Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PROLOG {LAMARAN}

MATA aku naik memandang wajah Ummi dan Abah. Lidah aku terkelu seribu bahasa. Gelisah, itu yang dapat aku rasakan apabila Ummi dan Abah mula membuka perihal kahwin. Tapi aku masih lagi mentah dan otak aku masih tepu.

Umur aku juga masih belasan. Melihat riak wajah mereka. Aku juga bersimpati. Aku tidak mahu melukakan hati mereka. Aku tidak mahu digelar si tanggang versi seorang gadis.

Bibir aku kemam.

"Abah tahu, kamu mesti terkejut dengan apa yang terjadi. Esok, mereka ke mari. Menghantar rombongan meminang sekali gus bertunang."

"Tapi Abah, umur Hawa masih belasan tahun Abah. SPM pun baru saja nak ambil. Bulan syawal nanti nikah? Ma... macam mana Abah?"

Siapa agaknya yang masuk meminang dengan aku waktu ini? Tak tahu ke aku masih bersekolah? Umur baru tujuh belas tahun! Masih mentah untuk tahu hal-hal begini.

Pandangan aku kini jatuh memandang lantai kayu yang diraut cantik. Walaupun cantik, tetapi tetap tidak menarik minat aku. Fikiran aku tetap menerawang entah ke mana.

"Anak Abah, Hawa. Anak Abah, sudah dewasa. Jika ada anak dara, perlu segera dinikahkan kerana anak dara ni banyak fitnahnya. Abah risau."

"Bagaimana dengan pengajian Hawa, Abah?"

"Yang itu, perlu tanya bakal suami Hawa waktu sudah nikah nanti."

Terasa berpasir mulut aku tatkala ini. Kalau aku bernikah, peluang aku nak sambung belajar bagaikan bermimpi di siang hari. Melihat wajah sayu mereka aku tidak sampai hati. Mata aku terpejam erat. Ummi abah yang menjaga aku dari kecil hingga ke besar.

Adakah aku patut menerimanya?


Orangnya pun aku tidak pernah bersua hidung. Apatah lagi nanti tiba-tiba sebilik dan sebantal?

"Tapi... Abah dan Ummi dah tengok ke bagaimana orangnya? Kenapa tiba-tiba masuk meminang dan bertunang? Kenapa terlalu terburu-buru?"

"Sebab Ummi dan Abah restu kamu berdua. Jangan difikirkan sangat siapa yang kami jodohkan itu. Bersungguh si empunya badan tu ingin memperisterikan kamu, Hawa."


HARI yang cerah dan ceria hari ini tidak mampu menenangkan hati aku yang gundah gulana. Hari ini adalah hari terakhir bulan Syaaban. Hari yang aku paling ingat pada tahun masihi ini.


Tangan aku pula tidak habis mengurut antara satu sama lain melayankan debaran di jiwa. Aku hanya berbaju kurung kosong berwarna putih dan tudung labuh bidang 60. Suara yang riuh rendah di luar membuatkan aku lagi gemuruh.

Sekilas aku memandang Ummi yang setia di sebelah aku. Bahu aku dipeluknya. Walaupun wajah aku kelihatan tenang, tetapi di dalam hati, hanya Allah saja tahu bagaimana rasa debarannya.


Sebelum ini, tetamu yang datang, akulah yang menyambutnya dengan mesra. Tetapi tetamu yang datang membawa hajat yang besar ini membuatkan aku tiada keberanian menghadap wajah seorang demi seorang.

Jadi, aku memilih untuk duduk di dalam bilik saja.

"Mana yang perempuan?"

"Perempuannya ada di balik tabir tu. Silalah."

Mendengar sebaris perbualan itu membuatkan aku rasa mahu menangis. Kepala hanya menunduk memandang lantai yang sedikit rapuh. Dari ekor mata pula aku ternampak seorang perempuan yang umurnya 50-an menghampiri aku.

Kakinya yang berstoking coklat itu menyapa pandangan. Mata aku pejam apabila dia duduk berhadapan dengan aku.

"Hawa. Manis orangnya. Patutlah anak bujang mak cik tertarik."

Suara wanita itu membuatkan mata aku terbuka. Aku naik memandangnya yang berada di hadapan aku. Tangan yang berada di riba, aku angkat lalu disua ke arahnya. Bagai menyerah diri.

Aku tidak mahu keluarga aku tanggung malu. Dia mencapainya lembut dan perlahan jari manis kiri aku dimasukkan ke dalam cincin perak itu.

"Sejuk tangannya... gementar, ya?"

Dia soal lembut. Aku hanya menghadiahkannya senyuman kecil. Tangan separuh abad itu aku capai lalu aku kucup perlahan.

"Maaf kalau majlis ini terlalu terburu-buru. Mak cik hanya menurut anak bujang mak cik."

"Si... siapa?"

Aku memberanikan diri bertanya. Memang itu saja yang bermain di minda aku tatkala ini. Siapa yang tunang aku?

"Maafkan mak cik, anak bujang mak cik menyuruh untuk rahsiakan diri dia. Lepas Syawal yang kelima nanti, nikah."

Seperti yang abah dan Ummi kata, bakal suami aku itu sangat misteri orangnya. Kali ini, aku hanya menunduk. Tangan aku dibelainya perlahan.

"Sabar menanti, ya."

Aku hanya mengangguk walaupun persoalan aku kian membelenggu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro