six
Aku bangun pagi tu untuk melihat diri aku berada di atas lantai.
"Ark", aku mengaduh kesakitan sedikit bila aku handak membangunkan diri dari lantai itu. Aku jatuh katil.
Biasanya, benda ini akan jadi bila aku mimpi perkara tu. Ya, semalam aku mimpikan perkara ngeri itu.
"Kau memang tak kenang budi!", badan aku ditolak kasar sehingga badan aku jatuh menyembah bumi dan kepala aku terhantuk pada bucu meja dan badan aku seperti sudah patah.
Ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya kepala dan badan aku. Rasa nak tercabut segalanya pun ada.
"Omma...", aku memanggil si dia tetapi apa lagi yang dia buat? Dia ketawakan aku bersama anaknya, Rae Jung dan mereka menyepak aku.
"Siapa omma kau, hah? Dia omma aku seorang"
Inilah yang berlaku selepas ketiadaan appa. Sebelum ini, mereka amat baik terhadap aku. Tetapi, dalam sekelip mata, apabila appa mula sakit dan meninggal dunia, mereka berubah. Mereka menjadi zalim terhadap aku!
Dasar dua orang yang talam dua muka!
Aku cuba untuk bangun lalu tangan aku menggapai iphone aku. Number 911 aku dail.
"Tolong... Lot 24, Mok-dong, Yangcheon-gu, Seoul", aku berkata lalu pandangan aku mula kabur dan aku rebah.
---
Sedar-sedar, aku sudah berada di dalam wad hospital. Kepala aku masih sakit. Kepala aku sudahpun berbalut dan badan aku masih sakit.
"Yoona", satu suara menegur aku. Pandangan aku yang memula kabur itu semakin lama semakin jelas. Ya, Song Nari ada bersama aku.
"Nari", dia mula sebak lalu terus berdiri di sebelha aku dan memeluk badan aku. Aku mula menangis.
"Kenapa aku perlu lalui semua ni, Nari?", aku bertanya padanya tapi dia hanya diam sambil tangannya masih setia mengusap belakang aku bagi menenangkan diri aku yang sendu.
"Sabar ye, Yoona. Aku tahu kau kuat. Ingat. Aku masih ada dengan kau", dia berkata dan itu cukup membuatkan aku tenang. Dialah kawan yang aku ada yang akan sentiasa ada dengan aku. Susah atau senang.
---
Aku sudah pun tahu yang aku ada penyakit disebabkan kejadian haritu. Ya, aku ada penyakit traumatized brain injury. Mungkin tak teruk tapi makin hari penyakit aku makin teruk.
Aku kerap pengsan dan pening kepala. Darah juga kekadang keluar dari hidung. Sakit sangat.
Tetapi, disebabkan Nari, dia sanggup korbankan gajinya untuk membantu aku. Dia menggunakan gajinya untuk menjalankan pembedahan ke atas aku.
Dan, aku bernasib baik kerana pembedahan aku berjaya dan doktor kata kebarangkalian untuk aku dapat semula penyakit ini adalah tipis. Jadi, aku semakin lega.
---
"Yoona! Aku lapar ni! Kau memang tak reti nak masak awal-awal ke?", Rae Jung sudah menjerit dari luar bilik aku dambil pinti diketuk-ketuk berkali-kali.
Aku menutup telinga aku kerana terlalu bising dan aku sangat penat kerana bekerja sampai malam kelmarin.
"Ish, nanti aku turun masaklah!", aku menjerit. Tudak berdaya untuk bangun pada waktu itu kerana terlalu penat.
"Cepatlah!"
"Ya! Aku tak pekak lagi!", aku menjerit kembali lalu aku terus bangun. Arh, kepala aku pening sangat sebab tak cukup tidur. Aku menggosok-gosok mata aku yang berat untuk dibuka.
Aku terus bangun lalu membersihkan diri untuk pergi masak. Lepastu, aku nak pergi syarikat sebab jatanya ada klien nak bekerjasama dengan syarikat kami untuk kembangkan empayarnya di Perancis.
---
"Nari, pukul berapa saya kena pergi meeting dengan klien baru kita?", aku bertanya pada Nari sambil tangan aku masih sibuk memeriksa dokumen tentang kerjasama yang akan syarikat kami lakukan bersama klien baru itu.
"Dia ada berikan number telefon pada saya. Nah. Dia suruh bagi pada puan dan tanya padanya sendiri", dia menghulurkan satu sticky nite pada aku lalu aku mengambilnya. Aku hanya mengangguk lalu Nari pun keluar dari pejabat aku.
Aku menaip number telefon klien aku pada iphone X aku dan mata aku mula membulatakan apabila apa yang aku nampak dalam contact aku amatlah mengejutkan.
"Sapa King Jeon ni?"
•••
Faham tak?😂
K, enjoy. Esok kita buat double update lagi💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro