Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

"Kau datang sekolah naik apa? " Alfi bertanya.

"Hm.. naik grab. " Awani memeluk beg sekolahnya erat.

"Grab? Pagi-pagi buta naik grab? Gila! "

"Nak buat macam mana? Rumah aku bukannya dekat! "

"Mak ayah kau tak boleh hantarkan ke? "

"Aku buka mata je diorang dah pergi kerja. Bila aku tutup mata, baru diorang balik rumah. Siapa nak hantar? Mama aku kata suruh aku naik grab atau tumpang kawan pergi sekolah. Aku mana ada kawan... " Awani membuang pandang keluar tingkap kereta Alfi.

Mereka berdua sedang dalam perjalanan menuju ke rumah Awani seperti yang diperkatakan oleh Alfi tadi di kelas. Memandangkan Awani tiada pengangkutan untuk balik ke rumahnya sendiri, terpaksalah Alfi menawarkan Awani untuk menaiki keretanya yang memang selalu dibawa ke sekolah.

"Waktu balik, kau balik dengan apa? Grab jugak? " Tanya Alfi ingin tahu.

Sejak dia masuk ke Sekolah Menengah Tinggi Haji Osman pada tahun lalu, dia yang ditetapkan untuk masuk ke kelas 4 Sains bersama Awani tidak pernah menyapa gadis nerd tetapi cerdik itu.

Kehadiran Awani umpama tidak wujud di kelas mereka sampaikan Alfi hampir-hampir lupa yang Awani juga merupakan pelajar kelas 4 Sains. Jika tidak kerana dia yang mengambil kehadiran murid setiap pagi, pasti sekarang ni dia tak kenal siapa Awani Safiah.

"Ikut keadaan. Kadang-kadang naik bas. Kadang-kadang naik teksi. Bila takde bas atau teksi yang lalu, terpaksalah aku jalan kaki balik rumah walaupun bila dah petang, baru aku sampai. " Awani menunjuk ke arah kanan apabila dilihatnya Alfi tidak tahu mengambil lorong yang mana satu.

Alfi hanya diam tidak membalas kata-kata Awani. Dia mengikut arah yang ditunjukkan Awani dan terpampanglah di hadapannya, sebuah kawasan rumah teres dua tingkat yang tampak mewah pada pandangan Alfi.

"Mana satu rumah kau? Semua nampak sama je. "

"Jalan depan lagi. Bila nampak simpang tiga, pilih laluan kanan. " Arah Awani yang sudah seperti GPS bergerak.

Alfi memberhentikan kereta apabila Awani berkata di mana rumahnya berada. Alfi melihat jam di dashboard. Memakan masa hampir 40 minit Alfi memandu dari sekolah ke rumah Awani.

'Aku pergi sekolah pun tak sampai 15 minit. '

"Tak nak masuk ke? Tadi beria sangat nak datang. " Awani memerli Alfi yang masih berada di tempat duduk pemandu.

Alfi sempat mengerling Awani sebelum dia menanggalkan tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta untuk masuk ke perkarangan rumah Awani.

Ketika menjejakkan kaki ke rumah itu, Alfi dapati rumah Awani kelihatan cantik dengan rumput-rumput hijau yang ditanam serta kolam kecil di sudut laman. Dia sempat kagum dengan hiasan rumah Awani yang mesra alam ini.

"Boleh tahan rumah kau. " Puji Alfi ikhlas.

Awani yang sedang membuka pintu yang berkunci dengan kunci pendua di tangannya hanya tersenyum nipis mendengar pujian Alfi terhadap tempat tinggalnya.

"Ini bukan rumah aku. Tapi rumah parents aku. Dekorasi rumah ni semua mama aku yang buat. Aku cuma tumpang tengok je. " Awani berjaya membuka kunci dan menanggalkan kasut sekolah untuk masuk ke dalam.

Sebelum betul-betul masuk, dia menoleh ke belakang menghadap Alfi.

"Kau tak payah masuk. Duduk dekat kerusi kayu tu. Tempat tu sejuk sebab dia dibuat dari kayu jati. Lagipun kawasan ni atas bukit, jadi angin selalu berhembus setiap petang. " Awani menunjuk set meja dan kerusi yang direka unik tak jauh dari tempat Alfi berdiri.

Alfi yang tidak banyak bunyi hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan Awani dan menapak ke kerusi kayu itu dan mengambil tempat di salah satu kerusi. Sementara menunggu Awani, dia melilaukan pandangan ke seluruh kawasan rumah Awani yang sejuk mata memandang.

"Alfi ! "

Alfi kaget apabila mendengar suara Awani yang memanggilnya. Dia menoleh ke belakang dan melihat Awani yang berdiri di pintu masuk rumah.

"Apa?! "

"Kau datang sini nak buat apa? Nak buat kerja sekolah, kita mana ada homework masa first day sekolah! " Jerit Awani kerana kedudukan mereka yang agak jauh antara satu sama lain.

"Nak ajar kau guna Whatsapp lah! Bawa telefon kau! " Balas Alfi juga dengan menjerit.

"Ok! " Awani terus berdesup masuk ke dalam rumah semula.

Alfi menayang muka datar tanpa mengalihkan pandangannya dari muka pintu. Tak terkata dia dengan perlakuan Awani yang spontan tadi.

10 minit berlalu dan barulah kelibat Awani muncul semula dari dalam rumah.

Di tangan Awani, terdapat sebuah dulang yang diisikan dengan satu jag minuman, dua gelas kaca dan sepiring biskut. Dia hanya menyarung kasut sandal sahaja semasa keluar dari rumah. Baju dan tudung Awani masih sahaja sama seperti tadi.

"Ini je yang aku boleh hidang. Maaflah kalau kau tak suka. " Kata Awani yang tiba-tiba naik segan apabila Alfi hanya merenung apa yang dihidangnya tanpa menyentuh sedikit pun.

"Takdelah. Aku bukan cerewet pun. Aku makan je apa orang hidang. Cuma aku tak sangka, pandai juga eh kau layan tetamu. Aku ingatkan kau takkan bagi aku air langsung. " Alfi tersenyum sinis sambil memandang Awani.

Awani mendengus. Ingatkan dia tak sudi nak jamah biskut tu. Rupanya nak perli aku dulu...

"Nah fon. " Tidak membuang masa lagi, Awani hulurkan telefonnya pada Alfi.

Alfi menyambut huluran Awani dan mula membelek-belek telefon di tangannya.

"Samsung? "

Awani mengangguk sambil menggigit kecil biskut Chipsmore yang baru diambil.

"Handphone canggih tapi apa pun takde. Baik kau pakai Nokia je. "

Awani menginjak kaki Alfi yang tak sudah-sudah mengejeknya. Alfi meringis kesakitan. Awani di depan hanya tersenyum penuh kemenangan.

"Yang kau pijak kaki aku ni dah kenapa?! " Marah Alfi.

"Saja. Suka-suka. " Jawab Awani berani.

Alfi meneguk air jus oren kepunyaan Awani dan meminumnya sehingga habis. Dia kemudian menghentak gelas itu sedikit kuat. Awani tergamam. Kini giliran Alfi pula mengukir senyuman kemenangan.

"Hey! "

"Kau pakai data ke wifi? " Alfi menukar topik apabila Awani mahu bertekak lagi dengannya.

"Wi-fi. "

"Minta password. "

"Bayar RM50. "

"Huish...kedekutnya. " Alfi terkekeh. Lucu dengan kata-katanya sendiri.

Mendengar Alfi ketawa, Awani juga tergeletek hati mahu ketawa tetapi ditahannya dengan meneguk air dari gelas kepunyaan Alfi. Alah... Alfi tak sentuh lagi pun air tu.

"Aku install  Whatsapp dalam fon kau. Nombor telefon aku pun aku masukkan sama. Nanti kau blur pulak siapa yang add kau masuk dalam group. " Beritahu Alfi pada Awani yang tekun mendengar.

"Group Whatsapp tu macam mana? "

"Nanti aku add kau, kau tahu lah. " Alfi bersandar pada kerusi sambil menunggu loading habis.

"Siapa lagi yang akan ada dalam group tu nanti? "

"Semua orang akan ada kecuali cikgu Balqis. "

"Kenapa tak masukkan cikgu sekali? " Dahi Awani berkerut.

Alfi tersenyum penuh makna.

"Sebab kita bebas kongsi jawapan kerja rumah dan sembang dalam group tanpa ada cikgu yang baca. Lagipun, aku tak suka diorang jadi cctv je dalam group sebab ada cikgu. "

Mata Awani terkelip-kelip tak mengerti. Kongsi jawapan kerja rumah? Cctv? Macam mana tu?

"Kau faham ke tak ni? " Soal Alfi apabila tiada reaksi dari Awani.

"Hm..." Awani angkat bahu tanda tak pasti.

'Tengoklah macam mana nanti. Bercakap tanpa tunjuk cara memang tak lah aku nak faham...'

"Oh satu lagi. " Alfi memetik jari apabila dia teringatkan sesuatu.

"Apa dia? "

"Tadi waktu kita dekat bilik guru, rakan sekelas kita ada bagitau aku yang diorang dah tetapkan tema untuk hias kelas nanti. " Alfi menongkat dagu.

"Tema apa diorang pilih? Cantik tak? " Seru Awani teruja.

Darah seorang pereka hiasan yang mengalir dalam diri Awani ini diturunkan dari mamanya yang merupakan seorang designer.

Tiada siapa yang tahu Awani sebenarnya menyukai perkara yang melibatkan susun atur dan pemilihan warna sesebuah ruangan. Setiap kali rakan sekelasnya merancang hiasan untuk kelas mereka, Awani perlu menahan diri daripada memberi cadangan kerana tak ingin dipandang hairan oleh rakan sekelasnya yang lain.

Tetapi kali ini, dia merasakan yang dia ada hak untuk bersuara dan menentukan sama ada cadangan rakan sekelasnya boleh diterima atau ditolak apabila dia menjadi penolong ketua kelas. Nampaknya, Awani mula memahami kenapa Alfi suka menjadi seorang ketua.

"Ada dua tema yang diorang pilih. Dari pihak lelaki, diorang nak tema black and white. Dari pihak perempuan, diorang nak tema red and brown. Warna merah tu macam warna kek red velvet. Aduh...mengarut betul." Alfi tergelak kecil.

Walaupun mengarut, tapi dia hanya menerima sahaja sebarang idea dari rakan sekelas mereka. Nanti yang menghias dan mencari bahan-bahan hiasan bukannya dia, tetapi mereka juga.

"Hm... Dua-dua cantik sebenarnya. Apa kata kita gabung aje kesemua warna-warna tu? Biar bertambah cantik." Awani memetik jari tanda suka.

Sememangnya dia amat setuju dengan warna tema yang mempunyai kesan elegan yang dinyatakan Alfi tadi. Alfi mengangkat sebelah kening memandang Awani. Dia berfikir seketika sebelum menjawab.

"Bagus juga tu. Nanti tak adalah diorang kata aku ni berat sebelah. " Setuju Alfi.

Mereka berdua kemudiannya meneruskan perbincangan mengenai tema dan susun atur kelas untuk memastikan semuanya dirancang dengan teliti supaya kelas mereka nanti akan kelihatan lebih gah berbanding kelas-kelas lain.

Alfi hanya pulang selepas azan Asar sayup-sayup berkumandang menyapa telinga mereka berdua bagi menyeru umat Islam segera menunaikan rukun islam yang kedua itu.

To be continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro