×01×
BLOOMBLOOM
PRESENT
-PIRATE KING 2-
IG: hxrxsixm
.
.
.
.
.
-SHORT STORY-
.
.
.
.
.
-FANTASY-
.
.
.
.
.
IDEA:
ATEEZ: INCEPTION
.
.
.
.
.
-CAST-
Oh Ji-Eun
As
Readers
.
.
.
Jeong Yunho
As
Jeong Yunho
.
.
.
ATEEZ MEMBER
.
.
.
Aku dan Yunho duduk di cafe yang terdapat di dalam bungunan hospital itu juga.
Tiang saluran air di tangan aku, aku bawa ke mana-mana.
Aku pandang Yunho yang kini duduk di hadapan aku dengan pandangan tidak percaya.
Aku tidak percaya Yunho ada di sini.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soalnya malu apabila aku hanya merenungnya.
"Betul ke ni awak?" Soalku yang masih tidak percaya.
Dia tergelak kecil.
"Awak masih tak percaya?" Yunho mengambil tangan aku lalu meletakkan di pipinya.
Jantung aku berdegup dengan laju apabila tanganku menyentuh pipinya.
Yunho hanya pandang aku dengan senyuman.
"Ah..nae. saya percayakan awak" kataku lalu menjauhkan tangan aku dari pipinya.
"Jadi...awak seorang doktor?" Soalku sambil melihat pakaian yang dipakainya.
"Aniyo" jawab Yunho tenang.
"Awak bukan doktor? Jadi..kenapa awak pakai baju ni?" Soalku terkejut.
"Sebab saya nak jumpa awak"
"Jumpa dengan saya?"
"Nae. Takkan saya nak jumpa awak dengan pakaian lanun."
"Lanun? Awak betul-betul seorang lanun?"
"Sudah semestinya."
"Jadi...apa yang saya lalui selama ni, memang terjadi?"
Yunho menganggukkan kepalanya.
"Tapi macam mana saya boleh berada di dunia lain? Maksud saya Wonderland semua tu?"
"Semasa kejadian kemalangan tu, berlakunya gerhana bulan. Gerhana bulan ketika itu berbeza dengan gerhana bulan yang berlaku sebelum ini. Lagilah pula, keadaan awak ketika itu sangat kritikal.
Roh awak keluar dari badan awak dan Ketika itulah awak berada di dunia lain. Awak bertukar badan dengan seorang puteri yang serupa dengan wajah awak di dunia kami." Terang Yunho.
Aku cuba memahami apa yang dikatakan oleh Yunho walaupun agak sukar untuk difahami.
"Jadi...saya tiada kena mengena dengan kerajaan Wonderland?"
Yunho menganggukkan kepalanya tanda 'ya'
Ouhh..okey...
"Jadi macam mana saya boleh kembali ke sini?"
"Awak ingatkan kali terakhir awak dekat wonderland, awak terkena anak panah. Apabila salah seorang dari mereka mati, mereka akan kembali pada jasad mereka. Macam awak"
"Jadi..tuan puteri tu mati?"
"Nae. Walaupun awak tertukar badan dengan dia, tapi nyawa yang awak guna adalah nyawa di badan tuan puteri itu."
Aku menganggukkan kepala aku tanda faham.
Yunho menundukkan sedikit kepalanya lalu memandang wajah aku yang sedang menunduk.
"Awak...rindukan saya?" Soal Yunho dengan senyuman.
Aku mengangkat kepala aku lalu memandangnya.
"Emm..nae" jawabku malu-malu.
Yunho tersenyum lalu memegang tanganku.
"Mana yang lain?" Soalku yang baru teringat ahli yang lain.
"Mereka ada di kapal" beritahu Yunho.
"Kapal? Mana kapal awak?" Soalku ingin tahu.
Yunho membetulkan kaca mata yang dipakainya lalu masukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek kot doktor itu.
"Ada di suatu tempat" beritahunya.
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro