SEIRAS 9
Selepas makan malam hazri pun terus masuk ke dalam bilik tidurnya. dia mula menaip sms untuk alia. "saya minta maaflah alia... saya terlupa pula yang ni nombor handphone awak... janganlah marah... saya tak bermaksud hendak memperlekehkan alia. sorry ya...", hazri menaip sms itu lalu menghantarkannya pada gadis tersebut. Tidak lama kemudian dia menerima 1 sms dari gadis itu. "kata maaf awak di terima tapi lain kali jangan cuba cuba memperlekehkan alia lagi ya... alia tak suka... hairi tengah buat apa tu?", hazri tersenyum sendirian ketika membaca sms tersebut. dia membalas sms itu lagi. "tengah baring kat atas katil... alia pula buat apa?", sms itu terus di hantarnya. Tidak lama kemudian smsnya di balas oleh gadis tersebut. "tak buat apa apa. Cuma tengok TV aje. nak tahu tak kenapa saya tak pergi ke sekolah hari ni?... sebenarnya saya pergi ke majlis perkahwinan kakak sepupu saya...", hazri membaca sms itu. kemudian dia membalas sms tersebut.
"ooh... meriah tak majlis perkahwinan kakak sepupu awak tu? ada gambar tak awak ambik masa awak menghadiri majlis perkahwinannya tu?", soal hazri dalam smsnya. dia segera menghantarnya lagi. beberapa minit kemudian datang lagi 1 sms dalam handphonenya. "meriah juga... gambar? ada... awak nak tengok gambar alia duduk kat atas pelamin tak? alia ada ambik gambar alia kat atas pelamin...", kata isi kandungan sms itu. hazri membalasnya. "iye...sendlah gambar alia... saya nak tengok gambar alia ni", sms itu di hantarnya dengan segera. Tidak lama kemudian dia mendapat balasan dari gadis tersebut tapi kali ini hazri menerima mms dari gadis itu.
hazri terus membuka mms tersebut lalu melihatnya. kelihatan seorang gadis bertudung purple dan memakai baju kurung berwarna purple sedang duduk di atas pelamin sambil tersenyum manis. lesung pipit di pipinya menambahkan lagi keayuannya. terpegun hazri ketika melihat gambar gadis itu. "fullamak... cantiknya girlfriend si hairi ni... bertuah betul si hairi dapat girlfriend yang cantik macam dia ni... bertudung litup, ayu dan sopan pula tu. tak macam sabrina kekasih aku tu. dia memang cantik tapi kuat seksilah pula... kalau terlalu seksi pun tak best jugak... hmm... alangkah baiknya jika aku dapat seorang kekasih yang cantik macam kekasih si hairi ni...", bisik hati kecilnya.
perlahan lahan dia menaip sms pada gadis tersebut. "cantiknya awak... bertuahnya saya kerana dapat seorang girlfriend yang secantik awak ni... ini yang buat saya semakin sayang pada awak...", hazri mula mengayat gadis itu. dia menyusun ayat ayat yang penuh romantis. semakin lama semakin lain pula bunyi smsnya. Ianya ada 'noty' sedikit. sms itu terus di hantarnya. Tidak lama kemudian dia menerima balasan dari gadis itu. "maaflah hairi... kenapa sms awak ni lain macam aje bunyinya? awak ke yang tulis sms ni atau orang lain? Selalunya awak takkan tulis sms yang 'noty' macam ni...", hazri terdiam saat dia membaca sms tersebut. dia tidak berani lagi mengayat gadis itu. dia tahu gadis tersebut bukan seperti sabrina. kalau sabrina sudah tentu dia akan layan sms yang noty macam itu tapi alia pula lain daripada yang lain. dia lebih bersopan sedikit jika di bandingkan dengan sabrina. dia tidak mahu lagi membalas sms gadis tersebut. dia takut gadis itu tahu siapa dirinya yang sebenarnya.
*** *** ***
Suasana di pub gangstarz begitu meriah sekali. ramai muda mudi datang berhibur pada malam itu. bunyi musik techno remix kedengaran membingitkan lagi gegendang telinga yang mendengarnya. hairi terpinga pinga melihat semua orang menari macam orang yang tak sedar diri pula. buat pertama kali dalam hidupnya dia berada di tempat seperti itu. zeckry terus melangkah ke arah rakan rakannya yang berada tidak jauh dari situ. hairi merasa kekok sekali bila berada di tempat yang bising seperti itu. Tiba tiba, "hai... hazri... apasal awak tercegat kat situ pula? marilah join kami minum minum kat sini", pekik zeckry sambil memanggilnya. Kelihatan seorang gadis yang sangat cantik dan seksi datang menghampirinya. "akhirnya awak datang juga sayang.... saya dah lama mnunggu awak kat sini. jom kita pergi minum dulu", kata gadis itu dengan riang. dia memegang lengan kiri hairi dengan manja sekali. hairi menarik lengannya. hairi memandang wajah gadis itu. "mungkin ini sabrina, tak?...mungkin juga", teka hati kecilnya. gadis tersebut segera menarik tangannya pula. mahu tidak mahu dia pun terpaksa mengekori gadis itu dari belakang.
mereka duduk sambil minum bir di atas meja. hairi sedikit pun tidak mahu minum bir di dalam gelasnya biar pun zeckry menyuruhnya minum air setan itu. baunya saja sudah cukup membuatkan hairi merasa hendak muntah. "kenapa awak tak minum air bir awak tu hazri?...", soal zeckry hairan melihat gelagat rakannya itu. "maaflah, saya tak ada mood nak minum bir sekarang... saya cuma nak minum softdrink aje...", kata hairi perlahan lahan. zeckry ketawa. begitu juga dengan kawan kawannya yang lain. "minum bir pun pakai mood juga ke hazri?... adoyai... lucunya awak ni...", kata zeckry sambil ketawa. "korang ni macam tak faham faham pulak... kan ke si hazri ni akan masuk racing car competition malam ni. kalau dia minum air bir ni sudah tentu dia akan mabuk... so, dia tak nak mabuk lah tu", sabrina cuba membela kekasihnya itu."eh... betul juga cakap awak tu, sabrina... sorrylah hazri sbab kami ketawakan awak tadi", kata zeckry separuh kesal. "tak apa, saya tak kisah pun...", kata hairi selamba. Dalam hati dia bersyukur kerana dirinya di bela oleh sabrina. "awak nak merokok tak?", soal zeckry sambil menyerahkan sebatang rokok pada hairi tetapi hairi menggelengkan kepalanya. "tak... saya dah berhenti merokok", jawap hairi selamba. sekali lagi mereka mentertawakannya.
"Eh... sejak bila pula awak berhenti merokok ni?...", soal zeckry sambil ketawa. "sejak pak cik saya di kampung mati mendadak kerana sakit jantung. doktor kata dia mati krana terlalu kuat menghisap rokok sebab itulah dia sakit jantung. rokok boleh membunuh sesiapa saja yang menghisapnya. cuma kita saja yang buat buat tak tahu tentang hal ni", jawap hairi panjang lebar. zeckry tidak jadi merokok. dia menyimpan semula rokoknya ke dalam kotak rokok di tangan. "mari kita menari", ajak sabrina di sebelahnya. "ah... malas daa... awak lah ajak si zeckry ni menari dengan awak", kata hairi sambil menggeleng gelengkan kepalanya. sabrina menarik muka masam. "ala... menari sekejap ajelah... jomlah sayang", pujuk sabrina dengan manja. "tak naklah... zeck, awak tolong temankan dia ni menari. saya nak duduk tenangkan fikiran kat sini", kata hairi pantas. "ok, no problem", zeckry pantas menarik tangan sabrina tapi sabrina menepis tangannya. "saya tak nak menari dengan awak... biar saya duduk kat sini aje", kata sabrina seperti merajuk. "ok... kalau awak tak mahu menari dengan saya, biar suzy saja yang temankan saya menari", kata zeckry sambil menarik tangan gadis yang duduk di sebelahnya itu. mereka pun pergi menari. "hazri, kenapa awak macam tak nak layan saya ni?", soal sabrina sedikit terkilan.
Dia merenung wajah hairi. "bukan saya tak nak layan awak. Cuma saya tak berapa suka dengan gaya penampilan awak ni. terlalu seksi lah... kan bagus kalau awak pakai baju yang tidak mendedahkan aurat awak tu", kata hairi selamba. sabrina diam membisu seketika. "tapi dulu awak cakap saya cantik kalau berpakaian seksi", kata sabrina. "itu dulu tapi sekarang tidak.sebenarnya saya bukan hazri yang awk kenal dulu... saya...", belum pun sempat hairi menghabiskan perkataannya zeckry muncul di situ dengan temannya suzy. "weh... dah dekat pukul 1 malam ni. jom kita keluar dari sini... febian dan geng gengnya dah lama tunggu kita kat racing track tu", kata zeckry. dia terus menarik tangan hairi supaya beredar dari situ. sabrina dan suzy ikut bersama mereka berdua. dua orang lelaki kawan zeckry yang lain turut melangkah keluar dari pub tersebut. mereka melangkah masuk ke dalam kereta evo lancer III itu. Tidak lama kemudian kereta tersebut meluncur laju dari situ...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro