Akademi Axis : Wira & Magis
Karya : Shazwan HassidiqShafiq merupakan pelajar biasa yang tinggal di pedalaman dipaksa oleh ibunya untuk menuntut di salah sebuah Akademi yang terkenal. Setelah dia mendaftar di situ, dia telah menemui 8 orang rakan baru yang mengajarnya erti persahabatan. Bukan itu sahaja, mereka perlu melalui pelbagai ujian yang cemas dan penuh rintangan dan mereka juga harus belajar tentang mata pelajaran yang pelik-pelik. Dan Shafiq teringat bahawa abangnya juga pernah menuntut di sini tetapi abangnya tidak pernah pulang selepas suatu peristiwa. Tetapi sesuatu kejadian mengejut berlaku membuat mereka bersembilan perlu menyelamatkan Akademi tersebut daripada ancaman Zegrath. Misteri, persoalan, hakikat dan rintangan perlu dihadapi demi menjayakan misi ini.____Dapatkah Shafiq mencari petunjuk tentang abangnya?"Wei ni nama abang kau!" - AIMAN"Mana kau dapat benda ni Raul? Sebab aku macam pernah nampak benda ni?"- SHAFIQ____Adakah persahabatan mereka akan kekal hingga ke akhirnya?"Sekarang ni kau nak salahkan akulah yang dia orang kena tangkap?" - RAUL"Menyesal aku kenal kau!" - FARIS"Maaf Shafiq, buat masa sekarang ni aku tak percaya siapa-siapa." - HAIKAL____Selamatkah mereka berada di dunia yang berbeza?"Apa dah jadi dengan dunia Euthenia?" - LOKMAN"Dunia Aevyn yang canggih, kini dipenuhi dengan padang pasir..." - ZUL____Mampukah mereka menghapuskan Zegrath? "Aku akan hapuskan dunia dimensi dan bangkitkan hamba aku!" - ZEGRATH"Semua berpecah! Ambil posisi masing-masing!" - AMIRUL____Pengkhianat dalam kalangan mereka? Siapakah dia? Apa agendanya? Mampukah mereka mencari orang beridentiti palsu itu?"Cuma aku rasa pelik. Kenapa ada masalah setiap kali dia muncul?" - FAIZ"Aku tak sangka selama ni kau sebenarnya! Kawan aku sendiri!" - SHAFIQ____Kepercayaan merupakan perkara utama dalam sebuah persahabatan"Tak pernah sekali pun kepercayaan aku pada kau pudar,"____Start : 22/4/2020End : ____⚠️Mitos dan legenda hanya rekaan…