22 Makhluk neraka ²
Ustaz Syamim selesai menunaikan solat sunat, wajahnya tenang berteleku di atas sejadah. Dalam rumah itu, hanya dia yang masih berjaga. Azlan tiada kerana ke pekan untuk membasuh baju, sementara Shah dan Izlan masing-masing berada di dalam bilik mereka.
Kesunyian malam yang damai tiba-tiba direnggut oleh bunyi cakaran tajam pada dinding rumah. Suara itu bergema, seperti kuku panjang yang menggesek permukaan kayu, menoreh masuk ke dalam pendengaran Ustaz Syamim.
Hatinya mula mengesyaki sesuatu. "Pagar sudah bocor," bisik hatinya. Gangguan ini bukan kali pertama.
Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi tapak kaki kecil berlari-lari di beranda luar, diiringi hilai tawa panjang, suara yang tidak sepatutnya hadir di tengah malam. Namun, Ustaz Syamim terus berzikir dalam hati, tidak mahu menghiraukan gangguan itu. Fokusnya tetap pada Tuhannya.
Tiba-tiba, suara dentuman dari arah bilik Izlan membuatkan dia bangkit. Shah keluar dari biliknya dalam keadaan cemas, wajahnya pucat.
"Ustaz! Uncle Izlan!" Shah menunjuk ke arah bilik Izlan.
Mereka berdua bergerak ke arah bilik itu. Pintu diketuk, namun belum sempat dibuka, Izlan sendiri yang keluar. Wajahnya pucat, matanya tidak berkelip, dan tubuhnya seperti tidak seimbang.
"Uncle?" panggil Shah, tetapi tiba-tiba dia beristighfar panjang, tubuhnya kelihatan tegang.
"Kenapa Shah?" tanya Ustaz Syamim.
"Ustaz... dia bukan Uncle."
Ustaz Syamim memandang Izlan dengan tajam. "Astaghfirullahalazim! Kau siapa? Kenapa ganggu keluarga ini?"
Izlan hanya tersenyum sinis. "Aku?" Suaranya parau dan bergema. "Aku tuan kepada tubuh ini sekarang. Jangan campur urusan aku!"
Ustaz Syamim segera mencapai tasbih di tangannya. Mulutnya terkumat-kamit membaca zikir, sementara keris di celah baju melayu dikeluarkan. "Dengan izin Allah, aku halau kau dari sini!"
Namun, Izlan yang dikuasai makhluk itu tiba-tiba mengubah posisi. Tubuhnya memasang aksi silat, bersedia menyerang. Shah segera masuk ke posisi bertahan, sedar bahawa ini bukan lagi pak ciknya.
"Kau semua akan terima balasan aku!" jerit makhluk dalam tubuh Izlan sebelum melompat ke arah Shah dengan tendangan tinggi. Shah sempat mengelak, langkahnya tangkas hasil latihan seni bela diri selama bertahun-tahun.
"Izlan, lawan dia dari dalam! Jangan biarkan dia kuasai kau!" jerit Ustaz Syamim.
Makhluk itu ketawa berdekah-dekah. "Dia? Dia sudah jadi hamba aku! Jangan cuba ganggu periuk nasi tuanku!"
Suara itu bergetar, cukup untuk mendedahkan dalang di sebalik kejadian ini. Ustaz Syamim akhirnya mengerti.
Tanpa membuang masa, telapak tangannya, Ustaz Syamim mula membacakan ayat-ayat suci: Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan Surah Al-Jinn, ayat 1 hingga 6. Dengan lafaz penuh yakin, dia menyerang makhluk itu secara ghaib, menghalakan niatnya untuk memutuskan cengkaman makhluk itu pada tubuh Izlan.
Izlan meraung kesakitan, tubuhnya menggeletar sebelum jatuh rebah ke lantai, tidak sedarkan diri.
"Ustaz, dah selesai?" Shah bertanya.
Ustaz Syamim mengangguk. "Alhamdulillah. Terima kasih kerana bantu tadi."
Beberapa saat kemudian, Izlan membuka mata. Dia kelihatan bingung. "Eh, kenapa saya kat sini? Apa yang berlaku?"
Ustaz Syamim menghulurkan botol air. "Minum air ini. Baca selawat tiga kali."
Izlan patuh, namun wajahnya masih penuh tanda tanya. "Saya tak ingat apa-apa... Tadi saya dengar bunyi bising di luar tingkap. Bila saya buka tingkap, rasa macam ada angin kuat hempap saya. Lepas tu... gelap."
Shah memandang Izlan dengan serius. "Uncle, tadi uncle kena rasuk."
"Ha?! Rasuk?" Izlan terkejut, suaranya bergetar.
Ustaz Syamim meletakkan tangannya di bahu Izlan. "Mari, kita buat solat sunat bersama. Insya-Allah, Allah lindungi kita semua."
Rumah itu kembali sunyi, tetapi di luar, angin malam berhembus membawa sesuatu yang masih belum selesai.
"Pertarungan belum berakhir."
.
.
.
.
Di rumah Nik
"Untiey tunggu di luar dulu. Biar Nik pergi tengok Mama."
Lina mengangguk perlahan, wajahnya penuh risau.
Nik memulas tombol pintu, membukanya perlahan. Hembusan angin dingin menyapa wajahnya, bersama bau kemenyan yang menusuk hidung. Ruang tamu suram, kelam tanpa cahaya. Tangan Nik meraba dinding mencari suis lampu.
"Jangan nyalakan," suara parau menghentikan gerakannya.
Nik terkaku. Itu suara mamanya, tetapi nada dan getarannya lain, menyeramkan. Hati Nik bergetar risau.
"Mama?"
"Aku bukan mama kau!" Nada itu bertindih, kasar dan memarahinya.
Nik mengertap gigi. Mamanya dirasuk!
"Kau siapa?" soalnya, menahan amarah.
Tawa mengilai lembut bergema di ruang tamu. Bau busuk dan suasana dingin semakin mencengkam.
"Kenapa kau ganggu keluarga aku?!" bentak Nik, cuba mengawal kemarahannya.
"Wanita ini telah mengusik hak tuan aku dulu! Dia layak menerima balasannya!"
Tiba-tiba hujan turun mencurah-curah di luar. Pintu gelangsar kaca bergetar kuat, seolah-olah mahu pecah. Lina, yang tadinya menunggu di luar, berlari masuk dengan wajah cemas.
"Nik... luar..."
Mata Lina terbelalak, kakinya lemah. Hijab matanya terbuka. Di siling ruang tamu, berpuluh-puluh makhluk berkepala anjing dengan tubuh kurus bersayap dan lembing tajam melayang-layang. Di tengah mereka, Luna melekat di siling, kakinya seolah-olah tertanam.
"Ya Allah, Luna!" Lina tergamam.
"Untiey, tutup mata. Jangan berhenti berzikir," arah Nik sambil membuka langkah silat. Dia tahu, tanggungjawab kini di bahunya.
"Kau nampak kami?" Suara makhluk itu mengejek, diikuti hilai tawa seram.
Nik membaca ayat pelindung dengan penuh keazaman. "A'uzu bikalimatillahitammati min syarri maa khalaq!"
Sambil itu, dia menghala telapak tangan ke arah mamanya, niatnya teguh menjadi perisai.
"Kau mengganggu periuk nasi tuan aku! Kau harus mati!" suara makhluk itu semakin mengganas. Nik tidak gentar, terus menyerang.
Dengan sepenuh tenaga, Nik berlari ke arah Mamanya, menjentik dahi mamanya.
Mamanya yang dirasuk mengaduh kesakitan. Bisa serangan kecil entah bagaimana membuatnya muntah hitam. Ruang tamu bergema dengan salakan dan lolongan makhluk berkepala anjing. Mereka bersiap dengan lembing, menyerbu ke arahnya.
"Nik!" Lina menjerit ketakutan.
"Untiey! Ambil keris dalam laci sebelah televisyen!" Nik mengarahkan sambil bertarung dengan makhluk yang cuba menyerangnya satu persatu.
"Jangan harap!" suara itu memerintah, menoleh tajam ke arah Lina.
Lina menggeleng, tubuhnya menggeletar. Kakinya lemah, hampir tidak mampu berdiri melihat wajah Luna yang kerasukan.
"Untiey!" jerit Nik, membangkitkan keberanian Lina. Dengan langkah perlahan, Lina merangkak mencari keris yang disebutkan. Sebaik menemuinya, dia melontarkan keris itu ke lantai di sebelah Nik.
Nik bingkas, menggapai keris tersebut. Bilahnya berukir ayat-ayat suci al-Quran. Cahaya keris itu menyilaukan, menepis makhluk-makhluk yang cuba mendekat. Mereka meraung kesakitan sebelum lenyap satu-persatu.
Bau hangit dan daging terbakar menusuk hidung.
Luna akhirnya terkulai, jatuh dalam pelukan Nik.
"Alhamdulillah," ucap Nik, memeluk mamanya erat. Badannya lemah, sakit, tetapi rasa syukur memenuhi hatinya.
"Nik..." suara Lina bergetar.
"Untiey, kita kena pergi rumah Ustaz Syamim malam ni juga. Nik tak sedap hati."
Lina mengangguk, setuju tanpa ragu.
Ni kepala anjing ke kambing ek? Author ikut gambaran ni, tapi entahla. Tak mahirla nak imagine dia uhuhu.
Next? Author have idea but males type. Give me semangat, I will like do a double update doo huhuuuu *makan sambil usha reader yang baca tak vote.*
Chilll
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro