular dengan videoclip lagu Asereje belasan tahun dulu.
"Tahun depan, saya sambung bahagian ketiga Khidmat Negara dekat Kolej Tentera. Lepas tu saya kena hantar kat Kolej Tentera untuk belajar pasal tentera kat situ. Saya grad dalam 2022 kot."
"Okay, saya tunggu awak."
"Tahun 2023 tu, kita kahwin?"
Mili pandang mata Jugra.
"Awak serius ke? Awak tak rasa ke macam tu terlalu awal? Mana tau awak nak berjimba-jimba dulu ke?"
"Nak berjimba-jimba. Tapi dengan awak."
"Awak yakin ke awak nak kahwin dengan saya ni?" tanya Mili.
"Saya rasa, daddy nak jadikan saya ahli politik. Sebab berdasarkan apa yang saya kena buat ni."
"Memang pun."
"Tapi saya tak pandai politik. Awak pandai. Jadi sebab tu saya perlukan awak. Lagipun..."
Mili pandang Jugra.
"Saya selalu nampak awak berbincang dengan daddy. Nampak benda yang serius. Hal negara. Jadi, saya rasa saya bakal jadi Tuan Pengerusi, dan awak perlu jadi penasihat saya."
"Nampaknya awak dah tahu."
"Saya sekarang dah nampak clear picture apa yang daddy nak buat. Tapi dia tahu, saya tak ada kemampuan untuk berfikir dari sudut taktikal. Tapi saya boleh jadi ketua yang baik."
"Jadi awak nak gunakan kepandaian saya la ni?"
"Bukan macam tu. Tengok daddy. Dia kahwin dengan Mama Mer sebab Mama Mer pandai buat imej. Pandai advertising, pandai kumpul data, pandai buat propaganda. Tengok dia popular. Kalau saya nak jadi ahli politik, saya perlukan awak. Awak kan Milipedia."
Mili tersipu-sipu bila Jugra panggil dia macam tu.
"Saya suka kat awak sebab awak baik. Awak lindungi saya dan Alif daripada kena buli."
"Dan saya suka awak pun sebab awak pandai. Saya tak berapa pandai pun."
"Cuma itulah, family kita ada history. Mama saya ada isu dengan daddy awak, lepas tu saya ada isu dengan kawan aunty Jessie. Nak buat macam mana kan?"
"Saya harap mama awak sempat tengok kita kahwin sebelum dia kena hukuman."
"Saya rasa tak kot. Macam tahun depan, mungkin dua tahun lagi, dia kena gantung sampai mati. Saya nak mintak tolong kat Uncle Alan pun saya rasa memang tak boleh. Sebab apa yang dia buat tu memang teruk. Tapi ia tak menidakkan perasaan saya terhadap mama saya."
"Kalau saya cuba pujuk daddy untuk bebaskan mama awak?"
"Tak mungkin. Mama saya rancang untuk bunuh Uncle Ali. Benda tu dah pasti terlalu pahit untuk daddy awak."
"Habis tu, nak buat macam mana ni?"
"Saya tak harap mama dibebaskan, tapi kalau boleh, dia dilanjutkan untuk tengok kita kahwin."
Jugra peluk Mili, dan cium ubun-ubun kekasihnya.
"Walau apa pun, saya tetap sayangkan awak, Mili."
"Saya juga, Jugra."
--
Azlan
"Aduh, Lan. Tadi ada orang dari tourism board Spain nak mintak PergiMana promote Mallorca kat Gelanggayu."
"Promote je lah."
"Masalahnya supervir..."
Azlan terus tutup mulut Merlina, memandangkan itu sebuah rahsia besar.
"Rilek la. Kau buat je deal dulu. Benda tu bila jadi, jadi la. Kau kena ingat yang perkara ni kita berdua dengan orang-orang tertentu je tahu. Tahun depan memang semua orang tak boleh travel. Tapi lagi dua tiga tahun tu orang mesti nak travel. Kita pun lepas ni ada banyak lagi plan."
Lepas ni jet aku akan mendarat di Istanbul, sebab Merlina teringin nak makan kat kedai Salty Bae tu, berehat di situ, kemudian kita ke Goryeo sebab Mili nak ke sana, dan kebetulan aku nak jumpa Presiden Moon untuk discuss pasal banyak benda dari kereta api elektrik sampailah ke kobis.
--
"Rachel?"
"Yes Alif, ada apa?"
"Jom nak kita pergi tengok sunset kat Cala Major? Kat tepi bukit sana tu?"
"Tengok sunset? Boringnya. I nak kena upload video I kat TikTok, and then nak kena pilih gambar untuk post kat IG, and then I nak edit video, nak upload kat my channel kat Youtube. Kalau you nak tengok sunset, you ajak Jugra dengan Mili la."
Kata-kata Rachel tu mematahkan hati Alif. Entah berapa kali perasaannya ditolak macam tu je oleh Rachel. Alif keluar seorang diri dari vila.
Pada Rachel, dia tak berminat nak bercinta. Selepas melihat nasib ibunya yang dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tak percaya pada cinta. Dan kalau dia nak bercinta pun, dia nak lelaki tu perfect macam daddy dia.
Kebanyakan lelaki yang nak mengorat Rachel rasa patah hati bila Rachel tak berminat. Sampai Jugra pun panggil dia lesbian (padahal dia tak pun, cuma tak berminat).
Jugra dan Mili tiba-tiba keluar dalam bilik air berdua dengan hanya bertuala.
"What the hell?" jerit Rachel.
"Sshhhh! Daddy ada ke?" tanya Jugra.
"Kejap lagi la dia balik dengan Mama Mer, Aunty Jessie dengan Uncle Art. Baik korang pakai baju cepat. What the hell korang ni?"
"Diam la Rachel. Serabut pulak aku dengar," kata Jugra.
"Rachel, Alif ada tak?"
"Dia keluar pergi tengok sunset. You dah gila ke, Mili?" tanya Rachel.
"Errr, maybe."
"Is this your first time?" Rachel tanya Mili.
"Banyak kali dah masa kat Khidmat Negara dulu."
"Pun boleh? Euwww! Jugra, ni kalau daddy tahu ni, mampos you!"
"Tak payah la beritahu, hak elaaaahhh!"
Jugra pakai baju sambil jenguk tingkap, dan nampak kereta daddynya dah sampai dekat vila.
"Fuhhh nasib baikkk!" kata Jugra sambil spray perfume.
"Bodoh Jugra! Nak beromen pun tak cover!" jerit Rachel.
"Ala Rachel, Mili pun buat jugak."
"Ye lah, kalau tadi kantoi, siapa susah? Nasib baik I dengan Alif sampai rumah ni dulu. Kalau Uncle Alan sampai dulu? Tak naya?"
"Jangan beritahu Uncle Alan tau."
"Memang la. Tapi kalau nak beromen tu, cover la sikit. Hish! Jugra, kemain sembang agama, kaki romen jugak, menyampah!"
--
Disebabkan di Palma ni tak jumpa restoran halal, maka Azlan, dengan bantuan Merlina dan Art masak makanan malam yang mereka beli di Tesco.
Rachel masih menyiapkan videonya, Mili pula sedang buat IG Live, Jugra dan Alif sedang main PS5 yang baru sahaja keluar di pasaran Sepanyol, dan Jessica pula sedang menaip kerja untuk diupload di Purnama Online.
"Azlan, aku tau kau ni pro masak masakan Itali dengan ayam goreng, tapi masakan Spanish ni, kau reti ke?" tanya Merlina.
"Aku buat paella seafood yang basic tu lah," kata Azlan.
"Basic? Bukan apa, Jessie cakap Donita dengan husband dia nak datang," kata Merlina.
"Mer..."
"Kenapa?"
"Kau tak tau ke Mili tak suka Donita?"
"La, apasal pulak?"
Azlan buat signal, tapi Merlina tak faham.
"Amende kau ni?"
"Ish, kejap!"
Azlan tarik baju Merlina.
"Kau pun tau kan Donita ni dulu ada history dengan papa dia...."
"La, yang pasal skandal tu?"
"Ye la. Aku dah janji dengan Mili kalau dia ikut datang sini, aku akan bawak dia pergi Goryeo. Sebab kebetulan kita pun memang kena ke sana. Aku nak discuss trade, kau nak tengok restoran ramen automated tu."
"Habis tu, macam mana ni? Donita cakap dia on the way."
"Ish, Jessie ni pun ajak orang tak cakap!"
Mili keluar dari bilik dan masuk dapur.
"Sedapnya Uncle Alan masak!"
Azlan dah garu-garu kepala.
"Kau tolong setelkan udang ni kejap!" Azlan terus keluar dari dapur dan datang ke arah Mili.
"Mili, ada sikit problem lah."
"Kenapa?"
"Donita nak datang sini."
Muka Mili berubah.
"Tapi Uncle dah janji!"
"Rileks, rileks. Jessie!"
"Ya, Abang Alan!" Jessica menyahut.
"Kau boleh tolong aku carikan restoran mana-mana tak? Tolong book kan dua orang. Nama Jugra dan Mili."
"Eh kan Abang Alan nak masak..."
"Dah kau jemput Donita tu siapa suruh?" Azlan cekak pinggang.
"Tak cukup makanan ke?"
"Bukan soal tak cukup. Mili tak suka Donita!"
"Eh apa pasal pulak..."
"Pasal kes dia dengan papa dia dulu la!"
Mili datang ke arah Jessie dan Azlan.
"It's okay lah, Uncle Alan. Mili duduk dalam bilik je."
Mili masuk dalam bilik, kemudian dia kunci pintu.
Semua terdiam.
"Apahal adik aku tu?" tanya Alif.
"Aduh, merajuk apa pulak ni?" Jugra tergaru-garu kepala.
Bunyi kereta di depan berhenti.
"Olaaaa, buenos noches everybody!" kata Donita.
--
Azlan hanya mendiamkan diri, tak banyak bercakap kecuali bila orang tanya sahaja. Dia rasa bersalah kepada Mili. Perkara ni bukan atas kehendak dia pun.
Tapi dia tetap rasa seperti Mili terasa hati dalam hal ni. Dia ketepikan sedikit makanan, kemudian dia berjalan menuju ke bilik Mili.
"Mili, bukak pintu. Uncle Alan ni."
Azlan nampak mata Mili seperti bengkak kerana menangis.
"Mari datang dapur, uncle temankan Mili makan kat sana."
Azlan tahu Mili dari tadi sukakan bau masakan tu, tapi disebabkan ada Donita, Mili jadi patah hati.
"Mili, Uncle nak Mili tahu yang Uncle takde niat pun nak bawa Donita kat sini."
"Mili dengar, Aunty Jessie yang ajak."
"Donita dengan Aunty Jessie tu dah kawan baik sejak sekolah lagi. Jadi perkara dorang berkawan baik tu, Uncle tak boleh nak halang. Cuma Uncle harap..."
"Mili tak ada masalah dengan Uncle, Aunty Jessie, atau sesiapa pun. Mili cuma ada masalah dengan perempuan tu je. Kalau Aunty Jessie nak kawan dengan dia, tu Aunty Jessie punya hal lah, tapi Mili tak nak tengok pun muka perempuan tu."
"Faham. Mili jangan menangis lagi ya? Uncle minta maaf sebab Uncle rasa Uncle dah mungkir janji."
"Eh tak, takpe Uncle. Mili okay je."
"Sedap tak paella tu?"
"Sedap. Terima kasih Uncle. Uncle, boleh tak Mili tanya satu soalan?"
"Apa dia?"
"Kenapa mama gaduh dengan Uncle? Mili tengok uncle ni baik je."
Azlan dah garu-garu kepala.
"Macam mana nak jawab ni ek? Dulu, mama crush dengan uncle..."
"Tau..."
"Sampai satu tahap, dia calit minyak senyonyong kat tengkuk uncle. Lepas tu, uncle dan mama Mili, macam mana ek...terlajak. Masa tu, mama dah tunang dengan papa."
"Kenapa sampai macam tu sekali?"
"Uncle mengaku masa dia calit minyak senyonyong tu, uncle jadi susah nak lupakan dia. Macam kena sihir macam tu. Lepas terlajak tu, uncle dengan mama kena tangkap basah."
"Ooohhh..."
"Uncle tahu yang uncle pun ada salah, tapi mama terus sekat uncle. Mana uncle pergi, uncle kena dajal. Sampai lah Uncle Ali kena tembak sebab mama nak gulingkan kerajaan. Mili, sebenarnya uncle pun rasa bersalah pada Mili, pada Alif atas apa yang berlaku. Uncle memang ada kuasa untuk bebaskan mama Mili, tapi nanti apa orang-orang Jeneral Firdaus cakap? Apa Kecik cakap? Apa Aunty Dayah cakap? Apa Aunty Zana cakap? Apa perasaan Nilam nanti? Susah. Apa yang mama Mili buat tu, berat."
"Mili faham, Uncle. Tapi Mili cuma ada satu permintaan. Kalau boleh, boleh tak lanjutkan hari dia kena hukuman gantung tu? Mili nak dia tengok Mili kahwin dulu."
"Bab tu, Uncle tak boleh janji, sebab yang jatuhkan hukuman ialah hakim. Tapi uncle cuba. Mili ingat tau, uncle tak janji."
"Mili dan Jugra nak plan kahwin tahun 2023."
"Tapi Jugra nanti kena pergi Kolej Tentera, belajar kat sana. Mili nak tunggu ke?"
"Takpe, Mili tunggu. Sebab Mili sayangkan Jugra. Cuma, Mili harap, uncle maafkan mama. Bagi pihak mama, Mili mohon maaf kat Uncle."
Azlan hanya mampu senyum, sebab berat nak maafkan Adilah ni, terutamanya apa yang dia buat pada Ali.
"Dah, makan cepat. Uncle nak ke depan jap, layan tetamu."
--
Mili
Aku takkan berdiam diri. Walaupun aku tahu Tuan Pengerusi tak ada niat mala fide (niat buruk) untuk jemput si betina berdebah tu, dan Aunty Jessica pun tak ada niat jahat, tapi aku tetap berdendam kepada Donita ni.
Malam tu, aku sarung baju hoodie hitam, dan aku hubungi orang Sayap Hitam, untuk berjumpa dengan terrorist pemberontak Sahara Barat, yang Tuan Pengerusi Azlan ada hubungan seawal tahun 1990, untuk rosakkan brek kereta perempuan berdebah tu.
Dan untuk aku tutup pengetahuan semua orang termasuk Tuan Pengerusi, dengan block nama 'Donita Ramos' dalam semua engine search peranti mereka.
Papa aku pakar hack komputer, takkan aku tak tahu buat pulak?
Semasa Donita ke bar bersama pasangan tu, melalui Sayap Hitam, dua orang terorist tu rosakkan brek kereta Donita.
Dan macam mana atok aku bunuh ayah Tuan Pengerusi, macam tu juga aku buat kepada Donita.
Betina sundal Sepanyol ni perlu diajar. Dia punca keluarga kami berantakan. Dia punca papa mati sakit AIDS.
Dia dah malukan nama keluarga Salleh Perang dan Wan Demang. Nama keluarga aku yang terdiri dari panglima perang dan ketua perisik terhebat.
Perempuan tu perlu diajar, or should I say, diajal dengan majal dari keluarga Wan Demang?
--
"Ziz, kau kat mana tu?"
"Aku kat Anfield ni! Tengah tunggu bas Liverpool lalu sini julang piala."
"Ambik sikit gambar, pastu kau pass kat Merlina. Kehkehkeh. Dia kan fan Manchester United."
"Haha, jahatlah kau ni. Ada apa, Lan?"
"Gini, aku ada tugas-tugas khas untuk kau. Nanti kau jumpa dengan Mr Forrest kat depan tugu Bill Shankly tu. Dia pakai jersi Fernando Torres Adidas tu. Beritahu dia, yang kau tu abang aku. Lepas tu cakap pada dia, 'let the boy have the ball'."
"Faham, Pengerusi."
"Bagus."
Aziz nampak memang ada lelaki yang sedang menunggu di hadapan tugu Bill Shankly tu yang memakai jersi Fernando Torres yang asyik memandang ke arahnya."
"You're Mr Aziz?"
"Yes. He told, let the boy have the ball."
"Affirmative," kata lelaki itu kemudian meninggalkan stadium Liverpool itu.
--
Azlan
Pelan aku ialah untuk menangkan Boris Johnson dan melemahkan Parti Buruh yang kini dipimpin oleh Jeremy Corbyn. Pihak media akan memainkan isu Jeremy Corbyn yang merupakan seorang sosialis tegar dan seorang pro republikan. Dia juga seorang yang tak ada tetap pendirian mengenai isu Brexit, isu yang disokong oleh ramai kaum buruh di UK terutamanya di utara.
Kebanyakan penyokong-penyokong Parti Buruh di utara adalah terdiri dari "traditional working class", iaitu kaum buruh yang bekerja di kilang. Tapi penyokong Parti Buruh di selatan terdiri daripada pelajar universiti yang pro-Remain.
Jadi sebab itu Jeremy Corbyn susah nak buat pendirian parti memandangkan secara geografi, parti ni dah terbelah dua.
Kenapa aku nak Boris, nanti aku beritahu. Ada sebabnya. Tapi antara sebab lainnya ialah Boris ni mewakili golongan aristokrat dalam konservatif British. Golongan aristokrat ni mewakili old money politics dalam Britain ni.
New money pulak datang dari luar, macam dari Rusia, Amerika, Bharat, Kwantong, dan Gelanggayu contohnya. New money memang nak tunggu old money jatuh untuk takeover UK ni. Kita boleh nampak perkara itu dalam EPL misalnya.
Manchester United dimiliki oleh orang Amerika, Liverpool pun orang Amerika. Manchester City orang UAE punya. Vincent Lau beli Cardiff City. Chelsea dimiliki billionaire Rusia, Roman Abramovich.
Masa Piala Dunia di Rusia yang lepas, ibu dah plan dengan beberapa orang billionaire Rusia yang dah tahu bahawa UK bakal mengadakan sekatan ekonomi ke atas Rusia. 15 April lepas dah dibentangkan rang undang-undang, dan perkara itu akan berkuatkuasa 31 Disember 2020.
Putin tahu yang Rusia akan kena sekatan ekonomi yang lebih teruk lagi oleh Amerika Syarikat dan UK.
Kat London sahaja, ada aset dari oligarki Rusia bernilai £1.5 billion, dan seluruh UK ada £27 billion. Kalau semua ni tak boleh bawa keluar, memang naya billionaire ni.
Jadi ibu menawarkan solusi sebagai middle person, iaitu membeli aset-aset ini dengan harga murah, atau tolong transferkan ke akaun penama rahsia dengan charge 10-15%. Jadi Putin masih ada sumber duit lagi untuk melanjutkan perang walaupun kena sekatan ekonomi nanti.
Ibu pula akan minta Merlina tolong 'cuci' duit ni ke investment yang lain supaya segalanya dilihat sahih dan duit dari Gelanggayu, lepas tu bayar la dividen sikit pada Putin dan kroni-kroninya.
Dan cara untuk memulangkan dividen ni tak boleh pakai transaksi macam biasa sebab dijangkakan Rusia bakal kena ban dari SWIFT. Jadi kena pakai valuable metals macam emas atau perak. Upah yang kita terima tu pun pakai emas atau perak.
Merlin Inc ni walaupun ada banyak pelaburan, tapi hakikatnya syarikat dia ni sebenarnya hedge fund trader.
Sejak krisis ekonomi 2008, banyak hedge fund companies macam BlackRock, Vanguard, Sentosa Holdings (kalau di Temasik). Merlin Inc juga salah satu daripada syarikat ini.
Dengan melemahkan Jeremy Corbyn dalam Parti Buruh, aku akan naikkan Sir Keir Starmer yang merupakan kawan kepada bekas bos Marina masa dia mula-mula dalam bidang guaman dulu.
Kita akan bagi Boris menang dulu, lepas tu bila supervirus merebak, keadaan huru-hara di Britain, dan lepas tu berlaku kegawatan ekonomi akibat Brexit, lepas tu bila Elizabeth mangkat, dan aku jangka Charles takkan mampu buat apa lagi, dia akan serahkan pulau-pulau tu kepada keluarga Cendana, dan aku yakin Mili boleh laksanakan perkara tu nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro