Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 44

Kehadiran Puan Melati, guru matematik tambahan itu ke dalam kelas 5 Sains, menjadikan seisi kelas senyap sepi.

Awani yang sedang menyiapkan laporan eksperimen fiziknya lantas menyimpan kertas dan alat tulis di bawah meja. Puan Melati sangat tidak suka melihat meja pelajarnya bersepah. Dan jika dia dapat tahu ada pelajar yang menyiapkan kerja rumah sewaktu dia mengajar, bersedialah untuk menghadap panas mentari selama sejam di tengah padang.

Puan Melati berdehem kuat. Semua mata beralih memandangnya yang sedang berpeluk tubuh di samping meja guru. Di tangannya terdapat sehelai kertas putih yang Awani pasti adalah kerja rumah mereka nanti.

"Baiklah, pelajar. Di tangan saya ni adalah kerja khusus kamu untuk subjek matematik tambahan. Memandangkan kamu semua dah tau, ini subjek wajib lulus bagi yang nak masuk uni dan sebagainya, sila ambil perhatian apa yang saya nak cakap ni..."

Puan Melati mengambil nafas seketika. Dia tahu ada pelajarnya yang tengah mengeluh dan tidak suka dengan apa yang disampaikannya tadi. Tetapi dia juga tahu mereka tak boleh mengelak untuk menyiapkan kerja khusus yang penting ni.

"Jumlah markah untuk kerja khusus ni cuma 20 markah. Saya tahu markah ni memang rendah, tapi tak bermakna kamu boleh buat kerja sambil lewa. Markah daripada kerja khusus ni boleh ditambah dalam markah trial kamu nanti dan mungkin boleh tolong kamu lulus."

Keterangan Puan Melati menerima pelbagai reaksi dari pelajar 5 Sains. Ada yang teruja, ada yang masih tidak suka dan ada juga yang blur dengan apa yang perlu dibuat. Puan Melati memberikan setumpuk kertas putih kepada Alfi untuk diedarkan kepada seisi kelas.

Awani yang pertama menerima kertas tersebut lantas meneliti isi kandungannya. Lakaran silinder beserta ukuran panjangnya menarik perhatian gadis bermata empat itu. Dia kemudian beralih untuk membaca soalan di bawah lakaran tersebut namun suara Puan Melati membuatkan Awani mendongak kembali.

"Sebelum saya mulakan penerangan bagaimana nak siapkan kerja khusus ni, saya diberitahu bahawa kerja ni boleh disiapkan secara individu atau dalam kumpulan. Tetapi dari pemerhatian saya, lebih mudah awak siapkan kerja ni dalam kumpulan.."

Wajah Awani berkerut seribu. Dia sejujurnya tidak suka dengan kerja kumpulan. Bukan kerana dia yakin boleh siapkan kerja ni sendiri tanpa bantuan orang lain, tapi sebab dia tiada calon untuk dijadikan kumpulan. Jika had kumpulan adalah tiga orang, lagilah dia runsing.

Pelajar perempuan 5 Sains hanya ada sepuluh orang, dan pastinya mereka memilih rakan baik masing-masing untuk sekumpulan sekali. Akhirnya, Awani akan dipinggirkan dan terkial-kial mencari kumpulan yang boleh disertainya.

"Oleh itu, saya dah tetapkan 5 buah kumpulan dengan lima orang ahli kecuali satu kumpulan yang hanya ada empat orang sahaja memandangkan bilangan pelajar kelas ni adalah ganjil. Saya tak benarkan kamu tukar ahli kumpulan sebab saya pilih kedudukan kamu mengikut tahap kamu dalam subjek ni."

Awani mendengar keluhan demi keluhan dari rakan sekelasnya di belakang. Buat sesaat, dia merasakan dirinya selfish kerana hanya dia yang berasa lega kerana tidak perlu bersusah payah mencari kumpulan nanti. Awani mengukir senyuman pahit sembari menunduk memerhatikan kertas di tangannya.

"Saya akan umumkan nama kumpulan dan ahli-ahlinya. Jadi saya nak kamu duduk mengikut kumpulan dahulu sebelum saya terangkan perkara selanjutnya."

Bunyi kerusi ditolak menarik Awani keluar dari lamunannya. Dia pantas bergerak mengikuti rakan-rakan perempuannya yang beratur di belakang kelas. Mereka sudah sedia maklum, jika mereka dipilih secara rawak untuk kerja berkumpulan, mereka akan berdiri di belakang dan menunggu sehingga nama mereka disebut.

Buat sekian kali, Awani mengeluh.

* * * * *

Alfi menatap satu-persatu wajah ahli kumpulannya dengan saksama. Semuanya melarikan anak mata atau menundukkan kepala daripada menatapnya. Alfi bertongkat dagu lalu menyilangkan kakinya dengan gaya malas.

"So.. siapa nak jadi ketua ni?" Tanyanya singkat yang mendapat perhatian daripada empat pasang mata di hadapannya.

Tanpa mereka membuka mulut pun, Alfi sudah tau apa maksud pandangan yang ditujukan kepadanya. Dia kemudian menggelengkan kepalanya perlahan.

"No. Kali ni aku tak nak. Aku dah selalu sangat jadi ketua setiap kali ada group assignment. Giliran orang lainlah yang jadi ketua." Tolaknya dalam satu nada. Namun, seperti yang jangkakan, ada yang membantah keputusannya yang satu ini.

"No way, Alfi! Kau tau kan aku tak pernah ikut arahan orang lain kecuali kau seorang je?" Puteri Nazmina membangkang dengan wajah tidak bersahabatnya yang membuatkan Alfi berkerut seribu.

"Boleh tak kali ni kau buang pemikiran kau tu tentang hanya aku yang layak jadi ketua? Aku tau kau ada prinsip hidup kau yang tak akan ikut telunjuk sesiapa, tapi kali ni je Naz! Okay?" Pujuk Alfi separa memohon.

Lama mereka bertentang mata sebegitu sebelum Puteri Nazmina akhirnya bersuara.

"No, means no, Alfi!" Puteri Nazmina memalingkan wajahnya dari menatap Alfi sembari berpeluk tubuh. Raut tegang menghiasi wajah cantik gadis berkenaan. Alfi mengeluh berat.

"Um.. Alfi? Boleh aku cakap sikit?"

Alfi mengerling gadis berbaju biru di sampingnya yang sedang menggaru kepala itu sebelum menganggukkan kepala membenarkan. Amelia tampak gugup sebelum dia mula menuturkan bicara.

"Well.. Untuk kes aku, aku rasa korang semua tahu kan? Aku dapat markah cukup-cukup makan je setiap kali result subjek add math ni keluar. Memang bukan yang paling tercorot, tapi still aku rasa aku tak sesuai jadi ketua kumpulan, Alfi." Jelasnya lebih halus berbanding dengan Puteri Nazmina sebentar tadi.

Namun tetap sahaja itu suatu penolakkan yang sekali lagi mengundang keluhan dari Alfi. Kepalanya yang tiba-tiba berasa pusing diurut perlahan. Keadaannya itu mendapat pandangan simpati dari Tengku Naufal yang hanya menjadi pendengar setia sejak dari awal.

Dia meneguk ludahnya seketika sebelum mengambil peluang untuk meluahkan apa yang bermain di fikirannya sejak persoalan dengan ketua kumpulan itu timbul.

"By the way, Alfi.. memang wajib ada ke ketua kumpulan dalam group assignment ni? Bukan kita tak perlu buat presentation ke? Setakat buat folio je kan?" Ujarnya yang lebih kepada pernyataan berbanding soalan. Ucapannya itu dipersetujui oleh Amelia yang mengangguk laju.

Alfi mengalihkan perhatiannya kepada satu-satunya ahli lelaki selain dirinya dalam kumpulan tersebut. Lama dia menatap wajah cerah lelaki yang mempunyai ketinggian sama dengannya itu sebelum dia memberikan gelengan kepala.

"Kita memang cuma perlu buat folio tanpa ada group presentation. Itu betul, tapi masalahnya, cikgu akan pilih hasil kerja ketua kumpulan je untuk dihantar kepada pemeriksa untuk penilaian nanti. So, jawatan ketua kumpulan ni wajib ada." Jelas Alfi panjang lebar.

Bahu Tengku Naufal melorot jatuh. Ya tak ya, dia lupa pula yang Puan Melati ada beritahu mereka tentang hal tu tadi semasa mereka sedang sibuk mencari ahli kumpulan masing-masing. Dia tak berapa dengar tentang maklumat penting yang disampaikan Puan Melati tu kerana suasana kelas yang sangat bising ketika itu.

Keterdiaman seorang lagi ahli kumpulannya, menyedarkan Alfi bahawa hanya dia yang belum menyuarakan pandangannya dalam perbincangan mereka. Alfi menoleh ke sisi dan memetik jarinya untuk menarik perhatian si gadis. 

Awani mendongak apabila dirasakan ada yang menganggunya yang sedang mencoret di atas kertas kosong. Dia mendapati kesemua ahli kumpulannya sedang memandang ke arahnya. Awani sempat berpaling ke belakang untuk melihat jika ada seseorang di belakangnya, sebelum Alfi bersuara.

"Tak payah tengok orang lain. Aku panggil kau lah, nerd. Kau boleh tak jangan jadi patung je dekat sini?" Ujarnya berbaur sinis yang mengundang jelingan tajam Awani ke arahnya.

"Sorry sikit. Even aku tak bersuara pun aku dengar apa korang cakap, okay?" Ujarnya yang kini sudah memusingkan kerusinya menyertai bulatan kecil tersebut.

Jawapan Awani menguntum senyuman sinis di bibir sang ketua kelas. Dia kemudian cuba menguji sama ada Awani bercakap benar ataupun tidak.

"Oh, yeah? Then, kau rasa apa patut kita buat sekarang?" Tanyanya dengan soalan rawak yang mengelirukan.

Awani berkerut dahi dengan soalan Alfi. Tetapi melihatkan wajah kerek yang ditayangkan Alfi itu sudah memberikan jawapan kepada Awani. Dia memutar bebola matanya dengan perasaan meluat sebelum memberikan jawapannya.

"Aku rasa better kita on hold dulu pasal jawatan ketua tu dan proceed dengan kerja khusus ni dulu. Kita bincang macam mana nak selesaikan tugasan ni after then baru kita decide nak lantik siapa jadi ketua." Cadangnya yang tanpa memakan masa yang lama mendapat anggukan beserta senyuman senget dari Alfi.

Tengku Naufal menguntum senyuman lega apabila riak wajah semua ahli kumpulannya sudah mula rengang dan tidak tegang seperti tadi. Dia kemudian menggamit Awani supaya mendekat dan si gadis segera menarik kerusinya dan mengambil tempat berdekatan Tengku Naufal.

Di dalam hati, Awani agak bersyukur dengan kehadiran Tengku Naufal di dalam kumpulan tersebut. Dia tak begitu rapat dengan Puteri Nazmina dan Amelia, manakala dengan Alfi pula, lelaki itu selalu mengikut kepala sendiri dan susah untuk beri kerjasama. Dengan kehadiran Tengku Naufal, sedikit sebanyak kebimbangan Awani menyurut.

'You're really a knight in shining armor, Naufal.' Rintis Awani dalam hati.

To be continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro