Bab 4
Turun sahaja dari grab, Awani memasuki kawasan sekolah dengan langkah yang lambat-lambat. Pelajar lain yang lalu lalang memandangnya dengan pandangan pelik tidak dihiraukan. Awani meneruskan pembacaan sambil berjalan menuju ke kelas.
Sesampainya dia di kelas, dia melemparkan pandangan ke dalam bilik darjah. Kosong. Awani menekan suis lampu dan kipas sebelum melangkah masuk ke dalam. Tempat duduknya yang berada di hadapan sekali dihampiri dan Awani melabuhkan punggungnya di situ.
Awani meneruskan pembacaan sehinggalah lama kelamaan kelas 5 Sains mula dipenuhi dengan para pelajar. Bunyi bising yang dihasilkan oleh rakan sekelasnya tidak berjaya menganggu kosentrasi Awani. Telinganya seolah-olah tuli untuk mendengar apabila dia sudah ralit dengan buku di tangan.
"Penolong." Sebuah tangan lelaki menghalang pandangan Awani dari membaca helaian muka surat yang terkuak.
Air muka Awani berubah. Dia mendongak dan mendapati Alfi berdiri di hadapannya dengan muka tegas.
"Apa?"
"Ambil kehadiran murid dan laporkan pada aku." Alfi menggunakan bahasa formal. Mood ketua kelasnya muncul.
Dahi Awani berkerut. Buku novel tingkatan 5 yang dari tadi ditatapnya ditutup lalu disimpan di bawah meja. Awani berdiri.
"Macam mana nak ambil kehadiran?" Tanya Awani tidak tahu.
Sehelai fail berwarna biru diberikan kepada Awani. Sebuah pen hitam juga diselitkan di dalam fail itu. Awani membukanya dan melihat terdapat senarai nama 19 orang pelajar kelas 5 Sains di dalamnya termasuk nama mereka berdua. Awani memandang Alfi semula.
"Nampak jam dekat atas tu? Sekarang pukul berapa?" Alfi menunjuk jam di belakangnya dengan ibu jari tanpa menoleh.
Awani menjenguk di sebalik kepala Alfi yang menghalanginya untuk melihat jam di dinding.
"7.35 pagi."
"Ambil nama pelajar yang masuk ke kelas sebelum pukul 7.50 pagi. Siapa yang datang selepas waktu tu dianggap lambat. Sekarang ni awal tahun, jadi tak mungkin ada yang tak hadir ke sekolah." Terang Alfi sambil membetulkan kedudukan tali lehernya.
Awani mengangguk faham. Alfi baru hendak beredar apabila Awani menahannya pergi.
"Er... nak tulis apa dekat senarai nama ni? Tick? Pangkah?" Awani memandang Alfi dan fail di tangan silih berganti.
"Untuk yang hadir ke sekolah, tulis nombor satu. Untuk yang lewat, tulis huruf L besar dan nanti kalau ada yang tak datang sekolah, tulis nombor kosong. Faham tak?" Kening Alfi terangkat sebelah selepas berkata-kata.
Mulut Awani terbuka sedikit seperti menyebut 'aaahhh' lalu dia mengangguk lagi. Alfi tersenyum puas.
"Selamat bertugas." Ucap Alfi singkat kemudian berlalu keluar dari kelas.
Awani memerhatikan keadaan kelasnya yang tak terkawal. Sempat dia memerhatikan jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 7.38 pagi sebelum dia bergerak menuju ke meja guru. Meja kayu itu diketuk dengan pembaris panjang yang kebetulan berada di atas meja.
Seisi kelas memandang Awani.
"Aku panggil nama, sahut. Kalau tak ada sahutan, aku anggap tidak hadir." Kata Awani lantang.
Seperti faham maksud Awani, rakan sekelas yang tadinya duduk berkumpulan kembali ke tempat masing-masing. Awani tersenyum di dalam hati.
"Adif Haikal."
"Saya!"
"Amir Ridduan."
"Ada!"
"Alvin Hong."
"Here!"
"Kamal Zulkifli."
"Ada!"
"Xiao Liu."
"Sini."
"Taufik Jamaludin."
"Hmm."
Awani menahan ketawa. Pemalas betul Taufik ni.
"Tengku Naufal Haziq."
"Datang!"
"Syed Khairul Hamidi."
"Saya..."
'Kenapa perlahan sangat suara dia? Tak makan pagi ke?'
"Adira Syahiera."
"Datang."
"Nurul Amelia."
"Ada."
"Siti Uzma."
"Uzma tidur!" Lantang Zunirah berkata.
Awani mengangkat kepalanya kali ini. Bebola matanya mencari kelibat Uzma. Kelihatan Uzma yang tidur di meja belajarnya dengan air liur yang meleleh keluar dari celahan bibir. Awani bergedik kegelian. Dia memandang Zunirah.
"Suruh dia bangun, Zu." Perintah Awani.
"Baik."
"Puteri Sarah, Puteri Nazmina dan Puteri Aaliya?" Awani menyebut serentak.
Mereka bukan kembar tetapi kebetulan sahaja nama mereka sama di hadapan. Diva kelas 5 Sains tapi setakat diva yang gedik sahaja lah.
Suka bergaduh dengan Zunirah, Uzma dan Amelia yang berjawatan pengawas sekolah dalam semua perkara . Entah apa tujuan mereka lancarkan perang pun Awani tak tahu tapi itulah apa yang dia tahu berkaitan mereka berenam.
"Ada ni haa..." Jawab Puteri Sarah selaku ketua.
"Nur Izlyn dan Nur Izryn."
Ha... Ini barulah kembar sebenar. Kembar yang ceria dan banyak mulut. Rupa diorang memang comel, tapi jangan pernah cari pasal dengan kembar ni. Silap haribulan, rumah musuh diorang pun boleh yang terbakar dek penangan kembar bertocang kuda ni.
"Kami!" Si kembar menjawab serentak dengan Izlyn yang mengangkat tangan kanan dan Izryn yang mengangkat tangan kiri.
Awani meneruskan penandaannya sehinggalah nama Zunirah yang terakhir disebut. Awani menghembus nafas penat. Tak sangka seawal pagi lagi dia akan mengeluarkan suara untuk memanggil nama setiap seorang pelajar.
Keesokan harinya nanti Awani bercadang untuk menanda terus nama pelajar yang masuk ke kelas pada awal pagi dan dia akan menunggu di muka pintu sehinggalah kesemua nama pelajar telah ditanda.
Tepat pukul 7.50 pagi, Alfi kembali ke kelas. Dilihatnya Awani sedang mengurut bahunya yang lenguh. Alfi mengetuk pintu supaya kehadirannya disedari Awani.
Awani terperanjat. Hampir sahaja fail di tangannya terlepas kerana terkejut. Dia pantas menoleh ke pintu kelas. Alfi!
"Dah habis tanda?"
"Dah. Semua hadir dan tak ada yang lewat." Lapor Awani.
Alfi mengangguk puas. Dia menghulurkan tangan meminta fail di tangan Awani. Tanpa banyak soal, Awani memberikan fail itu kepada Alfi kembali. Awani baru hendak balik ke tempat duduknya ketika Alfi menyerahkan buku pemantauan kepadanya pula. Awani mengeluh.
"Apa lagi ni?" Awani merengek tidak suka tetapi tidak dipedulikan Alfi.
"Ni buku pemantauan. Tulis hari, tarikh, jadual, apa semua tu dekat muka surat pertama." Terang Alfi.
"Kenapa bukan kau je yang tulis?"
"Tulisan aku tak lawa macam kau. Jangan banyak songeh. Buat je apa aku suruh." Alfi memaksa Awani mengambil buku pemantauan itu dan dia menghilang lagi.
Awani memijat dahinya yang berdenyut-denyut.
'Tak guna kau, Alfi! '
- - - - - - - - - - - - - - - -
Sepanjang hari ini, ada beberapa perkara yang Awani baru ketahui apabila mereka sudah dilantik menjadi ketua kelas mahupun penolong ketua kelas.
Perkara pertama, ketua kelas atau penolong ketua kelas perlulah datang lebih awal berbanding pelajar lain kerana mereka perlu mengambil kehadiran pelajar.
Kedua, dia selaku penolong perlulah mengisi buku pemantau yang akan diserahkan padanya sebelum waktu pengajaran yang pertama berjalan.
Ketiga, mereka tidak boleh menanggalkan name tag yang bertuliskan perkataan 'KETUA KELAS' dan 'PENOLONG KETUA KELAS' apatah lagi menghilangkannya.
Keempat, segala pertukaran, hiasan, perbincangan yang melibatkan kelas 5 Sains hendaklah dimaklumkan kepada ketua kelas terlebih dahulu. Segalanya akan ditetapkan dengan persetujuan dari ketua kelas.
Dan banyak lagilah yang Alfi sebutkan padanya tadi sehingga jenuh kepalanya mahu menghadam kata-kata lelaki itu. Tetapi sebenarnya tanpa Alfi memberitahunya pun, sedikit sebanyak dia sudah tahu akan hal itu.
Awani bersandar pada kerusi untuk melepaskan lelah. Kepalanya didongakkan memandang siling kelas. Sekarang adalah waktu terakhir dan setiap kelas dibenarkan untuk menggunakan waktu ini bagi membincangkan mengenai hiasan kelas.
Awani tak mahu masuk campur kerana dia sudah berbincang kesemuanya dengan Alfi berkaitan hal itu semalam. Jadi yang tinggal hanyalah Alfi yang perlu memberitahu akan perkara itu pada seisi kelas yang lain.
"Oi." Alfi memetik jarinya di hadapan wajah Awani yang mendongak.
Awani mengerang tidak suka apabila sesi istirahatnya diganggu malaun itu lagi.
"Ha... Alfi... Pergilah kacau orang lain... Penatlah aku layan kau ni..." Awani menutup matanya dengan lengan namun dia masih dengan posisi bersandar sambil mendongaknya tadi.
Alfi mendengus.
"Duduklah elok-elok. Aku nak bagitau something important ni..." Arah Alfi sambil menolak-nolak kepala Awani dengan jari telunjuk.
Awani menurunkan lengannya dan memandang tepat ke anak mata Alfi yang berdiri di belakangnya.
"Aku. Benci. Kau." Kata Awani dingin tanpa perasaan.
Alfi merenung wajah putih bersih itu juga dengan muka tanpa perasaan. Umpama kata-kata Awani itu hanya seperti angin lalu.
"Aku. Pun." Balas Alfi sambil menyambung kembali kegiatannya mencucuk kepala Awani dengan jari telunjuknya yang panjang.
Awani pasrah. Daripada bertekak dengan Alfi sehingga dia dapat penyakit darah tinggi, lebih baik dia ikut saja cakap lelaki yang keras kepala ni. Awani menepis jari Alfi yang tak tahu erti berhenti itu dan kembali duduk tegak di atas kerusi.
Alfi memasukkan keduanya tangannya ke dalam poket dan berubah arah ke hadapan meja Awani pula.
"Apa yang penting sangat tu sambil kau kena cucuk kepala aku?" Awani tak menunggu lama untuk menyerang Alfi dengan soalan. Garis-garis kedutan jelas terlihat di dahi Awani yang menahan geram.
Pandangan Alfi mencerun memandang Awani yang duduk sambil menancapkan pandangan ke arahnya. Menunjukkan yang Awani mendengarkan apa yang bakal diucapkan dari mulutnya nanti.
"Tadi diorang dah bincang nak beli apa untuk hias kelas sama-sama. Duit untuk beli barang, budak perempuan dan budak lelaki dah kumpul siap-siap untuk beli apa yang diorang nak."
"Jadi?"
Awani menyengetkan kepala ke kanan tidak faham.
"Jadi, petang ni aku nak kau ikut aku pergi beli barang hiasan dengan wakil budak lelaki dan budak perempuan. Nanti aku ambil kau dari rumah."
To be continue.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro