Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 65

........

Liyana dan Malik masing-masing mendiamkan diri. Selepas kejadian di mana Malik menariknya keluar dari kelab malam itu, terus dibawa ke kedai mamak yang berhampiran.

"You want anything?" Mata Malik menikam wajah si gadis yang pernah menjadi teman wanitanya dulu ketika mereka sama-sama melanjutkan pelajaran.

"Erk....just give me coffee." Malik tersenyum. Akhirnya dia boleh mendengar kembali suara si gadis ini. Sudah lama dia mencari si Liyana. Itulah kuasa Allah, kalau dah jodoh takkan ke mana...

Selesai membuat pesanan, kami kembali senyap seperti tadi.

"I rindukan you." Suara gemersik si Malik membuatkan dada Liyana berdegup laju. Terlalu lama dia tidak berjumpa dengan lelaki ini selepas dia nampak lelaki ini curang dengannya.

"Kenapa you cari I? Bukan you dah ada Izzati?" Liyana mendongak memandang Malik. Dia harus kuat. Kenapa perlu takut?

"Baby, I dah tersilap menilai. Dia hanya nakkan duit I. Dia dengan you are totally different!" Malik cuba memberi penerangan.

Liyana mengeluh. Disebabkan inilah sikap dia berubah bila berhadapan dengan lelaki. Dia akan cemburu tak tentu pasal.

"But why now? After you dah hancurkan hati I. I terlalu bodoh percayakan cinta you!" Air mata mula bertakung di tubir mata.

"Please give me a chance. Sekarang baru I tahu yang I tak boleh hidup kalau you takde. Setiap malam I akan mimpikan you. Mimpikan kenangan manis kita." Malik mengesot ke arah Liyana supaya dia dapat melihat wajah pujaan hatinya itu dengan lebih jelas.

"Malik I don't know what to say. Please give me some time. I akan fikirkan tentang ni semua." Liyana berura-ura untuk bangun namun tangannya dipegang erat oleh Malik.

"At least you teman I makan boleh?" Dikerdip matanya berkali-kali. Dan Liyana mengaku kalah kerana di sudut hatinya masih ada perasaan sayang terhadap lelaki itu.

........

Mikail pov

Lamunanku jauh memandang siling. Aku masih teringatkan kata-kata ibu tadi. Kenapa Sara sanggup pergi jauh dariku? Langsung tiada peluangkah untuk aku tebus balik kesilapan ni?

Aku mencapai gambar aku dan dia yang terletak elok di atas meja bersebelahan katil.

Aku mengusap wajahnya yang tersenyum sahaja sambil dipeluk erat olehku.

"Abang minta maaf. Abang dah lukakan hati sayang. Abang terlalu ikutkan kata hati. Abang tak sanggup kalau sayang pergi jauh lagi dari abang. I miss you so much!" Aku memeluk erat gambar itu sambil ditemani dengan air mata yang mengalir di pipi.

Akhirnya aku pun tertidur kerana terlalu letih dengan segalanya.

.........

Kirana pov

Umur si Alisya sudah melangkau setahun. Dan bermakna perkahwinannya dengan Helmi turut menjadi setahun. Dia sangat bersyukur dengan apa yang dia rasai sekarang ini. Dia sangat bahagia. Perancangan Allah memang terbaik untuk hambaNya.

"Sayang hari ini kita nak bawa Alisya pergi mana?" Helmi yang sedang meyikat rambutnya itu menoleh seketika ke arahku.

Aku pula sedang menyediakan pakaian si Alisya. Anak dara seorang tu tak bangun lagi daripada tidur.

"Ikut abanglah. Tapi sayang kena beli barang dapur dulu. Kebanyakannya dah habis." Aku merungut.

"Ai ai puan!" Dah macam askar dah aku tengok suami aku tu.

Lama sikit menyepi sebelum Helmi bertanyakan aku tentang Sara.....

" Sayang, abang dengar Sara dah tinggalkan Mikail. Betul ke?" Aku terkaku. Sara tinggalkan Mikail? Sebab aku ke?

"Kenapa abang? Mana abang tahu?" Aku menghampirinya yang sedang memakai baju.

"Sebab kes Liyana, PA dia tulah. Abang dah pernah cakap dekat Mikail jangan layan sangat perempuan tu takut si Sara salah faham." 

"Ya Allah kesian dekat Sara. Dia dahlah tengah mengandung!" Aku tak sanggup nak membayangkan keadaan Sara macam mana sekarang ni.

"Abang pun tak tahulah. Sekarang ni abang tengok Mikail pun dha tak terurus. Asyik duk panggil isteri dia saja." 

"Apa Liyana tu buat sampai macam tu sekali?" Aku mula geram dengan perempuan tersebut.

"Mikail cakap dia dikenakan sihir pemisah untuk buat dia bencikan Sara. Tapi nasib baik dia tak ceraikan Sara lagi."

"Ya Allah! Satu-satu dugaan yang melanda hidup mereka kan. Abang boleh kita pergi jumpa Mikail. Saya teringin nak tahu apa yang jadi kepada Sara. Sara tu dah macam kawan saya lepas saya minta maaf dekat dia tempoh hari tu." Aku memegang lengannya meraih keizinan.

Dia mengangguk.

"Anything for you dear!" Ubunku dikucup perlahan.

.......

"Sara kau berapa lam kena kerja dengan syarikat Belgum tu?" Heliza memandangku yang sedang memotong sayur.

"Lagi 2 tahun. Aku cuma nak ambil pengalaman je bukannya nak kerja terus dengan syarikat tu." Tanganku lincah memasukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan tomyam udang. Maklumlah kawan kita ni mengidam nak makan masakan aku kan...

"Habis 2 tahun tu kau tak nak balik Malaysia ke?" Aku terhenti seketika. Soalan yang menyentap hati aku.

"Sampai bila kau nak larikan diri daripada Mikail. Nak tak nak kau kena jumpa dia juga." Aku terus pandang Heliza.

"Buat apa aku nak jumpa dia? Dia tak de kaitan dengan aku!" Aku tak suka bila isu si lelaki tersebut dibangkitkan semula di hadapan aku.

"Of course you need sebab Ain anak dia. Kalau kau tak mahu bagi Ain jumpa bapa dia, kau nusyuz tau." Aku terkesima. Ya Allah jahat sangatkan aku ni?

"Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau. Tapi kau kena ingat kalau nanti Ain dah besar, mesti dia akan tanya tentang bapa dia." Hiba! Itulah aku rasakan saat ini.

"Tengoklah macam mana. Nah! Makan. Nasib aku dah siap masak. Kalau tak kau masak sendiri." Aku menutup api dan melangkah pergi meninggalkan si Heliza terkulat-kulat di situ seorang diri.

"Kau terlalu ego dengan diri kau Sara. Aku tahu kau masih sayangkan suami kau. Hati kata lain, mulut kata lain." Bisik si Heliza tersenyum.

.......

"Mana Mikail bik?" Datin Rosmizah tercari-cari anaknya. Namun masih tak kelihatan.

"Udah saya panggil bu. Tapi dia tak nak makan. Katanya ngak ada selera." Bik Faridah berkomen.

"Dah berapa hari dia tak keluar bilik? Risau juga saya." Tangan tuanya diramas perlahan meghilangkan kegelisahan yang bertamu.

"Ya bu." Bibik mengiyakan. Tangannya menyedok nasi ke dalam pinggan milik Datin.

"Hmm, takpe saya pergi panggilkan." Datin Rosmizah bangun dan berlalu naik ke atas.

........

Bilik anaknya itu ditolak perlahan memandangkan Mikail tak kunci pun pintu tu.

Dilihat sekeliling bilik anaknya itu. Suram sahaja.

Kelihatan Mikail sedang tidur lagi dengan berbalutkan selimut hingga ke paras bahu.

Kesian dia melihat anaknya itu. Tak sangka penangan seorang isteri tersangatlah hebat...

Datin menghampiri katil anaknya lalu menghenyakkan punggungnya di bahagian yang kosong.

"Mikail bangun. Mari makan nak. Dah berapa hari Mikail tak makan. Nanti sakit siapa yang susah." Diusapnya tangan mulus anaknya itu.

Dia terasa panas. Tangan dibawa ke dahi. Memang panas. Anaknya demam ni!

"Mikail demam ke? Ya Allah bangun Mikail.." Ditepuk-tepuk pipi anaknya itu.

"Mummy.....Mikail....nak Sara." Suara lirih itu membuatkan Datin sayu melihat keadaan anaknya seperti itu.

"Ya Allah bik!" Dijeritnya memanggil pembantu rumahnya itu.

Memang terlalu panas tubuh anaknya itu.

"Ya bu." Mata Datin Rosmizah sudah bertakung dengan air.

"Tolong panggilkan Pak Mat. Kita bawa Mikail ke hospital." Datin menarik selimut yang menutupi tubuh si Mikail.

"Baik bu." 

Datin memeluk anaknya erat seakan memberi semangat. Tak sanggup dia melihat anaknya begini.

"Mikail....nak....minta maaf dengan Sara. Mikail....dah sakitkan hati dia." Suara itu menusuk ke dalam jiwa ibunya.

"Mikail sabarnya. Mummya akan panggil Sara jumpa kamu." Yang hanya dengar tangisan milik anaknya itu di sebelah telinganya.

.......

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro