Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

Sepanjang waktu pembelajaran, Amelia kerap menggaru bahagian-bahagian badannya yang kegatalan. Habis pipi dan tangannya bertukar kemerah-merahan akibat digaru berulang kali. Mujur tiada darah yang keluar pada bahagian yang disentuh dengan kuku.

Amelia ingatkan, alahannya terhadap ayam goreng KFC yang tidak berkhasiat itu sudahpun kambuh tetapi rupanya masih ada lagi kesannya setelah berbulan-bulan dia tidak menyentuh sebarang lauk-pauk berasaskan ayam. Rupanya impak dari pemakanan ayam itu masih ada cumanya kali ini kesannya agak lambat untuk muncul.

"Ubat sapu kau tu kau bawa tak? " Uzma menyelongkar beg sekolah Amelia apabila dilihatnya rakan baiknya itu makin teruk.

"Tak. Kalau aku bawa, dah lama aku pakai. Tak adanya aku garu sampai kulit aku nak berdarah macam ni. " Dahi Amelia berkerut-kerut semasa bercakap menunjukkan yang dia tidak selesa dengan keadaannya sekarang.

Uzma hanya terdiam. Dia cuma mengerah otak sempitnya supaya memberi idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah yang tidak dijangka ini.

"Semalam kau keluar dengan Zu, kan? Kenapa dia tak halang kau makan ayam tu? "

Uzma tercari-cari kelibat rakannya yang seorang lagi itu yang tidak nampak batang hidung pun sepanjang hari ini. Almaklumlah... Zunirah kan penolong ketua pengawas. Memang sibuklah dia dengan tugas pengawasnya itu.

"Dia lupa lah tu. Alah... Ini bukan salah dia pun. Salah aku. Sebab aku yang beria nak makan dekat sana. "

Amelia pasrah. Dia sudah berhenti menggaru walaupun badannya masih gatal. Uzma yang kasihan dengan rakannya itu hanya memandang Amelia dengan pandangan simpati.

Lama dia memikirkan bagaimana cara untuk mengurangkan rasa gatal Amelia sehinggalah dia terpandangkan Awani yang menghalau Alfi dari mejanya dengan tangan seperti menghalau nyamuk. Uzma memetik jari dan tersenyum puas.

"Kau tunggu sini. Aku pergi dapatkan ubat gatal. " Uzma menepuk kecil belakang badan Amelia sebelum meninggalkan rakannya seketika.

Dia menuju ke arah Awani yang sedang memijat dahinya seperti orang yang tertekan dengan kehidupan yang dialaminya. Teragak-agak Uzma pada mulanya apabila melihat kelakuan Awani itu tetapi mengenangkan Amelia yang perlukan rawatan segera, diteruskan juga hajatnya untuk meminta pertolongan Awani.

"Er... Awani. " Uzma mencuit bahu Awani.

Awani menepuk meja dengan tangan kanan yang tadi memijat dahinya yang pusing sehingga menimbulkan bunyi hentakan yang kuat. Uzma terjongket bahu kerana terkejut.

Awani menoleh ke samping. Matanya yang tajam bak burung helang menikam anak mata Uzma yang mula seram sejuk.

"Nak apa? Kalau nak keluar kelas, tunggu cikgu masuk dulu. Sejam lagi je nak rehat. Lepastu keluar lah ke mana pun. " Kata Awani yang mula mengendurkan ekspresi mukanya yang ketat.

"Bukan! "

"Habis tu? "

"Amelia... Dia... "

Kening Awani terangkat apabila Uzma tidak menyambung perkataannya. Dia memandang Amelia di sudut kelas yang sedang tergaru-garu seperti monyet. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Alfi yang duduk di kerusi sambil menghadapnya. Awani berinteraksi dengan Alfi melalui isyarat mata menanyakan apa yang berlaku.

"Amelia ada alergik dengan ayam. Badan dia timbul bintik-bintik merah dan gatal. Sebab tu dia jadi macam tu. " Alfi menguap kecil selepas selesai menjawab persoalan yang bermain di kepala Awani.

Awani ber'oh' ria. Dia menghela nafas singkat lalu menoleh ke arah Uzma semula.

"Waktu rehat nanti, suruh Amelia pergi bilik kesihatan. Sekarang ni tak boleh sebab masih dalam waktu pembelajaran. Tapi kalau dia nak pergi jugak, suruh dia pergi seorang diri. Kalau kau nak teman dia, pergi waktu rehat. " Awani menyatakan dua pilihan kepada Uzma.

Uzma bermain-main dengan jari-jemari menunjukkan yang dia sedang resah ketika ini. Di pandang jarum jam yang tergantung di dinding.

"Tapi lama lagi lah nak rehat. Amelia dah teruk sangat tu! " Terpancar raut kerisauan di wajah Uzma ketika dia berkata sebegitu.

"Macam ni lah... Kau bagitahu Amelia, jangan garu bahagian yang gatal  tu lagi. Nanti lagi parah kesan alergik dia. Aku tak ada ubat alergik tapi aku ada minyak gamat. Nak? " Tawar Awani sambil mengangkat kening.

"Uhukk. "

Awani merenung Alfi yang sengaja menimbulkan suara orang batuk sebentar tadi.

'Perli aku lah tu! '

"Boleh ke minyak tu kurangkan rasa gatal Amelia? " Tanya Uzma ragu-ragu.

"Entah. Aku tak pernah ada alergik jadi aku main agak je kalau pakai minyak ni boleh kurangkan gatal. Cubalah dulu... Mana tau berkesan? " Awani menghulurkan sebotol minyak gamat bersaiz kecil kepada Uzma.

Uzma kini berada di dalam dilema. Kalau tak diambil, pasti Awani akan berkecil hati. Tapi kalau ambil, seperti perbuatan sia-sia je kalau diberikan pada Amelia. Lagipun, minyak tu akan buatkan tangan aku licin!

"O-Okaylah. Aku cuba sapu dekat tangan Amelia. Apa-apa pun, terima kasih Awani! "

Uzma mengambil kata putus seraya menyambut huluran minyak dari tangan Awani dan kembali ke mejanya. Dia mula membuka penutup botol tersebut dan serentak dengan itu, tangan Amelia dituangkan sedikit minyak.

"Aku tak rasa idea kau ni akan berkesan. "

Alfi dari seberang meja memberi maklum balas sambil memerhatikan Uzma yang kalut mengoles minyak gamat itu ke lengan Amelia yang menutup hidungnya kerana bau yang agak kuat. Awani yang juga melihat ke arah yang dipandang Alfi mengetap bibir bawahnya kuat.

"Aku... cuma nak tolong Amelia dengan Uzma je... " Perlahan sahaja suara Awani bertutur bersamaan dengan pandangan matanya yang mula meredup.

Alfi yang perasankan hal itu menatap Awani sejenak.

"Tapi... tu tak bermaksud kau tak jalankan tugas dengan baik. Setakat ni, kau penolong ketua kelas yang paling bagus yang aku pernah jumpa. " Ikhlas kata-kata yang dilontar Alfi sehingga menembus ke sanubari hati Awani yang mendung.

Awani mendongak. Ada rasa gembira yang bertamu di hatinya apabila mendengar kata-kata pujian yang dilontarkan Alfi tadi.

"Tapi itu tak mengubah hati aku daripada membenci kau. " Alfi tersenyum sinis seraya mengangkat dagunya tinggi.

Jatuh merudum rasa gembira Awani tadi digantikan dengan rasa menyampah. Giginya diketap rapat.

"Memang siapa je yang suka dengan kau! Dahlah poyo, kerek, tak guna pulak tu! Nasib baik tak bodoh. Kalau tak, dah lama aku campak kau pergi kelas belakang sekali! "

Awani menunjuk muka Alfi sepanjang dia mengutuk lelaki itu secara berhadapan. Rasa geramnya terhadap lelaki itu semakin hari semakin bertambah sehingga sesak dadanya kerana menyimpan perasaan benci. Mulut lelaki itu betul-betul berjaya buatkan dia bertukar emosi dalam sekelip mata!

Alfi ketawa terbahak-bahak. Sakit perutnya melihat tingkah Awani yang sering berubah-ubah hanya dengan sebaris perkataan yang keluar dari mulutnya. Hati gadis itu sensitif betul! Pantang dikutuk, cepat sahaja dia membalas. Sungguh menggelikan hati!

Alfi menepuk tangannya sambil terus menghamburkan ketawa.

"You made my day brighter, Awani. Thanks a lot. " Ujar Alfi sambil menahan ketawa yang mahu meletus kembali melihat wajah Awani yang memerah. Tak pasti sama ada dia marah ataupun dia malu.

"Ya Allah! Geramnya aku! "

Awani menggulung buku teks Kimia yang awal tadi dibacanya dan melepaskan geram dengan menggenggam buku itu kuat. Kepalanya sudah tidak lagi menghadap Alfi. Sudah cukup dia sakit hati dengan mulut lelaki itu. Jangan sampai tangannya pula yang naik ke muka Alfi yang suka tersenyum sinis itu.

'Cikgu, cepatlah masuk kelas! ' Jerit batin Awani yang terseksa berada di samping ketuanya.

To be continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro