Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 52

........

Sara pov

Aku membaringkan tubuhku dengan perlahan ke atas katil setelah aku terlihat mesej yang dihantar oleh seorang wanita terhadap suamiku.

Aku cuba memejam mataku apabila aku terdengar pintu bilik air dibuka dari dalam membuktikan bahawa dia sudah selesai membersihkan dirinya itu.

Aku mengiring ke sisi katil tanpa terdetik untuk baring menghadap dirinya yang sudah menghenyakkan punggungnya di atas katil bersebelahan ku.

Aku dengar dia mengeluh. Mungkin dia sudah baca teks yang dihantar oleh teman wanitanya itu.

Aku mendiamkan diri sahaja tanpa berniat untuk bertanya tentang mesej tersebut kerana aku percaya kalau betul dia menyayangi aku, dia akan cakap dekat aku sendiri.

"Kau dah baca mesej tu ke?" Soalan itu menusuk ke jantungku.

Aku masih membisu. Terdengar keluhan kecil lagi dari bibirnya.

"Aku lelaki. Dan aku boleh buat apa yang aku nak. So kau jangan expect yang aku tak boleh cari lain untuk gantikan kau." Aku tersentak.

Sampai begitu sekali ke dia membencikan aku. Aku sebak. Air mata please jangan turun.....

Aku mula bangun dengan perlahan. Dia memalingkan wajahnya menghadap aku sambil memegang iphone nya itu.

Aku memberanikan diri untuk memegang tangannya. Ya! Tangan aku sejuk sebab aku takut.....

"Kenapa abang benci Sara sampai begini sekali? Mana janji-janji abang dulu? Abang dah tak sayangkan Sara ke?" Aku menahan getaran di jiwa.

Dia masih memandang aku tanpa bibirnya tidak mahu mengeluarkan sepatah perkataan pun.

"Aku tak tahu. Dan aku tak mahu jawab soalan macam ni. Dah! Aku nak tidur. Esok Mira nak kahwin kan?" Dia menarik tangannya lalu terus baring menghadap ke arah lain meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

Aku buntu. Dia selalu mengelak untuk bercakap tentang hubungan kami. Apa lagi yang aku boleh buat dengan suami aku?

.......

Mira sedang menunggu di dalam bilik untuk dirinya dihias oleh mak andam.

Sesekali dia membelek dirinya yang sudah dipakaikan baju pengantin itu.
Dia tersenyum.

Hhmm! Aku dah nak kahwin dah.....

Tuk!tuk!tuk!

Pintu bilik diketuk.

"Masuk!" Terjengul kepala Sara di sebalik pintu itu.

"Adik!" Dipeluknya terus tubuh Sara dengan erat bagai melepaskan rindu yang teramat.

"Aduh! Sakitlah perut Sara." Sara mencebikkan bibir. Mira tersenyum. Adik dia memang selalu manja dengan dia.

"Kenapa Sara tak datang malam semalam? Kakak baru nak suruh Sara letak inai dekat kakak." Mira bertanya. Sara terdiam seketika.

"Adik okay tak ni? Kenapa akak tengok semenjak ni adik dengan Mikail macam dingin je?" Tiba-tiba, Sara mengalirkan air matanya membuatkan Mira tergamam.

Tanpa berkata apa-apa, dipeluk terus tubuh kakaknya itu dengan erat. Ya Allah! Sesungguhnya dia tak tahu nak luahkan dekat siapa.

"Adik kenapa ni? Akak risau tengok adik macam ni." Diusap bahu adiknya itu dengan lembut.

Sara melepaskan pelukannya itu lalu mendongak memandang wajah kakaknya dengan muka yang basah. 

"Adik tak tahu akak. Adik dah cuba sedaya upaya untuk jaga hubungan kami. Mikail dah tak sayangkan adik. Dia benci dengan adik." Satu-persatu diperkatakan oleh Sara membuatkan Mira semakin bengang dengan Mikail. Bukan dia dah janji tak nak lukakan hati adik aku ke...????

Mira mengeluh.

"Adik, akak harap adik faham apa yang akak nak cakapkan. Adik try tanya dia kenapa dia tak suka dengan Sara? Tanya dia, adakah dia masih sayangkan kandungan Sara ni. Akak nak dengar sendiri." Mira memegang tangan Sara lalu mengusapnya dengan lembut.

Sara mengangguk.

..............

Sara pov

Sewaktu majlis perkahwinan,

Kelihatan tok kadi dan beberapa orang ramai sudah mula memenuhi ruang tamu untuk meneruskan acara akad nikah. Kelihatan abang Mark seperti gementar......ya! Abang Mark. Alhamdulillah dia dah masuk Islam.

Sepadan aku tengok mereka berdua. Kakak Mira mengenakan baju pengantin yang sama aku pakai dahulu sewaktu perkahwinan aku dengan Mikail. Sebut tentang Mikail, aku nampak dia sedang tekun menelaah telefonnya itu. Langsung tak dipandangnya aku. Entahlah apa yang ada dalam telefon tu pun aku tak tahu. Mungkin kekasih gelap dia mesej kot.....

Aku memalingkan wajah ke sisi kanan apabila terasa tanganku diusap lembut oleh ibu. Ibu kelihatan cantik sangat megenakan jubah yang aku beli khas untuk dia. Teringat arwah ayah. Terasa sebak seketika. Kalaulah ayah masih hidup, mesti semua ni tak akan berlaku.

"Sara nampak ayu. Ibu suka tengok Sara macam ni." Dielus pula pipi aku. Aku bila mengandung ni, pipi tembam sikit je.

Aku meletakkan kepala aku di atas bahu ibu. Kakak di tepi aku dah nervous tu. Boleh nampak pipi dia merah semacam.

"Okey, boleh kita mula sekarang?" Semua orang mengangguk dan ada yang jawab.

Mungkin korang akan tertanya siapa yang akan jadi wali kak Mira kan? Tentu tak lain tak bukan ialah abang aku sendiri. Abang Fattah.....

Cakap tentang dia, abang aku pun dah selamat diijabkabukan dengan Kak Raina. Alhamdulillah! Hubungan yang terputus ketika dulu terikat semula. Dah nak masuk 3 bulan mereka bernikah.

........

Selesai majlis perkahwinan,

Aku mencari kelibat suamiku yang sejak tadi tak kelihatan. Dia terus hilang begitu saja.

Tatkala itu, aku disapa oleh seorang perempuan yang sangat aku kenal. Yang pernah cuba untuk runtuhkan rumah tangga aku. Kirana....

"Sara sihat?" Aku memandangnya yang sedang mendukung seorang budak perempuan kecil. Wajah itu persis dirinya. Dan waktu tu juga, mataku ternampak Mikail sedang berbual dengan seorang lelaki.

"Boleh kita berbual Sara?" Aku memandangnya lama sebelum aku perlahan-lahan menganggukkan kepalaku.

.........

Hazim pov

Aku menghampiri kakak dan mummy yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Mereka berdua sakan bergelak ketawa. Apa yang dibualkan pun tak tahu?

Aku menghenyakkan punggungku ke atas sofa tanpa menghiraukan mereka berdua.

"Hah! Hazim, Sara tak jemput kamu pergi kahwin kakak dia ke?" Aku membatukan diri. Mummy seakan memerli aku. Aku tak kisah pun.

Seketika kakak menyampuk,

"Mikail ada ajak Liyana. Liyana segan mummy. Dengan wife dia dekat sana." Liyana membuat suara manja.

Aku terkedu. 

"Wait! Kenapa Mikail ajak kakak pula? Bukan kakak tu PA dia saja kan?" Rasa pelik mula bertandang di hatiku. Tak pernah-pernah pun sebelum ni.

"Kenapa? Salah ke dia nak jemput akak? Akak kan PA kesayangan dia?" Aku mecebik bibir.

Mummy menyampuk pula,

"Biarlah dia nak jemput ke apa? Liyana kan sahabat dia." Aku nampak senyuman kakak aku tu semacam. Aku masih hairan sebenarnya.

Tanpa mempedulikan mereka, aku sambung menonton televisyen. Tapi aku nak tahu sama ada Sara tahu atau tak yang suami dia jemput kakak aku datang kenduri tu....

........

Sara pov

"Anak awak ke Kirana?" Dia mengangguk sambil memeluk anak perempuannya itu dengan erat.

"Ya! Anak saya dengan Helmi. Alhamdulillah seorang ni yang kuatkan lagi cinta saya dekat Helmi." Aku senyum. Bahagia aku tengok dia yang dah berubah. Dah pakai tudung pun....

" Sara macam mana? Kandungan sihat tak? Dah berapa bulan?" Ceria dia berbual dengan aku.

"Alhamdulillah! Dah nak masuk 8 bulan." Masing-masing mendiamkan diri. Namun hanya seketika sebelum Kirana mengutarakan sesuatu....

"Sara, Kirana nak minta maaf ye. Apa yang Kirana buat dulu untuk hancurkan rumah tangga Sara dengan Mikail. Kirana rasa bersalah. Kirana tak sepatutnya buat macam tu." Esakan kecil mula kedengaran di bibirnya. Aku menarik nafas sebelum tangan aku naik mengelap air matanya.

"Kirana, yang dah lepas tu tak perlu ingat. Sara pun dah bahagia dengan Mikail. Kirana pun dah ada life baru dengan Helmi. Sara suka tengok Kirana macam ni....Kirana jangan risau sebab Sara dah lama maafkan semua apa yang Kirana buat dulu." Aku senyum. Dan, dia juga senyum.

"Alhamdulillah! Terima kasih Sara. Mikail memang selayaknya dapat Sara sebab Sara seorang perempuan yang tabah." Aku hanya tersenyum. Takkan nak bangga diri pula kan......

........

Malam itu,

Semua sudah masuk ke dalam bilik memandangkan siang tadi memang hari yang meletihkan. Dan aku pula masih menunggu suami aku di halaman rumah. Sejak tadi dia tak pulang. Hari ini saja langsung dia tak bercakap dengan aku.

"Are you Sara?" Teguran seseorang dari arah belakang membuatkan lamunanku mati. Aku pandang ke belakang.

Kelihatan Mark sedang berjalan ke arah aku.

"Oh abang! Terkejut Sara. Yes I'm Sara." Aku tersenyum.

"Yah! Tak sempat abang nak berkenalan dengan Sara tadi sebab nervous sangat." Dia berseloroh pula. Wah! Bahasa Melayu dia memang dahsyat.

"Kak Mira mana?" Dia waktu tu sedang minum air.

"Oh! Your sis dah tidur. Penat. Abang tak feel sleepy yet." 

Kami mula berbual sehinggalah dia sendiri meminta dir untuk naik ke atas memandangkan dia dah rasa mengantuk yang teramat.

"Goodnight Sara." Aku mengangguk. Dan dia pun berlalu pergi...

Tit!Tit!Tit...

Satu mesej masuk dalam telefon aku. Aku membuka inbox dan baca. Nampaknya suami aku yang hantar.

~~~~~~~~~~~~~~

From: Hubby

Kau masuk tidur dulu. Lambat lagi aku nak balik. Ada hal sikit.

~~~~~~~~~~~~~~

Setiap hari macam ni. Apa yang aku harus buat ya Allah?

Aku pun berlalu naik ke atas dengan harapan dia akan balik secepat mungkin sebab aku memang terlalu rindukan dia....









TBC

#Thanks for reading guys....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro