Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Tuan Inspektor Sebelah Rumah

Tuan Inspektor Sebelah Rumah

21,089 2,295 19

Dimalukan ketika di bangku sekolah membuatkan DEWI ARLISA bersikap dingin terhadap AHMAD BARIZ AL-HAQ. Pantang nampak muka Haq, pasti Dewi akan hadiahkan jelingan setajam mata pisau untuk lelaki itu."Kenapa kau tak suka aku?" - HAQ."Sebab kau annoying." - DEWI.Di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah, Haq merupakan satu figura yang komited dengan kerjanya sebagai seorang pegawai kanan polis di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah. Tetapi apabila di luar pejabat, Haq merupakan anak jiran sebelah rumah yang sering kali menganggu ketenteraman hidup Dewi."Kau ni tak ada kerja, eh?" - DEWI."Kerja aku tak pernah nak habis. Tapi, kacau kau pun salah satu kerja aku juga," - HAQ.Bila sering bergaduh mulut, tanpa sedar hati Dewi mula terusik dengan setiap layanan Haq padanya. Namun, cepat-cepat Dewi menepis rasa yang tiba-tiba datang menyinggah itu. Mustahil dia sukakan Haq yang selalu saja menyakitkan hatinya!Ketika hati sudah begitu mencintai, Haq tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk melamar Inspektor Asyura. Hati Dewi terluka. Kenapa Haq tega mempermainkan hatinya? Kalau saja dia tahu mencintai Haq akan sesakit ini seharusnya dari dulu lagi dia akan kekal melayani Haq dengan dingin.Dewi pasrah dalam kecewa. Mungkin sampai bila-bila pun, lelaki itu akan kekal menjadi tuan inspektor sebelah rumahnya.…

Dear Little Wife

Dear Little Wife

331,221 28,483 44

Raja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang-kadang suka buli dia."Meen benci Abang Aisar!"- Ameena."Jangan benci sangat. Nanti sayang sangat pulak." - Aisar.Masalahnya, kata-kata Aisar itu betul. Memang Ameena dah sangat sayang! Tapi Ameena sedar, sampai bila-bila pun Aisar hanya pandang dia sebagai seorang budak kecil berpangkat adik saja. Mahu menakluki sekeping hati milik lelaki itu, mimpi saja lah!Satu insiden, membuatkan separuh nyawa Ameena hilang. Dia rasakan di dunia ini dia sudah tidak punya sesiapa. Dia, si yatim piatu dalam sekelip mata."Ayah nak kita kahwin." - Aisar.Di saat hatinya masih mendung, Aisar muncul dengan satu kejutan. Encik Azril mahu dia dan Aisar berkahwin? Atas dasar apa, Ameena sendiri tak pasti. Kerana dia merupakan yatim piatu dan hanya tinggal sebatang kara? Ameena tak tahu adakah permintaan Encik Azril seperti bulan jatuh ke riba. Macam tahu-tahu saja dia memang sukakan Aisar!"Abang dah anggap Meen macam adik abang sendiri. Dan untuk anggap Meen sebagai isteri, abang rasa tak mampu. Meen adik abang." - Aisar.Dan dia, harus selama-lamanya sedar. Walaupun akad menyatukan mereka, dia tetap seorang adik di mata Aisar Haddad."Abang, boleh tak untuk tempoh dua puluh empat jam ni, abang pandang Meen sebagai seorang isteri? Bukan sebagai seorang adik?" - Ameena."Abang nak kahwin dengan Lisa." - Aisar."Ceraikan Meen depan I," - Lisa.Ameena terlepas dari sangkar Aisar. Dia bawa diri jauh. Andainya satu hari nanti akan ada lagi pertemuan dengan Aisar, Ameena tidak tahu masih ada atau tidak perasaan cinta buat lelaki itu. Aisar, dia mungkin cuma kenangan. Aisar, dia tetap seorang abang."Meen dah tak cintakan abang. Hati Meen dah tak ada nama abang lagi." - Ameena.…

Cinta Dalam Benci

Cinta Dalam Benci

9,837 1,002 13

Hud Ukail X Saffa Kirana"Saya tak boleh teruskan pernikahan kita," - HUD UKAIL.Dia tak pernah menyangka bahawa Hud akan meninggalkannya pada hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia buat mereka. Tanpa sebab dan alasan yang jelas, lelaki itu menoreh luka di hatinya sekaligus telah menjatuhkan air muka keluarganya."Saya akan bencikan awak seumur hidup saya. Saya akan bencikan awak sampai mati," - SAFFA KIRANA.Watak Hud dalam ceritera hidupnya dimatikan. Kenangan bersama Hud dilupus terus dari ingatan. Namun bertahun berlalu, Hud tiba-tiba kembali menagih peluang kedua daripadanya. Tapi, tak mudah untuk dia menerima sementelah luka yang lelaki itu tinggalkan masih belum sembuh sepenuhnya.Kehadiran Aryan yang diperkenalkan sebagai anak angkat Hud membuatkan Saffa dibelenggu seribu satu tanda tanya. Atas sebab apa Hud mengambil anak angkat sedang lelaki itu masih muda dan belum berkahwin?"Teacher Saffa ni mak Ayan ke?" - ARYAN.Saffa semakin tertanya-tanya. Mana perginya keluarga Aryan? Adakah Aryan mempunyai hubung kait dengan peristiwa tiga tahun dulu?Hud yang memilih untuk terus berahsia membuatkan Saffa sukar menemui jawapan untuk setiap persoalannya. Mungkin dengan jalan perkahwinan mampu meleraikan segala persoalannya itu. Tapi, bagaimana pula dengan rasa bencinya pada Hud yang ditanam sejak dulu lagi? Atau mungkinkah selama ini hanya di bibirnya saja yang melafaz benci sedangkan hati masih lagi mencintai?…

Lecturer Sebelah Rumah | Terbit

Lecturer Sebelah Rumah | Terbit

4,907,794 80,245 21

3rd Romance by CikMardiah [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017][ Highest Ranking #1 , ●5 Feb 2018 ●17 Feb 2018]Start Publish ; 16 Sept 2017End ; 16 Feb 2018…

Her Chosen Imam

Her Chosen Imam

34,989 3,323 20

NerissaXLeftenanUstazUzairYusufSeumur hidup, Nerissa tak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta kepada seseorang yang dipanggil 'ustaz'. Dia yang keluar masuk kelab malam, tudung pun sekejap pakai sekejap tidak akhirnya tersungkur kerana seorang ustaz? Seriuslah!Nerissa punya suka, bukan calang-calang punya suka. Dia punya suka sampai buat hidup pegawai tentera berpangkat leftenan itu kacau-bilau dengan kehadirannya. Tapi, Nerissa peduli apa? Yang dia tahu, ustaz handsome itu harus menjadi miliknya."Nerissa, tak elok kalau..." - LEFTENAN UZAIR YUSUF."Alah, ustaz. Relakslah. Bukan saya duduk dekat dengan ustaz pun. Bukannya kita duduk kat tempat tersorok. Tak ada maknanya kalau dia orang nak tuduh kita buat benda tak elok," - NERISSA.Katalah dia itu perigi mencari timba sekalipun, Nerissa langsung tak kesah! Kalau timba tak sudi mengejarnya, apa salahnya kalau dia yang perigi mengejar si timba? Lantas, melalui orang tuanya, Nerissa menghantar pinangan buat ustaz muda itu. Tapi malangnya, pinangannya itu ditolak!Namun begitu, Nerissa tetap menyimpan segunung harapan. Tapi, sampai bila dia perlu menanti sementelah lelaki itu pernah menolak pinangan keluarganya? Ditambah pula dengan kewujudan seorang doktor muda bernama Tia yang turut menyimpan perasaan pada Uzair. Mahu dibandingkan dia dengan Tia, tentulah Tia lebih layak untuk lelaki sebaik Uzair.Dan sehingga pada akhirnya, Nerissa tersedar. Seorang imam pilihan seperti Uzair terlalu mahal untuk dimiliki oleh perempuan biasa-biasa sepertinya."Don't you want to fight for your love?" - NASEEM.Mungkin tidak. Hikayat cinta si perigi mencari timba sudah berakhir seiring dengan rasa kecewanya. Nerissa... signing off!…

Falling Again

Falling Again

9,710 879 6

Aidin Muzaffar & Adra Hanina. Sangka mereka, bila sudah berkahwin, itulah bahagia yang sebenar. Tapi, mereka salah. Berkahwin pada usia yang masih muda dan belum cukup segala benda membuatkan semuanya jadi serba tak kena. Akhirnya, selepas tujuh bulan, hubungan mereka menemui titik noktah.Pertemuan kembali di bumi Birmingham beberapa tahun selepas itu, membongkar rahsia besar yang Adra sembunyikan setelah sekian lama. Aidin kesal, Adra pula tak habis rasa serba salah. Bayangkan, lima tahun Aidin tak pernah tahu kewujudan darah daging sendiri. Huh!"Saya ibu dia! Lima tahun dia dengan saya. Susah senang saya dengan dia. Saya tak akan biarkan awak ambil dia daripada saya, Aidin. Langkah mayat saya dulu!" - Adra.Aayaz itu segala-galanya buat Adra. Darahnya, hidupnya, nyawanya. Sehinggakan Adra tak tahu bagaimana hidupnya tanpa Aayaz. Bagi Aidin pula, dia sanggup lakukan apa saja demi Aayaz.Lantas, mampukah dengan kehadiran Aayaz mengembalikan mereka yang dulu? Dan, masihkah ada peluang kedua buat mereka?"I'm really-really sorry. If only I could turn back time..." - Aidin.…

Delisha Andara ✔

Delisha Andara ✔

2,986,375 152,062 61

6th Romance by CikMardiahDELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA."Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI.Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?!Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab."I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN.Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi."I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA."I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN.Start : 2 April 2019End :…

Beautiful Path ✔

Beautiful Path ✔

1,497,743 80,168 55

4th Romance by CikMardiahCover by @_AisywaNUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-bila. Tapi salah. Takdir Tuhan siapa tahu, bukan ? Disaat dia sendiri berbadan dua, si suami curang."Apa salah saya dekat awak, Ziyyad ? Apa dosa saya?" NUREEN DAMIA."Memang tepat keputusan aku ceraikan kau. Memang betul apa yang mama cakap, kau bukan perempuan baik. Buktinya, lepas je aku ceraikan kau.. kau gugur. Nampak sangat kau sengaja gugurkan anak tu. Kenapa? Takut sangat nanti anak tak berbapa?" AHMAD ZIYYAD.Allah, sakitnya dituduh gugurkan anak sendiri. Sakitnya difitnah mentua sendiri."It's okay to cry. You've been strong for too long." DR.FIRHAN REDZA."Kalau ini jalan yang terbaik, yang Allah sudah tentukan.. aku terima. Aku redha," NUREEN DAMIA.Start Publish : 29/3/2018End :…

Alanna | Terbit

Alanna | Terbit

16,902 1,637 18

Alanna - Dia tak pernah menyangka peristiwa satu malam yang penuh dengan salah faham itu menyebabkan zaman bujangnya berakhir. Bersungguh-sungguh dia menafikan tuduhan tak berasas yang dilemparkan padanya. Tapi, tiada seorang pun yang percaya!Megat Ilman Zaydan - Apa yang berlaku malam itu seolah-olah mimpi. Tapi entah kenapa dia langsung tidak menyangkal tuduhan-tuduhan itu. Bibirnya dikunci. Lidahnya kelu. Bila disuruh bertanggungjawab, Ilman terus bersetuju. Gilakah dia?Fakhrul - Pertama kali Alanna muncul di restoran, dia sudah terpaut. Pantang ada peluang, pasti gadis itu cuba didekatinya. Mahu meluah apa yang terpendam di dalam hati, dia tak berani. Macam mana kalau kena reject? Tsk, sakit kut!"I should have never trust you, Alanna." - Ilman."A marriage without trust is nothing." - Alanna.Kerana kecewa, Alanna undur diri. Kerana salah faham, ego dan cemburu yang tak bertempat, Ilman yang rugi. Setahun berlalu, takdir mempertemukan mereka kembali. Tapi waktu itu, Alanna bukan seperti yang dulunya lagi."Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh mengingatkan awak pada saya. Tak adalah saya seorang aje yang teringat-ingatkan awak nanti," - Fakhrul.Untuk menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Alanna, Fakhrul sedar ia cumalah sekadar angan-angannya di siang hari.Untuk kembali menakluki Alanna, Ilman tak tahu adakah dia mampu setelah dia meninggalkan luka di hati sang isteri."Everyone deserves a second chance to clean up their mistake, right?"…

Drama King | Terbit

Drama King | Terbit

118,559 10,088 15

5th Romance by CikMardiahALYA INSYIRAH - Garang. Dia punya garang sampai ayam jantan pun takut nak datang dekat. Bukan setakat ayam jantan, nyamuk pun kena fikir dua tiga kali nak datang hinggap. Oi, garang gila! Tapi segarang-garang ALYA, dalam hati ada Lee Jong Suk!QAISER EHSAN - Dia seorang artis. Sebut sahaja namanya, pasti semua orang kenal termasuklah anak-anak dara dan mak-mak dara. Kacak, berkacukan Thailand dan bebas kontroversi. Demi menjayakan satu watak di dalam drama lakonannya, QAISER terpaksa masuk ke sebuah kampung yang terletak di pinggir kota. Pengambaran dan kisah bermula di situ."Awak tak kenal ke siapa saya? Saya Qaiser Ehsan. Baru-baru ni menang anugerah Pelakon Lelaki Popular." - QAISER."Kalau awak bukan Lee Jong Suk, bukan Lee Min Ho atau bukan Park Seo Joon... maaf lah saya memang tak kenal." - ALYA.Letak lah Fattah Amin depan mata pun, memang dia takkan toleh. Dipandang sebelah mata je. Seketul ALYA memang tak minat langsung dengan artis-artis Malaysia ni. Katanya, penuh dengan noda gosip yang entah apa-apa. "Kau kena tolong aku, Alya! Hanya kau je satu-satunya harapan untuk selamatkan masa depan aku dan reputasi Qaiser sebagai artis." - RAIS.ALYA tak tahu sama ada perlu atau tak dia tolong si RAIS ni. Lagi-lagi kalau dia kena masuk dalam dunia hiburan QAISER sebagai seorang artis. Argh! Qaiser bukan Lee Jong Suk!Start Publish ; 16 Nov 2018End ;…

Irsa, Your Man | EBOOK

Irsa, Your Man | EBOOK

7,909 682 8

"You won the bet, brotha! Congrats!"Kerana satu pertaruhan, Yara membenci Irsa. Segala kepercayaan dan keikhlasannya, dikhianati lelaki itu. Mengenali Irsa Hidayat, merupakan satu kesalahan terbesar dalam hidupnya.Menginjak satu tahun, Irsa kembali muncul. Kembali menagih cinta dan peluang daripadanya. "Marry me, Yara Zahira. Jadi isteri I. Will you?" - IRSA HIDAYAT."Apa jaminan yang saya dapat kalau saya terima lamaran awak?" - YARA ZAHIRA.Mulut memang berkata benci. Tapi jauh di dalam hati, Irsa masih mendapat tempat istimewa di hatinya. Irsa, lelaki pertama yang pernah menduduki carta teratas di dalam hatinya. Dan lelaki itu juga yang pernah memalit luka di hatinya dulu.Namun, baru seminggu menyulam bahagia, satu insiden menimpa mereka. Insiden yang memberi kesan buat mereka berdua. Insiden yang merubah segala-galanya. Yara kembali membenci. "Saya bukan isteri awak lah! Saya tak nak pun jadi isteri awak! Saya tak tahu kenapa saya boleh kahwin dengan awak sedangkan saya bencikan awak sangat-sangat. Saya tak faham!" - YARA ZAHIRA.Yara hilang ingatan. Irsa cuba lakukan segala-galanya demi mengembalikan memori si isteri. Namun, sampai bila Irsa mampu bertahan dengan si isteri yang langsung tidak mengertinya?"Let's end this. I don't want to be your man anymore." - IRSA HIDAYAT.Begitu kah pengakhiran kisah mereka?…

Sawaddeekha, Captain! | Terbit

Sawaddeekha, Captain! | Terbit

123,409 12,369 25

MAYSARA MALEK. Gadis yang gemar menjalani hari-hari sebagai seorang tukang cuci di KLIA. Biar lah apa pun orang nak kata dan apa pandangan manusia kepadanya, Maysara langsung tak kisah. Namun, disebalik wajah polos itu, Maysara sembunyi identiti diri yang sebenarnya.BENJAMIN ABDULLAH. Kapten juruterbang yang hidupnya cuma dengan Puan Maria, ibu kesayangannya. Apa yang berlaku dua puluh lima tahun lalu, dilupus terus dari ingatan. Kerana peristiwa itu, Benjamin menjadi seorang yang beku dan pendendam.PLOY PRASERT. Kedatangan dia ke Malaysia dengan misi. Misi mencari kembali emak dan abangnya yang terpisah dua puluh lima tahun dulu. Takdir menemukan dia dengan Maysara, gadis yang dia rasakan comel dan periang.Pertama kali Maysara bertemu Benjamin, awal-awal lagi Maysara dah pangkah juruterbang kacak tu sebagai calon suami. Hanya kerana lelaki itu tertolak dia ke dinding dan tidak meminta maaf! Harap muka aje kacak, tapi tak beradab. Entah kenapa selepas insiden itu, kerap pulak Maysara terserempak dengan kapten juruterbang kacak itu. Nak kata Benjamin hero disaat Maysara dalam kesusahan pun iya jugak! Di mana ada Maysara, di situ ada Benjamin. Kononnya lah."Kenapa awak setuju... untuk kahwin dengan saya?" - MAYSARA."Sebab I rasa I nak setuju. Jadi, I setuju lah." - BENJAMIN.Hidup satu bumbung dengan Benjamin tak ada lah teruk yang Maysara bayangkan walaupun awalnya dia begitu membangkang. Benjamin yang kaki mengusik dan mula naik bulu buat Maysara rasa sesak nafas!"Memang awak suami saya tapi saya tetap tak boleh nak diamkan hal ni, Ben. Ini melibatkan keluarga. Takkan selama-lamanya awak nak biarkan Ploy hidup dalam penyesalan?" - MAYSARA."I tak peduli. Yang I peduli sekarang ni, I tak nak dia muncul lagi depan I dengan mae." - BENJAMIN.Sampai hati Benjamin! Maysara meluah kecewa, Benjamin langsung tidak diendahkannya. Entah bagaimana cara lagi mahu turunkan ego si suami kerana peristiwa lampau."Phom rak khun yang sud haw cai," - BENJAMIN.…

The Only One | EBOOK

The Only One | EBOOK

24,458 1,340 9

Tak ada perempuan sanggup bermadu.Tak ada perempuan sanggup berkongsi kasih.Tak ada perempuan sanggup melihat si suami mengulit perempuan lain.Tak ada perempuan yang mampu untuk terus tabah.Selamat pengantin baru, suamiku.Sakit, bukan?Nadya sedar dia hanya lah isteri yang dikahwini kerana permintaan keluarga. Maka, Nadya hanya mampu redha bila Fareth buat keputusan untuk menikahi Arina. "Awak kena lepaskan saya. Demi kebahagiaan rumah tangga awak dan Arina. Saya janji saya tak akan kacau rumah tangga awak dan Arina lepas ini." - NADYA. "No... I don't want." - FARETH.Jadi apa lagi yang Fareth mahu daripada dia?…

Percaya Pada Janji | Terbit

Percaya Pada Janji | Terbit

50,568 4,718 26

8th Romance by CikMardiahUYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi lama-lama, cinta ke mana sayang ke mana!LUTHFAN RAZIN ; Dia pernah kata semua perempuan itu hipokrit. Pandangkan rupa dan luaran semata-mata. Tiada perempuan yang ikhlas dalam bercinta. Tapi selepas bertemu dengan seorang gadis bertopi atas kepala, Luthfan sedar, tak semua perempuan begitu.Uya dan Luth. Kedua-duanya ada pengalaman pahit dalam hubungan cinta. Uyaina ditinggalkan kekasih, Luth ditinggalkan tunang. Kerana? Orang ketiga. Pertemuan pertama mereka, penuh dengan salah faham. Uyaina fikir Luthfan lelaki buta hanya kerana Luthfan hampir dilanggar kereta ketika mahu melintas jalan. Sehingga lah selepas empat tahun kembali mempertemukan mereka."Jadi isteri saya." - LUTHFAN."Gila! Lelaki gila!" - UYAINA.Kata Uyaina, Luthfan lelaki gila. Jumpa baru beberapa kali, kenal pun tak, tiba-tiba lelaki itu ajak kahwin. Ingat dia ni anak patung? Barang dagangan yang boleh dibeli begitu sahaja?"Izinkan saya jadikan awak isteri saya. Saya janji akan bahagiakan awak. Pegang janji saya," - LUTHFAN.Uyaina terima. Kerana janji Luthfan."Saya tak perlukan awak, Luth. Tinggalkan saya."- UYAINA.…

Sir, I Heart You

Sir, I Heart You

87,581 4,522 21

Dinginnya MUHAMMAD DAFFA kepada AININ NADA bermula bila si NADA membaca surat cinta di zaman monyetnya tanpa izin. Sudah lah baca surat cinta orang, NADA boleh pula mengejek dia!"Eei, geli tau Nada baca surat cinta abang ni. Baru tingkatan satu, dah galak!" - NADA."Aku tahu kenapa kau nak sangat bagitahu mak aku yang aku dah ada buah hati. Kau suka aku, kan?" - DAFFA.Menginjak dewasa, seketul NADA dikenali orang kampung kerana parasnya yang cantik dan pandai dalam bidang agama sehingga melayakkan dia ke Mesir. Seketul DAFFA pula, terkenal dengan kehebatannya melukis. Tangan DAFFA umpama magik bila menyentuh kanvas putih. Kerana minat yang mendalam dalam dunia seni, DAFFA ke Melbourne untuk menyambung pelajarannya di sana. Masing-masing punya cita-cita. Tetapi...Mereka harus bertunang sebelum masing-masing ke luar negara. Kesnya? Kerana ibu masing-masing dah sepakat."Kau setuju untuk bertunang dengan aku, sebab kau suka aku kan, Nada?" - DAFFA."Nada ikut kata umi. Kalau umi cakap itu baik untuk Nada, Nada terima aje." - NADA.Akhirnya mereka ditunangkan tanpa rela. NADA setuju kerana uminya, PUAN KARISMA. DAFFA setuju kerana dia mahu ke Melbourne. Kalau dia tak setuju, jangan harap lah PUAN AISHAH izinkan dia jejak kaki ke sana! Urgh!Lima tahun kemudian, mereka bertemu kembali dengan status 'tunang'. Tapi DAFFA tetap beku macam dulu. Dan yang membuatkan NADA rasa nak pengsan bila DAFFA yang asyik dingin dengannya ajak kahwin!"Abang Daffa tetap nak kahwin dengan Nada?" - NADA."Ye lah. Dah tu aku nak kahwin dengan siapa pulak? Kau tunang aku, kan?" - DAFFA.Mampu kah NADA bahagia dengan si DAFFA yang terang-terang asyik tunjuk dingin padanya? Oh, NADA tak mahu memperjudikan masa depannya sendiri!…

Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit

Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit

4,330,245 64,825 32

2nd Romance by CikMardiah 📖[BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017][ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ]Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memulakan kerjanya yang pertama sebagai seorang houskeeper di situ tanpa mengetahui siapakah pemilik hotel mewah tersebut. Di fikirannya, CEO Lauren's Hotel pastinya dah tua. Rambut penuh uban yang memutih dan mempunyai cucu yang berderet-deret. "Hey, watch your eyes! Pervert!" - JANNA. Memang silap besar bila dia tuduh majikannya itu 'pervert'. Bagaikan satu mimpi ngeri baginya, dia sentiasa menjadi perhatian majikannya itu. "I don't know what kind of person you are. You have a beautiful face and I really hope you have beautiful manners too." - SYED FALIQ. Pertemuan demi pertemuan, JANNA ingatkan FALIQ akan membenci dia. Tapi dia salah. Serasa mahu luruh jantungnya bila FALIQ memperkenalkan dia sebagai bakal isteri kepada keluarga lelaki itu. "I ada prinsip hidup. Once I cakap I akan jaga you, that means, I memang akan jaga you." - SYED FALIQ Maka, perkahwinan antara mereka terjadi. Perkahwinan yang dibina tidaklah seteruk apa yang Janna bayangkan walaupun ia bukan berlandaskan rasa cinta. Tapi masalahnya, JANNA bukan menantu pilihan DATIN SRI SOPHEA. Bila sudah bergelar isteri kepada FALIQ, dia harus mengambil hati si ibu mentua. Tapi, mampukah dia untuk bersaing dengan si menantu pilihan?…