Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EBOOK

Alhamdulillah, selepas novel Sayangku Abang Siput sold out, kini saya kembali dengan versi ebook pula. Pada siapa yang tidak sempat mendapatkan kisah Jay dan Jihan Anatasha ni, blh dapatkan dalam versi ebook ni ya.

Kali ni saya berkombo dengan penulis Fahizah_Reena.

Jom dapatkan sekarang.


BLURB
SAYANGKU ABANG SIPUT
ARENA YIDIN

Dia, Si jejaka pemalu yang dikenali Jay Razwil. Aku gelarkan Abang Siput kerana sikapnya yang terlalu lambat dalam membuat keputusan. Dia lambat pick up tapi sikap itu yang buat aku terpikat.

“Tak faham aku dengan kau ni Jihan. Kau biar betul nak dekat mamat lembut tu?” FIDA.

“Apasal tak boleh? Dia okey apa? Bukan lembutlah Fida, lambat pick up je. Tapi kan kau tahu tak Fida, ada satu aura tau dalam diri dia. Aku suka sangat.” JIHAN ANATASHA.

Paling aku suka, dia lelaki yang alim walaupun dia masih muda. Kerana keunikan yang susah ditemukan itu, bak kata pepatah, dia lelaki limited edition. Kerana itu aku suka padanya. Dia satu dalam seribu.

“Awak... tak baik tau. Perempuan tak boleh macam ni. Tak boleh kasar-kasar. Kena lembut. Tu, kenapa pakai seluar ketat? Astaghfirullahhal Adzim! Dosa tau. Tukar balik.” JAY RAZWIL.

Hmm... apa pun, aku tetap suka dia. Walaupun dia slow macam siput, aku nak dia jadi pendamping aku sekalipun cuma dalam mimpi.

Paling penting, aku nak ubah dia jadi lelaki yang benar sejati. Gagah dan berani. Laju dalam tindakan.  Dia, Abang Siput yang aku minat.

Mampukah aku untuk berganding dengan dirinya sedangkan aku sendiri berpewatakan ganas seperti lelaki?

Aku menyimpan angan untuk merubah hidup Jay Razwil namun kerana satu tragedi, sebaliknya yang berlaku. Akulah yang berubah. Itu takdir yang harus aku terima.

Hingga satu hari, Jay meminta aku menutup aurat bermula dari seluar koyak dekat lutut supaya ditutup dari pandangan ajnabi, aku mulai berfikir. Lelaki ini lain dari yang lain. Adakah aku bakal mendapat hidayah melalui lelaki ini?

arenayidin
16 Februari 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro