Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18

Sepanjang hari tersebut, kelibat Puteri Nazmina, Puteri Sarah dan Puteri Aaliya tidak kelihatan sama sekali. Hal itu membebankan Alfi yang pantang jika ada rakan sekelasnya yang sengaja tidak mahu masuk ke kelas dan melepak di mana-mana kawasan sekolah tanpa sebab.

Tanpa mahu terus-menerus berfikiran negatif, Alfi meminta penjelasan daripada Awani saat guru mata pelajaran terakhir mereka belum masuk ke dalam kelas.

"Weh nerd, mana pergi Naz, Sarah dengan Aaliya?" Tanyanya ketus.

Merasa dipanggil, Awani mengangkat kepala dari kertas kajang yang penuh dengan nota di tangannya. Dia mengerling Alfi dengan ekor mata lalu menjawab singkat.

"Diorang dah balik."

Mata Alfi membuntang terkejut. Dia pantas berdiri lalu mendekati si nerd yang juga terkejut dengan pergerakan Alfi yang secara tiba-tiba sudah berada di depan matanya. Alfi merenung tajam ke dalam anak mata hitam pekat Awani.

"Kenapa diorang balik tanpa bagitau aku?"

"Sebab diorang dah bagitau aku?" Jawab Awani agak keliru dengan pertanyaan Awani.

Alfi facepalm. Tercengang dia dengan jawapan spontan Awani.

"Kenapalah kau ni lugu sangat Awani... Kalau cikgu tanya aku mana diorang pergi, aku nak jawab apa bila aku tak tahu diorang pergi mana? Apa-apa hal, report dekat aku walau sebenci mana pun kau dengan aku. Faham?" Keletihan terpancar di dalam nada suara Alfi yang berbicara dengan Awani.

Awani terkebil-kebil. Dia menancapkan pandangan ke seluruh wajah Alfi yang sedikit pucat dan tiada seri seperti biasanya itu. Gadis tersebut mengambil masa beberapa ketika untuk menghadam kata-kata lelaki di hadapannya ini.

"Ah.. Kalau kau risau pasal benda tu, aku sebenarnya dah tulis dalam buku pemantauan yang mengatakan Puteri Nazmina, Puteri Sarah dan Puteri Aaliya terpaksa pulang ke rumah atas masalah kesihatan. Cikgu Balqis pun dah tau pasal hal tu masa aku tolong Ms. Weein angkat buku dari bilik guru." Terang Awani jelas dan padat.

Alfi terdiam sejenak sebelum menyambung semula perbicaraan.

"Betul ni? Semua dah settle?" Duga Alfi sambil menunjuk wajah Awani dengan jari telunjuknya.

Awani mengangguk berulang kali penuh yakin. Sejak kes Amelia yang diserang penyakit alergi, Awani sudah tau apa yang perlu dia lakukan seterusnya berkat tunjuk ajar Alfi padanya.

"Kalau macam tu baguslah." Alfi akhirnya mampu mengukirkan senyuman ikhlasnya selepas satu hari berwajah serius.

"Naz sebenarnya kena gastrik sebab tu dia tiba-tiba jadi pucat lesi masa perhimpunan. Sarah dengan Aaliya pulak asyik risau pasal Naz dan katanya nak jaga kawan diorang. Jadi jalan alternatifnya, aku suruh diorang ambil surat kebenaran untuk balik rumah." Awani perhatikan langkah kaki Alfi yang berjalan longlai ke kerusinya sendiri.

Kepala Alfi terangguk kecil menandakan dia mengerti seratus peratus apa yang terjadi sebenarnya. Dia mengurut dahinya yang terasa berdenyut-denyut lalu perlahan-lahan merebahkan kepala di atas meja. Mukanya tepat menghadap ke arah Awani dengan mata yang tertutup.

Manakala Awani yang tidak mengalihkan pandangannya dari Alfi, serta-merta dapat melihat wajah tertekan lelaki yang selalu menjadi mangsa kutukan dalam hatinya itu. Awani perhatikan bagaimana kerutan di dahi Alfi yang tercetak jelas tersebut perlahan-lahan mengendur dan menjadi seperti sedia kala. Hembusan nafas Alfi yang mula teratur memberi isyarat kepada Awani bahawa Alfi sudah tertidur.

Awani tersenyum maklum. Pasti Alfi kepenatan mengurus kelas mereka selama hampir tiga minggu ini. Dia yang hanya berjawatan penolong ketua sahaja sudah dapat merasakan kesusahan menjaga imej kelas 5 Sains. Apatah lagi Alfi yang merupakan seorang ketua dan pelajar contoh di sekolah mereka.

"Orang macam kau pun kuat juga rupanya, Alfi. Kagum aku." Gumam Awani perlahan sebelum menumpukan perhatian pada kertas kajangnya dan kembali mencatat nota penting dengan tulisan berangkainya.

* * * * *

Kelopak mata Alfi terbuka dengan sendirinya tanpa sempat Awani hendak membangunkan makhluk hidup yang satu itu. Awani mengurut dadanya yang berdegup kencang kerana pergerakan tiba-tiba Alfi.

"Eh? Aku tertidur ke?" Alfi segera membetulkan posisi duduknya dan memandang sekitar mereka.

"Ya. Kau tidur dengan nyenyak sekali. Sampaikan Cikgu Faud kejutkan kau bangun pun kau masih tidur." Celoteh Awani sambil membantu Alfi mengemas alat tulisnya.

Alfi terkedu dengan penuturan penolongnya. Badannya yang masih letih disandarkan pada kerusi sementara tangan Awani lincah memasukkan barang kepunyaan Alfi di dalam beg sekolah berwarna hitam milik lelaki itu. Alfi membuat wajah memelas. Cikgu Faud, guru subjek Fizik mereka yang terbilang cukup tegas.

"Betul ke Cikgu Faud ada kejutkan aku masa kelas dia tadi? Dia marah tak?" Tampang wajah risau Alfi mematikan niat Awani yang sebenarnya mahu mengenakan Alfi.

"Takdelah. Cikgu Faud tak marah pun. Aku dah bagitau yang kau penat sangat hari ni jadi kau tertidur tanpa sengaja. Dia faham dan dia benarkan kau tidur dalam kelas dia. Tapi untuk hari ni jelah." Jelas Awani yang sudah siap mengemas meja Alfi yang tadi berselerakkan.

Simbol 'okay' ditunjukkan pada Awani dengan kedua jarinya. Dia sungguh tak berdaya untuk berperang mulut dengan sesiapa mahupun Awani. Biarlah gadis itu kenakan dia sepuas hatinya hari ni. Nanti bila dia cergas sepenuhnya, giliran dia pula untuk membalas dendam.

"Berapa lama aku tidur?"

"Satu jam lima belas minit."

"Lama giler.. Kenapa tak kejutkan aku bangun?"

"Malas." Tipu Awani. Dia sebenarnya tak sanggup mengejutkan Alfi kerana dia tahu lelaki itu sedang kelelahan dan perlukan sedikit rehat.

"Kau!" Alfi menunding Awani tepat di muka gadis itu. Renungan tajam juga diberikan kerana geram dengan jawapan gadis itu.

Awani tersengih tak merasa bersalah. Dia yang tidak gerun sama sekali dengan Alfi menolak jari telunjuk itu dengan buku rujukan yang memang setia berada di dalam pegangannya. Beg Alfi yang boleh dikatakan cukup ringan itu dipeluk kejap oleh Awani.

Kening Alfi terangkat sebelah. Pelik apabila begnya dipeluk tanpa kebenaran. Umpama dirinya pula yang dipeluk oleh Awani apabila dia memasang wajah sebegitu aneh dengan matanya yang membulat besar dan mulut yang terbuka kecil.

"Jangan fikir yang bukan-bukan eh! Cukup bertuah aku tengah baik hati nak tolong kau angkat beg ni." Awani pantas memintas fikiran nakal yang bermain di minda Alfi.

Alfi mengangkat bahu tak peduli.

"Lantak kau lah Awani. Nak peluk beg aku ke, nak tarik rambut aku ke, atau nak cekik aku sekalipun, aku tak peduli. Yang aku peduli sekarang, aku nak balik." Dia bangun dari kerusi lalu melangkah keluar dari kelas mereka diikuti oleh  Awani dari belakang.

Mereka berjalan beriringan ke kereta Alfi yang berwarna putih bersinar di tempat parking kereta pelajar. Awani terlebih dahulu membuka pintu kereta bahagian penumpang hadapan dan meletakkan beg ketuanya di situ. Alfi yang terpinga-pinga bagaimana keretanya boleh dibuka tanpa membuka kunci, tercengang di tempatnya berdiri.

"How come–"

"Oh! Lupa nak bagitau!"

Awani mengeluarkan segugus kunci dari poket baju kurungnya lalu dilempar kepada pemiliknya. Alfi menyambut dengan sebelah tangan dan menatap Awani hairan.

"Tadi aku nampak kunci kereta kau ada bawah meja tapi kau tak ambil masa kita jalan keluar kelas tadi. Jadi, aku terus ambil dan tak sempat bagitau sebab kau jalan menonong aje." Bergerak-gerak tangan Awani saat dia menjelaskan pangkal cerita bagaimana dia mempunyai kunci kereta Alfi.

Kunci tersebut digenggam lemah.  Tersandar lesu Alfi pada pintu keretanya. Perlahan-lahan bebola mata Alfi bergerak naik untuk meneliti setiap inci wajah tanpa cela Awani.

Awani dibuat gugup kerana ditatap sebegitu lama oleh seorang lelaki ajnabi. Kepalanya ditundukkan memerhati kasut sekolahnya sendiri.

Kesempatan itu Alfi gunakan untuk meletakkan tangan kanannya yang kosong di atas kepala Awani yang berlapik tudung.

Awani tersentak apabila menerima usapan di kepalanya tanpa sebarang amaran. Dia hanya diam merasai lembut pergerakan tangan Alfi di kepalanya. Selepas beberapa ketika, barulah Alfi menurunkan tangannya dan meliarkan pandangan ke arah lain.

"Aku minta maaf sebab dah susahkan kau untuk hari ni. Aku tak tahu apa kena dengan diri aku. Mungkin aku tak cukup rehat agaknya." Alfi menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengumpul segala kekuatan sebelum melihat ke arah Awani lagi.

Dia sedaya upaya mengukirkan senyuman manis kepada Awani yang juga balas menatapnya.

"Terima kasih, Nerd Awani."

"Sama-sama kasih, Alfi Poyo."

Dan tawa kecil pun terburai antara ketua kelas dan penolong ketua kelas di perkarangan Sekolah Menengah Tinggi Haji Osman petang hari itu.


To be continue...

====================================

Urgh.. cringe giler bab ni ㅠ-ㅠ
Anyways, thanks for reading until the last word of Chapter 18!
And sorry for no double-update last week..
ㅠ-ㅠ *forgive me*

Lot of love, honey_buzz 🐝.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro