Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Necromancer

PoV Zeiss

-●-

Mataku terbuka perlahan, terasa sedikit perih pada deria penglihatan ini. Seperti tidak mendapat tidur yang cukup, itulah rasanya. Telinga aku juga berdengung cukup kuat, membuatkan aku sukar mendengar dengan baik. Namun dari waktu ke waktu dengungan pada koklea telinga semakin memudar bersamaan perih di mata.

Pandangan sudah mula tampak jelas. "Apa yang baru sahaja terjadi?" mataku melirik seluruh ruangan, sebelum pupil kecilku mendarat pada katil yang kini aku tempati.

"Eh? Mengapa aku boleh berada di sini? Bukankah sepatutnya dia yang menempati ranjang ini? Tapi mengapa pula aku ada di atas ranjang ini?" tak semena-mena puluhan pertanyaan aku lontarkan sekaligus. Mataku melirik tangan yang kurus dan pucat.

Dahiku berkerut melihatnya, aku tahu aku sudah berumur 30 tahun lebih. Tapi aku tepatnya tidak mengingat aku memiliki tangan yang lesu semacam ini. Ia seolah aku tak makan selama berabad-abad lamanya. Tapi kenapa aku rasa pelik dengan diri aku?

"Tunggu sekejap," aku seketika bertutur dan berhenti. Memerhati tanganku dengan lebih baik dari jarak yang lebih dekat. "Ini bukan tangan aku..." Aku terkedu seketika, mulutku juga ternganga dalam ruang yang secercah sahaja.

Kulihat pada ruangan dihadapan, hanya ada meja bersaiz sederhana yang tidak terurus. Menampakkannya sangat-sangat kotor dan berhabuk. Di dekat dinding bersebelahan pintu keluar pula, ada sebuah cermin berbentuk segi empat tepat tertancap pada dinding.

Tanpa berfikir panjang, selimut pada bahagian kaki kusingkap bagi memudahkan pergerakan dilakukan. Terasa tubuh ini sedikit tidak bermaya dan tidak bertenaga. Itu suatu yang janggal, aku selama ini tidak pernah merasa perkara semacam penat dan lelah lagi setelah lama aku menjadi roh. Jadi bagaimana caranya aku boleh merasakan semua perkara ini semula? Malahan setiap pijakan dan sentuhanku terasa begitu nyata, ia bukan lagi objek nyata yang tembus ketika dipegang.

Beberapa jengkal sebelum tiba, aku sudah kehilangan nafas dan dahaga memenuhi tekak. Tak lama dari itupun, perutku ikut-ikutan berkeroncong lapar. Dengan tertatih-tatih aku membuka langkah ke arah cermin.

Sesaat aku melihat ke dalam objek memantul tersebut, aku kaget. "I-ini bukan aku!" netra ini berkunang-kunang menatap bayangku di dalam benteng kaca. Struktur wajahku, rambutku, mataku semuanya berubah. Walau sudah 10 tahun aku mati, tapi mana mungkin aku melupakan wajah asliku sendiri!

Lantas, yang membuat aku semakin tercengang adalah, wajah ini. Aku tidak mengenalinya sama sekali! Aku bersangka bahawa wajahku akan mirip dengan wajah Prodge lelaki yang terbaring di katil sebelum ini.

Melihat aku tiba-tiba sahaja berada di atas katil tadi, jadi aku beranggapan bahawa aku secara tak sengaja telah merasuki tubuhnya. Memandangkan aku awalnya adalah roh, jadi cukup mungkin aku berkonspirasi seperti itu. Tapi nyatanya, aku salah sama sekali. Ini wajah baru, tidak pernah aku lihat dan kenal. Siapa ini?

"Apa yang sedang terjadi sebenarnya sekarang?" aku terdiam memandang pantulan wajahku di dalam cermin. Mataku berwarna jingga terang, rambutku berwarna hijau laut dengan gradiasi kebiru-biruan di hujung rambut. Tubuhku juga malah sangat kurus seolah belum pernah makan.

Aku menyilangkan tangan pada dada, lengan kiri pula masih pada dada namun diangkat untuk menyentuh dagu dengan jari terlunjuk dan ibu jari. Membuat gaya seolah-olah berfikir. "Ini semua tidak masuk akal." Kepala menunduk ke bawah berfikir keras apa yang sedang terjadi dalam situasi ini.

Dalam keadaan aku berfikir, rasa dahaga dan lapar mula menghantuiku kembali. "Rasanya aku perlu cari makanan dahulu, baru aku boleh berfikir." Aku menghela dengan nafas yang berat.

Benda yang boleh dimakan, benda yang boleh dimakan. Ada ke benda yang boleh dimakan dekat sini? Aku melihat seluruh ruangan, tapi hanya bekas kotoran dan kencing yang ada.

"Busuknya," aku menutup hidungku dengan telapak tangan. Padahal tadi aku tidak menghidu apa-apa, tapi kenapa baru sekarang? Mungkin ke deria bau aku baru sahaja kembali? Atau memang aku yang terlalu gembira sampai aku boleh abaikan bau ni? Entahlah mana satu jawabannya, tapi aku perlu keluar dari tempat ini dengan segera, sebelum aku mati dari bau busuk ini.

🍀

Aku berdiri di luar rumah, tepatnya di tepi longgokan batang pohon jati yang ditumpuk-tumpuk posisinya. Beroti-beroti ini berada bersebelahan rumah kecil itu. Ini tak jauh lebih dari pekerjaan seorang tukang kayu. Potongannya rapih, dan teratur tapi terlihat beroti ini sudah terlalu lunak dan rapuh untuk digunakan.

Bila diingat lagi, pekerjaan ayah dari Prodge memanglah seorang tukang kayu. Beliau memiliki kebun kayu jati, dan beberapa pekerja tetap sebelum ini. Tidak asing bagi zaman ini memiliki kebun jati, memandangkan banyak peminat yang tertarik sekali pada pohon itu. Kulit pohon jati yang dinilai keras dan berkualiti, memang mampu terjual sangat laris di pasaran para bangsawan.

Sayangnya, itu tak berlangsung lama kerana sepertinya para manusia maniak itu sangat gilakan duit. Serpihan memori melintas dalam kepalaku, memori yang bahkan aku tak tahu itu dari siapa. Aku melihatnya dari sudut pandang seseorang tapi itu bukan aku.

Tidak boleh kulihat dengan jelas namun jumlah mereka adalah tiga orang. Satu orang berbadan gempal dan terlihat memakai baju paling mewah, dan duanya lagi hanya bawahan dengan muka sinisnya.

Mereka meminta wang cukai dalam jumlah tidak wajar, yang dikatakannya sebagai suatu bentuk 'perniagaan'. Senyuman mereka terkesan sangat menjengkelkan dan membuatku muak. Tapi siapa mereka? Ingatanku sangat pudar dan tidak jelas. Bahkan aku juga tak mengenali ini ingatan siapa.

Ingatan Prodge? Tapi aku bukan Prodge juga bukan diri aku sendiri. Aku bingung, sangat bingung. Semakin aku berfikir semakin berdenyut-denyut kepala aku. Aku hujung-hujungnya hanya mampu berdesis seperti ular menahan kesakitan. Tak semena-mena tubuhku terjatuh menghempap beroti cukup keras. Tangan nenyentuh bahagian tubuh yang sakit, padahal hanya jatuh namun tubuhku seolah mengalami luka parah.

"Apakah selemah ini badan aku?" aku bertanya sembari mengadu kesakitan. Rasanya, aku hanya belum serasi dengan tubuh ini. Tak lama, aku mencuba berdiri semula dengan kudrat yang kumiliki. Memang agak susah, namun tetap aku paksakan juga. Setelah berdiri, mataku langsung tertancap pada suatu kawasan yang jauh di hadapan sana, arah jam 3.

Sebelum aku terlupa, tempat ini memang berada di dalam pelusuk hutan belantara. Entah apa yang mendorong keluarga Prodge untuk tinggal di sini aku tidak tahu. Mungkin kerana kondisinya yang subur dan mekar dengan tanaman itulah kot?

Tata letak rumah ini, ada di tengah-tengah Ruangan Terbuka Hutan Lipur. Secara mudah, setiap hutan memiliki ruangan terbuka yang biasanya menjadi sarang para pemburu untuk bersinggah. Selain untuk berehat, ruangan terbuka juga dimanfaatkan untuk tempat berdagang bagi para peniaga-peniaga lokal.

Memandangkan memang akan ada banyak pemburu dari serata tempat yang berkumpul di sana. Ia menjadikan ruangan terbuka sebagai suatu aset bagi para pebisnes dan pengusaha yang mahukan pendapatan. Tapi sesuatu membuatku bingung, mengapa tak ada seorangpun pemburu yang berani ke tempat ini? Bukankah ini hutan yang cukup luas untuk dijadikan tempat berburu? Banyak sekali tanda tanya dalam kepalaku namun, aku hiraukan semua itu.

Lama aku menatap arah hutan yang agak tertutup itu. Dengan nafas termengah-mengah, aku mencuba berjalan ke suatu arah. Lebih tepatnya ke arah hutan, entah apa yang mendorong aku untuk ke sana, tetapi aku merasakan suatu bentuk perasaan yang cukup kuat untuk membuat niatku menebal.

"Semoga apa yang firasat aku katakan tidak membohongi aku." Aku berbicara agak ragu dengan tindakanku sendiri. Entah kenapa rasanya macam tidak sedap hati sahaja. Akan ada kemungkinan aku bertembung dengan haiwan buas dan Beast, dan jika itu terjadi aku mungkin akan mati dengan tubuh lemah ini.

TBC

Ensiklopedia

Ruangan Terbuka - Tempat selamat untuk berkumpul, terutama bagi para pemburu atau pengembara. Kerana tidak akan adanya gangguan dari sebarang bentuk haiwan buas mahupun beast. Konsep Beast dan haiwan buas di dunia ini sangat menghindari kawasan terbuka.

Beast - Kata lain dari raksasa. Jika haiwan majoritinya berbadan kecil dan sederhana. Gajah dan Zirafah masih tergolong sederhana saiznya, berbanding Beast yang memiliki saiz abnormal. Jika tikus ukurannya kecil, maka Beast berbentuk tikus memiliki saiz tiga hingga empat kali ganda lebih besar dari biasanya.

Hutan Lipur/Lipur Forest - Hutan Lipur ialah bagian hutan yang masuk ke dalam Cly Town. 70 peratus bahagian hutan ini masih belum terjamah sepenuhnya oleh masyarakat, dan masih berada di dalam kategori Dangerous.

Cly Town - Sebuah pekan kecil di dalam negeri Pellegrini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro