MHS : 13
LEMAH tubuh Erisha setelah memboloskan badannya ke dalam teksi. Air mata yang masih tersisa dikesat perlahan. Pandangan dilemparkan ke luar juga tidak dapat mengusir rasa sedihnya atas keputusan dulu yang pernah diputuskannya.
"Saya minta maaf. Saya tahu saya pentingkan kerja saya berbanding awak. Kalau saya ada dengan awak masa tahlil umi, masa awak balik kampung arwah umi, pasti perkara ini takkan berlaku pada awak," lirih suara Tengku Hael tika itu. Erisha tidak ingin langsung melihat mukanya. Benci benarkah Erisha terhadapnya?
Tanpa sebarang kata, Erisha terus ingin mengakhirkan hubungan mereka. Dia akui Erisha seringkali memberi kata putus sebegitu, namun sudah bertahun lamanya Erisha tidak mengatakan seperti itu lagi.
Erisha yang membelakanginya dipandang penuh harapan.
"Jawablah awak. Saya sayangkan awak Risha, beritahu saya yang sebenarnya kenapa awak hancurkan hati saya sampai macam ini sekali Risha. Ini bukan diri awak. Saya tahu hanya saya yang awak sayang." Ini kali pertama dia mendengar tangisan daripada Tengku Hael.
Sedaya upaya Erisha membeku perasaannya. Air matanya turun mencurah-curah ke pipi. Sedih hatinya menahan rasa hati. Longlai langkah Erisha memaksa kakinya menapak meninggalkan Tengku Hael.
"Saya percaya, perasaan awak terhadap Khairi sebaliknya. Awak tak pernah ada perasaan terhadap mana-mana lelaki melainkan saya. Terutamanya Khairi, awak tak pernah sukakan dia, awak selalu hindar dari dia, daripada dulu lagi. Sebelum hadirnya saya. Mustahil untuk awak sukakan dia secara mendadak." Suaranya bersulamkan esakan. Hiba dihatinya cuba ditahan. Walaupun hatinya benar-benar berduka, dia tetap menidakkan kata-kata Erisha.
Air matanya lebih deras mengalir mendengar kata-kata Tengku Hael. Benar, awak. Saya tak pernah mencintai dia. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Ya Allah, bantulah aku menghapuskan rasa lara ini agar aku bertahan. Kebenaran akan cuma membuatkan orang yang tidak bersalah menanggung sakitnya sebuah hakikat.
Dia sungguh mencintai Tengku Hael. Dia tidak sanggup Tengku Hael turut menjadi mangsa. Jika Tengku Hael sanggup, jika?
Tidak, dia tahu lelaki itu akan sanggup tetapi status andai wujudnya janin di dalam rahimnya, anak itu kekal anak bukan sah taraf. Bahkan hakikat ini takkan mungkin diterima sama oleh keluarga Tengku Hael.
Erisha mengorak kakinya bersama daya yang sebolehnya. Dia teresak sendirian seiring langkahnya. Kesal di hatinya hanya tuhan saja yang tahu.
"Apa yang perlu saya buat Risha? Untuk buat awak maafkan saya. Untuk saya dapat semula diri awak. Saya tak layakkah menerima kemaafan daripada awak sehingga awak mendadak buat keputusan macam ni?" Sedih suara Tengku Hael buat terakhir kalinya apabila Erisha sudahpun melolos ke dalam rumah. Tengku Hael menekup wajah bersama tangisan yang tidak mampu terhenti.
Erisha terduduk di lantai belakangkan pintu yang sayu dia tutup. Dia menghamburkan tangisannya dalam pilu tak terperi. Kebenaran apa yang cuba aku sembunyikan ini, Ya Allah!
Masih berasa sembilu menghiris hatinya mengenangkan kisah lalunya. Dia sendiri menghadirkan luka di hatinya dan juga Hael. Dia layak andai benar Tengku Hael membenci dirinya.
Zahra pergi, juga kerana keputusannya agar Zahra mendapat status yang sah taraf. Jika dia tidak memilih dinikahi oleh Khairi. Zahra pasti hidup bahagia.
Dia juga tidak akan melalui derita dan kesal terhadap Tengku Hael. Hael dan Zahra insan yang tulus dia sayang. Tetapi kerana dia, kedua-dua insan yang tulus dia sayang, dicengkam sengsara.
Elina menghentikan keretanya bila dia ternampak Erisha keluar daripada sebuah teksi sebelum tiba di rumah. Dia diterpa persoalan. Sudah menjengah larut malam, rumah siapa yang anaknya hendak tuju?
Elina keluar daripada keretanya separuh. Melihat anaknya yang melorot jatuh di sisi pokok bersama tangisan yang mula kedengaran terus menjadikan niatnya untuk memanggil, terbantut.
Pilu esakan Erisha menampar gegendang telinganya. Elina hilang pertuturan saat ini. Ingin sekali dia mengetahui angkara anaknya bersedih dan mengapa melepaskan tangisannya di sini?
Tanda tanya yang meresap di fikiran menghadirkan gundah di hati Elina. Enjinnya dimatikan lalu tapak kakinya disusun menghampiri Erisha.
Sepasang kasut yang berdiri di hadapannya membuatkan Erisha memanggungkan kepalanya. Deraian air mata terlihat jelas pada wajah anaknya.
Entah apa yang bertandangkan rasa berani pada dirinya sehingga dia merangkul tubuh ibunya ke dalam pelukannya.
Elina menjadi sebak sebaik sahaja tubuhnya terpaut pada tubuh anaknya. Sungguh perasaan rindu menerpa hatinya. Lama dia tidak berada di dalam dakapan ini.
"Risha terjumpa Hael semula di hospital tadi, ibu. Hael dah benci sangat dengan Risha. Risha puncanya ibu, Risha puncanya," luah Erisha perit. Teresak-esak Erisha dalam pelukan.
Serentak, air matanya gugur satu per satu. Bagai sembilu menghiris kalbunya mendengar luahan dan esakan yang tak henti daripada anaknya. Hatinya sayu, menggigil tangannya menyentuh wajah anaknya. Dia tidak pernah melihat anaknya menangis sehingga sebegini. Hancur hatinya tatkala menyedari air mata itu tumpah membasahi di bahunya.
"Kau tahu hati kau masih ada perasaan terhadap dia sepatutnya kau hindari. Sudah bertahun-tahun Erisha, dia dah ada kehidupan dia sendiri. Dia dah bertunang, selayaknya dia benarkan hati dia benci perempuan yang dah hancurkan hati dia.
Biarpun kau salah, semuanya dah berlalu, kau ada kehidupan kau, dia ada kehidupan dia. Kau berhak bahagia dan dia juga berhak bahagia. Kebencian dia tak ada makna lagi untuk kau rasa kecewa," nasihat Elina memujuk hati anaknya yang terluka. Puas dia menahan Erisha daripada menunduk dalam kesedihan.
"Kau ada aku, ibu kau. Aku sayangkan kau. Aku tak ada sesiapa selain kau, cukup kau hadir semula dalam hidup aku. Sebesar manapun kesilapan kau terhadap aku takkan dapat mengubah hakikat bahawa kau anak aku.
Aku maafkan kau Risha tapi satu je aku mohon, aku tak nak lagi kau terluka seperti ini. Perasaan yang hadir dalam hati kau buat dia buanglah, jangan kecewakan aku lagi. Aku nak kau bahagia tanpa ingat masa lalu kau," ujar Elina sambil memegang wajah anaknya. Matanya sayu menatap air mata anaknya yang tidak putus mengalir.
Erisha angkat wajah bersama seribu harapan. Benarkah ibu terima kemaafannya?
Melihat Erisha merenung ke dalam matanya, Elina seperti tahu dan faham maksud pandangan dan apa yang bermain di fikiran anaknya.
"Aku maafkan kau Risha," ulang Elina semula diiringi sebak.
Tuhan gantikan kedukaannya dengan ibu memaafkannya. Lama dia menanti maaf daripada ibu. Sungguh, perasaannya bercampur baur itu lebih kepada bahagia.
Erisha rebah dalam pelukan erat ibu di tubuhnya. Sungguh dia rindukan ibu separuh nyawanya. Kebahagiaan ini lebih bermakna, membawa pergi rasa duka yang bertandang di hati.
Menantikan ibu di setiap hari-harinya cukup menyiksa hatinya yang lara menanggung rindu.
"Tolong buat keputusan yang terbaik dalam hidup kau, jangan ulang kesilapan lalu lagi," lirih suara ibu menjerumuskan dirinya ke lembah lara.
Erisha akur biarpun pilu hatinya untuk mengusir rasa yang tidak ingin diterbangkan pergi. Ciuman yang didaratkan di pucuk dahinya menyedarkan kebahagiaan ini lebih bermakna buatnya.
SILAUAN matahari menghalang mata Rawda untuk buka sepenuhnya. Rawda kembali memejamkan mata semula. Kepalanya masih terasa sakit. Dia cuba menggerakkan tubuhnya dan bangun dari pembaringan. Keadaan sekeliling mula kelihatan di ruangan mata.
Matanya terarah pada satu susuk tubuh di sisi. Berkerut-kerut dahi Rawda apabila tangannya terasa lenguh. Cepat dia menarik tangannya. Mimik mukanya mulai bengis.
"Hei! You kalau ngantuk jangan tidur atas tangan I! You saja je nak buat I..." Bunyi dengkuran yang masih bersambung membuatkan amarah Rawda terhenti.
Dia menyandarkan tubuhnya semula. Lelah sahaja jika dia marah. Tetapi, Azi jarang sekali tidak terjaga kalau mendengar suaranya memetir. Namun barangkali dia letih.
Rawda memicit kepalanya. Sementara itu dia cuba membaringkan badannya secara berhati-hati agar tidak mengenai tubuh abangnya. Dia enggan menganggu abangnya itu tidur.
"Sakitnya." Air mata berguguran ke pipi Rawda. Jarinya menyentuh air mata yang disedarinya saat itu. Buat seketika, dia tergamam. Sebeginikah sakitnya?
Dadanya tidak terasa berat seperti tika dia diserang rasa sakit tadi.
Bunyi pergerakan Azi di sisinya membawa pergi kegoyahan fikiran punca sakit yang dirasakannya saat ini. Rawda menarik selimut rapat menutupi tubuh. Andai benar dia menghidapi penyakit, dia enggan mengetahuinya.
"Rawda, kau dah bangun?" Serak suara Azi bertanya. Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan seiring meraup wajah.
Rawda memilih untuk berdiam diri. Azi berdiri setelah tiada respon yang diterima. Dia hanya memandang Rawda tanpa tahu arah sebelum memboloskan dirinya ke luar. Langsir yang masih dipaut, lantas dirapatkan menutupi ruangan Rawda.
Jag air yang dibawa oleh Azi tadi menjelaskan dia meninggalkan wad Rawda untuk ingin memenuhi jag air itu. Rawda biar tanpa kata.
Riak wajah Azi kelihatan gusar di matanya tadi. Rasa di hati berganti resah. Sepasang mata miliknya mengalihkan pandangan ke luar tingkap memandangkan dia mendapat ruang di bahagian tingkap dalam wad menempatkan dua pesakit ini.
Bunyi mesej yang masuk menyapa pendengarannya. Bunyi itu datang daripada telefon yang berada di sisinya. Lantas dia meraih dan membukanya.
Along
Keadaan Rawda macam mana? Maaf tadi Along terima emergency call. Selesai urusan, Along terus ke hospital semula.
Rawda meletakkan semula telefon. Dia tidak peduli selebihnya. Dia tahu Pak Rashid akan membacanya bagi pihak Angah.
Dia menarik selimutnya lalu kepalanya dirapatkan ke bantal. Baru sahaja dia ingin memejamkan mata, kedengaran suara yang menjerit kesakitan membuatkan Rawda terkejut.
"Maaf encik, maaf!" Satu suara didengari memohon maaf.
"Tak apa, cik. Saya minta maaf juga sebab saya tak nampak," balas suara seorang lelaki bersama erangan yang cuba ditahan.
Azi. Nama itu terdetik di hatinya. Berusaha Rawda bangun daripada pembaringan. Tanpa menyarungkan kasut, Rawda menepis langsirnya. Membulat matanya tatkala ketara memerah di tangan Azi.
"Angah!" Terjerit Rawda terpandangkan jag air yang tumpah airnya.
"Rawda, jangan dekat. Panas," halang Azi seraya cepat berdiri.
Rawda tidak kira. Tangan Azi dipegang. Merah tangan Azi, air disentuhnya pantas. Sangat panas.
Menyirap Rawda. Terus dia memandang orang yang melanggar Azi itu, orang itu juga pesakit. Dia lihat atas bawah.
"Kenapa langgar dia? You tak buta, ada mata sepatutnya tengok dulu jalan sebelum nak jalan, jalan besar! Sesakit mana pun you, abang I lebih sakit daripada you." Rawda terus mengeluarkan kata-kata amarahnya.
Azi cepat menarik Rawda. Dia tidak mahu Rawda memperbesarkan masalah, dia tahu bagaimana diri Rawda. Hal akan menjadi besar.
"Saya dah minta maaf, abang cik pun maafkan." Pesakit itu mempertahankan diri.
"Tangan abang I..." Belum sempat dia menghambur amarah mendengarkan kata yang cukup memberansang emosinya itu, Azi lantas meraih Rawda ke dalam dakapan. Dia peluk erat dan mengalihkan sebelah tangannya yang sakit menutup mulut Rawda.
Rawda terkemam dalam dakapan Azi. Laju jantungnya berdetak seakan berdebat dengan keresahan hatinya.
"Maaf." Hanya itu yang mampu dilafazkannya seraya cuba menahan sakit setelah menekup mulut Rawda.
Rawda terasa bagai hilang rasa resahnya bila Azi bersuara. Mujur Azi mengeluar kata, jika tidak, hatinya terus diusik perasaan yang tidak pernah dirasakannya.
"Bukan sinilah!" Terkeluar suaranya, bergetar tidak sekata nadanya. Azi perlahan-lahan melepaskan Rawda. Rawda sekali lagi mengatur jalan. Tangan Azi diraih lalu dibawa ke ruangnya. Tahulah Azi enggan masalah berpanjangan. Tidak apalah, mengenai itu tadi biarlah nanti dia yang menghadapi seorang diri. Bila ada Azi, ada saja halangan.
Dia menyuruh Azi duduk di kerusi. Tangan Azi diraih perlahan.
"Sakit ini, Ngah. Ini semua sebab you bela dia!" Tanpa sengaja, tangan Azi yang sakit itu ditampar.
"Ya Allah, Rawda! Sakit tangan aku. Sekarang ini bukan sebab dia, sebab kau yang betulnya!" Naik seoktaf nada suaranya apabila tangannya berasa sakit dek tamparan Rawda yang hinggap pada tangannya dengan kuat.
"Maaf Ngah! Sorry Ngah, I tak sengaja, I minta nurse rawat tangan you." Rawda terus menekan butang kecemasan.
Azi menggeleng perlahan. Mudah-mudah sahaja Rawda menampar tangannya. Sudahlah tapak tangan Rawda itu apabila dihayun, bukan rasa sakit yang biasa jika dijadi tempat hinggap tamparannya.
Tengku Hael menunduk sedih. Matanya mulai berair. Bertemu dengan Erisha semula, bukan keinginannya. Meski dia akui, dia masih mengharapkan agar hubungan mereka berhujungkan kebahagiaan.
Lama dia menanggung sengsara. Namun, Erisha hadir mengembalikan rindu yang lelah dipendam.
Air mata lelaki mengalir semula dengan deras. Lafaz nikah Khairi terhadap Erisha dulu, terngiang-ngiang ditelinganya tika ini. Itulah kedukaan terbesarnya,
Ya Allah. Mengapa harus aku bertemunya di saat hati aku masih mencintai, masih tidak melupakannya? Dia sungguh tidak mahu rasa hati ini terus bertambah. Dia cukup tersiksa mencintai insan yang mengkhianati. Mengkhianatinya sepenuh hati.
_____________
No comment huhu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro