Bab 31
Tiga pasang mata tidak berkedip melihat sehelai kertas yang baru sahaja diterima oleh salah seorang dari mereka.
Awani mengecilkan matanya untuk membaca bait butir perkataan yang tercetak dengan kemas atas kertas putih itu. Baru sahaja dia membaca perkataan pertama yang tertera, Awani sudah menunjukkan reaksi terkejut.
"Eh?? Biar betul?" Kata Awani sambil mengerutkan dahi.
Alfi melirik Xiao Liu yang sejak tadi berdiam diri. Mata sepet rakannya itu tidak berganjak daripada menatap kertas di atas mejanya.
"Ini kali pertama kau dapat surat ke?" Tanya Alfi spontan.
Xiao Liu lantas mendongak apabila Alfi berkata begitu. Anak mata mereka bertemu. Namun, Xiao Liu tidak terus menjawab pertanyaan Alfi, sebaliknya dia hanya merenung wajah tampan Alfi yang sedang bertongkat dagu memandangnya.
"Shì." Tutur Xiao Liu selepas beberapa ketika.
Awani beralih menatap Alfi. Dia tak faham apa yang Xiao Liu katakan dalam bahasa cina sebentar tadi. Lainlah Alfi tu yang tahu beberapa perkataan mandarin daripada Xiao Liu.
Menangkap pandangan tajam Awani yang ditujukan ke arahnya, Alfi menjawab ringkas.
"Dia kata 'yes' je."
"Oh.."
Alfi kembali memandang Xiao Liu yang kini sedang tunduk menekur meja. Pandangan mata lelaki itu kosong seperti tengah melamun. Alfi berfikir sejenak sebelum kembali bersuara.
"Masalah gigi kau bukan besar mana, Xiao. Setakat cuci gigi tu apalah sangat.. Kalau nak dibandingkan dengan Uzma yang kena cabut dan tampal gigi sekaligus tu." Tuju Alfi pada Uzma yang masih pucat sejak mereka balik ke kelas semula beberapa minit yang lalu.
Awani juga melemparkan pandangan ke arah Uzma yang bagaikan hilang nyawa di kerusi yang didudukinya. Merasa kasihan, Awani mengambil inisiatif untuk ke meja rakan sekelasnya itu dan meninggalkan Alfi dan Xiao Liu berduaan.
Niat Awani hanyalah untuk menenangkan Uzma yang baru saja menerima kejutan berlipat kali ganda dari biasanya itu. Selalunya, Awani lah yang mempunyai masalah gigi paling teruk berbanding yang lain.
Tetapi tahun ni, dia pula yang terlepas manakala yang lain mendapat surat. Tak mungkin ada kesilapan dalam pemeriksaan tadi kan? Awani sendiri masih tak percaya yang dia menerima pujian dari doktor atas kebersihan giginya.
Sesuatu yang sangat langka dalam hidup seorang Awani Safiah.
Berbalik semula kepada Alfi, lelaki tampan itu masih cuba membuat Xiao Liu yang biasanya bermulut laser tersebut agar mahu bercakap dengannya. Keterdiaman yang luar dari biasa ini membuatkan Alfi kekok dengan rakan baiknya sendiri.
"Xiao, kau kenapa sebenarnya? Takkan kau takut kot gigi kau kena cuci?" Teka Alfi secara membuta-tubi.
Tetapi tak disangka, Xiao Liu mengangguk mengiyakan pertanyaan Alfi itu. Alfi terkesima untuk beberapa saat. Otaknya tiba-tiba jam tak boleh berfikir.
Ini ke lelaki yang sama yang selalu bagi jelingan maut padanya setiap kali dia cuba melawak tu? Atau ini kembar rahsia Xiao Liu yang selama ni Alfi tak tahu? Alfi mengurut dahinya yang berkerut seribu.
Eh, tak mungkinlah.. Xiao Liu ni anak tunggal. Takkan tiba-tiba dia ada kembar pulak kan? Atau ini dope–
"Aku dengar cuci gigi ni sakit."
"Hm?" Mata Alfi berkedip dengan laju apabila dirinya kembali ke dunia nyata. Xiao Liu yang sudah mahu memandangnya diberikan tumpuan sepenuhnya.
"Siapa cakap macam tu?"
"Alvin."
"Kau percaya cakap dia? Yang selama ni kau panggil dia 'budak musang' tu? Bukan selama ni kau jugak ke yang tak pernah percaya dengan apa yang Alvin cakap?" Alfi memperlahankan suara saat berbicara mengenai hal itu.
Walaupun hanya Xiao Liu dan Alvin Hong yang merupakan pelajar berketurunan cina di dalam kelas 5 Sains, tetapi mereka berdua tak pernah sebulu. Ada saja perkara yang nak didebatkan oleh mereka.
Lebih-lebih lagi dengan kenakalan Alvin yang suka mengenakan rakan sekelasnya tak kira lelaki dan perempuan. Bukan sekali dua Xiao Liu jatuh tersembam atas lantai kerana kejahilan Alvin. Entah berapa kali cermin mata Xiao Liu perlu diganti.
Itu pun kerana ulah Alvin juga.
Mana tidaknya Xiao Liu menyimpan dendam terhadap Alvin sehinggakan dia diberi gelaran 'budak musang' oleh Xiao Liu disebabkan kelicikan otak geliga Alvin tersebut.
Jadi apabila Xiao Liu mengatakan yang dia percaya dengan perkataan yang keluar dari mulut Alvin, itu sesuatu yang sangat aneh bagi Alfi. Kerana Xiao Liu seorang yang degil dan susah mahu percayakan sesiapa.
"Tahun lepas dia pernah dapat rawatan cuci gigi yang sama macam ni. Aku nampak gusi dia berdarah.. and it looks painful.. " Luah Xiao Liu dengan riak tidak senang hatinya.
Alfi bersandar pada finding di belakangnya sambil menggaru kepala yang tak gatal. Buntu. Alfi tak tahu mahu berkata apa lagi apabila Xiao Liu sendiri sudah kelihatan putus asa begini.
Apakan daya Alfi, jika dia tak pernah sekali pun menghadapi sesuatu yang dialami Xiao Liu sekarang ini dalam hidupnya. Jangankan merasai pengalaman mencuci gigi, cabut gigi pun dia tak pernah rasa.
Semuanya gara-gara Bonda yang selalu menyelinap masuk ke dalam bilik tidurnya saat kecil, dan senyap-senyap mencabut giginya saat dia sedang nyenyak tidur. Dan Alfi sedia maklum bahawa bondanya itu memang lain daripada yang lain. Hanya satu dalam dunia.
"Tabah eh, XiaoXiao? Ini musibah dari Tuhan ni.. Mungkin Tuhan sebenarnya nak kau jaga mulut kau tu elok-elok lepas ni. Jangan main sembur je macam selalu. Ada hikmah di sebaliknya tu."
Loyar buruk Alfi serta-merta menghilangkan perasaan gelisah yang dirasai Xiao Liu. Bibir mengerucutnya bertukar datar dan tiada lagi raut bimbang yang terpancar di wajah lelaki cina berkenaan. Kelopak mata Xiao Liu meredup di sebalik cermin mata yang dipakai.
"I freaking hate you, Alfi. Kau buatkan aku rasa nak tampar muka kau berkali-kali."
"Hehehe.. Peace, bro." Ujar Alfi sambil menayangkan kedua jarinya di hadapan muka Xiao Liu.
Xiao Liu yang tak tunggu lama terus menggenggam kedua jari tersebut dan menolaknya ke belakang. Kesakitan yang luar biasa terus menjalar dari jari panjang Alfi hingga ke seluruh tubuhnya. Alfi lantas menggeliat ganas.
"Sakit, Xiao! Sakit!"
"Apa? Tak cukup sakit?"
Krakkk!
"Aaarghhh! Jari aku, Xiao!!!"
To be continue.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Bab kali ni memang pendek sebab saya malas nak fikir idea. Lol. Maafkan beta, rakyatku sekalian XD
Next update saya akan cuba tulis panjang2, tapi saya tak boleh janji since I'm lazy :p
Give a lot of votes and support for me so that I will be more rajin untuk menulis next update. ^^
Ciao, XOXO. <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro