Bab 2
Seorang budak lelaki bermain dalam bilik seorang diri. Tatkala itu, seorang gadis yang memakai jubah biru Cerulean datang dari arah belakang.
"Bhah!" Terkejut budak lelaki itu .
Budak lelaki itu memandang wajah yang telah mengacau dia bermain. Jelas dia sangat marah sebenarnya.
"Kakanda!" Jerit Tengku Muhammad Amran Al Azrash.
Puteri Nayli gelak kecil. Comel betul tengok muka adiknya yang tengah marah.
"Comel betul adinda ni, macam nak peluk je" ucap Puteri Nayli.
Dengar sahaja kakanda cakap begitu, terus sahaja Amran lari naik atas katil.
"Jangan harap! " Amran sudah bersedia dengan pedangnya disisi.
"Kenapa sampai pegang pedang pulak?!" Sampai hati adindanya.
"Kakanda peluk adinda sampai tak boleh bernafas tahu tak!" Jelas dia tak suka dipeluk oleh kakandanya tapi bonda dikecualikan.
"Yelah, kakanda tak peluk dah adinda," Puteri Nayli mengalah. Tak mahu dia cedera hanya kerana ingin memeluk adindanya. Pedang betul tu. Dah la adindanya handal bermain pedang walaupun baru berumur 7 tahun.
"Tahu takut!" Ish budak ni.
"Adinda main apa sorang - sorang? " Tanya Puteri Nayli.
"Adinda mana kawan. Kakanda pun, asyik sibuk dengan homework!" Puteri Nayli tersentak.
Dia mengakui bahawa dia jarang bermain dengan adindanya kerana sibuk dengan homework.
Dan dia tahu peritnya berseorangan. Duduk dalam istana besar tapi tiada orang, bukannya seronok pun.
"Takpe lah. Sekarang jom kita main!" Air muka putera itu bercahaya.
"Jom!"
Puteri Nayli ambik bantal dan lempar pada muka adindanya. Tepat! Badan Amran terdorong ke belakang akibat balingan bantal yang kuat oleh adindanya.
Amran menarik bantal dari mukanya. Gelak ketawa puteri Nayli melihat bantal itu kena pada mukanya.
"Siap kakanda nanti!💢" Amran membaling bantal kearah kakandanya. Tak mengena. Nayli cepat mengelak serangan dari adindanya yang masih kecil itu.
💢💢💢💢Amran merenggus.
Tak puas hati bila kalah dengan kakanda dalam perang bantal.
Amran mengambil dua buah bantal lalu dia berpusing dan melepaskan bantal itu.
Amran pening sebab berpusing kuat sangat. Tapi hasilnya sangat memuaskan. Kedua- dua bantal kena pada muka dan badan Puteri Nayli. Dia jatuh terduduk diatas carpet yang lembut.
Semakin lama , semakin kuat pula mereka bermain.
Kakanda bermain lepaskan tekanan asyik dengan homework. Adindanya pula memang bermain habis habisan! Bukan senang nak dapat peluang macam ni.
Habis kekabu dari bantal keluar. Bersepah satu bilik itu.
Kekabu yang berterbangan di udara itu dipandang oleh mereka dua beradik yang baring di atas carpet.
"Seronok betul!" Ucap Amran. Dia berasa sungguh puas! Puas dapat main.
Puteri Nayli memandang adindanya. Satu idea datang ke mindanya. Hehehe.
Puteri Nayli memeluk Amran dengan sangat erat secara mengejut.
Tak cukup nafas Amran dibuat sebegitu..."ka..ka..n...da.."
Lagi erat pelukan Nayli.
Satu tumbukan padu dihadiahkan kepada kakandanya.
Baru boleh bernafas. Fuh.
Amran memandang kakandanya tajam. Dia mencari pedang miliknya. Eh? Takde?
"Cari ini ke?" Pedang itu sudah ada di tangan Puteri Nayli.
"Macam mana kakanda dapat?!" Kalau tak silap, tadi pedang itu ada atas katil.
"Rahsia!"😀 .
"Bagi balik! " Amran cuba merampas balik pedangnya daripada kakandanya. Namun hampa. Kakanda berdiri.
Kakandanya tinggi! Umur 17 tahun. Dia pulak baru 7 tahun! Macam mana nak menang!
"Tak sampai ke, adinda?" Usik puteri Nayli.
"Mana aci! Kakanda tinggi lagi daripada adinda!" Amran terus melompat demi mencapai pedang miliknya.
"Tahu pun!" Makin marah Amran mendengarnya.
Dengan bersemangat, Amran melompat lagi tinggi. Dapat!
Tapi ..."aduh" dia jatuh di atas lantai.
Kakandanya terkejut. Habislah aku kali ni....dia meneguk air liur.
Pedang dibuka dari sarungnya. Maka dapat dilihat ketajaman pedang kebanggan Cerulean. Hadiah daripada Ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-7.
"Kenapa? Kakanda takut ye" ejek Amran.
"Marilah lawan dalam bilik latihan. " Cabar Puteri Nayli.
"Ganjaran?"
Nak ganjaran pulak dah.
"Kakanda akan...buat kek coklat blueberry"
Amran tersenyum. Dah lama tak makan kek. Peluang ni.
"Tapi kalau kakanda menang, kakanda nak pinjam pedang adinda"
Amran merenggus geram. Namun demi kek dan pedangnya dia sanggup menerimanya.
Petang itu, tepat pukul 3 petang perlawanan pedang antara Puteri Nayli dan Putera Amran.
Bunyi pedang yang berlanggar antara satu sama lain, menarik perhatian warga istana yang lain.
"Jangan harap kakanda boleh kalahkan Adinda!" Amran dengan tangkasnya cuba mengalahkan kakandanya.
"Jangan berlagak sangat!" Sikit sahaja lagi dia hampir diserang oleh pedang milik adindanya. Mujurlah sempat dielak.
Seorang lelaki berpakaian seperti pengawal masuk ke dalam dewan latihan pedang. Dia dapat lihat satu perlawanan yang sengit diantara putera dan puteri.
Puteri Nayli yang perasan akan kehadiran pengawal itu berasa terganggu.
Kenapa dia ada kat sini!
Kehadiran pengawal itu menyebabkan Puteri Nayli tidak fokus dalam perlawanan. Amran pun apa lagi, cepat ambil kesempatan dengan segera menolak pedangnya kuat menentang pertahanan pedang kakanda sehingga kakanda jatuh atas lantai kayu.
"Baik, kakanda mengaku kalah," kini pedang milik kakandanya terlepas dari genggaman tangan kakandanya.
Nayli mengeluh. " Yelah, kakanda menyerah kalah" . Nayli tak puas hati!
Dia memandang pengawal itu tajam. Eiii! Sebab dia aku kalah!
Pengawal itu terkebil kebil apabila Puteri Nayli memberikan jelingan maut kepadanya.
"Zharif!" Panggil Amaran.
"Assalamualaikum, Tengku Amran dan Puteri Nayli" ucap pengawal muda sambil menunduk kepala tanda hormat.
"Waalaikumussalam. Bila Zharif balik ni?" Tanya Tengku Amran dengan ramah. Patutlah kakanda kalah tadi, Zharif ada😅.
"Baru sahaja Tengku. " Jawabnya dengan penuh adab. Sebagai seorang pengawal baru, dia mesti melaksanakan amanah dengan baik.
"Jom kita makan ! Hari ni Puteri Nayli akan buat kek coklat," ajak Amran kepada Zharif.
Puteri Nayli tercengang. Amran ni!!! Kenapa cakap pada Zharif pulak! Habis merah muka Puteri Nayli.
"Tapi..." Zharif mahu menolak kerana dia hanyalah seorang pengawal. Lagipun dia agak malu dengan Puteri Nayli.
"Tak kira ! Abang Zharif kena ikut jugak!" Amran tetap berdegil.
Zharif terpaksa bersetuju untuk menemani Tengku Amran menikmati kek buatan Puteri Nayli.
"Zharif" Tegur pasangan diraja iaitu Tuanku Al Razi dan Permaisuri Khadijah.
Zharif segera bangun dari duduknya. "Maafkan patik, Tuanku"
"Anakanda yang ajak Abang Zharif makan kek" celah Tengku Amran.
"Tidak mengapa, Zharif. Kamu boleh duduk"
Zharif kembali duduk di sebelah Tengku Amran.
Puteri Nayli datang bersama dayang istana membawa beberapa biji kek untuk santapan semua warga istana sempena kemenangan Tengku Amran tadi.
Baginda raja menjemput beberapa warga istana untuk turut serta menikmati hidangan kek coklat special daripada Puteri Nayli.
Zharif tidak terasa kekok kemesraan yang ditunjukkan oleh kerabat Diraja Cerulean.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro