Bab 22
"Kamu yakin ke dengan idea kamu ni, Alfi? Kamu tak rasa ianya terlalu berlebihan?" Puan Balqis menatap wajah tenang anak murid kepercayaannya itu.
Awani yang berdiri di samping Alfi juga turut memandang ketuanya dengan tatapan tidak percaya. Dia bertentangan mata dengan Puan Balqis buat seketika dan mengangkat bahu tidak tahu apabila dia juga kurang yakin dengan keputusan Alfi.
"Cikgu tak perlu bimbang. Saya dah fikirkan tentang semua hal yang perlu saya buat untuk jayakan idea saya tu. Tentang kos perbelanjaan, saya ada modal saya sendiri. Jadi cikgu hanya perlu setuju dan tengok saja hasilnya." Tutur Alfi dengan penuh percaya diri.
Puan Balqis tampak berfikir sejenak. Kesempatan itu digunakan Awani untuk menarik lengan baju seragam Alfi lalu berbisik perlahan di telinga lelaki itu.
"Hey, kau dah gila ke?! Mana ada orang yang jadikan stor kelas diorang sebagai bilik kesihatan peribadi!" Awani membesarkan bebola matanya bagi menegaskan fakta yang idea Alfi itu tak masuk akal sama sekali.
Alfi berdecak malas lalu menunjal dahi Awani, menjauhi mukanya yang kacak daripada wajah Awani yang tegang dan berkerut-kerut. Dia mengacuhkan Awani dan menanti balasan daripada guru kelas mereka.
"Kalau kamu sanggup tanggung semuanya sendiri, saya tak keberatan untuk benarkan kamu teruskan rancangan kamu ni, Alfi. Cuma saya nak ingatkan, saya tak akan bertanggungjawab kalau ada isu yang timbul disebabkan perkara ni. Kamu tahu akibatnya bukan?"
Puan Balqis akhirnya memberi peluang kepada Alfi dan itu adalah suatu kejayaan kepada dirinya sendiri. Alfi mengerti dan dia sudah berjanji tidak akan membebankan guru pembimbingnya ini jika terdapat masalah yang timbul kerana dirinya.
"Saya faham, dan saya akan cuba elakkan perkara yang tak diingini berlaku."
"Baiklah kalau macam tu, awak berdua boleh pulang sekarang. Saya letak kepercayaan yang tinggi pada kamu, Alfi. Ingat tu." Pesan Puan Balqis sebelum keduanya keluar dari bilik guru setelah berpamitan dengan guru muda itu.
Mereka berjalan di sepanjang koridor dengan langkah perlahan. Alfi memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar sekolah sambil bersiul kecil. Air mukanya jelas menunjukkan yang suasana hatinya sedang bergembira. Lain pula halnya dengan Awani yang memandang Alfi dengan pandangan tidak puas hati.
"Kenapa kau nak tukar stor kelas kita jadi bilik kesihatan peribadi? Apa tak cukup sekolah adakan bilik rawatan pelajar, hah?!" Awani terus menyerang Alfi dengan pertanyaan-pertanyaan yang sejak tadi bermain di kepalanya.
Bagi Awani, dia merasakan semua alasan yang dihujahkan Alfi di hadapan Cikgu Balqis tadi boleh diselesaikan dengan mudah. Mereka tak perlu pun mewujudkan sebuah ruangan yang bertujuan untuk mengurangkan lawatan pelajar 5 Sains ke bilik rawatan. Tapi mengapa Alfi mengambil masalah remeh itu sebagai sesuatu yang serius?
"Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Kan aku dah kata, aku akan uruskan semua kos perbelanjaan untuk siapkan bilik kesihatan tu? Apa lagi yang kau tak puas hati, hah?!" Mood Alfi berubah masam dan dia balas meneriaki Awani.
Awani menggertak giginya sekuat mungkin. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan-lahan. Dia cuba tidak menimbulkan sebarang pergaduhan antara mereka buat sekian kali. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap koridor sekolah.
"Aku bukan tak puas hati pasal hal tu. Yang aku tak puas hati, kenapa kau mesti tukar stor kita jadi bilik kesihatan? Tak pernah dibuat dek orang, Alfi.." Kali ini Awani menatap tepat ke muka Alfi yang sudah reda dari amarahnya.
Alfi mendengus kasar lalu berpeluk tubuh. Memakan masa yang lama untuk Awani menunggu sebelum akhirnya Alfi membuka mulut.
"Memang orang lain tak pernah buat sebab kelas kita je yang ada bilik stor. Sebelum ni, kelas kita tu adalah bilik musik, tapi bilik musik dipindahkan ke blok lain. Lagipun, stor kita tu dikira cukup luas untuk letakkan sebuah katil single dan beberapa perabot yang lain," Alfi menarik nafas sebelum menyambung.
"Barang-barang dalam stor tu, aku rancang nak letakkan atas rak panjang yang aku akan beli dari kedai perabot. Lagipun tak banyak pun barang yang boleh guna. Kebanyakannya, semuanya dah patah dan perlu dibuang. Aku ingat nak buang semua benda-benda tu untuk lapangkan lagi ruang dalam bilik stor."
Kening Awani bertaut menjadi satu. "Dari mana kau dapat idea ni Alfi?"
"Dari kes-kes sebelum ni yang jadi dekat classmates kita." Alfi meneruskan langkahnya yang terhenti diikuti oleh penolongnya di belakang.
"Kes apa?" Awani yang mula tertarik dengan rancangan Alfi kembali bertanya ingin tahu.
Daripada pengetahuan yang dimiliki Awani tentang Alfi, lelaki ini tampil dengan peribadi misteri yang membuatkan ramai pelajar ingin mengenalinya dengan lebih dalam. Tiada yang tahu mengenai Alfi. Tentang latar belakangnya, masa silamnya, mahupun hubungan percintaannya. Semuanya dibiarkan rahsia tanpa ada yang tahu kenapa.
Alfi berhenti menapak dan menoleh ke belakang. Hampir sahaja Awani berlanggaran dengan tubuh tinggi lampai Alfi, jika dia tidak mempunyai daya refleks yang tinggi. Kakinya terhenti serta-merta beberapa inci dari Alfi.
Tidak sempat Awani mahu membuka mulut memarahi tindakan tanpa amaran Alfi itu, Alfi kembali bersuara sambil menghitung dengan jarinya.
"Kes yang aku maksudkan adalah kes Amelia yang terkena alergik, Nazmina yang diserang gastrik, Kamal yang jatuh tangga masa berlari, Taufiq yang selalu ke bilik rawatan untuk tidur, Tengku Naufal yang sakit perut sebab salah makan, dan–"
"–kau yang terlelap dalam kelas kerana migrain." Sambung Awani sebagai penutup.
Alfi membenarkan kata-kata Awani dengan senyuman tipis di bibir. Segera Awani membuat pose berfikir dengan mengusap dagunya yang runcing. Sementara menunggu, Alfi memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar sekolah dan mengharapkan respon positif dari gadis bercermin mata bulat yang sedang berfikir keras di hadapannya.
Saat Awani akhirnya mendongak dan anak mata mereka bertemu, Alfi tau dia telah berjaya menundukkan Awani yang berkepala batu dan sangat susah untuk dilenturkan. Dia berdecak sinis seraya berkata,
"So, pada pandangan kau, idea aku tu cukup bernas tak untuk selesaikan semua masalah yang berlaku dalam masa sebulan ni, hm, Awani Safiah?"
Awani menggerutu kecil. Walaupun dia masih tidak berpuas hati dengan langkah yang diambil Alfi, tetapi harus diakui, apa yang dilakukan Alfi ini ada terselit kebaikkannya. Namun tak mustahil juga ada keburukkan atas tindakan berani Alfi ni.
Keluhan putus asa keluar dari mulut kecil Awani. Dia sudah mati akal untuk membantah keputusan yang dibuat Alfi dan nak tak nak, dia terpaksa bersetuju dengan Alfi. Dijeling Alfi dengan panahan tajam sebelum menjawab pasrah,
"Yelah, yelah.. idea kau boleh diterima. Tapi tak bermaksud aku sepenuhnya setuju dengan tindakan kau ni. Mengarut betul!" Tangan Awani naik untuk mengurut keningnya yang bertaut runsing.
"Sebanyak mana kau cuba halang jalan aku, sebanyak itu juga aku akan tepis, Awani. Kau takkan mampu melawan aku sebagai ketua." Kata Alfi dengan menekankan perkataan 'ketua' di hujung ayat.
Senyuman penuh kemenangan tersungging di bibir Alfi. Hidungnya diangkat tinggi seperti lagak orang sombong. Melihatkan itu, mahu sahaja Awani melayangkan penumbuknya ke muka kacak kegilaan ramai tu dengan penumbuk berbisanya.
'Sabar jerlah dengan mamat perasan bagus ni,' desis Awani di dalam hati.
Mereka berpisah di hujung koridor dengan Awani yang menuruni tangga untuk pulang ke rumah dan Alfi yang menaiki tangga menuju ke perpustakaan. Tiada kata ucapan selamat tinggal mahupun terima kasih yang terluah.
Masing-masing nampaknya menyimpan gejolak perasaan yang menyala di hati masing-masing. Awani dengan perasaan geramnya yang masih membuku dan Alfi dengan semangat membara untuk menjayakan misinya tersendiri.
To be continue.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro