Isteri Tak Rela Sir Ghibrael
Sinopsis Sir GhibraelAngkara ulah abang sendiri, Bunga terpaksa dikahwinkan dengan lelaki bernama Ghibrael Al - Mateen. Lelaki itu adalah suami orang merangkap kepada majikannya. Kerana tiada pilihan, Bunga jadi isteri tak rela Ghibrael. Bila jadi maid sekaligus isteri kedua kepada Ghibrael, bermacam-macam dugaan terpaksa dia hadap. Perangai isteri pertama Ghibrael selalu menduga hati. Namun, bila difikirkan kedudukan sebagai steri kedua yang disorok, terpaksa dia berdiam diri. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba, Ghibrael gunakan kuasa vetonya dengan mendesak Bunga agar dia sambung pelajaran di kolej. Itu tidak menjadi masalah, namun Ghibrael paksa dia belajar di tempat suaminya mengajar. Suami dia seorang lecturer! "Tak boleh kolej lain ke, tuan?" - Bunga "Leceh dan menyusahkan aku. Aku tak nak kau buat perangai kat kolej lain. Kalau dekat kolej aku, senang sikit aku awasi pergerakan kau." - GhibraelBunga sukar menyesuaikan diri dek kerana dirinya seorang introvert. Sudah lah tertidur di library, dia terlambat masuk kelas! Malu dia kena bahan depan kelas dengan si suami yang bermulut laser itu!"Ok, class... Shh, sudah-sudah usik Bunga. Bunga duduk dulu. After class, jumpa saya." - Ghibrael"Terima kasih, tuan..." - BungaAduh, Bunga tersasul pula. Itulah nasib bila majikan sendiri jadi lecturer! Pening kepala Bunga. Bermacam-macam perangai Ghibrael yang dominan membuatkan dia terasa dikongkong. Pergi dan balik, semuanya diawasi. Datang pula lelaki bernama Haydex yang tiba-tiba hadir menjadi teman. "Kau lupa ke status kau sekarang apa, Bunga!" - GhibraelSemakin hari, Ghibrael menunjukkan sikap cemburu. Bunga bungkam dengan sikap Ghibrael. Tak mungkin majikannya itu telah jatuh sayang padanya? Mustahil!…