Sebalik Kata Cinta
Betul kata orang, wanita boleh berubah di tangan lelaki yang tepat. Begitu juga dengan Deanna Safiya. Hadirnya lelaki yang lembut tutur kata dan tenang tegurannya, akhirnya dia berubah. "Saya akan jaga awak sampai bila-bila. Saya nak lamar awak sebagai isteri saya" - Firhad MifzalNamun, semuanya berubah selepas mereka disatukan. Kisah lalu terbongkar satu persatu. Tiada lagi kata cinta yang sering menjadi irama. Yang tinggal hanya ucapan sengsara yang menyiat jiwa."Apa salah saya Firhad? Awak dah janji untuk cintakan saya. Kenapa awak tiba-tiba berubah?" - Deanna SafeyaDia hadir dalam hidup gadis itu bersama sebuah dendam. Tragedi yang menimpa si adik membuatkan dia nekad untuk musnahkan seluruh keluarga itu."Aku nak kau rasa apa adik aku rasa dulu. Sampai kau rasa tak sanggup lagi untuk hidup kat dunia ni" - Firhad MifzalDi sebalik kata cinta, ada lidah bercabang dua. Ada lakonan yang menjadi rekaan semata. Ada rahsia yang tersimpan rapi di jiwa. Itu semua demi sebuah dendam yang membara, sehingga si dia yang menjadi mangsa.…