BAB 39-ARWAH
Bismillah...
-
Ly akan cepatkan sikit cerita ni. Harap semua okey je.
-
JUMAAT telah tiba. Hari ini, Syifa akan pergi ke hospital untuk appointment. Dia di temani oleh Saiful dan Rayqal selepas sembahyang Zuhur. Mereka tiba di hospital pada pukul 2.30 petang.
Ini bukan kali pertama. Ianya bermula sejak dia mendapati dirinya sakit. Hari jumaat setiap minggu pasti dia akan berjumpa dengan dokter Nina, dokter penyakit kanser hati.
Dia sengaja tidak mahu Iman atau Sara menjadi dokternya. Takut jika penyakitnya bertambah ianya di laporkan pada Nazmi dan Fauzi. Dia tidak mahu orang lain tahu. Cukuplah Rayqal dan Saiful saja.
"Syifa Aulia Nur Hasanah." Panggil seorang jururawat. Syifa mendahului lalu diikuti oleh Saiful dan Rayqal.
"Baik, kanser kamu takde apa yang teruk. Tapi, kalau boleh kalau ada rasa sakit saja terus datang jumpa saya. Boleh?" Sengaja Nina tidak menyentuh perihal pembedahan kerana takut Syifa berubah ganas.
"Asma?"
"Asma kamu, setakat ni baik-baik saja. Takde apa yang buruk. Yang penting inhaler sedut setiap malam pukul 8. Ubat makan 3 kali sehari. Pagi, petang dan malam. Malam selepas sedut inhaler." Syifa mengangguk mendengar arahan Nina.
Setelah selesai perbincangan, Syifa bersalaman dengan Nina lalu mereka bertiga keluar dari bilik itu. Nina memandang susuk tubuh Syifa yang melangkah keluar. Sungguh gadis itu kiat. Walau dirinya lemah tapi tetap menunjukkan senyuman.
-
RUMAH itu amatlah sunyi. Nazmi, Nazim dan Fauzi telah membina rumah tangga dan tidak lagi tinggal bersama. Shahrul pula ada saja di ruang tamu. Hakimi, Firhad dan Rafiq pergi kafe. Mereka bertiga duduk bersama dengan Shahrul.
"Macam mana appointment? Okay?" Tanya Shahrul.
"Okey je. Dokter Nina pesan jangan lupa makan ubat je." Jawab Syifa.
"Adik nak kemana-mana ke petang ni?" Soal Shahrul. Selalunya, setiap petang jumaat pasti Syifa akan keluar. Bila di tanya kemana, pasti dia akan jawab, "rahsia".
"Kejap lagi lah. Adik nak tukar pakaian jap." Syifa berlari ke biliknya. Dari baju t-shirt lengan panjang bewarna unggu ke baju panjang bewarna biru. Tudung shawl light purple ke tudung bawal. Dan dari seluar hitam ke seluar dark blue.
"Adik pergi dulu bang. Tak payah hantar adik." Dia menyalami tangan abang-abangnya lalu keluar dari rumah. Dia menaiki teksi dan menuju ke tempat yang di kehendaki.
-
TANAH rata itu di pijak. Tiga batu nisan itu di pandang. Salah satu batu nisan di pegang. Ye. Dia sekarang berada di kubur. Kubur di mana arwah atuknya, arwah walidnya dan arwah umminya di kebumikan.
"Assalamualaikum atuk, walid dan ummi. Adik datang ni." Menjadi kebiasaan buat Syifa setiap hari Jumaat membersihkan kubur 3 orang tersayang.
Selesai mencabut rumput-rumput di kubur itu, Syifa memberi 'hadiah' pada mereka. Buku yassin di buka lalu di baca. Sengaja tidak mahu membawa abang-abangnya kerana tidak mahu mereka melihat dirinya sedih.
Arwah 3 orang yang dia sayangi itu tempat dia meluahkan perasaannya. Ketika dia mendapat tahu dirinya sakit, dia datang ke situ. Walaupun tiada yang membalas, dia masih merasa lega.
"Adik balik dulu ye. Nanti adik datang lagi. Assalamualaikum." Selesai menabur bunga, dia berlalu pergi. Meninggalkan tapak perkuburan islam itu.
-
Skip sehari sebelum perkhemahan
-
SUASANA dewan amatlah riuh rendah. Puas pengawas melarang namun tiada tindak balas. Semuanya kecoh tentang hal kem bina semangat. Kecoh je. Kem je kut. Syifa cuma diam. Tunggu masa yang sesuai untuk melarang.
"Semua tolong diam." Arah Haiqal yang bersama Syifa di atas pentas.
"Saya ulang tolong diam." Namun keadaan masih sama. Muka Haiqal sudah merah menahan marah. Belum sempat dia jerit, microphone di rampas oleh Syifa.
"Siapa rasanya tak nak diam dan tak nak ikut kem ni sila keluar." Ayatnya biasa namun kedengaran amat sinis. Terus satu dewan diam. Tiada satu suara pun kedengaran.
Mikrofon di beri semula kepada Haiqal yang terpinga-pinga. Cepat-cepat Syifa menepuk tangan depan muka Haiqal sehingga dia tersedar.
"Baik, seperti yang kamu tahu. Kamu di kumpulkan pada hari ini untuk memberitahu tentang persediaan kem bina semangat yang mana akan di adakan besok. Seperti yang di tulis dalam surat, datang tepat jam 6.30 pagi. Bas bertolak pada jam 7 pagi, jadi siapa lewat?"
"TINGGAL!" Jerit semua pelajar. Mikrofon di pasing pula ke arah Syifa.
"Pada surat pemberitahuan, kamu hanya di arahkan membawa barang-barang yang perlu sahaja seperti pakaian, telekong bagi perempuan, tuala wanita, pakaian dalaman jangan tinggal dan tudung penting bagi perempuan."
"Kamu tidak di benarkan memakai segala kasut heels, wedges dan yang setanding dengannya. Cukuplah kasut sukan. Di pesan juga untuk bawa selipar mungkin kegunaan ketika mandi atau berwudhu."
"Ingat, kita cuma pergi untuk 5 hari sahaja. Jangan nak bawa beg macam sebulan. Cukup beg sandang. Jangan nak luggage bagai. Kita pergi kem dan bukan belayar. Segala gajet tidak di benarkan. Hanya kamera. Kalau ada telefon atau alat yang setanding dengannya akan di rampas. Boleh faham?" Semua mengangguk.
Tepat pada masa, lonceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik.
"Baik korang boleh balik. Terima kasih dan assalamualaikum." Semua beransur pulang setelah mendapat arahan dari Haiqal.
Usrah Jamilah dan Hot Boy masih di situ. Mengemas apa yang patut.
"Kau pergi tak besok?" Tanya Haiqal.
"Memanglah. Dah wajib nak buat macam mana."
"Jangan lupa bawa inhaler." Pesan Haiqal lagi.
"Ye aku tahu. Kau ni kan. Bukan abang Sai, abang Shah. Bukan abang Shah, kau. Lepas ni dengan kawan-kawan yang lain nak pesan. Aku tahulah, kan abang Shah guru pengawas untuk perkhemahan tu." Panjang lebar Syifa berkata.
"Ye lah ye lah." Haiqal mengalah.
"Jomlah keluar." Ajak Iqah dari jauh. Mereka akur lalu keluar dari dewan.
-
Bersambung...
Sorry shory update...
Dah lama Ly tak promote kan...jom!
Story by:kimfarah_taerah
1)My Electric Girl
2)The Truth Untold
3)Magic Shop
4)Fake Truth
5)Day Dream
Story by:CtNorLiana
1)Pencuri Hati
2)Encik Mafia Encik Duda
3)Jangan Ungkapkan Cinta
4)Selamanya Cinta
5)Kau, Mursyidku
Story by:Nxraz_wn
1)Kasih Yang Hilang
2)Dia Vampire
Story by:_Aisywa
1)Bangkit
2)Puisi Kita
3)The Headprefect And Hot-Tempered Girl
4)Because You Are My Love
Story by:Officiallyqahts
1)Aku Anti-Lelaki
2)Fake Love
Mohon maaf jika ada kesilapan pada tajuk cerita dan nama penulis.
Sila tegur ye...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro