Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19

"Memandangkan kamu semua ramai dan kami dah lihat rekod terbaru tentang kamu semua dari Sir Dongwook jadi kami akan pecahkan kamu semua untuk melatih kuasa kamu dengan lebih cepat dan lebih terperinci" ujar Mis Jieun sambil menyelak fail milik Seventeen yang berisi keterangan dan sedikiti contengan orang lidi di kertas itu hasil karya Sir Dongwook.

"Ok start dari Seungcheol kamu dengan Sir Minho, Seungkwan dan Seokmin dengan Miss Suzy, Jisoo bersama Miss Jooyoung, Junhui dan Jeonghan dengan Sir Seojun, Soonyoung dan Hansol akan bersama dengan Miss Jiwon, Wonwoo dan Minghao bersama Sir Bogum, Jihoon dan Mingyu bersama dengan saya, akhir sekali Chan bersama dengan Sir Gongyoo faham?" Terang Miss Jieun dengan penuh terperinci.

"Faham Miss" jawab Seventeen dengan wajah sedaya upaya series.

"Baik kamu boleh pergi ke guru-guru kamu yang saya sudah sebutkan and jangan takut anggap kami ni pun macam Sir Dongwook juga gila-gila tetapi series" Seventeen menghela nafas lega, nasib baik guru-guru mereka yang lain sporting juga takde la nak kena series 24 jam.

Seventeen mula pergi ke guru-guru yang diarahkan oleh Miss Jieun. Ada yang duduk di padang sahaja dan ada yang duduk jauh dari mereka nak bergosip la tu.

"Jadi Choi Seungcheol, hmm element api?" Dengan teragak-agak Seungcheol mengganggukkan kepalanya perlahan.

"I-iye"

"Jangan takut saya pun macam awak juga BRO!!" Sir Minho terus memeluk Seungcheol dengan erat berserta tawa tak betulnya itu.

"Ehh!!"

"Jadi tunjukkan saya awaknya pula blast" pinta Sir Minho setelah meleraikan pelukannya pada Seungcheol.

"M-maksud sir?" Soal Seungcheol tidak percaya, dia bukan tak tau apa maksud gurunya itu cuma dia tak sangka boleh ke dia buat macam tu?

"Yup awak boleh bakar padang ni jangan risau pengetua tanggung" jawab Sir Minho lalu mengenyitkan matanya pada anak muridnya itu.

"WOII!!" Terletus tawa Sir Minho dan Seungcheol apabila melihat wajah geram Sir Gongyoo yang berdiri tidak jauh dari mereka bersama Chan.

"Haish tak faham betul aku dengan mamat tu, ok Chan awak dah pernah tunjukkan kelemahan awak waktu first-first kita jumpa so nak mulakan dari mana?" Soal Sir Gongyoo cuba fokuskan pada Chan dari mendengar gelak mengejek Sir Minho itu.

"Sir ajar la saya nak gunakan kuasa telepathy" ujar Chan, dia sememangnya ingin belajar tentang kuasa itu memandangkan dia sudah tahu cara menggunakan kuasa teleport.

"Saya suka kuasa tu dan saya pernah baca tentangnya apa kata awak cuba juga" Sir Gongyoo mengangkat keningnya dengan senyuman sinis diberi.

"Cuba apa?" Chan mendekatkan wajahnya dengan pengetuanya itu apabila Sir Gongyoo menyuruhnya mendekatinya.

"Cara nak kawal minda seseorang" bisik Sir Gongyoo.

"Wooo NAK!!" Jerit Chan dengan penuh teruja nampaknya dia akan dapat belajar menggunakan kuasanya itu secepat mungkin.

"Hai saya Miss Suzy dan saya dalam bidang flora and fauna dan potion" sapa guru itu dengan senyuman manisnya yang mampu mencairkan semua pelajar di sekolahnya itu termasuk Seungkwan dan Seokmin.

"Wuuu sama dengan saya" ujar Seokmin teruja nampaknya ada juga yang sama kuasa dengannya.

"Betul tu! Dan bila tengok rekod tentang awak banyak yang awak dah boleh buat saya akan ajar cara untuk mengawal haiwan dan Seungkwan apa yang awak suka guna dengan kuasa timer awak tu" soal Miss Suzy pada Seungkwan yang dari tadi meleleh air liur tengok kecantikkan gurunya itu.

"Time healing" jawab Seungkwan apabila dirinya dipukul oleh rakannya itu. Mengelamun je tau.

"Ouh awak dah belajar so senang kita nak mendalaminya dan awak jangan fikir saya tak tau awak berhentikan masa waktu kelas saya" Seungkwan tersengih mendengar sindiran dari gurunya itu, kantoi pula pernah buat banyak kali.

"Ehehehe mian miss" Miss Suzy menggelengkan kepalanya lalu menyambung berbincang tentang kelebihan dan latihan mereka akan datang dengan Seokmin dan Seungkwan.

"Kilat dan cahaya takde beza pun dua-dua boleh buat saya buta" Soonyoung dan Hansol tersenyum kekok apabila melihat wajah dingin Miss Jiwon yang sememangnya dikenali guru paling kasar tetapi tak berapa garang.

"Jiwon baik la sikit" celah Sir Seojun yang berjalan di tempat mereka.

"Hahahaha mian saya memang macam ni orang ingat saya keperempuanan gitu tapi saya tough sikit hehehe guru basketball la katakan tapi jangan takut saya sempoi je" ujar Miss Jiwon lalu memberikan senyuman menawannya pada kedua-dua anak muridnya itu.

"Betul tu bila dia dah ikat rambut dia fuhhh kemungkinan hancur sekolah ni" cerita Sir Seojun lagi yang masih berdiri disitu.

"YAH!! JANGAN KACAU ORANG LA!!" Marah Miss Jiwon hampir sahaja dia ingin menyepak guru itu tapi bila teringatkan balik ada anak muridnya sedang melihatnya dia batalkan sahaja niat suci murninya itu.

"HAHAHHAHAHAHA" gelak Sir Seojun lalu meninggalkan Miss Jiwon bersama Soonyoung dan Hansol yang memandangnya hairan.

"Abaikan beruk tu so dimana kita tadi?" Miss Jiwon kembali menyelak fail tentang Soonyoung dan Hansol.

"Jadi inilah yang dikatakan Taehyung hyung.. lagi teruk dari Sir Dongwook" bisik Soonyoung pada Hansol.

"Rasanya la" balas Hansol, mereka kembali fokus pada Miss Jiwon apabila guru itu memanggil mereka.

"Sir ni nakal-nakal pula dia kacau Miss Jiwon" usik Jeonghan pada Sir Seojun yang baru sahaja tiba.

"Biarlah, ok Wen Junhui element tanah saya boleh bet awak mesti tak reti nak buat gergasi menggunakan tanah" ujar Sir Seojun dengan wajah yakinnya.

"Wooo macam mana tau ni?" Soal Junhui teruja siap bertepuk tangan lagi.

"Sebab memang takde siapa boleh buat pun" terus terhenti tepukan tangan oleh Junhui itu, dia memandang gurunya yang masih mengembangkan lubang hidungnya dengan penuh bangga.

"Ceh -_-"

"Yoon Jeonghan pula element air ni mesti ada impian nak jadi duyung ni lupakan jelah angan-angan tu" ujar Sir Seojun tanpa rasa bersalah.

"Sir hati saya sakit bila sir kata macam tu" Jeonghan mula memegang dadanya dengan wajah acah menahan sakit.

"Jadi kuatkan la jiwa kita kena kental tau nak jadi The Guardians ni" kata Sir Seojun dengan penuh berkobar-kobar.

"Baik sir" balas Jeonghan dan Junhui perlahan walaupun diorang tak fahama apa kena mengena dengan semua benda yang mereka bincangkan.

"Ok siapa boleh terbang?" Soal Sir Bogum pada Minghao dan Wonwoo yang sedang mengerutkan dahi hairan.

"Sir kami berdua tak boleh terbang tanpa menggunakan penyapu terbang" jawab Wonwoo dengan fed up asyik-asyik suruh orang terbang je.

"Haish susah ni itulah benda basic yang kita kena belajar dahulu jadi...." Sir Bogum memandang kedua-dua anak muridnya dengan lama.

"Jadi?" Soal Minghao, tiba-tiba dia rasa tak sedap melihat renungan gurunya itu.

"Jom kita ke rooftoop mana tau bila korang terjun korang boleh terbang" cadang Sir Bogum dengan wajah series.

"SIR BOGUM!!" Jerit Wonwoo dan Minghao takut, adakah guru mereka sudah nekad untuk berbuat begitu? Mereka masih belum bersedia lagi.

"HAHHAHAHAHAHA gurau jelah"

"Kenapa sir tak try terbangkan rambut panjang sir tu" cadang Minghao tanpa memandang Wonwoo yang sedang melihatnya dengan terkejut.

Thughao buat kambek gais HAHAHHAHAHA.

"Hoi!! Rambut sir mana panjang sangat!!" Rungut Sir Bogum sambil mengusap rambutnya dengan penuh kasih sayang.

"Gurau HAHAHAHHAHAHHAHAH"

"Hmm balas dendam nampak -_-" Wonwoo dan Minghao ketawa apabila melihat wajah tak puas hati Sir Bogum, suka bebenor buli guru sendiri.

"Miss Jieun kenapa miss cantik sangat?" Soal Mingyu tiba-tiba, dah la takde kena mengena dengan latihannya sekarang ni.

"Aish Mingyu ni saje je tau puji Miss" ujar Miss Jieun dengan malu-malu, ni kalau Jungkook nampak guru kesayangan dia kena ngorat ni habis ah Mingyu.

"Eh kau ni melebih pula puji-puji orang dah la muka kau je asyik aku hadap" marah Jihoon, penat la dari tadi asyik dengar ayat sweet-sweet je dari mulut Mingyu geli tau tak geli.

"Fikir aku nak ke?" Balas Mingyu apabila sedar dia dan Jihoon satu kumpulan LAGI.

"Ok jangan gaduh miss pilih kamu berdua sebab dua-dua kuasa kamu boleh membentuk sesuatu dan senjata sebab tu miss pilih kamu berdua" terang Miss Jieun apabila terasa ada aura gelap disekeliling Mingyu dan Jihoon.

Mingyu dan Jihoon mengeluh perlahan, nak tak nak mereka kena la berkerjasama lagi.

"Miss tak nak kita berlatih terus, kita kenal-kenal dulu bila betul la ni confirm sangat-sangat baru kita start latihan" sambung Miss Jieun apabila keadaan sudah kembali terkawal.

"Jadi.. siapa dah pernah buat senjata tajam?" Soal Miss Jieun.

"SAYA!!" Jawab Mingyu dengan semangat siap angkat tangan lagi.

"Bentuk haiwan?"

"SAYA MISS" balas Jihoon pula.

"Chemistry?" Miss Jieun mengangkat keningnya dengan senyuman nipis diberi.

"Saya-- chemistry apa??" Mingyu memandang Jihoon dan jejaka itu turut memandang Mingyu hairan. Apa pula kena ada chemistry ni?

"Ok Jisoo saya Miss Jooyoung awak mungkin tak kenal saya sebab saya ajar kelas lain but don't worry saya kenal awak" ujar Miss Jooyoung setelah memperkenalkan dirinya pada Jisoo.

Jejaka itu hanya mengangguk perlahan, masih takut dan malu dengan guru itu.

"Awak cakap je apa-apa kita duduk jauh dari mereka jadi mereka takkan dengar perbualan kita" pujuk Miss Jooyoung lagi, memang betul mereka duduk di tepi padang jauh dari yang lain bagi tak nak sesiapa dengar perbualan mereka.

"Ok.. kenapa Miss pilih saya?" Guru itu tersenyum manis apabila Jisoo mula mengeluarkan suaranya.

"Sebab awak perlu dibantu, takde rekod pun dari Sir Dongwook tentang kuasa awak dia cuma suruh saya bantu awak" terang Miss Jooyoung sambil melihat fail tentang Jisoo, memang kosong sahaja isi di dalam fail itu.

"Jangan risau saya bukannya seganas Miss Jiwon even rambut saya pendek hipster bro hahahhaa" ujar guru itu lagi apabila melihat wajah pucat ketakutan Jisoo kerana fikir dia adalah kasar walaupun rambutnya pendek macam lelaki tak bermakna perwatakannya macam lelaki.

"Saya nak tengok kuasa awak" Jisoo mengangkat kepalanya apabila mendengar apa yang dipinta oleh Miss Jooyoung.

"Tapi.. s-saya takut" ujar Jisoo dengan badannya yang sudah menggigil ketakutan.

"Awak takut apa? Cerita je pada saya, hanya kita-kita je" pujuk Miss Jooyoung lagi, dia tau ada benda yang disembunyikan oleh anak muridnya itu lagipun latar belakangnya pun tidak diketahui ramai.

"Saya takut saya akan cederakan kawan saya, dia takde untuk selamatkan saya lagi" ujar Jisoo, air matanya mula jatuh. Dirinya seperti trauma dengan sesuatu yang teruk.

"Jisoo.. jangan bagi ketakutan awak menguasai diri, lawan!!" Miss Jooyoung memegang kedua-dua bahu jejaka itu cuba memberikan kekuatan pada Jisoo.

"Awak boleh buat dan awak tau tu tapi disebabkan takut awak tu awak buang semua keyakinan awak"

"Lawan Hong Jisoo" pinta Miss Jooyoung lagi dengan memberikan kata-kata semangat pada anak muridnya itu.

"S-saya.." Jisoo menutup matanya cuba melawan rasa takut serta kuasanya yang semakin bergelora di dalam badannya tetapi disebabkan dia masih lagi lemah akhirnya dia tidak sedarkan di pangkuan gurunya itu.

"Jisoo? Jisoo bangun!!" Miss Jooyoung menepuk pipi Jisoo perlahan tetapi tiada sebarang reaksi dari anak muridnya itu. Hawa sejuk yang kini menjalar di sekelilingnya diabaikan.

"Miss kenapa ni?!" Soal Sir Gongyoo panik, dia cuba menghampiri mereka tetapi seperti ada yang menghalang. Yang lain turut cuba mendekati mereka tetapi sama seperti Sir Gongyoo ada sesuatu yang menghalang mereka dari datang ke sana seperti ada pelindung disitu.

"Dia pengsan.. takpe saya boleh handle" ujar Miss Jooyoung cuba meyakinkan bahawa dia dan Jisoo tidak apa-apa.

"Mianhei Jisoo-ah" Miss Jooyoung memegang kepala Jisoo lalu menutup matanya, kelihatan ada aura kebiruan disitu.

"Sir dia buat apa? Itu telepathy ke?" Soal Chan apabila melihat apa yang yang dilakukan Miss Jooyoung pada Jisoo.

"Bukan.. itu dream escape, Miss Jooyoung sedang cuba melihat mimpi atau lebih tepat lagi ingatan Jisoo" jawab Sir Gongyoo, Seventeen hanya mampu diam dan melihat Jisoo dengan penuh risau.

Miss Jooyoung mengerutkan dahi, matanya dipejam serapat mungkin tangannya yang masih memegang kepala Jisoo mula menggeletar.

Sesaat kemudian Miss Jooyoung melepaskan pegangannya dengan mengejut tetapi dia kembali mengusap kepala Jisoo dan lama kelamaan hawa sejuk itu mula hilang serta pelindung yang menghalang guru-guru dan Seventeen turut hilang bersama dan senyuman Jisoo mula kelihatan di wajah polosnya walaupun masih tidak sedarkan diri lagi.

"Rasanya kamu semua boleh pulang, sila bawa Jisoo dengan berhati-hati ye" arah Sir Gongyoo yang sedang cuba menolong Miss Jooyoung bangun.

"Nae, gumawo sir dan miss" ujar Seventeen laly menunduk hormat dan berlalu pergi bersama Jisoo yang dipiggyback oleh Mingyu.

"Kenapa Jooyoung?" Soal Sir Gongyoo apabila melihat wajah risau wanita itu.

"Ada sesuatu yang tak kena.. saya tak boleh masuk ke dalam ingatan dia ketika dia masih kecil atau erti kata lain ingatannya yang satu itu dibekukan oleh dia sendiri" terang Miss Jooyoung dengan letih kerana terlalu banyak menggunakan kuasanya ketika cuba masuk ke dalam ingatan Jisoo yang satu itu.

"Dia perlukan seseorang, Gongyoo"

"Sebab tu la Dongwook satukan mereka semua, mereka saling memerlukan mereka mengalami perkara yang teruk di tempat yang berbeza tetapi pada masa yang sama" celah Miss Jieun yang turut mendengar perbincangan mereka sebentar tadi.

Miss Jooyoung dan Sir Gongyoo tersenyum perlahan, mereka pasti Sir Dongwook sudah menganggak sesuatu seperti dia tau semuanya apa yang jadi cuma kena tunggu apakah pengakhirannya nanti sebab itulah Sir Dongwook memilih Seventeen sebagai The Witchs Guardians.

"Bau apa yang terbakar-- YA TUHAN MINHO!! SEUNGCHEOL!! PADANG AKU TERBAKO!!" Jerit Sir Gongyoo apabila melihat separuh dari padangnya sudah terbakar. Sir Minho yang baru sahaja ingin pergi dari situ berdecit perlahan.

"Bukan salah aku!! Seungcheol yang bakar!!" Balas Sir Minho dengan wajah tak bersalah, betul apa Seungcheol yang bakar dia hanya bagi galakkan je.

"AH ENGKO YANG SURUH DIA BAKAR SINI DUIT KAUUU" Sir Gongyoo berlari mengejar Sir Minho yang berura-ura ingin pergi menyelamatkan diri.

"ANDWAE!!" Guru-guru yang lain hanya ketawa perlahan melihat karenah tak matang pengetua dan guru disiplin mereka itu. Gelak-gelak pun mereka harus bersiap sedia juga untuk esok maksudnya bukan hari ni sahaja mereka kena melatih Seventeen esok dan hari seterusnya mereka harus latih sampai la Sir Dongwook kembali apabila urusannya sudah selesai.








_______________

HAPPY 5th ANNIVERSARY SEVENTEEN!!💜💎💎

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro