NR: DEMI... SECEBIS KASIH
NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe
...
Nooroo: *mula membaca sajak* Jika aku tidak akan nampak paket maggi lagi, dunia ini akan nampak berbeza. Bintang berkelipan hilang dari langit yang gelap, macam bayang - bayang ketika masuk ke lorong gelap. Ianya seakan dunia yang...
Dark Nooroo: *tolak Nooroo* Dah dahlah tu merepek. Biar cik FairuzZulaika deklemasikan sajak dia pula.
Nooroo: Aduh. Yalah. *terus duduk di tempat duduk penonton*
FairuzZulaika : Ehem...
Demi... Secebis Kasih.
Sang puteri akur
akan arahan si bapa.
Menjadi teman sehidup
kepada seseorang yang tidak diingini
Supaya dia diterima dalam keluarga.
Demi... Secebis Kasih.
Muntiara ditahan
saat sang ombak menimpa.
Tatkala dunia menghentamnya bertubi,
Sang anak jadi penguat di belakang.
Demi... Secebis Kasih.
Rahsia disorok
kemas di dalam peti.
Elak dunia dari terus membenci
Jadi rahsia ini perlu disimpan sampai mati.
Demi... Secebis Kasih.
Sang puteri melangkah berdiri.
Melangkah untuk pergi ke lebih jauh.
Atau melangkah masuk ke perangkap sendiri.
Demi... Secebis Kasih.
Si puteri redha dengan ketentuan-Nya.
SINOPSIS
20 markah
Saya tidak tahu mahu kata apa... saya tidak tahu mahu membuat reaksi apa. Tetapi sinopsis awak memang sangat - sangat sempurna dan terbaik! Tahniah kerana mendapat dua puluh markah!
...
TATABAHASA
15 markah
Saya selalu nampak awak selalu gunakan perkataan 'ok'. Tak boleh. Sama ada gunakan okey ataupun okay. Okey tidak perlu sendengkan sebab ianya merupakan bahasa Melayu.
"Kau duduk rehat dekat sini dulu. Aku ambilkan air." Ujar wanita itu selepas...
Pembetulan:
"Kau duduk rehat dekat sini dulu. Aku ambilkan air," ujar wanita itu selepas...
Jikalau selepas dialog ada ayat pengikat, wajib letakkan koma. Jika dialog berakhir dengan simbol seru atau tanya, dan selepas itu ada ayat pengikat, wajib kecilkan huruf awal selepas dialog tersebut.
"Kau apa khabar? Sihat?" Tanya Along, lemah lembut.
Pembetulan:
"Kau apa khabar? Sihat?" tanya Along, lemah lembut.
Akhir sekali, elakkan guna simbol tanya dan seru secara digabungkan (?!). Memang salah di sisi undang - undang penulisan.
...
PENYAMPAIAN WATAK
20 markah
*Tepuk tangan* PAP! PAP! PAP! SYABAS! SYABAS!
Awak punya penyampaian watak itu memang masuk ke dalam hati. Sampaikan saya tercarut lembut beberapa kali kepada watak antagonis. Tahniah!
Hahaha, yang ini pelik. Luqman, Syafiq, Alia... itu semua nama sepupu saya. Bila saya baca, saya terus bayangkan muka sepupu saya yang tengah beraksi. Hahahaha, nasib sepupu saya tak baca buku ini.
Watak ayah, Pak Cik Rahim itu amat menyentuh kalbu saya. Seorang ayah, walaupun nampak macam tak sukakan anaknya, jauh di sudut hatinya... dia masih sayangkan anaknya.
Meskipun nama ibu disebut tiga kali untuk dihormati, tetapi ayah perlu kita sanjungi.
Saya suka Haura. AAAAAAA COMELNYA DIA. ALA BUCHUK BUCHUK. *Kena tampar dengan Dark Nooroo*
...
JALAN CERITA
15 markah
Jalan cerita awak tersusun dan mudah difahami. Hahaha, laju sahaja saya baca. Memang terbaiklah!
Tetapi, awak ada satu kelemahan dalam jalan cerita awak. Awak kata, Luqman akan buatkan Aufiya cemburu. Namun bila saya baca, tiada pun. Tergaru kepala saya.
Apa - apa pun. Cerita awak memang best. Ha, siapa tengah bosan itu, boleh baca buku dia, konferm tak menyesal!
...
MARKAH KESELURUHAN
70 markah
70% × 100 ÷ 80% = 88%
...
Terima kasih kerana pilih saya untuk review buku awak. Saya susun semua jari tangan dan kaki, memohon maaf jika ada silap dan salah. Saya...
Dark Nooroo: Sejak bila kau jadi bersopan-santun ini?
Diamlah! Baru nak acah jadi gadis Melayu.
Itu sahaja. By the way... bila awak nak update? Hehehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro