13 》 Bebel yang comel
Selepas membayar harga barangan yang dibelinya, Zara terus keluar dari kedai tersebut.
Taman permainan di tujunya. Walaupun sudah lewat malam, hatinya sudah lali dengan kegelapan.
Terowong menjadi sasaran dia untuk duduk.
Ni memang port aku lepak. Tak de sape berani kacau. Hehehe aku memang gangster. Tapi gangster yang baik.
Air tin dikeluarkan dari plastik. Dibuka dan diteguk sedikit. Keluhan kecil dilepaskan.
Memandang kesepian malam. Aku memang tak nak datang kerja arini. Mati aku kalau jumpa dengan pak cik yang aku pukul aritu.
Aku bukan kerja full time pun kat situ. Ada bila memerlukan. Datang ikut jadual kerja aku je.
Tapi aku masih lagi baik. Tak pijak lagi bilik-bilik yang berdebu kat kelab tu. Memang itu syarat aku dengan Idris.
Ye. Aku ada buat satu perjanjian dengan dia. Perjanjian yang... mungkin akan memusnahkan masa depan aku.
Zara terus bersandar di terowong tersebut. Air tin di tangannya di hirup lagi.
Zara terhenti seketika. Mengamati bunyi yang semakin menghampirinya. Terus saja dia mengambil beg dan memanjat pagar rumah kosong tersebut.
"Aku pantang betullah kalau dapat abang pemalas macam dia tu! Eiiii!!! Mentang-mentang aku adik dia suka hati mak pak dia je suruh aku itu ini. Eh! Mak pak dia, mak pak aku jugak. Argh! Biarlah! Yang penting aku geram betullllll dengan dia. Ei! Nasib aku arini punyalah baik hati. Kalau ikut hati aku, nak je aku lumat-lumat dia jadi Whiskas kasi si Atan tu makan. Ei! Nasib dia abang aku je. Kalau dia adik aku, memang aku dah ceramah dah dia cukup-cukup. Ada ke patut adik dia yang hensem ni kena buang sampah? Ei! Apa kes?"
Zara yang berada di atas tembok penghadang mengamati suara tersebut.
"Eh! Minion? Kejap! Kenapa aku tak tahu yang minion ni suka bebel?" Soal Zara perlahan.
Senyuman dia melebar. Suka dia melihat keletah Izz yang membebel sendirian.
Izz terus mencampakkan sampah tersebut ke dalam tong. Tangannya dipandang seketika.
"Ergh! Ni yang aku benci kalau buang sampah! This is sooo jijik!!! Balik kena samak 10 kali ni. Eh! Kejap! Sebelum basuh, kena lap kat baju Abang Hariz dulu baru adil! Yes! You're so brilliant Izz Haiqal! Baru dia rasa macam mana aku kena buli dengan dia kena buang sampah. Dia ingat aku kentot... eh! Tak! Aku minion. Yang comel. Ouh Ya Hariz! Dia ingat aku yang hensem dan comel ni boleh di buli sesuka hati ke? Dia tak tahu yang aku ni..."
Zara tergelak kecil melihat Izz.
O. M. G. He damn cute bila bebel. Sumpah aku rasa macam nak culik je minion ni pastu dera dia buat kerja rumah dan dengar dia bebel hari-hari dah boleh buat aku cair.
Sebab dia bebel dengan gaya macam tengah berpidato acah real je...
Sedang asyik Izz berjalan sambil membebel, kakinya tersadung pula batu yang berada di tengah jalan.
Tapi nasib menyebelahinya apabila dia selamat menstabilkan badannya.
"Argh! Aku benci betul la dengan batu. Kau ni sama je macam Hariz. Menjengkelkan. Kenapa jalan tak buat pakai tanah ke? Pakai simen ke? Macam zaman dulu? Eish! Nasib tak jatuh! Kalau jatuh pastu ada luka... arh! Mesti dah tak hensem dan tak de sape minat aku! Dah la aku ni..."
Zara yang melihat Izz hampir terjatuh terus tergelak. Gelaknya mulai kuat apabila Izz memarahi batu tersebut.
"Habis jatuh saham kehenseman aku! Dah la aku nak pikat..."
Izz terdiam.
Aku macam dengar bunyi orang ketawa la. Macam aku pernah dengar gelak tu.
Zara terus menutup mulutnya apabila tawanya menarik perhatian Izz.
"Aik?! Apesal diam? Tak bukan main gelak. Lepas aku tegur je terus diam. Dah la malam. Depan aku ni banyak rumah kosong. Ke...." ayat Izz dibiarkan tergantung seketika.
Otak dan hatinya menidakkan apa yang difikirkan. Apa yang difikirkan Izz?
Hantu.
"Takkan... ARGGHHH!!! MAMA!!!!"
Izz terus saja berlari meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
Zara terpinga.
Errr...
"Aku tak tahu pulak yang si kentot ni penakut" ucap Zara perlahan.
Tch! Kau ni comel sangat la Izz!
Zara terus terdiam.
"Argh! Shit! Apa aku cakap ni?!" Soal Zara lalu menampar mukanya perlahan.
Setelah puas terus dia berhenti.
"Haih! Apa lah yang ada dengan kau ni minion sampai aku pun dah angau dengan kecomelan kau" ucap Zara perlahan.
Teringat juga akan kejadian beberapa hari lepas yang Zara menyakat Izz ketika di taman.
Tch! Kelakar sangat si Izz tu. Sampai sekarang mengelak kalau jumpa Zara sebab malu dia belum hilang.
Air tin yang masih melekat di tangannya terus di habiskan. Zara terus turun dari tembok tersebut dan memanjat keluar dari rumah kosong itu.
Dia terus berjalan kembali menuju ke terowong tersebut.
Saat dia ingin memanjat terowong tersebut, henfonnya bergetar. Terus diseluk kocek seluarnya bagi mengeluarkan henfon miliknya.
Sarah Nabella ( club )
Zara memandang skrin henfonnya sebentar.
"Nak ke tak jawab?" Soal Zara sendirian.
Skrin terus mati. Zara mengeluh kecil. Henfonnya bernyala kembali. Nama Bella juga yang menyala di skrin henfonnya.
"Aduh!!! Jawab lah Zara! Kau kat mana ni?" Soal Bella gelisah.
Sudah di panggil berkali-kali tapi Zara tetap tak mahu angkat. Jejaka yang setia menunggu di kaunter mengeluh kecil.
"Kawan you ni datang ke tak? Duit I dah bayar tau" ucap Jejaka tersebut tak berpuas hati.
Bella mengeluh kecil. Habis juga credit aku ni. Boleh sengkek lelama ni.
"I tak tahu la... tak pe la. Nanti I cuba call dia lagi tanya datang ke tak. Lagipun... sini kan ramai fresh fish. Tak nak tengok yang lain ke?" Soal Bella menukar topik.
Jejaka tersebut berdecit perlahan. Dia hanya mahu melihat Zara kawan Bella yang di katakan cantik itu.
Yang lain? Sudah muak di matanya. Dia mahu yang lain dari yang lain.
"Tak pe la. I nak tunggu dia jugak. By the way I want to drink a bit" ucap Jejaka tersebut perlahan.
Bella mengangguk. Dia mula menghantar mesej kepada Zara. Setelah selesai, henfonnya di simpan ke dalam kocek.
"Haish! Aku harap Zara bacalah!" Ucap Bella perlahan.
Zara memandang sepi henfonnya. Tiba-tiba satu notification muncul di henfonnya.
From: Sarah Nabella ( Club )
Kau datang ke tak Zara? Aku ada something nak cakap ngan kau
Zara hanya mendengus kecil. Masak sudah dia dengan perangai Bella yang mahu mengenalkan dia dengan kawan Bella.
Tak berminat!
Tapi nak buat macam mana. Bella je lah satu-satu kawan yang dia ada kat kelab tu. Lagipun dia dan Bella sebaya. Cuma dia dan Bella lain sekolah.
Zara mengeluh kecil. Tak pe kot sekali dua ignore mesej dia. Lagipun Zara terasa malas sekali mahu melangkah ke sana.
Mesej Bella di buang dari notifikasinya. Terus saja henfonnya disimpan ke dalam beg.
Nak matikan? Nanti si Faris ke call kesian pulak dia. Terus saja kaki Zara memanjat terowong tersebut.
Dia masuk ke dalam terowong yang paling atas sekali. Malam hari ni cerah dengan bulan dan bintang yang menghiasi dinding langit.
Kalau lah hidup aku macam malam kan best. Walaupun hidup aku suram, akan ada seseorang yang akan menerangi aku, menghiasi aku dengan sinaran dia.
Tch! Tak mungkin perkara itu berlaku. Hidup kau dah musnah Zara. Dah tiada apa yang boleh kau perbetulkan.
Zara menggeleng perlahan apabila angan-angannya merasuki otaknya. Bintang di langit ditenungnya setia.
Perlahan mata Zara mulai tertutup. Berharap agar apa yang dia harapkan akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Goodnight readers 🌜. Sweet dream keyh! 🌸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro