Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 31-MIMPI

Bismillah...I'm back🤗
-
SEMINGGU berlalu dengan pantas. Lagi 2 hari persekolahan bakal bermula. Dan 3 minggu selepas itu, Trial SPM akan di jalankan. Syifa sekarang berada di dalam perpustakaan dalam rumahnya.

(Ps:Ly tukar. Rumah dorang ada 3 tingkat. So tingkat bawah, dapur, ruang tamu, ruang makan, 2 bilik tetamu, 1 master bedroom yang sebelum ni milik walid dan ummi Syifa and 1 tandas. Dalam tandas tu ada mesin mencuci pakaian. Tingkat 1, bilik.Hakimi, Rayqal, Rafiq, Saiful dan Syifa, 2 tandas. Tingkat 2, bilik AHMADS dan Firhad, 2 tandas. Tingkat 3 perpustakaan, bilik muzik, 2 tandas, 2 bilik tetamu dan 1 stor. Dekat luar ada garaj, kolam renang, taman bunga dan tempat minum petang.)

Jom Ly share gambar sikit

Rumah dorang. Bayangkan sebelah kiri tu ada rumah dan kanan lapang. Then bayangkan lagi ada pagar.

Bilik tidur Syifa

Kolam renang luar rumah Syifa

Taman bunga luar rumah. Bayangkan ada banyak bunga.

Perpustakaan rumah Syifa.

Balkoni bilik Syifa

Syifa sibuk membaca buku matapelajaran fizik. Bab ke 4 susah untuk dia faham. Berkerut dahinya memikirkan penyelesaian soalan itu. Sedari tadi dia mengambil buku-buku fizik namun langsung tiada yang dapat memberinya jawapan. Sekarang, sudah hampir 6 buku di beleknya.

"Dekat sini adik rupanya." Tegur seseorang. Syifa mengangkat muka. Kelihatan Saiful berdiri dan bersandar pada sebuah rak buku.

"Abang, boleh tolong adik?"

"Nak apa?" Tanya Saiful.

"Tolong ajarkan macam mana nak jawab soalan ni?" Pinta Syifa. Dia membuat muka comel.

"Dah-dah tak payah nak buat muka comel. Soalan apa?" Saiful duduk di sebelahnya.

"Oh yang ni. Adik kena buat macam ni." Saiful menerangkan penyelesaian soalan itu pada Syifa.

"Terima kasih abang." Ucap Syifa setelah mendapat jawapannya.

"Ni, dah berapa lama adik belajar?" Soal Saiful lagi. Syifa melihat ke arah jam.

"Hampir 4 jam. Kenapa abang?" Membulat mata Saiful.

"Hampir 4 jam? Tak penat ke?"

"Penat memang penat. Adik cuma buat sikit latihan untuk trial SPM." Beritahu Syifa.

"Itu bukan sikit dik. Dah-dah. Rileks dulu. Jom pergi bilik muzik." Saiful menutup buku Syifa. Syifa akur lalu mengemas barang-barangnya dan mengekori Saiful menuju ke bilik muzik.

"Adik nyanyilah lagu. Abang rakam." Syifa menggeleng pantas.

"Taknaklah abang." Tolaknya.

"Alah bolehlah dik. Satu lagu je." Pinta Saiful lagi.

"Hm yelah." Lalu Syifa mengambil sebuah gitar milik Saiful dan memetiknya. Lagu dari Azhael dinyanyikan. Manakala Saiful merakamnya menggunakan telefon berjenama oppo R9s.

Lirik:

kau selalu meragukan

apa yang disembunyikan minda

oh selalu.......

kau selalu bertanyakan

apa benar ku rasakan cinta

oh selalu.......

Kurasakan tetapi ku hanya kaku

dan membisu kelu

aku~ cinta padamu

walau tiada lagi

hijau bumi masih terabadi

aku~ cinta padamu

biarpun bintang jatuh

langit gugur hingga hujung waktu

bila tahu isi hati

ku tahu kau akan lari pasti

ku rasakan

biar jadii tanda tanya

biar ku simpan di dada saja

ku rahasiakan

sampai mati masih ku membisu

walau aku merasakan

aku cinta padamu walau tiada lagi

hijau bumi masih terabadi

aku cinta padamu

biarpun bintang jatuh

langit gugur hingga hujung waktu

mengapa baru terjaga

mengapa baru ku sedar

melihat dunia ku

kian runtuh tanpamu

bodohnya ku menyendiri

segalanya ku sembunyi

namun ku harus luahkan jua

aku cinta padamu walau tiada lagi

hijau bumi masih terabadi

aku cinta padamu walau tiada lagi

hijau bumi masih terabadi

aku cinta padamu

biarpun bintang jatuh

langit gugur hingga hujung waktu

Syifa menamatkan lagunya di situ. Saiful mematikan telefonnya lalu menepuk tangan. Syifa hanya senyum.

"Cayalah dik! Sedap suara adik." Puji Saiful.

"Eh abang rasa suara adik ke?" Syifa berloyar buruk. Saiful menjeling.

"Dahlah abang. Adik nak rehat dekat bilik jap. Nanti kejut adik tau waktu asar." Pesan Syifa. Saiful hanya mengangguk. Kemudian telefonnya di capai lalu mempost video nyanyian Syifa di instagram.

Video

Caption:Beautiful voice my litte sis💗

Comment:

IzzHensem:Cayalah suara Syifa👍🏻

Nau_Ka:Merdu sia!👏

Rif_Syuk:Melting dowh...

Siapa pulak Rif_Syuk ni? Entah. Saiful meninggalkan ruang komen lalu melihat about(?) nya.

82 post 56 Folowwing 14k Followers

14k bai!! Instafamouslah katakan. Hot Boys mempunyai jumlah followers yang ramai. Muiz 13k. Mika 12k. Haiqal? 15k. Kalau korang nak tahu Usrah Jamilah punya followers, Iqah 3k, Ain 6k, Syirah 11k manakala Syifa....30k!

Followers Syifa adalah yang paling banyak di antara mereka. Padahal post Syifa cuma 7 jer.

First post(Syifa punya ye):

Image:gambar family Syifa waktu Hari Raya. Syifa umur 12 tahun

Caption:Family💗Ya Allah kekalkanlah hubungan keluarga kami👨‍👩‍👧‍👦Eratkanlah ia sehingga tiada apa yang dapat pisahkan kami selain ajal dan maut👐Aamiin💫

Second post:

Image:gambar mereka sekeluarga waktu dekat taman. Syifa umur 14 tahun

Caption:Family💗Ya Allah, kalau boleh aku mahu masa terhenti. Aku tidak mahu membesar lagi. Aku mahu kekal begini. Kekal bersama keluargaku. Sungguh aku sayangkan mereka😌

Third post:

Image:Gambar mereka adik beradik waktu lepak dekat mall. Syifa umur 14 tahun.

Caption:My lovely siblings👨‍👦‍👦👨‍👦‍👦👨‍👦‍👦👩👩Merekalah penguat semangatku. Selalu memberi semangat ketika ku rebah. Kau eratkanlah hubungan kekeluargaan kami ya Allah👐

Forth(?)post:

Image:Gambar Syifa dengan Usrah Jamilah waktu mereka hangout. Syifa umur 15 tahun. Waktu tu 2 minggu selepas PT3.

Caption:Sahabat👭Ya Allah, kau lindungilah persahabatan kami. Kuatkanlah ia supaya tiada apa yang dapat memutuskan hubungan ini👐

Fifth post:

Image:Gambar dia seorang pegang bunga matahari. Waktu tu dia tengah ada dekat taman dengan Fauzi, Rayqal dan Saiful. Dia berumur 16 tahun. Lebih tepat waktu tu ulang tahunnya

Caption:Myself👩Alhamdulillah today i'm being sixteen👏i will enjoy my first day being 16🤗

Sixth post:

Image:Gambar dia dan Saiful waktu grad lepas UPSR. Kira macam flashbacklah.

Caption:My Lovely Twins👫miss this memory. Kenangan grad selepas UPSR😌

Last post:

Image:Gambar Syifa dengan AHMADS, then AIMANS then dia dan Saiful lepastu satu keluarga then semua adik beradiknya di crop menjadi satu gambar. Random umur.

Caption:Fav pic. Hope hubungan kekeluargaan ini berkekalan.

Saiful tersenyum melihat gambar-gambar itu. Tanpa sedar azan fardhu asar berkumandang. Dia menuju ke bilik Syifa namun langkahnya berhenti bila melihat Syifa sedang tidur. Mungkin Syifa penat selepas belajar. Dia berlalu pergi ke biliknya terlebih dahulu untuk solat.
-
KEESOKAN harinya, Hot Boy dan Usrah Jamilah bercadang untuk berjumpa di Selayang Mall. Ini bukan tempat butik Syifa. Ini mall lain lagi😅

Mereka bergerak dari rumah pada pukul 8 pagi dan sampai beberapa minit selepas itu. Mereka menuju ke kaunter tiket wayang dan membeli tiket cerita Pinjamkan Hatimu.

Keluar saja dari panggung wayang, semua mata memerah kecuali Syifa. Hot Boy tak terkecuali. Selama 2 jam di dalam sana membuatkan mereka berasa lapar. Mereka menuju pula ke kafe untuk mengisi perut.

"Korang nak pergi mana lepas ni?" Tanya Muiz.

"Kedai buku." Kata Usrah Jamilah serentak. Mereka berpandangan sebelum tergelak.

"Ok lah tu. Jom pergi." Ajak Mika lalu mereka bersama-sama menuju ke kedai buku.

"Kau nak beli apa?" Tanya Muiz. Ain, Syirah dan Iqah sudah menuju ke bahagian alat tulis dan buku. Manakala Syifa dan Hot Boy kearah rak novel.

"Nak beli novel." Muiz mengangkat kening.

"Bukan rumah kau dah ada perpustakaan ke? Buat apa nak beli lagi?" Tanya Muiz hairan.

"Semua tu aku dah habis baca. Bosanlah baca banyak kali. Satu buku dekat situ aku dah baca lebih dari 5 kali. Aku nak juga baca buku lain." Membulat mata Muiz. Satu perpustakaan? Dah habis baca? Banyak kali? Lebih 5 kali? Wow!

"Sai, betul ke Syifa dah baca semua buku dalam perpustakaan?" Soal Mika.


"Betul lah tu. Kau kena tahu, sekali Syifa baca, dia akan pastikan buku yang dia pilih tu habis. Lepastu baru dia baca buku lain. Dan dia akan berhenti baca kalau dia dah hafal semua tentang kisahnya. Syifa takkan beli buku baru selagi buku dekat rumah belum habis dia baca." Terang Saiful.

Mereka menoleh semula ke arah Syifa. Terbeliak mata mereka melihat buku-buku di tangan Syifa. Mak aiii! 5 buah buku? Tebal pulak tu!

1. Terima Takdir Seadanya

2. Allah Sentiasa Ada

3. BANGKIT

4. Keajaiban Cinta Rasullah SAW

5. Perempuan Muslimah

Ps: Hanya no 4 je ada di bukukan. No 3 ada dalam wattpad. Yang lain Ly hentam je😅

"Habis ke kau baca semua ni?" Tanya Mika. Syifa tidak menjawab. Sebaliknya Saiful pula.

"Kau perlu tau, semua buku ni paling lama dia baca 2 bulan. Paling sekejap dalam 2 minggu." Terkejut jejaka yang mendengar kata-kata Saiful itu.

"Abang, adik pergi bayar dulu tau." Beritahu Syifa lalu dia menuju ke kaunter. Semua pembeliannya berjumlah RM 49.50

"Simpan baki ya kak." Ucap Syifa beserta senyuman. Akak kaunter tu senyum dan mengucapkan terima kasih.

"Korang, aku balik dulu tau. Abi aku dah tunggu." Beritahu Insyirah sebelum berlalu pergi.

"Aku pun. Daddy aku dah tunggu dekat pintu keluar." Kata Iqah.

"Jomlah balik. Lagipun dah nak pukul 3 ni." Ajak Syifa. Semua hanya akur.
-
BUKU di simpan di dalam beg. Semua alatan tulis sudah lengkap di dalam beg pensil khas. Besok sudah mula sekolah. Syifa berasa teruja.

Tiba-tiba, pintu bilik di ketuk dari luar.

"Masuklah. Pintu tak kunci." Jerit Syifa ketika dia mengemas bajunya.

"Adik." Panggilnya. Syifa menoleh. Namun dia tergamam. Air mata di tahan. Tak mungkin. Suara ini. Wajah ini. Wajah dan suara yang dia rindui.

"U..um...ummi?" Tergagap Syifa berkata. Laju saja tangan Syifa memeluk tubuh Hajah Faezah.

"Ummi, adik...adik rindu ummi." Syifa menangis.

"Tabah adik. Anak ummi kuat kan? Ummi tenang dekat sini. Jangan sedih sebab ummi ye." Ucap Hajah Faezah lembut. Semakin lama, pelukan itu makin terlerai.

"Ummi! Jangan tinggalkan adik! Ummi!" Jerit Syifa apabila kelibat Hajah Faezah semakin menghilang.
-
DIA terkejut mendengar suara Syifa menjerit dari arah bilik sebelah. Cepat-cepat dia meletak komiknya di atas meja dan berlari ke bilik itu.

"Ummi! Jangan tinggalkan adik! Ummi!" Jeritan Syifa semakin kuat apabila dia memasuki bilik itu.

"Adik! Adik! Bangun dik." Kejut Saiful. Air mata Syifa sudah mula mengalir.

"Adik." Mata Syifa terbuka. Dia melihat ke arah abangnya. Lantas dia bangun dari baringnya lalu memeluk tubuh Saiful.

"Ab...abang. Adik rindu ummi." Tangisnya.

"Shush, jangan takut dik. Abang ada untuk adik." Ucap Saiful lembut. Dia menggosok belakang tubuh Syifa. Dia terasa dadanya basah kerana air mata Syifa. Tiba-tiba tubuh Syifa terasa berat. Saiful mengangkat muka.

Syifa sudah pengsan pada dakapannya dan..hidung Syifa berdarah. Saiful sudah gelabah. Cepat-cepat dia membaringkan Syifa lalu keluar mencari Rayqal.

"Abang Ray! Abang! Abang!" Jerit Saiful sambil mengetuk pintu bilik Rayqal.

"Ya Allah Sai! Kenapa ketuk macam nak roboh ni!" Marah Rayqal. Tanpa membuang masa, Saiful menarik tangan Rayqal menuju ke bilik Syifa. Terkejut Rayqal melihat Syifa terbaring dengan hidung berdarah.

"Sai, cepat panggil abang Az. Suruh dia telefon kak Iman. Kita takde masa nak bawa dia pergi hospital." Arah Rayqal tegas. Saiful hanya akur.

Beberapa minit kemudian, seorang perempuan bekot putih yang digelar doktor Iman merangkap teman wanita Nazmi yang merupakan seorang dokter masuk ke bilik itu.

Dia memeriksa keadaan Syifa. Membersihkan darah yang sedari tadi keluar dari hidungnya. Lalu dia keluar.

"Macam mana keadaan Syifa, Iman?" Tanya Nazmi setelah nampak kelibatnya.

"Iman harap semua boleh bersabar dengan berita yang Iman nak sampaikan. Sebenarnya, Syifa..."
-
Bersambung...

Alhamdulillah, bab ni ada dalam 1700+ words.

Okay ini mungkin last update untuk masa terdekat...Ly update ni pun guna wifi entah siapa punya😅

Apa yang jadi pada Syifa? Nantikan pada bab yang akan datang.

Terima kasih kepada yang sudi baca, vot dan komen cerita ni. Juga kepada yang sudi simpan cerita ni dalam library atau reading list. Tidak lupa kepada yang setia menunggu cerita 'Aku Hanya Seorang Gadis Biasa'-IkhaZully😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro