EPISOD 35
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
"Terima kasih banyak-banyak sebab korang semua datang sini. Buat susah je." Kata Izzat setelah menghantar Alif, Aulia dan Faizul ke hadapan rumah.
"Mana ada susah. Kitaorang ni kawan kau yang paling terbaik, bila ada masalah mestilah kitaorang tolong. Takkanlah nak duduk diam je kan Zul?" Balas Alif sambil melirik ke arah Faizul.
"Ha'ah betul tu. Tak apa, nanti kitaorang akan tolong kau cari siapa dalangnya. Kita akan pastikan rumah tangga kau takkan jadi apa-apa."
"Terima kasih...nanti bawa kereta tu elok-elok." Pesan Izzat apabila mereka bertiga masuk ke dalam kereta.
"Baik betul kawan-kawan awak tu." Tiara menyapa Izzat yang sedang termenung melihat halaman rumah yang kosong apabila kereta Alif menghilang.
"Hmm, diaorang tu memang baik."
"Lama dah ke awak kenal dengan Alif dan Zul tu?"
"Lama juga, kitaorang sejak sekolah lagi. Cuma masa sekolah rendah dengan sekolah menengah, Alif dengan Zul sekolah sekali. Saya je di tempat lain. Tapi rumah kitaorang semua dekat-dekat. Tapi masa universiti, kitaorang semua belajar di tempat yang sama."
"Awak pula, macam mana boleh kenal dengan Aulia si isteri Alif tu?" Soal Izzat pula kerana dari tadi Tiara je yang bertanya. Dia pun kena cakap juga.
"Sebenarnya saya pun dah kenal lama dengan Lia tu. Sejak dari sekolah juga. Kitaorang pun sambung belajar dekat UK sama-sama juga. Sebab tu kitaorang memang dah lama kenal."
"Oh patutlah..."
"Awak?" Panggil Tiara membuatkan Izzat berpusing untuk memandangnya.
"Hmm?"
"Kalaulah mama awak tetap juga nak kita...cerai, awak akan-"
"Jangan cakap lagi pasal ni, saya tak suka. Saya kan dah janji dengan awak yang saya takkan buat apa yang mama saya suruh tu. Walaupun saya kena menderhaka dengan mama."
"T-tapi, dosa derhaka dengan ibu tu kan besar. Nanti tak cium bau syurga awak..."
"Janganlah risau, nanti saya akan minta tolong abah cakapkan dengan mama. Lagipun esok memang saya nak ke rumah abah, ada benda yang saya nak bincang."
"Benda apa?"
"Tak apa, awak tak perlu tau. Dah jom, kita masuk bilik tidur."
Izzat pun masuk ke dalam rumah meninggalkan Tiara yang masih lagi merenung ke arah kegelapan malam.
"Dapat ke rumah tangga aku ni diselamatkan...Ya Allah, kau selamatkanlah rumah tangga aku dan janganlah biarkan sesiapa pun menghancurkannya..."
"Tiara sayang! Masuklah, saya tunggu lama ni. Ke nak saya dukung dari bawah naik ke atas..."
"Ye lah, ye, kejap!" Tiara pun tanpa membuang masa meluru masuk ke dalam.
Karang kalau kena dukung lagi susah nak larikan diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ting! Tong!
"Ye sekejap." Tiara meluru ke pintu dan membukanya.
"Hi Tiara...miss me again?"
"Huh! F-Faliq, apa yang kau buat dekat sini?"
"Nak datang rumah cinta hati sendiri pun tak boleh ke?" Faliq tersenyum sinis sambil mengenyitkan mata ke arah Tiara.
Bukanlah satu hal yang menggembirakan. Dan Tiara tak suka dengan kehadiran Faliq di situ.
Nampak sangat ada niat tak baik, tersengih-sengih macam orang gatal. Ah ghisau.
"Masa bila aku jadi cinta hati kau? Sedarlah Faliq, aku dah kahwin."
"Tapi kau tak cintakan Izz kan? Kau bersama dengan dia kerana terpaksa kan? Semuanya sebab mama dan papa kau yang paksa kan?"
"Itu semua dulu, sekarang aku memang cintakan Izz. Aku bersama dengan dia kerana cinta dan kalau bukan sebab mama dan papa aku yang tentukan jodoh, mungkin aku takkan rasa bahagia macam ni." Bidas Tiara semula.
Dia lupa agaknya perempuan yang berada di depan dia ni merupakan bekas wanita dingin yang suka bergaduh. Silap banyaklah nak main kata dengan Tiara.
"Oh, jadi kau yakin dengan cinta kau tu? Kau percaya dengan mamat Izz tu?"
"Maksud kau apa, percaya apa? Dia suami aku, of course lah aku kena percaya dia!" Balas Tiara yang dah mula rasa meluat dengan Faliq.
Dah lah tiba-tiba datang tak bagi salam terus hi bagai. Lepas tu tanya soalan pelik-pelik.
"Heheh, baiklah aku terima kata-kata kau tu. Tapi aku bagi amaran pada kau Tiara...suami kesayangan kau tu bukannya boleh percaya sangat. Kau lupa ke dia pernah bertunang. Jangan sampai nanti ada yang kahwin senyap-senyap..."
Kata-kata Faliq tu berjaya membuatkan Tiara terdiam.
Faliq tergelak sinis sebelum dia beredar dari situ dengan rasa puas hati.
Dia berjaga menanamkan rasa was-was dalam hati Tiara. Mungkin.
Faliq mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang. Nampaknya seorang yang penting.
"Hello Nad, kerja aku dah settle. Nanti giliran kau pula jalankan plan yang kita dah rancang."
"Jangan risau, I akan serahkan benda tu pada dia. You cuma tunggu dan lihat. Rumah tangga diaorang takkan kekal bahagia..."
"Bagus." Faliq lantas menamatkan panggilan telefon.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah Nadra menutup telefon, ada seseorang yang datang duduk berhadapan dengan Nadra di sebuah cafe.
"Hello miss! How are you?" Sapa orang itu.
"Erm baik, who are you? I tak pernah nampak You pun sebelum ni, kita kenal ke?"
"Oh! I'm really sorry miss, lupa saya nak kenalkan diri. My name is Alif, Muhammad Alif." Alif kemudian melipatkan kakinya dengan bergaya sambil memakai cermin mata hitam.
"Oh my god clichenya nama tu..." Gumam Nadra perlahan tetapi berjaya didengari oleh Alif.
"Hehehe, tak kisahlah cliche atau tak nama aku tu. Aku tak nak cakap banyak miss Nadra Imanie, ataupun lebih baik dengan gelaran 'Uk's Playgirl'?"
Nadra membeliakkan matanya. Macam mana dia tahu nama aku dan paling penting, gelaran aku dekat UK dulu!
"Heh, tak payah nak terkejut sangatlah perempuan. Kau dah kecewakan sahabat aku, dan sekarang ada hati berangan nak balik semula dekat dia dengan cara kotor macam ni?"
"Apa yang You nak dari I! Dan apa yang You cakap ni? I tak faham." Soal Nadra sambil berpura-pura tak tahu.
"Hmph, dasar pisau cukur. Kau dah puas kikis duit lelaki dekat UK sana, sekarang balik nak jilat ludah sendiri pula?" Alif menambahkan 'perasa' dalam ucapannya berapinya.
Biar pedih rasa sampai ke tulang hitam tu. Baru dia tahu!
"A-apa yang You cakap ni! I tak tahu apa-apa lah!"
"Haih...lantak kau lah perempuan oi. Tapi yang pastinya, aku nak kau jauhi Izz. Jangan nak buat apa-apa yang akan merosakkan rumah tangga dia. Kalau aku dapat tahu...ada jadi apa-apa dekat hubungan dia dengan Tiara...kau aku cari nanti."
Alif memberikan amaran sebelum dia bangkit dan menanggalkan cermin mata hitamnya.
"Aku boleh jadi 10 kali lebih jahat dari apa yang kau buat sekarang. Jangan sampai nanti kisah silam kau terbongkar depan mama dan papa kau sendiri...." Alif memberikan pesanan sinis sebelum dia beredar dari situ.
Nadra terkedu. Oh tidak, dia dalam bahaya. Dia perlu lakukan sesuatu. Ha, dia perlu beritahu Faliq!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Faliq! Faliq! You kena tolong I." Nadra melaung dari jauh sebelum dia datang dekat ke arah Faliq.
Mereka sekarang berjumpa di sebuah rumah persendirian kepunyaan Faliq.
"Chill my girl, apa masalah ni? Plan tak berjalan lancar ke?" Tanya Faliq dengan tenang seperti tiada apa-apa masalah langsung.
"A-ada orang tadi datang jumpa dengan I! Dia ugut I suruh jangan teruskan lagi apa yang kita dah rancang ni. Kalau tak, dia akan bongkarkan semua rahsia I! I takut Faliq!" Jelas Nadra dengan cemas dan takut.
"Halah kau ni Nad. Chill boleh tak? Entah betul ke tak ugutan dia tu."
"M-macam mana kalau betul? I takut Faliq, nanti habis mama dan papa I tahu."
"Kau tak payah risau. Pandailah aku nak selesaikan macam mana. Macam mana rupa dia?" Tanya Faliq ingin mengetahui lebih detail siapa yang telah mengugut Nadra.
"Dia cakap...nama dia Alif, sekejap...ini gambar dia." Nadra menghulurkan telefon bimbitnya dimana terdapat gambar Alif.
"Macam mana kau ambil gambar ni."
"Heh, this is Nadra. Takkanlah I nak biarkan je dia terlepas. Of course I ada hidden camera."
"Hmm, good girl. Nampaknya kau ni boleh tahan licik juga ye."
"Mestilah! Kalau tak, takkanlah mamat dekat UK sana pun ramai boleh syok dekat I."
"Bagus, kau jangan risau. Aku akan pastikan mamat ni takkan menganggu plan kita." Balas Faliq sambil tersenyum sinis menatap gambar Alif.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Lepas je aku bagitau dia nama betul dengan gelaran terkenal dia dekat UK, terus pucat muka dia hahaha!" Jelas Alif sambil tertawa bila teringat macam mana Nadra takut dengan Alif.
"Wah hebat kau ye. Tak sangka pula aku, kau pandai juga dalam bab ugut orang ni. Aku ingatkan tak pandai." Kata Faizul sambil menepuk tangan bangga.
"Well, ni Alif lah!"
"Tapi...kau tak rasa risau ke? Aku kenal Nadra tu macam mana. Orangnya licik, dia akan buat apa saja untuk dapatkan sesuatu atau halang sesiapa saja. Bahaya nanti..." Tanya Izzat sambil menjelaskan tentang risiko yang akan dihadapi.
"Kau tak usah risau Izz, pandailah aku nak jaga diri. Lagipun keluarga aku memang gerenti selamat punya. Siapa tak kenal bapa mertua aku tu siapa, bekas tentera dengan secret agent tu! Siap lah kalau ada orang berani nak ancam keluarga aku." Jelas Alif dengan bangganya.
"Hmm tak apalah kalau macam tu. Tapi nanti kalau kau perlukan pertolongan, aku ada jangan risau." Kata Faizul membuat tanda bagus dengan tangan.
"Hahaha, terima kasih. Tapi Izz memang bila aku ugut dia macam tu, nampak sangatlah yang dia ada buat salah. Tambah lagi bila aku cakap pasal rumah tangga kau dengan Tiara."
"Haih...aku tak tahulah kenapa dia sanggup buat benda macam ni."
"Sabarlah Izz, mungkin ni ujian dan dugaan untuk kau." Kata Faizul memberi nasihat pada Izzat.
Izzat hanya tersenyum. Dia bersyukur kerana mendapat kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan mental dan juga fizikal.
Kalau mereka tak ada, tak tau lah apa yang akan dia buat lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro