×××40×××
Habis sahaja raptai, member The boyz kembali ke bilik menunggu.
Seperti biasa, kami ada masa terluang untuk berehat sementara menunggu siaran langsung yang berlangsung pada waktu petang.
Selesai sahaja aku makan tengah hari, aku berjumpa dengan Mina yang berada di hadapan mesin air.
"Mina, aku nak keluar sekejap tau" beritahuku.
"Kau nak pergi mana?"
"Hari ni Omma aku dah boleh keluar dari hospital, jadi aku nak pergi ambil dia."
"Ouh.. pergilah. Tapi jangan lama-lama."
"Arraseo. Lepas aku hantar Omma aku balik, aku datang sini balik. Kau nak kirim apa-apa tak? Dah alang-alang aku keluar ni"
"Tak ada apa."
"Okey. Aku pergi dulu"
"Hati-hati"
"Nae~"
Aku masuk ke dalam bilik menunggu The Boyz untuk mengambil beg tangan aku.
Mata aku sempat bertembung dengan mata Hyunjae yang sedang baring di atas tikar yang dibentang oleh manager mereka.
Dia hanya memandang aku sepanjang aku mengemas barang aku.
Apabila aku keluar dari bilik itu, Hyunjae turut ikut aku dari belakang.
"Awak nak pergi ambil Omma awak ke?" Soalnya.
"Nae"
"Nak ikut"
"Mana boleh. Nanti manager awak cari"
"Tak pelah. Saya bagi tahulah dia yang saya keluar dengan awak. Selagi saya bersama dengan staff creker, dia okey je. Lagipun bukan jauh pun"
"Tapi, takkan awak nak pergi dengan pakai macam ni?" Soalku sambil menunjuk ke arah pakaian yang dipakainya.
Hyunjae memandang pakaiannya.
Pakaiannya terlalu menonjol untuk pergi ke hospital.
"Kalau macam tu saya pakai hoodie. Sekejap, saya pergi ambil"
"Ta--" tak sempat aku nak menghalangnya, dia terlebih dahulu berlari masuk ke dalam bilik.
Aku melepaskan keluhan berat.
Aku bersandar di dinding sambil menunggu Hyunjae.
Aku melihat-lihat orang yang melalui di lorong itu.
Aku terus mengubah posisi berdiri aku kepada lebih sopan apabila Minho dari group STRAYKIDS berjalan di hadapan aku.
Aku menjadi sedikit teruja apabila terserempak dengannya di sini.
Apabila mata kami bertembung, dia melemparkan senyuman lalu menunduk pada aku.
Aku membalas tundukkannya dengan teruja.
Uwuuu...
Dia notice aku lah....😍
Aku kembali memandang hadapan apabila Minho hilang dari pandangan aku.
"Argh!" Terkejut aku apabila melihat Hyunjae tiba-tiba berada di hadapan aku.
"Awak pandang siapa?" Soalnya dengan wajah cemburunya.
"T-Tak ada siapa" bohongku.
"Bukan awak pandang Minho sunbae tadi?" Soalnya sambil mendekatkan wajahnya dengan wajahku.
"Ouh. Awak nampak eh"
"Ouh, awak nampak eh? Macam mana saya tak nampak kalau dari tadi saya perhatikan awak. Awak pilih saya atau Minho sunbae?"
"Mestilah saya pilih awak. Awakkan Namchin saya~" kataku dengan suara yang diperlahankan.
Hyunjae tersenyum lalu menjarakkan wajahnya dari aku.
"Okey. Awak selamat kali ni. Jadi macam mana? Okeykan saya pakai macam ni?" Soalnya sambil menunjuk hoodie yang dipakainya.
Aku merenung bajunya.
"Hm. Bolehlah. Kajja"
•••
🏨🏨🏨
Aku memberhentikan kereta aku di depan pintu masuk hospital.
Omma dan Appaku sudah menunggu di depan pintu.
"Ramai orang dekat sini jadi awak tak perlu keluar. Awak duduk je dalam kereta ni." Arahku pada Hyunjae.
Hyunjae menganggukan kepalanya.
Aku menanggalkan tali pinggang lalu keluar dari kereta.
"Maafkan Yerim sebab lambat."
"Gwenchana. Kamu kan bekerja hari ni jadi kami faham" Kata Appaku sambil mengusap belakangku
Aku memandang Omma aku yang melepaskan keluhan berat.
Wajahnya seperti biasa, sentiasa bermuka masam apabila bersama aku.
"Jom Yerim hantar balik" kataku cuba mengelak daripada Ommaku bertambah naik angin.
Aku menolak kerusi roda yang diduduki oleh Ommaku ke arah kereta ku.
Aku membuka pintu lalu membantu Ommaku berjalan masuk ke dalam kereta memandangkan sebelah kakinya di balut.
"Oh! Kamu siapa?" Soal Ommaku terkejut apabila ternampak Hyunjae duduk di depan.
Hyunjae menurunkan kepala hoodienya lalu berpusing memandang Ommaku.
"Annyeonghasaeyo Ahjjuma. Ini saya, Hyunjae" sapa Hyunjae mesra.
"Oh! Kamu rupanya Hyunjae. Kamu buat apa dekat sini?"
"Saya temankan Yerim" beritahunya.
Ommaku menganggukan kepalanya lalu memandang aku sekilas.
•••
🏠🏠🏠
"Terima kasih sebab hantar kami pulang" ucap appaku.
"Tak ada apalah Appa. Ini memang tugas Yerim."
"Hyunjae, kamu tak nak singgah masuk ke dalam rumah dulu?" Soal Ommaku pada Hyunjae.
"Mianhae. Saya kena balik ke SBS untuk rakaman langsung petang ni. Saya keluar sekejap je ni." Kata Hyunjae serba salah.
"Patutlah kamu nampak sangat bergaya je. Kamu dah bersiap untuk buat persembahan rupanya. Tak apalah. Kalau kamu ada masa, datanglah ke rumah kami. Kami akan masak makanan sedap-sedap" kata appaku sambil menepuk bahu Hyunjae.
"Baiklah. Saya akan datang nanti"
"Appa, Omma, kami pergi dulu"
"Nae, pergilah. Hati-hati"
"Nae, Appa"
TBC
FF ni akan habis dalam beberapa chap.
Author akan cuba habiskan FF ni secepat mungkin untuk buat FF lain.
CAST Untuk FF seterusnya, author akan buat member THE BOYZ yang lain pulak.
Thanks sebab masih setia baca ff ni❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro