Bab 5
Kaki Awani yang kebosanan mengetuk-ngetuk lantai marmar pusat membelah-belah yang besar dan nampak mewah itu. Segala barangan yang dijual di sini pastinya mencecah ratusan ringgit.
Dia yang suka bersederhana sahaja pasti tidak akan menjejakkan kaki ke tempat sebegini jika tidak dibawa oleh Alfi. Lelaki itu yang turut berada di sebelahnya dipandang datar.
"Kenapa kau ada dekat luar ni? Asal tak masuk sekali? Kesian Xiao Liu sorang-sorang cari barang hiasan." Awani mengalihkan pandangan ke dalam kedai serbaneka yang berada di belakangnya.
Mereka datang berlima dengan kereta yang dipandu Alfi. Wakil pihak lelaki adalah Xiao Liu yang juga merupakan kawan baik lelaki itu dan wakil perempuan yang dipilih ialah Zunirah dan Amelia.
Uzma tidak dibenarkan ikut bersama kerana pasti hanya makanan yang akan dicarinya nanti. Itulah alasan yang diberikan oleh kedua rakan baik itu apabila Awani bertanya perihal Uzma yang selalunya tidak boleh berenggang dengan mereka berdua.
Alfi yang bersandar pada pembatas koridor pusat membeli-belah yang diperbuat dari kaca itu mengerling Awani dengan hujung mata sebelum memfokuskan kembali tumpuannya pada telefon bimbit di tangan.
"Malas. Bukan banyak benda pun yang tinggal untuk dia beli. Hanya pembalut meja dengan beberapa pelekat. Pandai-pandai dialah nak uruskan hal pemilihan barang tu." Jawab Alfi dengan mata yang tetap pada skrin telefon.
Awani mengangguk faham.
"Tak berat ke beg-beg dekat tangan kau tu? Nak aku tolong?"
Alfi mematikan telefonnya dan memandang ke arah kedua belah tangan Awani yang masing-masing mengangkat beberapa beg kertas berisi barang hiasan kelas yang dibeli Zunirah dan Amelia tetapi diberikan pada Awani untuk dijaga. Awani menunduk memandang beg-beg kertas di tangannya.
"Tak apa lah. Bukan berat mana pun." Awani menolak pertolongan Alfi perlahan.
Sebenarnya badannya masih penat akibat seharian digerakkan ke sana ke mari semenjak dia mula menjalankan tugas sebagai penolong ketua kelas. Tertanya-tanya juga Awani, Alfi ni tak penat ke? Nampak relaks je...
"Walaupun kau kata tak berat, tapi aku rasa tak macho pulak biar seorang perempuan yang lemah dan tiada kudrat macam kau pegang beg-beg kertas tu." Alfi sudah mula mengaktifkan sisi poyo dalam dirinya.
Awani memandang Alfi dengan muka menyampah. Dia dah mula dah...
"Acah gentleman... Menyampah aku." Gumam Awani yang mengalihkan wajahnya ke arah lain. Kang tak pasal-pasal dengar dek Alfi apa yang dia katakan, balik jalan kaki lah dia jawabnya.
"Kau cakap apa sorang-sorang tu? Malu dengan aku ke..." Alfi menyeringai nakal.
"Oh tolonglah... Tak ada masa aku nak malu-malu kucing dengan kau. Kau nak sangat kan pegang beg ni?" Awani mengangkat beg-beg kertas yang sarat dengan barang di tangannya ke atas.
Alfi mengangguk mantap.
"Nah! Terima kasih, KETUA!" Awani menyerahkan beg-beg kertas itu dengan kasar kepada Alfi kemudian berjalan masuk ke dalam kedai DIY di mana Xiao Liu dan kedua rakan baik itu masih sedang mencari barang.
"Hoi!" Teriak Alfi.
Dah terlambat.
Kelibat Awani sudahpun menghilang ke dalam kedai meninggalkan Alfi di luar sendirian.
Alfi mendengus kasar.
'Perempuan sombong!'
* * * * *
Mereka berlima yang baru selesai berbelanja mula mengorak langkah ke restoran makanan segera KFC yang berada di tingkat bawah. Solat maghrib sudah ditunaikan di ruang solat yang disediakan di dalam pusat membeli-belah itu dan kini perut mereka pula meminta untuk diisi.
Datang ke KFC ini sebenarnya adalah idea Amelia yang beria-ria untuk makan makanan bergoreng yang sudah berbulan-bulan tidak dijamahnya dan mereka berempat hanya mengikuti dari belakang.
Mereka berlima baru sahaja sampai di kaunter pesanan ketika Awani mencuit bahu Alfi yang berada dalam barisan.
Alfi menoleh. Wajah Awani yang nampak resah dipandang.
"Kenapa? Kau nak beli personal untuk kau ke? Boleh. Tapi kena bayar asing lah." Kata Alfi tanpa mendengar dulu apa yang ingin dikatakan Awani.
Awani menggeleng laju.
"Bukan. Aku sebenarnya tak makan makanan segera. Mama tak benarkan. Takpelah, korang makan lah ayam tu. Aku nak beli roti kejap. Nanti aku datang balik."
Awani baru berkira-kira hendak berbalik untuk pergi ke kedai roti yang tidak jauh dari restoran KFC itu apabila lengan baju kemeja yang dipakainya ditarik oleh Alfi. Dia menoleh ke arah lelaki itu kembali.
"Kenapa? Nak roti jugak? Nanti aku belikan."
Awani cuba menarik bajunya supaya lepas dari pegangan Alfi namun Alfi tetap memegang lengan bajunya yang tidak dibutangkan itu erat. Dahi Awani berkerut.
"Bukanlah. Aku rasa aku nak ubah selera. Jom pergi mana-mana restoran terdekat. Makan fast food masa perut kosong pun tak elok jugak." Selepas mengatakan itu, barulah Alfi melepaskan baju Awani yang besar dari badan yang memakainya.
"Diorang macam mana?" Awani tujukan pada Xiao Liu, Zunirah dan Amelia yang setia menunggu giliran mereka membuat pesanan.
Alfi memandang ketiga orang itu seketika. Sejurus kemudian, dia menghampiri mereka dan memberitahu tentang Awani dan dirinya yang mahu makan di restoran.
Awani dapat lihat reaksi ketiganya yang agak terkejut dengan kata-kata Alfi. Amelia pula sudah memasang raut kecewa. Melihatkan muka sedih Amelia, Awani jadi serba salah. Dihampiri kumpulan kecil itu dengan langkah berat.
"Korang... Kalau korang nak makan ayam, korang makanlah. Aku tak kisah pun." Awani mengukir senyuman kecil kepada Amelia yang memandangnya dengan muka seperti perempuan mengidam.
Amelia kembali ceria apabila mendengar Awani berkata sebegitu. Alfi pula yang terkejut mendengar kata-kata dari mulut gadis itu.
"Alfi, Awani dah kata tak apa kan? Jadi kita teruskan jerlah niat nak beli ayam KFC tu. Lagipun dah lama kitorang beratur ni." Amelia memujuk Alfi lagi.
Alfi memandang Awani yang melihat menu yang terpampang di hadapan mereka. Dari sorot mata Awani, Alfi dapat lihat riak tidak selesa Awani dengan makanan-makanan yang disediakan di kedai makanan segera itu. Dia memandang Amelia semula.
"Hm. Yelah. Pergilah pesan makanan apa yang korang nak. Aku dengan Awani pergi cari meja." Arah Alfi memberi kata putus. Amelia hanya memberikan simbol 'OK' dengan ibu jari dan telunjuknya yang bercantum.
Awani yang mendengar arahan Alfi hanya mengikuti lelaki itu dari belakang. Nasib mereka agak baik kali ini apabila mereka berdua menjumpai meja kosong yang terdapat di hujung kedai yang boleh menempatkan enam orang keseluruhannya.
Segera Alfi menuju ke meja tersebut dan duduk di salah satu kerusi. Begitu juga dengan Awani yang duduk agak jauh dari Alfi. Alfi bertongkat dagu melihat Awani yang seperti rusa masuk kampung itu. Satu kedai ditelitinya dengan penuh rasa kagum.
"Hoi." Alfi mengetuk meja yang menjadi menghalang antara mereka.
Awani berdecak malas. Dipandang Alfi dengan raut wajah tidak suka.
"Apa?" Tanyanya dingin.
"Kau nak aku belikan kau makanan tak? Kebuluran kau nanti, aku nak jawab apa dengan parents kau?" Terselit nada prihatin dalam pertanyaan Alfi yang ditangkap Awani.
Awani menggeleng kecil. Cermin matanya yang tak stabil dibetulkan kembali kedudukannya.
"Tak perlu. Aku makan apa yang aku boleh makan jer nanti. Kalau tak boleh makan juga, diet jerlah aku malam ni."
"Mana boleh macam tu. Kau tu dahlah keding, takkan kau nak kering jugak kot?"
"Tak makan malam takkan buatkan aku mati kering lah. Kau pikir aku belalang ke apa?"
"Bukan belalang tapi semut."
"Apa kena mengena semut dengan aku pulak?"
"Apa gaduh-gaduh ni?" Suara Zunirah yang datang dengan dulang makanan di tangannya menghentikan perbalahan antara ketua dan penolong kelas itu.
Keduanya menjeling antara satu sama lain dengan muka bengang.
'Biarlah aku nak makan ke tak nak. Bukannya dia babysister aku pun!' Awani mendengus dan mengalihkan wajahnya ke samping. Tak mahu melihat wajah kerek Alfi.
'Orang ambil berat pasal dia, bukannya nak jawab elok-elok! Aku biar kau kebuluran sungguh baru kau tau!'Alfi mencapai air Pepsi yang baru diletakkan oleh Xiao Liu dan meminumnya rakus.
"Oi, tu air aku lah!" Tegur Xiao Liu namun tidak diendahkan Alfi.
Akhirnya, Awani hanya menyentuh kentang putar dan sayur campur sahaja untuk makan malamnya. Ayam goreng rangup kepunyaannya diberikan pada Xiao Liu.
Alfi pula sudah tak mahu mengambil peduli pasal Awani. Lantaklah apa nak jadi, dia tak nak ambik tahu! Sendiri yang cari gaduh, pandai-pandai lah dia hidup!
Mereka berlima pulang apabila hampir memasuki pukul 9 malam dengan menghantar Awani terlebih dahulu, diikuti oleh Xiao Liu dan yang terakhir ialah Zunirah dan Amelia yang tinggal sebelah-menyebelah sahaja.
Alfi sampai di rumahnya apabila jam sudah menunjukkan pukul 9.50 malam.
'Haa... Aku penat.'
Keluh Alfi dan terus terlelap di atas katil bujangnya yang empuk tanpa menukar pakaiannya kepada yang lebih selesa terlebih dahulu.
To be continue.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro