Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27

Dua minggu kemudian...

"Semua pelajar tingkatan lima diminta masuk ke dalam dewan! Peperiksaan awal tahun bakal dimulai tidak lama lagi! Ulang suara! Semua pe–"

"Hey, Awani."

Awani yang sedang mendengar arahan guru penolong kanan HEM dari speaker di dalam kelas mereka terganggu dengan panggilan Alfi. Dia mendengus perlahan seraya bangkit dari kerusi.

"Ada apa?" Sahut Awani tanpa memandang Alfi di sebelah.

Kerusi tempat duduknya disorong masuk ke bawah meja lalu bekas pensel diambil dari dalam beg. Alfi yang sejak tadi bersandar pada dinding tidak lepas memandang Awani yang sibuk memeriksa alat tulisnya itu.

Keterdiaman Alfi membuatkan Awani mengangkat kepala dengan raut wajah kehairanan. Dia melihat Alfi yang balas melihatnya sambil berpeluk tubuh. Sejenak kemudian, Awani meliarkan pandangan ke seisi kelas.

"Eh, jomlah berbaris! Nanti lambat pulak masuk dewan." Gesa Awani apabila dilihatnya rakan sekelas mereka mula melangkah keluar dari bilik darjah.

Alfi hanya mengikut kata dan mengekori Awani keluar melalui pintu belakang. Setelah memastikan semua berada dalam barisan dan tiada yang tertinggal, barulah pelajar 5 Sains menapak ke dewan peperiksaan dalam dua barisan.

Alfi dan Awani berada di barisan paling akhir dan saling bersebelahan. Kesempatan itu digunakan Alfi untuk melanjutkan perbualan mereka yang tergendala di dalam kelas tadi.

"Weh Awani, boleh aku tanya kau sesuatu?" Alfi membuka bicara. Dia memastikan supaya jarak antara mereka masih terjaga walaupun mereka saling berbisikan sekarang.

Awani menatap Alfi sekilas apabila ditanya begitu. Sejenak dia berfikir sebelum akhirnya dia bersuara.

"Tanyalah."

Alfi mengerling seketika gadis nerd yang lebih rendah beberapa sentimenter darinya itu dengan ekor mata.

"Kenapa.. kau tak nervous setiap kali 'exam fever' melanda?" Tanya Alfi spontan yang disambut dengan kerutan di dahi Awani.

"Exam fever? Apa kejadahnya tu..." Awani menggaru pipi cuba memahami maksud di sebalik perkataan asing yang diungkapkan Alfi.

Alfi berdecak malas dengan kebengapan penolongnya.

"Maksud aku, waktu exam lah. Kenapa kau tak nervous macam yang lain? Okay, I know you are a smart girl but still..."

"Siapa cakap aku tak rasa nervous?" Pintas Awani yang tersenyum sumbing.

Alfi menatap Awani dengan mata yang terkebil-kebil.

"So you do?" Tanya Alfi tak percaya.

Awani mengangguk mantap. "I do."

Lalu dia ketawa kecil. Awani menggelengkan kepala perlahan sambil melangkahkan kaki kanan masuk ke dalam dewan. Alfi di samping juga ikut tersenyum apabila mendengar tawa Awani itu.

"Tapi aku selalu fikir.. kenapa perlu rasa takut untuk ambil exam? Nak tak nak, kita kena hadap jugak paper exam tu tak kiralah betapa takut dan nervous-nya kita rasa pada masa tu. Isn't it?" Kening Awani terangkat sebelah menguji Alfi yang memandangnya.

Belum sempat Alfi mahu membalas kata-kata Awani, guru peperiksaan sudah menyuruh pelajar tingkatan lima mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka berdua saling berbalas pandangan.

"Good luck, nerd."

"Good luck too, class monitor."

Dan peperiksaan awal tahun tingkatan lima pun dimulai...

* * * * *


Sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi, kertas jawapan pun mula dikutip oleh para ketua kelas untuk dihantar kepada guru tingkatan masing-masing. Ada yang mengeluh sebaik sahaja kertas diambil dan ada yang tersenyum lega kerana telah habis dua paper exam hari ni.

Awani pula tak tahu nak bereaksi apa setelah kertas jawapannya dikutip oleh Alfi tadi. Mengeluh pun tidak, lega pun tidak. Melihat rakan sekelasnya yang nampak gembira kerana hari pertama exam telah berakhir, menimbulkan kerutan di dahi jendul gadis berkaca mata itu.

'Apa yang happy sangat tu? Dah lupa ke yang kita masih ada tujuh lagi paper nak kena hadap? Hm..." Monolog Awani sambil memasukkan pen-pen yang telah digunakan ke dalam bekas pensel.

Ketika Awani selesai menutup zip bekas penselnya, bahunya tiba-tiba dirangkul oleh seseorang dari belakang. Awani yang terperanjat pantas berpaling dan terserlah wajah si pelaku di hadapan matanya.

"Lah... engkau Zu? Buat aku terkejut je tiba-tiba datang dari belakang..." Luah Awani sambil memeluk bekas penselnya rapat ke dada. Muka pucat Awani kembali normal setelah mendapati siapa sebenarnya yang memeluk leher jenjangnya.

Zunirah terkekeh ketawa sambil menyeret Awani keluar dari dewan mengikuti kedua langkah rakannya, Amelia dan Uzma yang berjalan di depan mereka. Keduanya rancak berborak seperti melupakan kehadiran Zunirah di belakang. Perasaan ingin tahu mula menghimpit dada si gadis nerd.

"Zu.. kau okay ke dengan diorang?" Tanya Awani was-was. Wajah Zunirah direnung sedalam mungkin.

Kening Zunirah bercantum menjadi satu.

"Okay je, kitorang macam biasalah. Apa yang tak kenanya?"

"Habis, kenapa kau tak jalan sekali dengan diorang? Takkan sebab-"

"Hey, mana ada lah! Kan aku dah kata kes hari tu dah settle.. Kau ni Awani, selalu sangat salahkan diri sendiri. Perangai kau yang satu ni buat aku risau tau! Kalau ada orang cuba ambil kesempatan atas kau macam mana?" Ujar Zunirah menyuarakan rasa gusarnya.

Tangan Zunirah yang tadinya merangkul leher Awani bertukar tempat memeluk pinggang ramping gadis itu pula. Kepalanya dilentokkan manja di bahu rakannya yang keding itu. Tidak dipedulikan mata-mata pelajar lelaki yang memandang ke arah mereka yang berada dalam posisi berkenaan.

Awani yang merasakan deja vu dengan tingkah manja Zunirah padanya, hanya balas mendaratkan kepalanya dengan kepala Zunirah yang melekat bagaikan belangkas di badannya. Kata-kata Zunirah tadi bermain-main di kotak fikirannya sembari mereka berjalan balik ke kelas.

"Anyway... Macam mana exam tadi? Kau mesti boleh jawab semua soalan kan? Kau kan selalu dapat highest mark dalam subjek bahasa..." Bicara Zunirah mengubah topik perbualan setelah bosan melayani kesunyian yang menghurung mereka.

Kepala Awani kembali ditegakkan apabila Zunirah berkata demikian.

"Mana ada.. Lyn dengan Ryn yang selalu dapat highest  dalam ujian bahasa lah." Nafi Awani dengan kepala yang digelengkan laju. Zunirah mencebik.

"Iyelah tu.. nanti result keluar, nama kau jugak yang paling atas dekat papan kenyataan kan? Betul tak?" Duga Zunirah sambil mengangkat-angkat kening mahu mengusik Awani yang mukanya sudah bertukar merah.

Tak tahulah sama ada Awani malu atau marah tetapi Zunirah hanya ketawa geli hati apabila Awani memukul kepalanya dengan bekas pensel di tangan secara perlahan. Tak sukalah tu kita usik dia pasal result exam. Tau dah...

Semasa kedua gadis itu sedang bergurau senda, Kamal yang baru keluar daripada tandas tak sengaja memandang ke arah mereka yang sedang berpelukan, atau lebih tepatnya, Zunirah yang sedang memeluk Awani dari samping. Dia segera menegur kedua gadis tersebut saat mereka berpapasan dengannya.

"Ey.. tak sangka aku rupanya kau ni les, Zu. Patutlah garang semacam bila jumpa lelaki. Tak sangka rupanya kau–"

"Apa kau cakap tadi, Kamal? Boleh ulang tak? Tiba-tiba telinga aku pekak sebelah hari ni."

Entah bila masanya, Zunirah berhenti berjalan bersama Awani dan sudah berada di hadapan Kamal. Mukanya kelam dan dari sorot matanya terserlah api kemarahan yang membahang panasnya. Awani menahan ketawa melihat muka tanpa darah Kamal itu.

Kamal meneguk ludahnya kelat sebaik sahaja Zunirah mengeluarkan buku kesalahan tatatertib dari dalam poket baju kurung pengawasnya. Name tag yang bertuliskan Penolong Ketua Pengawas yang tersemat di tudung birunya, sengaja dibetulkan kedudukannya oleh Zunirah.

"Awani, kau boleh pergi dulu tak? Aku ada benda nak settle dengan mamat mulut longkang ni." Pinta Zunirah lembut pada Awani.

"Okay! Don't forget to spare his life enough for a week, Zu! Kita masih ada tiga hari lagi sebelum exam habis." Awani tersenyum pada Kamal yang menatap horror padanya.

Zunirah menyeringai panjang sebelum membalas kata-kata Awani yang sudah berlalu masuk ke dalam kelas mereka.

"Menurut perintah, penolong ketua kelas."

To be continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro