NP: Akademi Axis: Wira Dan Magis
NOOROO'S PROMOTE
________________________
"Promote ini bukan kaleng - kaleng!"
AKADEMI AXIS: WIRA DAN MAGIS
" Sahabat takkan biarkan mereka dalam kesusahan."
☾︎--------------♫︎---------------☽︎
SEBUAH KARYA
➪ Hypothenus_03
❀.❀
KATEGORI: Fantasi
GENRE: Fantasy
❀.❀
KATA - KATA PENULIS:
Loading...
Kepada pembaca yang berminat cerita-cerita anime gitu, bolehlah baca cerita ini. 😂 Cerita ni nak kata best, entahlah. Hanya kau orang yang boleh menilai. Kalau ada yang tidak kena dengan cerita ini, rajinkanlah jari untuk comment, okay? 😘
❀.❀
SINOPSIS
Shafiq merupakan pelajar biasa yang tinggal di pendalaman yang dipaksa oleh ibunya untuk menuntut di salah sebuah Akademi terkenal. Semasa dia berada di situ, dia telah menemui 8 orang rakan baru yang mengejarnya erti persahabatan.
Bukan itu sahaja, mereka perlu melalui pelbagai ujian yang mencemaskan dan penuh rintangan serta perlu mempelajari mata pelajaran yang pelik-pelik! Dan Shafiq teringat bahawa abangnya juga pernah menuntut di sini tetapi abangnya tidak pernah pulang selepas satu peristiwa.
Tetapi, satu kejadian mengejut berlaku membuat mereka bersembilan perlu menyelamatkan akademi tersebut daripada ancaman Zegrath. Banyak perkara terjadi yang memusnahkan kepercayaan masing-masing.
Dapatkan Shafiq mencari petunjuk tentang abangnya?
"Wey, ini nama abang kau!" - AIMAN
"Mana kau dapat benda ni, Raul? Sebab aku macam pernah nampak benda ni." - SHAFIQ
Dapatkan mereka menangani daripada memusnahkan kepercayaan masing-masing?
"Sekarang ni kau nak salahkan aku yang dia orang kena tangkap!" - RAUL
"Menyesal aku kenal kau!" - FARIS
"Maaf, Shafiq. Buat masa sekarang ni aku tak percaya siapa-siapa." - HAIKAL
Selamatkan mereka berada di dunia yang berbeza?
"Apa dah jadi dengan dunia Euthenia?" - LOKMAN
"Dunia Aevyn yang canggih, kini dipenuhi dengan padang pasir." - ZUL
Mampukah mereka menghapuskan Zegrath?
"Aku akan hapuskan dunia dimensi dan bangkitkan hamba aku!" - ZEGRATH
"Semua berpecah! Ambil posisi masing-masing!" - AMIRUL
Dan siapakah lelaki misteri yang mengganggu mereka? Adakah pembelot atau penyelamat?
"Cuma aku rasa pelik. Kenapa ada masalah setiap kali dia muncul?" - FAIZ
"Aku tak sangka selama ni kau sebenarnya! Kawan aku sendiri!" - SHAFIQ
Kepercayaan merupakan perkara utama dalam sebuah persahabatan.
"Jangan pernah mengkhianati antara satu sama lain..." - SHAFIQ
❀.❀
JAMINAN
- Magis? Lawan kuasa? Fuuh, memang semua peminat novel fantasi gila-gilakannya! Sudahlah itu... aroma lawan buku ini sudah macam anime Jujutsu Kaisen dah!
- Watak utama dia bukanlah ada kuasa. Si Shafiq ini hanyalah budak yang datang dari kawasan pendalaman sahaja. Kuasa pun tarak ada. Haih... kena paksa pula masuk akademi.
- Namun, bukan setakat keseronokan fantasi sahaja dalam buku ini, misteri pun ada! Macam... bagaimana abang Shafiq hilang? Siapa kuasa jahat selain Zegrath?
- Ayat yang diolah penulis ini memang licin dan best sahaja. Susah nak tengok kesalahan tatabahasa! Senang sungguh rasanya membaca. Tidak berbelit dan rasa macam kita yang tengah berlawan ujian akademi itu!
- Dah baca sinopsis, bukan? Ha, marilah membaca buku persahabatan penuh magis ini. Bukan My Little Pony sahaja ada persahabatan dan magis. Buku ini pun ada!
- Dijamin terbaik dan tak rugi membacanya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro