Bab 5
" Apa ?! Korang tinggalkan dia ?! Asal korang ni bodoh sangat hah ?! " tengking Thaqeef . Ya dia geram kerana orang suruhannya tidak cekap membuat kerja.
" Maaf boss sebab masa tu kitaorang dengar siren kereta polis sebab tu kitaorang terus cabut aje " jelas Fizo.
" Hahahahaha aku suruh buat kerja sikit tu pun tak reti ?! Aku suruh tangkap dia aje ! Yang kau pergi tikam dia tu pehal ?! " kata Thaqeef lagi.
" Sa..ya..tak..sen..gaja boss. Tertikam " kata Raizman pulak.
" Arghhh sudah keluar - keluar dari bilik aku sekarang !! " jerkah Thaqeef.
Terus orang suruhannya tergopoh gapah keluar dari bilik kerja Thaqeef.
Thaqeef mengetuk - ngetuk jarinya di atas meja. Mukanya memang dah macam singa saat ini. Dia bengang ! Sebab tak dapat nak tangkap Faeeq.
" Tunggu kau Faeeq ! Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing ! " kata Thaqeef seorang diri. Jelas sekali hati Thaqeef menyimpan terlalu banyak dendam terhadap Faeeq.
-------------------------
Sudah 2 hari Faeeq tak sedarkan diri. Hmmm Ungu dah suruh doktor datang check tapi still sama. Kenapa dia ni tak bangun - bangun hah ? Sampai bila nak tidur ?
" Ermm Ungu , makanan ni nak Mak Min masukkan balik dalam rumah ke ? " tanya Mak Min yang menatang dulang berisa bubur dan juga air suam.
" Ermm tak payah lah Mak Min...Mak Min boleh letak dekat meja tu . " suruh Ungu.
Seketika Pak Kasim munculkan diri. Mak Min pula beredar masuk ke rumah sebelah. Ada kerja yang nak dibuatnya.
" Ungu ... " panggil Pak Kasim..
" Hmmm ? "
" Ungu tak risau ke kalau lelaki ni orang jahat ke ? Perompak ke ? Atau dia ada motif jahat dekat Ungu ke ? "
Ungu diam seketika. Hmm tak mungkin lah lelaki depan dia ni orang jahat . Lagi pun nampak muka macam budak baik aje ? Tapi kalau dia baik kenapa dia kena tumbuk dengan orang ? Sampai kena tikam bagai ? Ni mesti ada something ni.
" Ungu ? " panggil Pak Kasim lagi setelah Ungu tidak memberi respon.
" Errr tak kot. Kita fikir positif sudah lah Pak Kasim " kata Ungu selamba.
Pak Kasim hanya mengangguk. Tetiba dia rasa macam nak buang air kecil pula.
" Err Ungu , Pak Kasim pergi toilet kejap ea ? "
Ungu hanya mengangguk. Setelah itu dia memerhati semula wajah tidur Faeeq.
" Hmm kenapa lah aku tak boleh nak baca isi hati dia hah ? Pelik ! Takkan ada golongan tertentu aje yang aku boleh dengar ? Tak rasanya semua aku boleh dengar . " desis hati Ungu.
Seketika Ungu menyelak rambutnya ke belakang telinga lalu dia mendekatkan telinganya ke bidang dada Faeeq . Dia nak sangat dengar isi hati Faeeq. Kot - kot lah Faeeq cakap pasal 2 orang yang tumbuk dia tu ke ?
Makin lama makin dekat telinga Ungu di bidang dada Faeeq . Sehinga tinggal seinci tiba - tiba.
" Ehem - ehem " Faeeq berdehem.
Tersentak Ungu dibuatnya. Dia terus mengangkat kepalanya memandang ke arah Faeeq .
Mata Ungu sedikit membulat. Dia dah sedar ? 😨
" Tak penat ke asyik teliti muka saya aje ? Saya tahu saya handsome. Pastu tadi macam nak tidur atas dada saya aje ? " usik Faeeq walaupun dalam keadaan lemah.
Blushing Ungu dibuatnya. What ?! Dia dah lama sedar lah maksudnya ?
Ungu terus bangun dan berdiri tegak.
" Kau dah lama sedar ke ? " tanya Ungu.
Faeeq tersenyum senget. Hahahaha ya sebenarnya sebelum Ungu masuk tadi , dia dah sedar tapi Faeeq kembali pura - pura pengsan sebab nak tengok siapa yang dah selamatkan dia atau dia betul - betul dah kena tangkap dengan orang suruhan abangnya.
Fuhhh selamat gadis yang aku langgar hari tu masih ada hati dan perasaan untuk selamatkan aku ! One more thing dia memang baik + comel . Faeeq juga dah dengar soalan yang Pak Kasim tanya tadi , tak takut ke kalau Faeeq ni jahat tapi tetap Ungu cakap think positive.
Seketika Faeeq mengubah posisinya daripada baring lalu bersandar di kepala katil. Terasa perut agak pedih sedikit namun dibiarkan saja.
" Tak lah . Baru aje tadi "
" Tipu ! Kau tipu aku kan ? " kata Ungu bengang.
Hmmm entah - entah betul apa yang Pak Kasim cakap kan ? Lelaki ni mungkin ada motif jahat dekat aku ! Tapi .....
" Tak lah saya dah sedar sebelum awak masuk tapi saya pura - pura pengsan balik lepas dengar ada orang nak masuk . Sorry lah. Saya just nak tengok siapa yang dah selamatkan saya " jujur Faeeq tidak mahu Ungu salah faham.
Ungu hanya diam.
" By the way . Thanks selamatkan saya..."
" Hmmm siapa orang - orang tu ? " soalan itu yang terpancul daripada mulut Ungu. Dia nak tahu sangat - sangat dari hari tu.
Faeeq sedikit tersentak ..
" Errr ... errr " Faeeq tak tahu nak cakap apa. Hmm dia tak tahu nak terang macam mana.
Tiba - tiba perbualan Ungu dan Faeeq terhenti di situ apabila Pak Kasim muncul.
" Errr Ungu , Encik Iyyad nak jumpa " kata Pak Kasim.
" Nama dia Ungu ? " desis hati Faeeq. Apa ke pelik nama tu ? Ungu ? That's mean purple ?
Ungu mengangguk .
" Pak Kasim tolong uruskan dia ni " arah Ungu lalu keluar dari bilik Faeeq.
Seketika Pak Kasim baru perasan yang lelaki di hadapannya dah sedarkan diri. Seketika mereka berkenalan.
------------
" Iyyad " panggil Ungu setelah melihat Iyyad hanya berdiri tegak sambil memerhati pokok - pokok bunga yang ditanama di halaman rumah.
" Cik Ungu ... "
" Ada apa awak nak jumpa saya ? " tanya Ungu.
Ya walaupun Ungu dan Iyyad berbeza 4 tahun . Namun Iyyad tak bagi Ungu panggilnya abang. Entah lah dia rasa tua sangat lah pulak. Sebab tu Ungu panggil Iyyad aje.
" Saya just nak tengok Cik Ungu dah sihat ke belum lepas tu saya ada sikit nak bagitahu tentang syarikat Tuan Hadi " kata Iyyad.
Even papa dah meninggal dunia , Iyyad still jadi PA yang setia dengan Syarikat Hadi Holdings.
" Saya okay dah. Awak tak payah risau lah. "
Tiba - tiba Iyyad meletakkan tangannya di atas kepala Ungu lalu mengusap - ngusap perlahan.
" Macam mana saya tak risau ? Kalau saya sayangkan awak Ungu . 5 tahun awak koma. Saya rindukan awak " desis hati Iyyad.
Glurp ! Ungu telan liur. Hah ? Pipi Ungu mula blushing.
" Errr sorry . Rambut Cik berserabut sikit tadi. " kata Iyyad cover lain setelah dia sedar akan perbuatannya tadi.
" Errr awak kata tadi nak cakap pasal syarikat ? " tanya Ungu ingin mengubah topik. Ungu juga sedikit terkejut dengan apa yang dia dengar tadi. Alahai ni la padahnya bila boleh baca isi hati orang 😭
" Err hah pasal syarikat , sekarang ni Pak Long Cik Ungu yang uruskan semuanya. Dia yang jadi CEO sementara sebelum Cik ambil alih nanti " jelas Iyyad.
Ungu hanya mengangguk kecil.
Dalam diam ada mata yang memerhati dari bilik sederhana. Ya sebab perbualan Iyyad dan Ungu di halaman berdekatan rumah sederhana tu. Hmmm bertentangan tingkap bilik yang Faeeq sedang diami.
Faeeq melihat semuanya juga scene Iyyad mengusap kepala Ungu.
" Hmmm tu boyfriend dia ke ? " desis hati Faeeq. Tetiba rasa jelous gitu ! Hahahaha gegeh lah kau Faeeq.
Seketika Faeeq bersandar di kepala katil semula. Pak Kasim pun dah keluar tadi. Best berborak ngan Pak Kasim tu. Sporting gila beb ! Tak macam driver aku kat rumah. Serious 24 hour !
" Hmmm apa aku nak buat sekarang ni ? Aku tak mungkin balik rumah. Aku dah tak ada tempat tinggal. Duit pun dah nak habis. Hmm nanti abang Thaqeef mesti akan bekukan semua kad kredit aku " desis hati Faeeq. Serabut dibuatnya memikirkan ni semua. Hmmm ni semua sebab abang Thaqeef yang gila tu ! Gila harta !
Hmmm mama ngan papa pun aku tak tahu nak cari diaorang dekat mana 😭 mama papa help me ! Bongok ahhh Faeeq kau yang kena tolong diaorang bukan kau yang minta tolong diaorang.
Tetiba Faeeq mendapat suatu idea cara untuk dia meneruskan hidupnya. 😉
Setelah Iyyad meminta diri untuk balik , Ungu terus masuk ke dalam rumahnya. Dia duduk di ruang tamu.
" Betul ke apa yang aku dengar tadi ? Iyyad suka aku ? Tak sangka pula selama ni dia ada simpan perasaan dekat aku . " desis hati Ungu.
Hmmm Ungu anggap Iyyad cuma sebagai abang . Pastu sebagai pekerja papa aje tak lebih dari tu.
Hmmm biarlah , sementara dia sendiri tak buat apa - apa . Aku abaikan aje lah. Hah ni satu lagi pasal budak lelaki tu . Aku nak buat apa hah dengan dia ? Takkan aku nak biar dia stay sini tanpa ada motif langsung ?
Tetiba Mak Min tegur.
" Ungu "
Ungu tersentak dari lamunannya.
" Ya Mak Min ? Ada apa ? "
" Tadi jumpa Iyyad ke ? " tanya Mak Min.
Ungu mengangguk kecil.
" Dah tanya pasal study Ungu ? "
" Hmmm dah tapi Iyyad cakap Ungu start study tahun depan. Sebab tu ni Iyyad tak sempat nak uruskan semua tu lagi , dia sibuk nak uruskan syarikat papa " kata Ungu.
Mak Min hanya mengangguk kecil.
" Hah pasal budak lelaki tu , tadi Pak Kasim ada cakap dekat Mak Min. Pak Kasim cakap budak tu baik lah. Hormat betul orang tua. Tadi dia berborak dengan Pak Kasim best betul. Sporting aje. " jelas Mak Min.
Ehhh Pak Kasim ni . Tadi dia yang risau sangat cakap budak tu jahat lah apa lah. Sekarang ni dah nak jadi bestfriend pulak ? 😩
" Hmm dia tu siapa sebenarnya ? Baik ke ? " desis hati Ungu.
Banyak persoalan yang bermain di fikiran Ungu saat ini.
#Macam mana guys chapter ni ? Best tak ? Keep vote and comment ya guys ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro